Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SAN JOSE, Costa Rica - Tiga penyokong pasukan Costa Rica cedera parah selepas ditikam dalam satu pergaduhan semasa bersama-sama ribuan rakyat negara itu menyaksikan siaran langsung Piala Dunia di sini semalam.
Tragedi itu berlaku semasa beribu-ribu peminat Costa Rica berhimpun di ibu kota negara berkenaan di sini untuk menonton pasukan mereka menentang Belanda pada peringkat suku akhir yang menyaksikan pasukan Oranje menang melalui sepakan penalti 4-3.
Dalam kejadian di Dataran Demokrasi itu seorang lelaki kelihatan terbaring dengan belakangnya ditusuk sebilah pisau.
Lokasi tersebut dibanjiri beribu-ribu peminat bola sepak yang hadir untuk menonton perlawanan penting tersebut.
Pihak berkuasa menayangkan pertemuan Costa Rica menentang Belanda itu di sebuah skrin gergasi.
Pasukan polis segera membentuk tembok manusia bagi menghalang situasi daripada menjadi semakin buruk. - Agensi
Global

WARSAW - Seramai 11 orang terbunuh dan seorang parah selepas pesawat sebuah kelab payung terjun terhempas di selatan Poland.
Media tempatan melaporkan, pesawat malang itu dipercayai membawa terlalu ramai penumpang.
"Seramai 12 orang menaiki pesawat tersebut manakala satu-satunya mangsa yang terselamat dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal," kata seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan, Justyna Sochacka.
Menurutnya, pesawat enjin berkembar jenis Piper Navajo itu berlepas dari sebuah lapangan terbang kecil di Rudniki, dekat Czestochowa bersama 11 penerjun udara dan seorang juruterbang.
Punca nahas pula masih belum dapat dipastikan tetapi media Poland melaporkan enjin kapal terbang itu mungkin terhenti kerana bebanan terlalu ramai penumpang.
"Cuaca panas juga dipercayai menyumbang kepada kegagalan enjin pesawat," kata satu sumber kepada agensi berita tempatan, PAP.
Beberapa saksi berkata, enjin pesawat mengeluarkan bunyi deruman pelik sebelum ia menjunam dari udara.
"Kapal terbang itu kemudian terbang amat rendah sehingga mencecah bumbung-bumbung rumah di sebuah kampung sebelum ia senget sebelah manakala sayapnya terbakar," kata seorang saksi, Barbara Minczykiewicz.
Menurutnya, penduduk kampung menemui seorang mangsa yang masih hidup dan dua mayat di luar pesawat berkenaan yang terhempas dan terbakar. - AFP
Global

Kangar: “Abang! Tolong, tolong sayang.” Itu jeritan seorang isteri selepas disimbah dengan petrol sebelum dibakar suaminya sendiri akibat cemburu buta di Kampung Abi Padang Machang, di sini, semalam.
Akibat tindakan di luar batas kemanusiaan suaminya pada jam 9.30 pagi itu, tubuh mangsa terbakar 85 peratus dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Difahamkan, pasangan itu baru seminggu bernikah di negara jiran, namun mangsa yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 semalam dibakar suami kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.
Jeritan sayu mangsa, Shafikah Ismail meminta tolong dari dalam bilik didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.
Nenek suspek yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa ke-23, semalam, tetapi dikejutkan dengan kejadian di luar jangkaan.
Menceritakan kembali kejadian, wanita itu berkata, sejurus mendengar jeritan mangsa dia meluru ke bilik berkenaan dan terkejut melihat badan mangsa sedang terbakar.
“Cucu saya (suspek) juga cuba memadamkan api dengan mengambil air dan mencurahkan ke badan isterinya, dia juga mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor dipercayai melecur hampir keseluruhan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.
“Mereka berkenalan di sebuah kolej swasta di Perak sebelum bertunang setahun lalu dan mendirikan rumah tangga lebih awal dengan bernikah di Thailand, seminggu lalu.
“Saya tidak mengetahui punca kejadian itu kerana mereka berdua dilihat mesra dan tidak mempunyai masalah. Kejadian yang berlaku mengejutkan semua ahli keluarga termasuk ibu dan bapa cucu saya yang bekerja di Langkawi,” katanya.
Isu Semasa
Sandakan: Hajat seorang pemandu teksi pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga musnah apabila kenderaannya bertembung pacuan empat roda menyebabkan dia bersama tiga penumpang maut di Batu 21 Jalan Labuk Batu dekat sini, kelmarin.
Dalam insiden membabitkan tiga kenderaan pada jam 5 petang itu, pemandu teksi Salah Ibno, 64, bersama dua penumpang Kee Kwok Edein, 63, dan Jaafar Kasim, 40, mati di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk masing-masing. Seorang lagi penumpang, Pedro Pajimola, 36, yang parah berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia pada jam 8.30 malam hari sama, selepas empat jam mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDK) Sandakan.
Tiga mangsa yang cedera ialah pemandu pacuan empat roda, Vijal Jusmun, 24, dan dua penumpang wanita Grace Zito, 32, dan Maryana Mansul, 25, yang menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Pemandu sebuah lagi kereta dipercayai Perodua Kancil pula tidak cedera.
Isu Semasa

Kuala Lumpur: “Bukan saja gadis Syria, malah nak berkahwin dengan gadis Mesir sekalipun bukan mudah kerana kosnya tinggi. Jadi, ini semua bohong dan mengarut.”
Itu kata Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari mengenai iklan tawaran harga murah untuk lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Syria yang melarikan diri ke Mesir akibat pergolakan di negara mereka.
Iklan itu tersebar luas dalam kalangan pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp di negara ini yang memaparkan wajah empat gadis jelita didakwa dari Syria, kononnya sedia untuk dikahwini dengan bayaran cuma RM4,420.
Antara maklumat yang tertera di iklan berkenaan, semua gadis itu kini berada di beberapa masjid sekitar Kaherah, Mesir dan mana-mana lelaki Malaysia yang berminat mengahwini mereka boleh menghubungi Ustaz Azizul dengan nombor telefon disediakan.
Ku Jaafar berkata, iklan tawaran berkahwin dengan gadis Syria pernah tersebar di laman sosial Jun tahun lalu, dan kini ia sekali lagi berlaku dalam kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia.
Isu Semasa
MARUDI: Suasana di perkarangan sebuah sekolah menengah di sini, kecoh apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun secara tiba-tiba berdiri atas beranda bangunan sekolah tiga tingkat dalam cubaan membunuh diri di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 petang apabila pelajar tingkatan tiga itu dikatakan nekad mahu terjun selepas dipercayai mengalami masalah dengan keluarga angkatnya.
Sumber berkata, kejadian disedari seorang guru lelaki sebelum bertindak menghubungi polis.
“Walaupun beberapa kali dipujuk namun pelajar terbabit tidak mempedulikan sebaliknya menyatakan hasrat untuk terjun.
“Pihak sekolah tiada pilihan terpaksa menghubungi pasukan keselamatan bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku -HM
Isu Semasa
BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi siapa tidak marah dan terkilan bila hasil kerja sendiri dirompak dan diguna sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertangungjawab.
Itulah luahan hati seorang jurugambar, Nixon Lim yang mendakwa gambar beliau telah diguna pakai dalam laman sesawang Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran atau persetujuan hitam putih antara dua pihak.
Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan, malah mengatakan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.
“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.
“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan tanpa izin, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.

Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab memakai karya orang lain untuk tujuan rasmi.
“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.
Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini. – NMP
Isu Panas
Hiburan

New Delhi – Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai indahnya percintaan, kembar siam Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama.
Kembar siam berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran ‘Adik-beradik labah-labah’ hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka.
Namun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik, Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi indah.
“Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.
Tambahnya, kehadiran Jasimuddin membuat mereka gembira.
“Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi.
“Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya,” katanya.
Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki.
Selain itu, mereka yang berkongsi perut, tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata, Bengal barat.
Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.
Disebabkan tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari.
Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan.
Mereka bertemu Jasimuddin, 36, guru sekolah yang bekerja sambilan di sarkas sebagai jurutera bunyi.
“Kami terkejut mengetahui dia memahami dan membalas perasaan kami,” kata Ganga.
Sementara itu, Jasimuddin mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak mengenali kekasih uniknya itu.
“Sejak bertemu dengan Ganga dan Jamuna, saya memahami derita yang mereka alami.
Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya.
Ganga berkata, Jasimuddin berhati mulia dan pandai berjenaka.
“Dia sangat baik dan sering menghiburkan kami. Kami menggelarnya Mr India,” katanya.
Ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim.
Menurut mereka, hubungan dijalin sama seperti hubungan lain malah lebih mementingkan persahabatan dan keseronokan.
Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat. – Agensi
Global

Di tengah lalu lintas yang sibuk, sebuah teksi menawarkan tumpangan kepada lelaki 38 tahun itu. Selepas berunding harga, pemandu dan Wang Feng bersetuju dengan kos perjalanan yang akan dibayar. Sayangnya, lalu lintas terlalu buruk hari itu.
Pemandu teksi ini mula merungut dan mengatakan bahawa dia harus menaikkan kadar tambangnya. Namun Wang Feng menolak. Dia sudah tiada wang lagi dan membantah kerana sudah sepakat dengan rundingan awal mereka.
Bantahan yang dilakukan Wang Feng telah membuat pemandu teksi itu geram. Akhirnya pemandu teksi itu berhenti dan membawa Wang Feng keluar dari teksinya. Tak cukup sampai di situ, dia bahkan meletakkan Wang Feng di tengah jalan dan meninggalkannya di situ. Wang Feng tak tahu bagaimana nasibnya kerana tak boleh berjalan.
Mujurlah ada penunggang motosikal yang melihatnya dan segera memanggil polis. Ketika ini pemandu teksi itu masih dalam buruan dan diduga bukan berasal dari agen berdaftar.
Global
![]() |
| Mihai percaya dia dihubungi mendiang neneknya dari 'alam lain' menerusi gambar selfie yang ditemui di dalam telefon bimbitnya. Foto CEN |
Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'.
"Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," katanya.
Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.
Tambahnya: "Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.
Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. - metro.co.uk
Pelbagai
SEDIH tapi hakikatnya kadang-kadang haiwan yang tidak mempunyai akal mampu menunjukkan sifat penyayang mereka lebih daripada manusia.
Itulah yang terlihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan di Group DKG ini.
Seekor kucing jantan meratapi pemergian pasangannya yang mati dilanggar kereta hingga bertindak menemani jasad kucing betina sampailah ia dikuburkan oleh seeorang insan prihatin.
Bacalah keterangan gambar ini dan kemudian renung blok-blok gambar yang dikepilkan;
“Dah 2 3 bulan ni ada seekor kucing betina kerap tumpang makan bersama kucing-kucing saya. Tak tau sama ada dia bertuan atau tidak. Saya panggil dia Sandy.. manja tapi tak suka disentuh. Sandy dah ada pakwe kaler hitam sejak 2 minggu lalu.
Tapi subuh tadi saya nampak Sandy terbaring tepi jalan depan rumah saya dengan si hitam duduk di sebelahnya.. Saya perati kenapa Sandy tak bergerak?
Rupanya Sandy kena langgar. Sedih saya tengok si hitam duduk mnjaga Sandy berjam-jam sampai la saya tanam Sandy pukul 9.30 tadi. Hayatilah erti disebalik gambar-gambar ini..”
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)











Recent Comments