Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
MARUDI: Suasana di perkarangan sebuah sekolah menengah di sini, kecoh apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun secara tiba-tiba berdiri atas beranda bangunan sekolah tiga tingkat dalam cubaan membunuh diri di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 petang apabila pelajar tingkatan tiga itu dikatakan nekad mahu terjun selepas dipercayai mengalami masalah dengan keluarga angkatnya.
Sumber berkata, kejadian disedari seorang guru lelaki sebelum bertindak menghubungi polis.
“Walaupun beberapa kali dipujuk namun pelajar terbabit tidak mempedulikan sebaliknya menyatakan hasrat untuk terjun.
“Pihak sekolah tiada pilihan terpaksa menghubungi pasukan keselamatan bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku -HM
Isu Semasa
BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi siapa tidak marah dan terkilan bila hasil kerja sendiri dirompak dan diguna sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertangungjawab.
Itulah luahan hati seorang jurugambar, Nixon Lim yang mendakwa gambar beliau telah diguna pakai dalam laman sesawang Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran atau persetujuan hitam putih antara dua pihak.
Nixon bertindak menghubungi pihak USM tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan, malah mengatakan gambar tersebut bukan milik nixon pada awalnya.
“Kemudian mereka menyuruh mengeluarkan surat saman kepada penasihat undang-undang, Encik Khairul Anuar Che Azmi, untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Menurut Nixon lagi, gambar tersebut telah diubah suai, namanya juga telah dibuang oleh kakitangan USM yang bertanggungjawab menjaga laman tersebut.
“Saya pasti tidak membiarkan perkara seperti ini terjadi, kerana mereka bersikap tidak profesional dan telah mengubah suai dengan tanpa izin, bagi saya mungkin pereka web mereka bermasalah,” tambahnya lagi dengan perasaan terkilan dan marah terhadap apa yang berlaku.

Nixon juga, mengunakan medium laman sosial untuk menuntut kebenarnya dan akhirnya pihak USM telah membuat satu temujanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Apa yang dibangkitkan beliau bukan untuk memburukan atau memalukan mana-mana pihak, tetapi untuk menyedarkan pihak yang tidak bertanggungjawab memakai karya orang lain untuk tujuan rasmi.
“Seharusnya perkara ini boleh dibincang, tidak perlu mencuri karya orang lain, malah setiap jurugambar ada menyimpan gambar asal (RAW), kita boleh tahu itu adalah karya kita,” katanya lagi.
Seharusnya perkara seperti ini tidak harus terjadi kepada jurugambar kerana mereka mencari rezeki dalam kerjaya ini, seharusnya pihak lain jika mahu perkhidmatan perlu berunding dahulu, semoga banyak pihak buka mata dalam isu seperti ini. – NMP
Isu Panas
Hiburan

New Delhi – Selepas mengharungi perit getir hidup bersama tanpa merasai indahnya percintaan, kembar siam Ganga dan Jamuna Mondal akhirnya jatuh cinta dengan lelaki yang sama.
Kembar siam berusia 45 tahun itu terkenal dengan gelaran ‘Adik-beradik labah-labah’ hidup sebatang kara sepanjang hidup kerana masyarakat tidak dapat menerima penampilan luar biasa mereka.
Namun, selepas bertemu dengan pemuda yang baik, Jasimuddin Ahmad kehidupan mereka menjadi indah.
“Ia cinta pandang pertama. Apabila bertemu dengan Jasimuddin, kami dapat merasakan dia akan menyayangi kami dan dia ikhlas,” kata Jamuna.
Tambahnya, kehadiran Jasimuddin membuat mereka gembira.
“Dulu, kami menderita dan tidak mahu menempuh kehidupan seperti itu lagi.
“Kami berharap dapat menghabiskan sepanjang hidup kami bersamanya,” katanya.
Kembar itu dilahirkan dengan empat tangan dan mempunyai tiga kaki.
Selain itu, mereka yang berkongsi perut, tetapi mempunyai jantung, buah pinggang dan hati berlainan dilahirkan dalam keluarga daif berhampiran Kolkata, Bengal barat.
Malangnya ibu bapa kembar siam itu tidak mampu membayar kos perubatan lalu meninggalkan mereka ketika usia baru mencecah remaja kerana menganggap kehadiran mereka petanda dilaknat Tuhan.
Disebabkan tiada pendidikan, Jamuna dan Ganga menyara hidup dengan menyertai sarkas malah memperoleh pendapatan boleh dianggap lumayan sebanyak £25 (RM140) sehari.
Pasangan itu pernah cuba melakukan pembedahan, namun menolak idea itu kerana khuatir membahayakan nyawa dan mengakibatkan hilang sumber pendapatan.
Mereka bertemu Jasimuddin, 36, guru sekolah yang bekerja sambilan di sarkas sebagai jurutera bunyi.
“Kami terkejut mengetahui dia memahami dan membalas perasaan kami,” kata Ganga.
Sementara itu, Jasimuddin mengakui kehidupannya lebih bermakna sejak mengenali kekasih uniknya itu.
“Sejak bertemu dengan Ganga dan Jamuna, saya memahami derita yang mereka alami.
Saya sudah biasa begini. Saya sentiasa menganggap derita orang lain milik saya dan cuba memperbaiki keadaan,” katanya.
Ganga berkata, Jasimuddin berhati mulia dan pandai berjenaka.
“Dia sangat baik dan sering menghiburkan kami. Kami menggelarnya Mr India,” katanya.
Ditanya mengenai hubungan kelamin, Ganga dan Jamuna tidak mengulas lanjut namun mengakui hubungan mereka dengan Jasimuddin intim.
Menurut mereka, hubungan dijalin sama seperti hubungan lain malah lebih mementingkan persahabatan dan keseronokan.
Jasimuddin dan dua kekasihnya itu hidup bersama sejak tujuh bulan lalu. Mereka bertiga menolak untuk berkahwin kerana menganggap tidak dapat diterima masyarakat. – Agensi
Global

Di tengah lalu lintas yang sibuk, sebuah teksi menawarkan tumpangan kepada lelaki 38 tahun itu. Selepas berunding harga, pemandu dan Wang Feng bersetuju dengan kos perjalanan yang akan dibayar. Sayangnya, lalu lintas terlalu buruk hari itu.
Pemandu teksi ini mula merungut dan mengatakan bahawa dia harus menaikkan kadar tambangnya. Namun Wang Feng menolak. Dia sudah tiada wang lagi dan membantah kerana sudah sepakat dengan rundingan awal mereka.
Bantahan yang dilakukan Wang Feng telah membuat pemandu teksi itu geram. Akhirnya pemandu teksi itu berhenti dan membawa Wang Feng keluar dari teksinya. Tak cukup sampai di situ, dia bahkan meletakkan Wang Feng di tengah jalan dan meninggalkannya di situ. Wang Feng tak tahu bagaimana nasibnya kerana tak boleh berjalan.
Mujurlah ada penunggang motosikal yang melihatnya dan segera memanggil polis. Ketika ini pemandu teksi itu masih dalam buruan dan diduga bukan berasal dari agen berdaftar.
Global
![]() |
| Mihai percaya dia dihubungi mendiang neneknya dari 'alam lain' menerusi gambar selfie yang ditemui di dalam telefon bimbitnya. Foto CEN |
Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'.
"Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," katanya.
Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati.
Tambahnya: "Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.
Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. - metro.co.uk
Pelbagai
SEDIH tapi hakikatnya kadang-kadang haiwan yang tidak mempunyai akal mampu menunjukkan sifat penyayang mereka lebih daripada manusia.
Itulah yang terlihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan di Group DKG ini.
Seekor kucing jantan meratapi pemergian pasangannya yang mati dilanggar kereta hingga bertindak menemani jasad kucing betina sampailah ia dikuburkan oleh seeorang insan prihatin.
Bacalah keterangan gambar ini dan kemudian renung blok-blok gambar yang dikepilkan;
“Dah 2 3 bulan ni ada seekor kucing betina kerap tumpang makan bersama kucing-kucing saya. Tak tau sama ada dia bertuan atau tidak. Saya panggil dia Sandy.. manja tapi tak suka disentuh. Sandy dah ada pakwe kaler hitam sejak 2 minggu lalu.
Tapi subuh tadi saya nampak Sandy terbaring tepi jalan depan rumah saya dengan si hitam duduk di sebelahnya.. Saya perati kenapa Sandy tak bergerak?
Rupanya Sandy kena langgar. Sedih saya tengok si hitam duduk mnjaga Sandy berjam-jam sampai la saya tanam Sandy pukul 9.30 tadi. Hayatilah erti disebalik gambar-gambar ini..”
Pelbagai

Dilapor oleh Dailymail.co.uk, wanita yang tidak disebutkan namanya ini membuat heboh di pusat membeli-belah bandar Birmingham. Saat sedang membeli-belah, wanita yang sedang hamil tua ini mengalami penguncupan dan terpaksa melahirkan di jalan depan kedai Primark. Beberapa pekerja membentangkan kain di sekitar wanita untuk mencegah orang lain melihat proses melahirkan yang sangat mendadak ini.
"Kami fikir ada persembahan di jalan itu," ujar seorang pejalan kaki. "Namun setelah didekati, ternyata ada seorang wanita yang melahirkan. Dia kelihatan sendirian dan tidak ada pegawai perubatan di sana," katanya.
Mujur, ada seorang doktor yang melalui di jalan ini ketika proses melahirkan berlangsung. Tidak boleh menunggu hingga ambulans datang, proses melahirkan tetap perlu dilakukan walaupun di tempat yang tidak sepatutnya. Beberapa orang yang tahu kejadian ini memberikan semangat agar si wanita tetap kuat dan melahirkan dengan selamat.
Tepuk tangan dari para pejalan kaki mengiringi tangis bayi yang lahir dengan selamat. Walaupun dengan segala keterbatasan dan bukan di tempat yang sepatutnya, wanita ini cukup kuat dan melahirkan bayi yang sihat.
Pasukan perubatan sampai 10 minit kemudian membawa wanita dan bayinya ke dalam ambulans untuk mendapat rawatan di hospital. Dari laporan terakhir, si ibu tampak sihat dan bayi perempuan yang baru lahir juga sihat.
Pelbagai
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengakui sering jatuh sakit sejak bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei lalu.
Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, dia berasa pelik dengan situasi itu namun menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada dugaan daripada Tuhan dalam melayari kehidupan berumahtangga.
“Pelik rasanya, sejak berkahwin, saya kerap sakit. Mungkin ini adalah ujian Allah supaya kita beringat-ingat atau mungkin juga gemuruh kahwin belum hilang lagi.
“Sekarang ini saya mudah alah terhadap habuk sehinggakan mengalami masalah semput. Jadi bila tidak bekerja, saya banyak berehat di rumah sahaja,” katanya kepada mStar Online.
Ditanya mungkin rasa sakit itu berpunca daripada dirinya yang berkemungkinan besar sudah mengandung, Misha menafikannya.
“Ishhh mana ada! Kami serahkan semua itu kepada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, kami menikmati waktu bersama-sama sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami,” ujarnya.
Sementara itu, Misha turut mengakui, sejak berkahwin, dia dan Fiross masing-masing mula menunjukkan sikap yang belum diketahui dan ia membuatkan mereka teruja untuk lebih mengenali antara satu sama lain.
“Biasalah sebelum dan selepas kahwin lain situasinya. Lepas kahwin, macam-macam sikap buruk dan baik terkeluar.
“Kadang-kami kami gelak dengan sikap baru itu, tetapi kami juga cuba bertolak ansur memperbaikinya agar masing-masing selesa hidup bersama. Tetapi saya tidak bolehlah nak dedahkan apa sikap buruk kami. Malulah,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Misha bakal memulakan rakaman lagu untuk dimuatkan dalam album terbaharunya pada bulan ini.- mStar
Hiburan

KUALA LUMPUR – Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia.
Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.
Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi – kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia – kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam.
Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012.
“Kami menyedari laporan yang mengatakan dia terbunuh beberapa tahun lalu. Itu tidak benar. Kami percaya dia masih bersembunyi di selatan Filipina,” katanya pada Khamis.
Ayob berkata, pasukannya kini sedang mengesan Marwan dan memantau individu yang rapat dengannya.
Ketika ditanya sama ada Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan kumpulan militan di negara ini dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, beliau berkata, polis tidak menolak sebarang kemungkinan.
Difahamkan Zulkifli, anak jati Muar, Johor mempunyai seorang isteri di Malaysia tetapi berkahwin dengan tiga warga Filipina sepanjang tempoh persembunyiannya.
Bekas jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS turut dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina.
Beliau juga merupakan pakar dalam membuat bom.
Sumber perisikan berkata, ketua Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom kepada kumpulan radikal dan juga seorang pelatih kepada ahli kumpulan tersebut.
“Oleh itu penangkapannya amat penting dalam usaha kita memerangi keganasan. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan Jemaah Islamiyah yang bertanggungjawab dalam serangan bom di Bali yang menyebabkan 200 orang maut,” kata seorang penganalisis.
Adiknya, Rahmat Abdhir, seorang warga AS, kini ditahan di Guantanamo, berikutan penangkapannya di California kerana terlibat dalam konspirasi menyediakan bekalan sokongan kepada pengganas.
Zulkifli, sama seperti ahli KMM yang lain, dilaporkan berlepas ke Afghanistan pada lewat 1980-an untuk menyertai misi menentang Rusia.
Sekembalinya ke Malaysia, Zulkifli menubuhkan KMM bertujuan untuk membentuk negara Islam serantau melalui keganasan.
Ahli KMM dikaitkan dengan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Dr Joe Fernandez pada 2002, penggeboman di sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu serta serangan di balai polis Guar Chempedak pada 4 Februari 2001.
Mereka yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk pemimpin PAS di peringkat akar umbi iaitu Zainon Ismail, Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin dan Nik Adli Nik Aziz, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan. - mStar Online
Isu Semasa

KAMI tahu setiap orang punyai hak untuk berfesyen mengikut keselesaan dan citarasa masing-masing.
Tapi, kalau sampai menimbulkan ‘keanehan’ di mata orang lain, adalah lebih baik jika anda menilai semula fesyen tersebut.
Sebagai contoh, ‘harem pants’ yang berasal dari Semenanjung Arab ini.
Ia merupakan seluar yang mula menjadi kegemaran ramai pada masa kini dengan ciri yang longgar pada bahagian atas dan melekat pada pergelangan kaki.
Sebenarnya, ia agak menarik untuk dipakai jika anda memilih jenis yang tidak keterlaluan.
Tapi, kalau tak kena, anda akan nampak ‘cacat’ dan kelihatan seperti memakai lampin longgar seperti gadis bertudung di bawah ini…opss!
Apapun, bersederhana ya…
Isu Panas

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: “Sepatutnya saya yang pergi dulunya…bukan dia…sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia,” kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.
Bonda kepada Datuk Sharifah Aini ini berkata demikian tatkala meluahkan perasaannya kepada pengacara Apa Kata Malaysia hlive!, Datuk Aznil Hj Nawawi yang ketika itu sempat meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.
Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani di kalangan rakan-rakan seperjuangan atau peminatnya itu meninggal dunia setelah berada di dalam keadaan yang cukup kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.
Umi yang berkerusi roda serta ditemani suaminya (bapa tiri Kak Pah) dalam keadaan yang masih hiba turut memberitahu bahawa dia terkilan kerana pulang lebih awal setelah keadaan Kak Pah mula pulih sebelum dimasukkan sekali lagi ke pussat pakar perubatan tersebut.
“Saya terkilan… sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini. Sedihlah….,” katanya dengan air mata yang berjuraian keluar sambil disaksikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang turut tak dapat menahan rasa sedihnya. Beberapa kali juga Pak Nil juga menenangkan Umi dan meminta wanita tua tersebut supaya bersabar.
Umi terdiam seketika mendengar kata-kata Pak Nil itu tetapi kemudian menyambung kembali kata-katanya.
“Sebetulnya sebelum pulang saya beritahu pada dia yang saya mahu pulang. Saya juga beritahu dia: “Umi sayang Ani…Dia anggukkan kepala.
“Saya sangka anggukannya itu bermaksud dia okey. Tapi, saya tidak sangka pula yang berlaku adalah sebaliknya dan saya kembali bergegas untuk melihat dia tapi dia sudah tiada.
“Mungkin dia mengangguk sebab tidak mahu susahkan saya. Sedihlah…memang sedih sangat” kata Umi sambil menggeleng-gelengkan kepala dan air matanya kembali bergenang di kelopak matanya dan kemudian terus mengalir turun ke pipi. - Murai
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)















Recent Comments