Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Beijing: Kegilaan terbaru melanda ramai wanita China apabila mereka berlumba-lumba menayangkan ketiak selekeh dan berbulu kerana tidak dicukur.

Gambar ketiak masing-masing kini dilaporkan memenuhi laman sesawang Weibo yang berfungsi seperti Twitter di China bagi menyahut cabaran untuk peraduan selfie bulu ketiak terbaik. 

PELBAGAI cara digunakan wanita China untuk mempamerkan ‘kecantikan’ masing-masing.

Peraduan yang diumumkan melalui Internet pada 17 Julai lalu itu berjaya menarik lebih 28.5 juta orang yang mula menyumbang ribuan gambar dalam tempoh hanya lima hari.
Penganjur peraduan Gadis Yang Tidak Mencukur Bulu Ketiak itu berkata, ia bertujuan mewujudkan sikap positif di kalangan wanita terhadap persepsi kecantikan di mata masyarakat.  
“Wanita perlu mempunyai keyakinan diri sama ada anda bercukur atau tidak,” katanya di laman sesawang itu.

Walaupun peraduan tidak menawarkan sebarang hadiah berakhir pada 22 Julai lalu, namun ramai wanita daripada terus memuat naik gambar ketiak mereka dengan hashtag berkenaan.

Sebelum ini ada negara lain menggalakkan wanita berkongsi gambar bulu ketiak, bulu kaki dan sebagainya. - Agensi


Gaza City (Wilayah Palestin): Yamin, tiga tahun, adalah satu-satunya insan yang terselamat apabila kediaman keluarganya dibedil tentera Israel yang menyebabkan 19 nyawa terkorban, pada Aidilfitri pertama.

Biarpun begitu, Yamin, tiga tahun, tetap merana apabila melecur teruk di belakang tubuh dan mengalami keretakan pada beberapa bahagian badannya hasil kekejaman tentera Israel yang membedil kediaman keluarganya hingga musnah di Al-Buraj, tengah Gaza.

Dia kemudian dibawa ke unit rawatan kebakaran di Hospital Shifa di mana dia terbaring tanpa pakaian dan diberi rawatan kecemasan oleh petugas yang bertali-arus menerima tubuh yang parah.

Kadangkala ada antara mangsa yang diterima terlalu teruk kecederaannya sehingga menemui ajal beberapa jam kemudian hanya di atas pengusung.
Mereka yang terselamat pula dipindahkan ke bilik pembedahan - satu-satunya hospital atau unit di seluruh Gaza yang boleh membantu melakukan rawatan ke atas tubuh yang melecur.

Kakitangan hospital warga tempatan mendakwa angka korban di kalangan warga Palestin ketika ini sudahpun mencecah 1,829 nyawa dan kebanyakannya daripada mereka adalah orang awam.

“Hanya segelintir mangsa dibawa ke hospital ini tidak begitu teruk cedera dialami mereka,” kata pakar pembedahan plastik dari American University of Beirut, Ghassan Abu Sitta. Dia dihantar ke hospital itu oleh Medical Aid for Palestinians (MAP).

“Pada pendapat saya, 70 peratus daripada mangsa akan mengalami kecacatan yang kekal. Sama ada parut atau tubuh tidak lagi berfungsi. Mereka tidak akan sama lagi seperti sediakala,” katanya.

Menurutnya, kes paling teruk diterimanya adalah merawat budak lelaki lapan tahun yang pada asasnya hilang separuh daripada wajahnya, termasuk sebelah mata.

“Apa yang perlu saya lakukan ialah membina kembali wajahnya. Malangnya, mata kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan. Budak itu hilang keluarganya dan tidak berupaya lagi menguruskan dirinya.

“Kanak-kanak lelaki itu tiada lagi masa depan. Ketika dirawat, kanak-kanak itu tanya mengapa lampu ditutup. Sungguh sayu hati saya.

“Saiz kerosakan atau kecederaan atau kematian ke atas penduduk Gaza tidak boleh pulih. Sistem kesihatan tidak mampu melakukannya,” katanya yang turut berada di Gaza ketika Israel melancarkan serangan pada 2008 dan 2009. - AFP



Klang: “Kejadian berlaku terlalu pantas. Tiba-tiba badan dan tangan terasa sakit selepas menyedari ditetak seorang daripada lelaki itu. Walaupun merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu, lelaki itu tidak peduli dan terus menghayunkan parang.

“Ketika kejadian, ada kira-kira 15 pelanggan sedang leka melayari Internet dan bermain permainan komputer sebelum lelaki bersenjatakan parang itu menetak kami seperti orang hilang akal,” kata seorang mangsa kejadian serangan di sebuah kafe siber di Bayu Perdana dekat sini, awal pagi Khamis lalu. 

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di belakang badan, tangan kanan dan kiri serta kepala akibat ditetak dengan parang.
Walaupun terpaksa menerima kira-kira 40 jahitan, lelaki berusia 26 tahun itu bersyukur kerana nyawanya masih panjang.  

Menurutnya, doktor yang merawatnya mengesahkan kecederaan dialami dapat dirawat sepenuhnya, namun mengambil masa untuk pulih terutama tangan kanan yang perlu dimasukkan besi.
Katanya, dia akan pulang ke kampungnya di Sandakan, Sabah untuk berehat seketika dan memulihkan kecederaan dialami.

Sri Aman: Seorang pesakit lelaki warga emas yang dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching maut apabila ambulans dinaiki terbabas di Kilometer 66 Aping, Jalan Sri Aman-Kuching, jam 12 tengah hari tadi.

Mangsa Bernard Lium Barandang, 65, parah di kepala dan dada, manakala anak lelakinya, jururawat dan pemandu hanya cedera ringan. 

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pantu untuk mendapatkan rawatan selepas parah dalam kemalangan itu.
Katanya, mangsa menaiki ambulans dari Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan penyakit kekurangan darah merah di Hospital Kuching.  
Bagaimanapun, sebaik tiba di selekoh jalan berkenaan ambulans terbabas ke kawasan semak di tepi jalan.
"Mayat dihantar ke Hospital Sri Aman sebelum dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan susulan.

"Siasatan awal mendapati jalan di lokasi kejadian licin selepas hujan dan dalam penyelenggaraan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987


Johor Bahru: Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini.

Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas di sini. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu.
"Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya," katanya.
Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.


New York: Setiap kisah janggut yang cantik, sudah tentu ada seorang wanita hebat di sebaliknya.
Isaiah Webb, pekerja di syarikat Sony di San Fransisco, kini menjadi terkenal kerana janggutnya yang menakjubkan.
Setiap Isnin, Webb akan menyiarkan gambar janggutnya yang digubah menjadi bentuk luar biasa.



“Isteri saya meminati fesyen, dan dia menyukai janggut,” katanya kepada Huffington Post.
Antara gambar yang disiarkan Webb yang paling mendapat perhatian adalah janggutnya yang berbentuk mangkuk.

Dengan cita rasa hebat isteri Webb dalam fesyen, ia menjadikan minat luar biasa suaminya berbaloi sehingga mereka berdua terpilih menjadi satu karektor dalam buku terbaru Ripley's Believe It Or Not!, ‘Reality Shock!’ yang akan diterbitkan pada 9 September depan. Webb mula berjanggut ketika dia berusia 11 tahun.

Empat tahun lalu, janggutnya itu sudah cukup panjang untuk dijadikan pelbagai bentuk.
“Kami tidak sangka ia akan menarik perhatian orang ramai. “Ia amat menyeronokkan dan kami mengambil keputusan membentuknya sekerap mungkin,” kata Webb.

Tetapi akhirnya mereka kehabisan idea untuk mencipta rekaan baru dan mula meminta pendapat peminat.
Kini, Webb mula menceburkan diri dalam perniagaan penjagaan rambut. Dia bakal mengeluarkan sikat khas yang diciptanya untuk mereka yang berjanggut panjang.

“Ia mempunyai berus khusus yang boleh menguraikan janggut yang bergulung. Anda boleh menyikat janggut anda walaupun ia basah,” katanya.

Menurutnya, ini bukan satu-satunya impiannya.

Webb berkata, dia benar-benar mahu membawa pendedahan meluas terhadap pertandingan janggut di Amerika Syarikat. - Agensi







SEORANG paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas (SMS).
Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw, tenggara Poland berkata dia mula mendapat SMS berunsur kebencian selepas gagal mengusir syaitan itu daripada remaja terbabit.
Rajchel percaya makhluk itu menggunakan tubuh badan remaja berkenaan sebagai perantaraan untuk melepaskan geram menerusi telefon bimbit.

“Biasanya pemilik telefon tidak sedar mereka dipergunakan seperti ini. Bagaimanapun dalam kes seperti ini ia jelas berlaku,” katanya.
Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden. Antara mesej itu, menurut akhbar Austrian Times berbunyi: “Dia tidak akan keluar dari neraka ini, dia milik aku. Sesiapa yang membantunya akan mati.” Paderi berkenaan menjawab SMS itu dan menerima satu lagi jawapan berbunyi: “Baik kamu diam, paderi. Kamu tidak boleh menyelamatkan diri kamu sendiri. Bodoh. Paderi tua yang bodoh.” Menurut Rajchel, kejadian itu jelas menunjukkan remaja itu dirasuk dan memerlukan bantuan. – Agensi



Seremban: Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu di sini, semalam.
Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan di sini, kira-kira jam 6 petang semalam. 
Katanya, kedua dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian. 

Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.
"Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh," katanya. 
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh





BULAN Ramadan lalu menyaksikan beberapa orang artis wanita memilih untuk tampil dengan imej berhijab penuh.
Terbaharu, Mila Jirin yang juga juara Akademi Fantasi 5 mengambil keberkatan bulan mulia itu untuk melakukan penghijrahan.
Hal tersebut turut dinyatakan di laman Instagram miliknya selepas ramai yang bertanyakan tentang penampilan baharunya itu.


Satu pungutan suara mengesahkan trend rakyat Malaysia Timur kini yang semakin bergolak, dengan kebanyakan penduduk bandar Sarawak bercakap secara terbuka mengenai meninggalkan idea meninggalkan Malaysia.
Tinjauan terhadap 100 orang di Malaysia Timur mendedahkan 72% daripada rakyat Sarawak berasa meninggalkan Persekutuan adalah pilihan terbaik, dengan hanya 14% di Sabah bersetuju.
Tinjauan itu juga mendedahkan 43% daripada mereka percaya cara terbaik untuk Sabah dan Sarawak menyelesaikan masalah mereka adalah dengan meninggalkan Malaysia.
Pemisahan dianggap pengkhianatan mengikut undang-undang Malaysia.
Undian itu mendedahkan perasaan curiga dan kekecewaan yang masih wujud di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setengah abad selepas Persekutuan ditubuhkan pada 16 September 1963.
Keputusan undian The Malaysian Insider ini sama dengan kaji selidik atas talian sebelum ini yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia Timur mahu Sabah dan Sarawak meninggalkan Persekutuan.
Seorang ahli akademik kanan yang berpangkalan di Sarawak melihat keputusan undian berkata terdapat perbezaan besar di antara responden Sarawak dan Sabah dalam analisis serta memahami masalah mereka.
"Penduduk Sabah mempunyai analisis lebih baik berkenaan masalah utama Sabah. Tetapi analisis Sarawak sebaliknya," kata Prof Madya Dr Andrew Aeria.
Pungutan suara dijalankan secara temu bual bersemuka dengan 50 orang penduduk dari Sabah dan Sarawak ke atas semua kumpulan umur. Responden ditemu bual di Kota Kinabalu, Penampang dan Papar, Sabah. Responden Sarawak adalah dari Kuching, Serian dan Sri Aman.
Sebanyak 71% penduduk Malaysia Timur mengatakan Putrajaya tidak melayan Sarawak dan Sabah dengan adil.
Bilangannya lebih tinggi di kalangan rakyat Sarawak berbanding Sabah.
Di kalangan penduduk Sarawak, 96% daripada mereka berkata masalah terbesar Sarawak adalah Putrajaya tidak melayan mereka dengan adil.
Jawapan ini dipilih daripada senarai yang termasuk kelembapan ekonomi tempatan, jenayah yang tinggi, pembangunan yang tidak cukup atau peluang pekerjaan.
Responden Sarawak mengadu Sarawak tidak mendapat bahagian saksama daripada dana pembangunan dari Putrajaya
Sedangkan Sarawak membekalkan Putrajaya dengan hasil minyak setiap tahun.
Ramai mengadu jalan yang teruk, bekalan air dirawat keruh dan elektrik terputus di kawasan pedalaman Sarawak.
Kebanyakan penduduk Sabah yang ditemubual atau 42% juga berpendapat kerajaan Persekutuan tidak melayan Sabah dengan adil. Sebahagian 32% berkata Putrajaya adil kepada Sabah.
Bagaimanapun, 57% daripada 100 orang yang ditinjau berkata mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan Sarawak atau Sabah.
Sebanyak 76% daripada rakyat Sarawak yang mengundi berpuas hati dengan kerajaan Sarawak. Manakala antara 50 rakyat Sabah, 38% berpuas hati dengan kerajaan mereka berbanding 32% yang tidak.
Majoriti rakyat Sabah ditinjau atau 52% mengatakan kebanjiran pendatang tanpa izin adalah masalah utama mereka. Ini diikuti ekonomi yang menurun pada 18%, tidak cukup pembangunan (10%), kadar jenayah yang tinggi (8%) dan pekerjaan tidak mencukupi (6%).
Aeria, seorang ahli ekonomi politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), memberi amaran terhadap pungutan suara sebagai mewakili apa yang rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya fikirkan.
Beliau berkata maklum balas daripada 50 penduduk Sarawak kemungkinan besar daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet.
Mereka mempunyai sikap politik yang dibentuk media sosial.
"Responden Sarawak menerima keseluruhan propaganda pembangkang dan kerajaan Persekutuan dipersalahkan bagi semua masalah Sarawak.
"Daripada mengadakan perbincangan mendalam tentang masalah Sarawak, mereka lebih gemar bersikap menyalahkan," kata Aeria.
Beliau berkata terdapat sentimen anti-kerajaan Persekutuan Semenanjung yang kuat dalam pilihan raya umum tahun lepas yang disebabkan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) Sarawak.
BN Sarawak menemui penduduk dan menggesa orang ramai hanya mengundi "orang kita" atau parti Sarawak asli. Para pengundi menggesa menolak calon-calon dari parti berasaskan Semenanjung, seperti dalam PR.
Bersama-sama retorik PR terhadap BN Persekutuan, ia melahirkan perasaan anti-Persekutuan yang diarahkan kepada Putrajaya. Sentimen ini terlepas pandang penglibatan BN Sarawak dalam masalah Sarawak.
Maklum balas daripada 50 rakyat Sarawak seolah-olah menunjukkan bagaimana sentimen anti-Semenanjung ini membentuk wacana politik di Sarawak.
"Jika anda marah dengan kerajaan Persekutuan BN kenapa anda masih mengundi untuk kerajaan BN negeri? BN Sarawak masih sebahagian daripada BN Persekutuan. Ia merupakan satu analisis masalah Sarawak," kata Aeria. – 1 Ogos, 2014.




Selebriti Hollywood dan berbogel memang berpisah tiada.
Walaupun begitu, ada yang masih lagi bersifat konservatif enggan bertelanjang bulat di mana-mana majalah mahupun filem yang dilakonkan mereka.
Namun, berbogel tidak menjadi masalah buat Zoe Saldana, heroin filem Avatar yang tampil tanpa seurat benang dalam sebuah majalah kesihatan UK, Women’s Health UK untuk keluaran terbaharunya.
Pelakon berusia 36 tahun ini kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan suami, artis kelahiran Itali, Marco Perego. 



DUBLIN, Ireland - Seorang penghibur jalanan berpakaian kostum adi wira Spider-Man mencetus fenomena di laman jaringan sosial selepas dia dirakam bergaduh dengan seorang lelaki yang cuba menyamun duitnya.
Konfrontasi hampir tiga minit itu tersebar pantas daripada muka surat Facebook milik seorang saksi kejadian tersebut ke beberapa akhbar Ireland sebelum ia mengungguli laman YouTube tempatan.
Seorang saksi yang merakamkan video itu, Robert Bolster berkata, pergaduhan itu bermula di kaki lima sebuah kawasan beli-belah utama di sini selepas lelaki berkenaan cuba mencuri wang 'Spider-Man' tersebut.
Wang itu merupakan pendapatan yang diperoleh daripada para pelancong yang bergambar bersamanya.
Rakaman yang dibuat pada Selasa lepas itu menunjukkan lelaki tersebut menumbuk kepala 'Spider-Man' lebih dua kali.
Namun, 'Spider-Man' itu berjaya menjatuhkan penyamun itu dan menghalangnya daripada melarikan diri.
Polis yang berada di lokasi kejadian menahan kedua-dua mereka sehingga siasatan berhubung kes tersebut selesai dilakukan. - AP