Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Hari ini, antara cara berkesan untuk berniaga adalah menggunakan laman sosial terutama blog, Facebook dan Instagram kerana ia lebih murah namun masih mampu mencapai golongan sasaran pembeli dengan berkesan.
Bagaimanapun dari hari ke hari, peniaga online muncul bagai cendawan selepas hujan. Tak cukup dengan persaingan sesama sendiri, peniaga tudung contohnya terpaksa pula bersaing dengan jenama terkenal yang sedia kukuh di pasaran.
Daripada satu segi perniagaan tudung yang semakin rancak amat baik kerana ia melambangkan peningkatan muslimah yang menutup aurat di Malaysia walaupun ada juga isu sesetengah tudung kelihatan tidak mengikut syariat – inilah yang dijadikan modal seorang peniaga tudung online untuk menyelar tudung jenama terkenal, Fareeda.
Sekiranya niat hati peniaga online ini benar-benar untuk menyedarkan wanita muslimah di luar sana baguslah, tapi kalau ia bertujuan menaikkan jualan dengan memburukkan produk lain apa pula hukumnya ya?
Lagi pun setahu kami, tudung Fareeda ada juga yang dijual labuh hingga menutup dada manakala pengguna tudung bawal pula ada yang menggayakan tudung besar ini dalam keadaan singkat hingga tidak menutup aurat seperti sepatutnya.Jadi isu tudung menutup aurat atau tidak ini pada kami terletak pada si pemakai, bukan jenama tudung tertentu. Tak gitu? #mynewshub
Isu Panas

KAMI yakin anda pernah mendengar perihal penternak ikan keli yang memberi makan organ dalaman babi kepada ikan ternakan mereka.
Ia sekaligus menimbulkan kekecohan dan pelbagai pendapat kerana perbuatan itu ternyata bercanggah dengan syariat Islam.
Untuk makluman, memakan haiwan ternakan yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan.
Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khirul Adnan Hamid telah berkongsi ‘berita panas’ mengenai sebuah kolam penternakan ikan patin yang dikatakan mengandungi tulang babi.
Isu Panas
Bronx – Seorang peminat baseball mengemukakan tuntutan saman ke atas dua penyampai sukan ESPN kerana didakwa memberikan ulasan memalukan ketika televisyen menyiarkan gambar dia tertidur pada perlawanan antara Yankees dan Red Sox pada April lalu.
Andrew Robert Rector mendakwa penyampai sukan terbabit, Dan Shulman dan John Kruk telah menggelarnya sebagai gemuk dan tidak cerdik ketika kamera dihalakan ke arahnya yang sedang tidur.
Dia menuntut $10 juta dolar atas alasan seluruh dunia menyaksikan Shulman dan Kruk memalukannya.
Rector mendakwa Shulman dan Kruk turut menggelarnya `lembu gemuk’ dan `tidak berbaloi’sebagai peminat.
Namun klip youtube tidak pula memperlihatkan Shulman dan Kruk menyebut perkataan berkenaan.
Selain Shulman dan Kruk, Rector turut menyaman Major Leaque Baseball dan ESPN.
Global
PETALING JAYA: Penyamaran atau penipuan olok-olok (scam scoofing) tidak boleh dijadikan bahan ketawa.
Ia adalah satu jenayah serius yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan puluhan juta ringgit setiap tahun.
Penipu kini memperdaya sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa disangka-sangka dengan secara berani menyamar sebagai pegawai Bukit Aman dan Bank Negara dalam skim penipuan mereka.
Penipuan ini menjadi salah satu penipuan teknologi yang menyalahgunakan Voice over Internet Protocol (VoIP) – satu sistem untuk membuat panggilan suara melalui Internet – dengan meniru ID pemanggil sebenar.
Mereka membuat panggilan yang mana nombor yang tertera di skrin telefon kelihatan dari talian Bukit Aman atau Bank Negara, atau mana-mana agensi lain.
Sekurang-kurangnya 2,000 orang telah ditipu dengan cara ini sejak 2012, mengakibatkan jumlah kerugian lebih dari RM60 juta.
Dalam beberapa kes, kesemua wang simpanan mangsa lesap.
Penyangak terbabit akan membuat panggilan atau menghantar e-mel kepada mangsa yang berpotensi, memberi amaran kononnya akaun bank mereka telah dicerobohi.
Kemudian, mereka menasihati mereka untuk memindahkan wang mereka ke satu lagi akaun lain yang kononnya selamat.
Apabila mangsa memindahkan wang ke dalam akaun mereka yang melakukan penipuan, ia akan dikeluarkan dan kaki tipu terbabit menghilangkan diri.
Akaun ini biasanya dibuka menggunakan identiti palsu.
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata sindiket ini juga menggunakan taktik ‘menakutkan-nakutkan’ untuk menipu mangsa mereka.
Salah satu taktik ialah dengan memberitahu mangsa bahawa mereka membuat panggilan dari Bukit Aman dan memberitahu akaun bakal mangsa telah digunakan untuk aktiviti jenayah.
Taktik lain termasuklah memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah tetapi perlu membayar ‘yuran’ tertentu untuk menuntut hadiah tersebut.
“Nombor-nombor yang digunakan oleh penipu ini banyak dan pelbagai. Mereka mempunyai buku panduan untuk melakukan penipuan seperti ini,” kata Mortadza.
Beliau berkata kes-kes seperti ini menunjukkan walaupun pihak polis, bank dan lain-lain pihak sering memberi amaran, orang ramai masih terjerat dengan penipuan tersebut.
Mortadza berkata, orang ramai perlu membuat semakan dengan Bukit Aman, Bank Negara atau bank-bank mereka sebelum memindahkan wang.
Beliau juga memberi amaran mengenai penipuan ‘phishing’ di mana mangsa ditipu dengan mengklik pautan internet yang dihantar kepada mereka melalui e-mel.
“Ini boleh membawa mereka ke laman web yang mencuri maklumat peribadi, seperti nombor akaun bank dan kata laluan, atau muat turun perisian berbahaya yang membolehkan penipu mengambil alih komputer mangsa.
“Satu helah biasa adalah dengan menghantar kepada mangsa laman olok-olok yang kelihatan sama seperti laman web rasmi bank yang sering digunakan mangsa, yang mengarahkan mangsa menaip butiran akaun dan kata laluan,” katanya. – mStar
Isu Semasa
Georgetown: Hancur luluh hati seorang ibu apabila melihat muka bayi lelakinya melecur teruk terkena kemenyan ketika ditinggalkan kepada rakannya untuk dijaga dalam kejadian di sebuah rumah di Lebuh Macallum, di sini, kelmarin.
Bayi malang berusia lima bulan itu dikatakan mungkin menjadi mangsa dera rakan ibunya, namun sehingga kini ia belum dapat dipastikan kerana wanita yang menjaganya itu terus menghilangkan diri.
Ibu mangsa, C Jugavalli, 32, berkata, dia meninggalkan bayinya itu kepada rakannya kerana wanita itu mendakwa mahu menjaga anaknya itu sejak sebulan lalu sebelum dia mengambil keputusan bertemu dengan bayinya jam 5 petang kelmarin.
“Saya baru mendapat kerja di kilang dan rakan memberitahu dia boleh menjaga anak saya. Saya memang percayakannya lalu menyerahkan anak kepadanya.
“Setiap hari saya menghubungi rakan terbabit bertanyakan keadaan anak dan dia memberitahu supaya tidak perlu risau serta bimbang kerana anak saya selamat di bawah jagaannya,” katanya.
Isu Semasa

Rio de Janeiro: Selain terpaksa berdepan dengan Brazil, pasukan Jerman juga akan bertarung dengan ilmu hitam seorang dukun tempatan pada perlawanan separuh akhir esok.
Brazil akan turun tanpa bintang mereka, Neymar di Belo Horizonte.
Bagaimanapun, dukun Helio Sillman dari Rio de Janeiro berkata, dia akan mengguna ilmu hitam untuk menghalang pasukan bimbingan Joachim Loew daripada mara ke perlawanan separuh akhir.
“Saya akan memilih pemain utama mereka dan mengikat kakinya bagi memastikan dia tidak boleh berlari ketika perlawanan,” kata Sillman, merujuk anak patung voodoo seorang pemain Jerman yang tidak dinamakannya yang akan disihir dalam satu majlis sebelum perlawanan bermula.
Di kedainya, ‘World of Orixas’ di kawasan kejiranan Madureira, utara Rio, Sillman menjalankan ritual ilmu hitam setiap kali sebelum perlawanan Brazil bermula.
Dengan menggunakan padang bola sepak kecil berbentuk kotak sebagai perantara ilmu hitamnya, dia meletakkan lilin yang dinyalakan mengikut warna kumpulan lawan dan patung voodoo pemain penting mereka.
Bagaimanapun, sumpahan Sillman ke atas bintang Colombia, James Rodriguez tidak mampu menghalang pemain itu menjaringkan gol dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Brazil dalam perlawanan suku akhir Jumaat lalu.
Selain itu, Sillman juga tidak berkuasa menghalang bintang Brazil Neymar daripada cedera tulang belakang ketika beraksi menentang Colombia, sekali gus memaksanya mengundur diri daripada perlawanan menentang Jerman.
Namun, Sillman berkata, keputusan perlawanan Brazil ketika menentang Cameroon, Chile, Croatia dan Mexico adalah hasil keberkesanan sihirnya.
“Brazil tidak berjaya dikalahkan oleh keempat-empat pasukan itu kerana sihir saya,” katanya. - AFP
Global
Jika anda masih ingat, sebelum ini Mynewshub.my ada menyiarkan kisah seorang wanita Filipina yang menyatakan rasa cinta pandang pertamanya terhadap seorang jejaka kacak yang ditemuinya ketika menaiki pengangkutan awam MRT di Singapura, baru-baru ini.
Rupa-rupanya lelaki tersebut sudah berpunya. Pasti kecewa dan hancur remuk hati Harlene Azuela apabila mengetahui berita ini.
Ini kerana menurut seseorang yang mengenali jejaka tersebut mendedahkan bahawa jejaka itu sudah pun mempunyai teman wanita yang berasal dari Singapura.
Harlene sebelum ini memuat naik video pengakuan cintanya yang diakui dibuat berdasarkan inspirasi filem Filipina She’s The One, yang mana jalan ceritanya si hero memuat naik video demi mencari gadis idamannya yang dijumpai ketika dalam hujan.
Menerusi filem itu, pasangan hero dan heroin berjaya disatukan namun dalam realitinya Harlene terpaksa menerima hakikat bahawa jejaka yang digilainya itu sudah pun berpunya.
Tak mengapalah Harlene, mungkin lepas ni kalau jumpa mana-mana lelaki yang berkenan, jangan serik buat video, mana tahu yang lepas-lepas ini sangkut pula kan. Tak gitu?
Pelbagai

Rusia – Pasangan kekasih ini nampaknya sudah hilang rasa malu apabila nafsu menguasai diri. Mereka sanggup melakukan hubungan seks di khalayak ramai, pada waktu siang di tempat yang menjadi tumpuan orang awam yang lalu lalang di situ.
Tanpa mengendahkan orang ramai, mereka memuaskan nafsu selama 15 minit.
Sebaik tamat adegan seks itu, kedua-duanya kemudian bangun dan ketawa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Aksi memualkan itu dirakamkan oleh seorang lelaki, Aleksey Douhov, 26 tahun, yang kemudiannya dimuat naik dalam media sosial.
Video klip itu menjadi klip yang paling ditontoni orang ramai di Rusia.
Apabila klip itu tersebar luas, ia telah menyebabkan Ahli Parlimen di situ mengamuk dan meminta polis mengesan pasangan tersebut.
Pelbagai
GEMAS – Seorang warga Nepal yang bekerja di kilang papan parah apabila dahinya ditembusi serpihan kayu sepanjang 1.5 meter di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.51 pagi itu, serpihan kayu berkenaan dipercayai terpelanting daripada mesin pemotong kayu dan terkena kepala mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang sedang bekerja tidak jauh dari situ.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penguasa Bomba Kanan I, Kamaruddin Salleh, berkata kayu itu menembusi bahagian tengah dahi mangsa dan keluar di bahagian kanan kepalanya.
“Bomba mengambil masa tujuh minit untuk memotong kayu itu menggunakan mesin pemotong khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan, selain mengelak kecederaan lebih serius,” katanya.
Katanya, kakitangan Klinik Kesihatan Gemas turut membantu pasukannya ketika operasi memotong kayu itu, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut. – BH Online
Isu Semasa
PETALING JAYA – Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yang mahu mengucapkan takziah ketika dunia hiburan dikejutkan dengan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu.
Soo yang berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu pelakon Sharifah Amani.
“RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani),” tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad.
Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).
Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini.
Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yang disengajakan.Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukan.
Soo mempunyai kira-kira 357,000 orang pengikut laman sosial berkenaan.
Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru. – mStar
Hiburan
TAMAN Tema Air Cartoon Network yang pertama akan dibuka untuk julung kalinya pada bulan ini di Thailand.
Orang ramai dapat menyaksikan persembahan dari karekter kartun seperti The Powerpuff , Johnny Bravo, Ben 10 dan sebagainya.
Selepas beberapa tahun pembinaannya, perlancaran taman tema ini akan dibuka mula 31 Julai ini.
Terletak di Bang Saray Bay, Thailand iaitu 20 minit dari bandar Pattaya dan dua jam perjalanan dengan kereta dari Bangkok, Taman Tema Air Cartoon Network terdiri daripada 10 permainan termasuk rollercoaster, kolam mandi ala pantai dan Cartoonival.
Taman tema itu juga dinobatkan sebagai taman tema akuaria terbesar dan memiliki 150 seksyen kolam mandi.
Aktiviti malam pula disediakan persembahan dari penari professional dan para akrobat berserta dengan persembahan lampu projektor.
Di Malaysia Taman Tema Twentieth Century Fox sedang dalam rangka pembinaan yang menyediakan beberapa tema dari filem terkenal seperti Ice Age dan Night at the Museum.
Ia dijangka akan siap pada tahun 2016.-awani
Global
Semalam, Mynewshub.my menulis berkenaan dengan seorang wanita yang dipukul teruk di dalam sebuah kereta kerana kantoi mencuri kereta mewah jenis Toyota Vellfire.
Dalam perbualan ketika dibelasah, ada juga si wanita mengaku sudah pun mencuri sebuah lagi kereta jenis Ford.Bagaimanapun, ada susulan daripada kes berkenaan yang menunjukkan wanita itu bukan sahaja dibelasah dengan cara dipukul, dia juga telah dicucuh besi panas dan lengan berkali-kali.
Lelaki yang suaranya di dalam video berkenaan dan yang memukulnya adalah seroang pekerja dengan sebuah syarikat penyewa kereta yang mana kereta mereka dicuri oleh wanita itu.
Dia bagaimanapun telah pun menghilangkan diri.
Selain dipukul, wanita itu turut disamun apabila tablet dan juga wang di dalam akaun bank wanita itu telah diambil lelaki berkenaan.
Mangsa telah pun membuat laporan polis dan suspek utama difahamkan telah dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.
Ada juga cerita, wanita itu terpaksa melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki Cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)












Recent Comments