Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Wagoner, Oklahoma: Hari pertama seorang guru wanita bertugas di
sebuah sekolah menengah pasti akan dikenang ramai, termasuk anak
muridnya, apabila dia menanggalkan seluar di dalam kelas.
Media semalam melaporkan Lorie Hill, datang bertugas dalam keadaan mabuk.
Tanpa mendaftar kehadirannya lebih awal, Lorie, 49, meluru ke sebuah kelas kosong.
Menyangka ia adalah biliknya, Lorie kemudian menanggalkan seluarnya dan tindakan itu mengejutkan pelajar di luar kelas.
Dia kemudian ditahan.
Sherif di Oklahoma berkata kejadian berlaku Isnin lalu di Sekolah Menengah Wagoner.
Polis yang dipanggil ke sekolah berkenaan turut menemui botol minuman keras di dalam kenderaan yang dipandu Lorie.
Ketua Polis Wagoner, Bob Haley berkata, Lorie menanggalkan seluarnya menyebabkan petugas di sekolah berkenaan terkejut.
Mereka juga mendakwa tidak pernah melihat Lorie sebelum itu.
Mereka sebenarnya tidak tahu Lorie adalah rakan sekerja baru kerana dia gagal mendaftar dirinya pada hari pertama bertugas.
Mereka sebenarnya tidak tahu Lorie adalah rakan sekerja baru kerana dia gagal mendaftar dirinya pada hari pertama bertugas.
- Agensi
Global
Annapolis, Maryland: Seorang lelaki terputus tangan selepas dia dan
rakannya cuba membuang tatu memaparkan kumpulan hip hop Insane Clown
Posse.
Dalam usaha mereka membuang tatu Zachary Swanson, rakan serumahnya -
Paul Martin Hurst dan Cary Lee Edwards - menyiat kulit pada tangannya
sebelum membakarnya.
Namun mereka bertindak keterlaluan apabila memotong tangan Swanson sehingga putus.
Tindakan itu dibuat kerana Hurst dan Edwards menganggap Swanson tidak layak membawa tatu Insane Clown Posse.
Mangsa juga didakwa menghina kumpulan berkenaan.
Akibat tindakan itu, Hurst dan Edwards kini berdepan tuduhan melakukan cubaan bunuh ke atas Swanson.
Polis percaya ketiga-tiga lelaki itu adalah peminat fanatik kumpulan terbabit.
Global
Kuala Terengganu: Menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan
berusia lapan tahun maut dalam keadaan tergantung selepas lehernya
tersangkut pada besi tingkap cermin nako rumahnya di Kampung Losong Feri
di sini, semalam.
Kejadian berlaku ketika mangsa Nurliana Nabila Mazlan yang berada
dalam bilik tidurnya berusaha keluar menerusi tingkap berkenaan selepas
mendapati pintu bilik terkunci dari luar dan dalam, jam 3.30 petang.
Ketika kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik
dikatakan bersendirian dalam bilik berkenaan manakala seorang daripada
empat abangnya, Mohd Faiz, 18, tidur dalam bilik berasingan dan ibunya,
Rohaizan Zain, 42, tiada di rumah kerana bekerja sebagai tukang sapu di
Muzium Negeri, 300 meter dari rumah.

Menurut Mohd Faiz, dia
menyedari kejadian itu selepas diberitahu jiran sebelum menendang pintu
bilik bagi melihat keadaan yang berlaku.
Katanya, selepas
memecahkan pintu bilik berkenaan, dia terkejut melihat adiknya dalam
keadaan longlai tergantung pada besi tingkap cermin nako yang tersangkut
pada lehernya.
“Ketika itu keadaan adik seperti longlai,
langsung tidak bermaya dengan leher tersangkut pada besi tingkap
manakala badannya tergantung di luar dinding bilik,” katanya ketika
ditemui di rumahnya, semalam.
Katanya, pintu bilik tidur arwah sudah lama rosak dan akan terkunci dengan sendiri apabila ditutup rapat.
“Saya percaya adik masuk serta menutup rapat pintu berkenaan dan
ketika mahu keluar dia tidak dapat membuka pintu lalu mengambil jalan
mudah dengan keluar menerusi tingkap cermin.
“Bagaimanapun,
sebaik sebahagian badannya sudah berada di luar rumah, arwah dipercayai
kepenatan menyebabkan bahagian lehernya tersangkut pada besi tingkap
mengakibatkan dia sukar bernafas.
“Saya bersama jiran mengeluarkan adik dari celah tingkap dan keadaannya ketika itu cukup lemah,” katanya.
Mohd Faiz berkata, dia tidak menyangka adiknya pergi sekelip mata ketika suasana Aidilfitri masih terasa.
Katanya, adiknya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sangat ceria ketika menyambut Aidilfitri.
Katanya, adiknya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sangat ceria ketika menyambut Aidilfitri.
“Tak sangka tahun ini Aidilfitri terakhir baginya selepas kehilangan
ayah, Mazlan Mamat yang meninggal dunia setahun lalu,” katanya.
Jiran, Sukri Yusof, 40, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar suara meminta pertolongan dari rumah mangsa dan terkejut apabila melihat Mohd Faiz dan beberapa penduduk sedang memangku arwah yang tergantung di luar dinding bilik berkenaan.
“Leher arwah tersangkut pada besi tingkap cermin dan kami berusaha secara perlahan mengeluarkan kepalanya,” katanya.
Katanya, ketika kejadian dia baru pulang dari bekerja pada jam 3.30
petang dan arwah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di
sini, menggunakan ambulans bomba sebelum disahkan meninggal dunia ketika
rawatan kira-kira jam 5.30 petang, semalam.
Pegawai Pusat
Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Ismail Mat
Hassan mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menerima panggilan
kecemasan jam 4.14 petang sebelum segera ke tempat kejadian bersama
sembilan anggota.
Beliau berkata, sebaik tiba di tempat
kejadian, mangsa dikeluarkan orang awam dan pihaknya memberi bantuan
kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
menggunakan ambulans bomba.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital jam 5.30 petang," katanya.
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 28 tahun menahan kesakitan apabila cincin dipakainya gagal dikeluarkan, semalam.
Usaha mangsa untuk mengeluarkan cincin berkenaan di rumahnya di
Selayang, di sini, gagal menyebabkan jari manis tangan kirinya
membengkak dan berdarah sebelum dia bergegas ke Hospital Selayang (HS)
untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.
Harian Metro difahamkan, pihak pengurusan HS kemudian menghubungi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mendapatkan bantuan
untuk menanggalkan cincin berkenaan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Selayang Azman Mahat ketika dihubungi berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.40 pagi bergegas ke HS.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Selayang Azman Mahat ketika dihubungi berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.40 pagi bergegas ke HS.
“Kami tiba di HS enam minit kemudian sebelum usaha menanggalkan cincin berkenaan mengambil masa sejam.
“Enam anggota terbabit dalam usaha menanggalkan cincin berkenaan kerana cincin dipakai mangsa terlalu tebal selain pihaknya perlu berhati-hati untuk memotong cincin itu bagi mengelakkan kecederaan,” katanya.
Menurut Azman, mangsa kemudian diberikan rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang.
Isu Semasa
Alor Gajah: Malang buat seorang nenek apabila dia cedera dihentak
cucunya yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di rumah mereka di
Kampung Baru, Kuala Sungai Baru, dekat sini, Selasa lalu.
Malah, lelaki lembam berusia 20 tahun yang dikategorikan sebagai
orang kurang upaya (OKU) itu turut merosakkan peralatan dalam rumah
sebelum membakar bilik neneknya.
Difahamkan, lelaki itu yang hilang sejak Mei lalu ditemui merayau di
Kemaman, Terengganu sebelum dihantar pulang ke rumah neneknya pada jam
10 malam, Isnin lalu.
Mangsa, Salmah Mohamad, 64, berkata, dia gembira selepas cucunya yang hilang tanpa dapat dikesan itu dihantar pulang ke rumahnya.
Mangsa, Salmah Mohamad, 64, berkata, dia gembira selepas cucunya yang hilang tanpa dapat dikesan itu dihantar pulang ke rumahnya.
“Saya sungguh gembira apabila cucu dihantar pulang menggunakan van
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman dalam keadaan sihat sebelum
dia tertidur di ruang tamu.
“Selepas melihatnya tertidur, saya masuk tidur di dalam bilik, namun pada jam 2 pagi, saya menyedari cucu berdiri berhampiran sebelum dia menghayunkan topi keledar ke arah saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Isu Semasa
KETIKA darah hangat sedang mengalir dalam konflik di Gaza, beberapa
selebriti luar negara turut menyuarakan pendapat mereka dalam menyokong
rakyat Palestin mempertahankan tanahair mereka.
Meskipun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk peminat
mereka sendiri, kebanyakannya berpegang teguh prinsip mereka mengutuk
serangan kejam rejim Zionis.

Pasangan suami isteri selebriti Penelope Cruz dan Javier Bardem,
menandatangani surat terbuka bersama beberapa selebriti dari Sepanyol
termasuk pengarah, penulis, dan pemuzik mengecam Operasi ‘Protective
Edge’ oleh Israel di Gaza sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’.
Vokalis Pink Floyd, George Roger Waters, sangat lantang menyokong gerakan Boikot, Henti Pelaburan dan Sekat (Boycott, Divestment and Sanctions - BDS).
Vokalis Pink Floyd, George Roger Waters, sangat lantang menyokong gerakan Boikot, Henti Pelaburan dan Sekat (Boycott, Divestment and Sanctions - BDS).
Selain enggan membuat persembahan di Israel, Waters juga menyeru pemuzik lain membatalkan konsert yang dirancang di sana,
Dalam konsertnya pada 2013, Waters memaparkan babi dalam bentuk belon gergasi dengan terpampang logo Star of David dan menyebabkannya dituduh sebagai anti-Semitisme.
Di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas di Gaza, pelawak British, Russell Brand memuat naik video di YouTube mengkritik laporan Fox News, Sean Hannity, ketika temu bual bersama lelaki bangsa Palestin warga Amerika Yousef Munayyer.
Dalam video itu, Brand berkata, cara Hannity bertanyakan soalan kepada Yousef sudah cukup agresif dan provokatif.
“Palestin sudah tidak ada lagi dan yang tinggal hanyalah Gaza.
“Bagaimana pula sebuah negara yang tiada kelengkapan peperangan diserang oleh negara yang lengkap bantuan senjata? Ini tidak adil,” katanya dalam video itu.
Penyanyi Zayn Malik dari kumpulan One Direction pula menggunakan hashtag #FreePalestine di akaun Twitternya sebagai tanda sokongannya terhadap raykat Palestin yang ditindas.
Malik bertindak menyimpan tweet tersebut dan meraih retweet lebih 300,000 kali.
Tidak seperti penyanyi dan pelakon Rihanna, dia juga menggunakan hashtag yang sama, namun segera dipadamkan kerana tidak tahan dengan kecaman dan kritikan dari penyokong Zionis.
Pelakon Danny Glover yang memegang watak Presiden Amerika Syarikat menerusi filem ‘2012’ turut menyokong gerakan BDS.
Pada 2009, dia yang juga merupakan aktivis politik menandatangani pengisytiharan mengutuk Israel sebagai ‘rejim apartheid’ dan menolak hasil kerja pembikin filem dari Tel Aviv yang dipaparkan dalam Toronto Festival Filem Antarabangsa sebagai ‘propaganda Israel’.
"Kita berdiri dalam perpaduan bersama rakyat Palestin dan menyokong panggilan mereka untuk boikot budaya dan akademik dari Israel," tegas Glover kepada penandatangan yang lain.
Bintang filem Nanny McPhee, Emma Thompson, turut menyeru pelakon lain bagi memboikot persembahan Teater Habima Israel di Teater Globe di London.
Dalam surat yang disiarkan The Guardian, Thompson bersama penandatangan yang lain mengutuk Habima kerana rekod Israel yang memalukan atas penglibatan penempatan haram di wilayah yang diduduki Palestin.
Selebriti Hollywood berbangsa Yahudi, Dustin Hoffman pula membatalkan kunjungannya ke Festival Filem Jerusalem berikutan serbuan IDF terhadap flotila ketika berlayar cuba masuk ke Gaza pada 2010.
Hoffman turut menghadiri Majlis Hal Ehwal Muslim (MPAC) Anugerah Media Tahunan ke-22 bagi menyampaikan anugerah kepada filem anti-Israel.
Penyanyi lagenda Stevie Wonder turut menunjukkan sokongan apabila menarik diri daripada membuat persembahan di sebuah majlis Sahabat Israel Defense Forces (FIDF) di Los Angeles pada 2012.
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menasihati saya supaya menarik diri dari majlis tersebut,” katanya.
Sebelum Wonder membatalkan persembahannya, terdapat beberapa aktivis BDS memasukkan petisyen di laman change.org bagi mendesak penyanyi itu untuk menarik diri daripada membuat persembahan di FIDF.
Petisyen yang dimasukkan itu mendapat sambutan lebih 4,600 tandatangan.
Global
KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia hari ini meluahkan rasa kekecewaannya kerana
beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang mengancam
keselamatan pekerjanya, ekoran gesaan pelbagai pihak untuk memboikot
syarikat.
McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.
“Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.
“Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat di dalam satu kenyataan media.
McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.
“Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia.”
Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel. – Astro Awani
McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.
“Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.
“Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat di dalam satu kenyataan media.
McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.
“Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia.”
Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel. – Astro Awani
Isu Semasa
Ni artis mana ni? Katanya bergelar datin…

Gambar dimuat naik sempena raya katanya…
Punggung, kaki semua nampak jelas… mesti banyak publisiti murahan kan…
Artis yang cipta nama cara murah ni sebenarnya tidak akan kekal lama pun…
Hiburan

Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.
Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial.
Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya
dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai.
Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman
setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah
namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan
budaya buli di asrama.
Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran
daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya
membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan
sendiri.
Isu Panas
AGAK jarang sebenarnya gaya dan pemakaian pengacara dan pelakon Hanis Zalikha dikecam oleh peminat.
Ini kerana, dia tidak terlalu kerap memakai pakaian yang mencolok mata seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti wanita.
Bagaimanapun, menerusi beberapa portal hiburan, satu gambar Hanis
bersama pelakon Hairul Azreen tiba-tiba menjadi panas gara-gara baju
putih tanpa lengan yang dipakainya.
Gambar yang dimuatkan di Instagram itu juga dilihat menampakkan bentuk pakaian dalam yang dipakainya.
Ia sekaligus mengundang kritikan daripada para peminat yang menyifatkan Hanis semakin seksi sejak popularitinya meningkat.
Menerusi tinjauan kami di akaun Instagramnya, gambar tersebut sudahpun dipadamkan.
Harapnya selepas ini Hanis akan lebih berhati-hati dalam berpakaian
kerana statusnya bukan sahaja sebagai selebriti, tetapi juga blogger
yang diminati ramai dan menjadi contoh kepada remaja di luar sana.
Hiburan
SEBENARNYA, tidak susah pun untuk memahami kaedah ‘boikot’ produk yang menyumbang kepada dana kewangan kepada Israel.
Hanya perlu berhenti membeli, itu sahaja.
Tetapi, ada rakyat Malaysia yang menggunakan peluang ini untuk
menunjukkan kebiadapan mereka terhadap para pekerja restoran segera
sehingga sanggup menghina mereka.
Menerusi status Shazwan Sazali yang dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional,
dia menegur perbuatan individu yang bertindak meludah pekerja Starbucks
hanya kerana mahu menunjukkan protes terhadap restoran itu.
Setahu kami, Islam langsung tidak mengajar umatnya untuk menzalimi orang
lain, apatah lagi orang yang langsung tidak berdosa terhadap kita.
Kalau beginilah gayanya, nampaknya kempen menjatuhkan Israel mungkin
akan bertukar menjadi kempen menjatuhkan nama baik umat Islam…
Isu Panas
Semalam, Mynewshub.my menemui satu iklan berkaitan usaha
seorang bapa mencari seorang lelaki dipercayai tunang kepada anaknya
dengan tawaran RM10,000 tunai.
Kisahnya, lelaki itu diburu kerana melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin.
Makluman meminta bantuan orang ramai untuk mencari lelaki berkenaan
dimuatnaik di Facebook dan ia sudah pun tersebar di merata-rata alam
siber.
“Ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya mencarinya kerana melarikan diri dari bertanggungjawab untuk berkahwin.
“Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan
kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan,” bunyi makluman
berkenaan.
Pencari yang mendakwa sebagai bapa kepada anak perempuannya
itu turut mendedahkan alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan
dan juga no kad pengenalan lelaki berkenaan.
Mynewshub.my tidak mengetahui secara jelas adakah iklan
sebegitu sahih dan kami telah pun menghubungi nombor telefon yang
tertera namun panggilan tidak dijawab.
Sebaliknya, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada nombor tersebut dibalas dengan kata-kata yang betul-betul jujur dan bunyinya agak menggelikan.
“Ye, kami sanak saudara cari (nama lelaki) yang pancut air maninya
dalam mulut tunangnya tapi tak nak kahwin, pelbagai alasan diberi,”
katanya.
Nah, itu dia sebabnya lelaki yang tinggal di sekitar Kelantan itu
diburu lelaki ini. Jika benar, eloklah si lelaki itu kembali kepada
tunangnya dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik, barulah anak
jantan.
Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, eloklah
diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan
dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang.
Apapun, pencarian lelaki seperti ini memang unik dan siap ditawarkan
ganjaran untuk diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki yang
dicari itu.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)









Recent Comments