Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Entah apalah kena budak-budak sekarang, makin lama makin tak tahu malu terutama dalam bab pergaulan lelaki perempuan.

Jika gambar berpeluk sakan sudah biasa ditemui di Facebook budak sekolah zaman sekarang, yang ini pula gambar sepasang kekasih kecil yang ‘feeling feeling’ macam ambil gambar suami isteri di pagi raya.

Meskipun budak lelakinya elok berbaju Melayu tradisional manakala yang perempuannya bertudung litup menutup aurat, selamba sahaja mereka berpeluk dan bercium ‘molot’ sambil gambar dirakamkan.

Tak pasti pula jika ada member yang jadi pak sanggup tolong ambilkan gambar atau kamera dipasang timer tapi yang pasti budak dua ekor ni memang dah gatal sangat nampaknya.
Maka kalau ada keluarga atau sanak saudara yang mengenali pasangan mentah ini, mohon dipesan kepada ibu bapa mereka supaya beri pendidikan agama yang lebih lagi pada anak mereka atau kalau susah-susah, kahwinkan saja.


Sedih melihat mayat seorang bayi perempuan yang sudah sempurna ditemui terperosok dalam longkang di kawasan belakang rumah teres Taman Seri Sg Pelek, Sepang pagi semalam.

Bayi masih bertali pusat itu ditemui penduduk tempatan sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati bayi seberat 2 kilogram ini cedera di dahi dipercayai terkena batu longkang.

Sudahlah melakukan dosa, pelakunya memang kejam sungguh.



Bukan tidak ada kes buang bayi sebelum ini tapi mereka yang tergamak membuang zuriat sendiri di tempat kotor seperti longkang memang boleh dikira sebagai manusia berhati kering.


Kita bukan tak biasa dengar tentang penemuan objek jijik dalam produk di pasaran termasuk ketulan busuk atau bangkai binatang tertentu.

Tapi bagi kes di Seremban, bukan seekor tapi dua binatang merayap yang meloyakan tekak iaitu cicak dan lipas ditemui dalam sebotol sos berjenama terkenal.

Mawar Malinda Zakaria, 33, menceritakan pengalamannya kepada sebuah akhbar tempatan bahawa botol sos tersebut mengeluarkan bau busuk ketika dibuka dan selepas berusaha menuang sos yang tersekat, bangkai cicak dan lipas mula kelihatan.

Akibatnya hasrat mahu memasak ayam percik menggunakan sos tersebut pada petang Selasa lalu terpaksa dibatalkan.



Apa yang menyakitkan hati pengguna ini, sudahlah dia dan anak-anak menjadi trauma ekoran penemuan jijik tersebut bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat sos terbabit tidak memberikan jawapan memuaskan dan hanya mahu memberikannya sebotol sos yang baru (berharga RM3.70) sebagai penyelesaian.

Jelas, memang tak cerdik langsung cara perkhidmatan pelanggan syarikat pengeluar sos ini menjalankan tugasnya. Maka tak hairanlah kes yang boleh menjatuhkan imej syarikat terbabit kini tersebar ke seantero Malaysia.

Tapi secara positifnya baguslah, bila dah jadi macam ini barulah kita tahu syarikat besar berjenama terkenal pun belum tentu boleh dipercayai seratus peratus terjamin kesuciannya walaupun mendapat label halal. Macam mana tu? 




Seperti yang dilaporkan oleh Stomp, Rabu (13/8/2014), Sekumpulan wanita sedang bergambar di tempat kerjanya. Kemudian mereka tersedar ada lembaga lain yang terakam kamera telefon bimbit.

Wajah perempuan misteri yang muncul dalam gambar itu menjadi perbincangan para pengguna internet dan ia didakwa sebagai gambar menyeramkan yang pernah ada oleh forum online.

Sehingga kini masih belum diketahui di mana foto menyeramkan tersebut dirakam


Artis Mexico, Thalia bergambar dengan dua tulang rusuknya yang disimpan di dalam sebuah balang. Bintang yang terkenal dengan telenovela Maria Mercedes dan Marimar ini membuang tulang rusuknya agar kelihatan lebih ramping. 



Artis yang nama penuhnya Ariadna Thalia Sodi Miranda ini telah menjadi bintang iklan dan juga telah mengeluarkan produk fesyen miliknya sendiri.

Sebuah foto hirisan timun menghebohkan netter Jepun baru-baru ini kerana timun tersebut kelihatan bercahaya di dalam gelap (glow in the dark).

 Foto tersebut telah dimuat naik oleh seseorang di sebuah forum internet dengan tajuk "acar timun yang dibuat ibuku menyala dalam gelap"

Ratusan netter kemudian mulai membicarakan dan berdiskusi mengenai penyebab timun itu menyala. Mulai dari kemungkinan radiasi hingga sekadar kesan lampu dibicarakan oleh netter.
 
 
 
Sehari selepas gambar itu dimuat naik, pemilik foto itu memberitahu cahaya yang terpancar di timunnya mulai malap. Dia juga telah menghubungi beberapa pusat penyelidikan dan mengunjungi perkhidmatan kesihatan awam untuk menganalisa timun itu. Namun mereka hanya melakukan kajian sederhana tanpa memeriksa kandungan kimia atau ujian mikrob.

Hasil kajian itu tetap tidak mengungkap penyebab timun itu boleh menyala dalam gelap. Sementara laman Rocketnews24 menduga penyebabnya adalah kandungan air masin di dalam timun kerana ion sodium juga boleh menjadi konduktor elektrik. 



HOUSTON - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di mahkamah di negeri Texas kelmarin kerana membunuh ibu bapanya dengan sepucuk raifal pada Isnin lalu, lapor portal MailOnline kelmarin.

Remaja itu yang tidak didedahkan identitinya hadir di mahkamah di Frisco dengan memakai baju penjara berwarna oren dan kedua-dua tangan serta kakinya digari.
Suspek berdepan tuduhan membunuh bapanya, Ryan Callens, 48, dan ibunya, Maria Elena, 49, di kediaman mereka pada pagi Isnin lalu.

Menurut laporan akhbar The Dallas Morning News, remaja itu dipercayai membunuh ibu bapanya selepas tertekan kerana terlalu dikongkong oleh keluarganya.
Pegawai polis yang memasuki rumah keluarga itu menemui mayat kedua-dua mangsa terbaring di dalam rumah dengan kesan tembakan di kepala dan tangan.

Turut ditemui selaras raifal yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa.
Menurut jirannya, kehidupan remaja itu dikongkong oleh keluarganya sehinggakan dia tidak dibenarkan meminum minuman soda, tidak dibenarkan melayari internet dan menonton filem ganas.
- Agensi



BALI - Mayat seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat (AS) dijumpai di dalam sebuah bagasi yang diletakkan di dalam sebuah teksi di hadapan sebuah hotel eksklusif di Bali, kata polis semalam.

Mayat, Sheila von Wiese Mack, 62, dijumpai dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kecederaan di kepala.

Seorang pegawai polis, Djoko Hari Utomo berkata, mangsa tinggal di Hotel St. Regis bersama anak perempuannya, Heather, 19, dan teman lelaki gadis berkenaan, Tommy Schaefer, 21, sejak beberapa hari lalu.

Katanya, rakaman kamera keselamatan mendapati mangsa bertengkar dengan Schaefer di lobi hotel pada malam sebelum mayat wanita itu dijumpai.

"Keesokan harinya pasangan berkenaan mendaftar keluar daripada hotel dan memasukkan beberapa beg pakaian termasuk yang mengandungi mayat mangsa di dalam sebuah teksi.
"Mayat mangsa ditemui selepas pasangan berkenaan tidak muncul untuk menaiki teksi tersebut," katanya.
Menurutnya, pasangan kekasih itu ditangkap di kawasan hotel dan mereka kini disoal siasat kerana disyaki terlibat membunuh mangsa. - AFP

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang wanita cedera dan lebam di badan selepas diserang kakak iparnya di kediaman keluarga mereka di Cheras di sini, kelmarin, selepas dituduh mencuri kunci motosikal.
Dalam kejadian jam 11.00 malam itu, mangsa berusia 46 tahun yang baru pulang dari tempat kerja dihampiri kakak iparnya berusia 50-an yang bertanyakan kunci motosikal miliknya.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak tahu menahu mengenai kunci motosikal itu, namun kakak ipar tetap menuduhnya menyembunyikan kunci itu.
“Mangsa bagaimanapun enggan melayan kakak iparnya itu sebelum masuk ke dalam bilik. Namun suspek yang tidak berpuas hati bertindak menendang pintu sehingga pecah.

“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mereka selama beberapa minit sebelum bertukar menjadi ganas apabila suspek terus menyerang dan memukul mangsa dengan kayu,” katanya.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera dan lebam di badan selepas dibelasah suspek.
“Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras di sini,” katanya.

Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak.
Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai Bianca, Nick dan dua anak mereka.
Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan.

Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK, semalam.



Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai.
Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya.

Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu.

Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran.

Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya.

Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal.

Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. - Agensi



London: Penyanyi terkenal Rihanna yang baru-baru ini diketahui amat meminati bola sepak dilapor melancarkan usaha untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Pada musim Piala Dunia di Brazil lalu, ratu pop itu lantang menyuarakan komen mengenai setiap perlawanan menerusi Twitter. 

Dan ekoran laporan dia berminat untuk melabur dalam sebuah kelab bola sepak Inggeris, akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo melaporkan, Liverpool menjadi pilihannya.
Menurut akhbar itu, Rihanna dinasihat oleh rakan rapatnya yang juga penyerang Chelsea, Didier Drogba supaya membuat tawaran untuk menguasai kelab Anfield itu.
Liverpool ketika ini dimiliki oleh John W. Henry’s Fenway Sports Group dan mereka tidak mungkin menjualnya.
Rihanna juga dikatakan berminat memulakan akademi bola sepaknya sendiri di Barbados. - Agensi

Fattah Amin berjanji untuk berusaha memperbaiki mutu lakonannya. Gambar ihsan: Pinography Official


KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Fattah Amin tidak pernah berkecil hati dengan kritikan umum yang mengatakan lakonan-lakonannya masih lagi kaku.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 24, berkata, dia mengambil kritikan itu sebagai pembina semangat untuknya terus mengasah bakat menjadi pelakon yang lebih baik.

"Saya sedar dengan kritikan orang ramai mengatakan lakonan saya macam 'kayu'.

"Tetapi jujurnya saya tidak pernah berkecil hati kerana saya masih baru dalam industri lakonan dan apa yang dikritik adalah satu teguran agar lakonan saya bertambah baik," katanya yang mula popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran telenovela Cinta Ibadah di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Rabu.
Baru-baru ini Fattah menerima kritikan di laman-laman sosial  yang mengatakan dia tidak layak menjadi pelakon kerana lakonannya kaku selepas kemunculannya menerusi  drama Playboy Itu Suami Aku di TV3  yang mengakhiri siarannya pada Disember tahun lalu mendapat perhatian ramai.
Fattah juga pernah terlibat menerusi drama Cinta Dari Marikh (RTM) dan Kerana Sarah (TV3).

Sementara itu tambah Fattah, selepas mendapat kritikan itu, dia mula mempelajari pelbagai teknik-teknik lakonan menerusi pelbagai filem yang ditonton selain mendapat khidmat nasihat daripada pelakon-pelakon senior dan pengarah.

Mengenai telenovela Cinta Ibadah, Fattah bergandingan dengan pelakon baharu iaitu Aishah Ilias sebagai pasangan suami-isteri.

Katanya, sepanjang dua tahun bergelar pelakon, telenovela ini antara yang mencabar lakonannya kerana ia mengambil tempoh penggambaran yang lama.

"Bayangkan, Cinta Ibadah akan ditayang sebanyak 130 episod dan ia akan dipanjangkan lagi sehingga 300 episod jika mendapat respons yang baik.

"Ini juga peluang untuk saya membuktikan kepada penonton bahawa lakonan saya tidaklah kaku seperti dahulu.

"Mungkin belum pada tahap yang bagus, sekurang-kurangnya saya dapat memperbaiki lakonan saya sedikit demi sedikit," ujarnya.
 
Selain Fattah dan Aishah, pelakon Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah, Shahronizam dan Ziema Zin turut membintangi telenovela tersebut.
Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Siti (Aishah) dan Hafiz (Fattah) yang mula goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah. Siti mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakit yanh dihidapinya daripada pengetahuan Hafiz.

Cinta Ibadah arahan Ayie Mustafa dan Sridar Jetty bakal disiarkan bermula 8 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 petang menerusi saluran Astro Prima (105).