Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Sekumpulan wanita berpakaian sebagai pengantin menjual "ciuman" di sepanjang jalan Chevron House di Singapura. Hal ini dilakukan mereka untuk mengumpul dana.

Aksi unik ini adalah kempen yang dilakukan oleh mahasiswa dari National Junior College, yang membantu mengumpul dana bagi program penderma sumsum tulang.

"Saya sedang berjalan sepanjang Chevron House di kawasan CBD ketika gadis-gadis muda yang mengenakan gaun pengantin cantik itu berteriak 'Match For Live'," ujar salah seorang pejalan kaki. Demikian dikutip dari Stomp, Sabtu (28/6/2014) .

"Gadis-gadis ini membantu mengumpul dana bagi Program Penderma Sumsum Tulang. Mereka mengatakan untuk mencari penderma memerlukan padanan kerana ini seperti mencari cinta sejati anda," tambahnya.

Sumber: okezone.com


MEXICO CITY  - Penduduk sebuah kampung di Mexico membunuh seekor ular gergasi berukuran 7.62 meter yang dikhuatiri mampu menelan seorang budak walaupun tindakan tersebut dikritik oleh kumpulan pencinta alam sekitar.

Mail Online dalam laporannya menyebut, kejadian itu berlaku di Kampung Benito Juarez dekat negeri Tabasco, tenggara Mexico apabila ular tersebut dikesan menyusur di laluan kereta api.

Penumpang sebuah kereta api yang kebetulan lalu di kawasan tersebut memberi amaran kepada penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memukul ular besar itu menggunakan kayu sehingga mati.

Malah, mereka turut memotong kepala ular berkenaan yang tidak sempat melarikan diri ke kawasan semak.

Kumpulan pencinta alam sekitar yang mengutuk tindakan penduduk kampung itu berkata, mereka yang terlibat dalam pembunuhan haiwan itu mungkin berdepan dakwaan.

Bagaimanapun penduduk tempatan, Nicandro Aguilar berkata, mereka mempunyai hak untuk melindungi haiwan ternakan dan nyawa mereka daripada ancaman ular gergasi berkenaan.

"Saya tidak pernah melihat ular sebesar itu yang jelas mengundang bahaya kepada banyak pihak terutamanya golongan kanak-kanak.

"Ular itu dipercayai tinggal di sebuah gua berhampiran dan menjadi punca kehilangan banyak haiwan ternakan di kampung ini," katanya.

IPOH - Selepas datang mengejut ke sebuah balai dan meminta anggota polis memberkasnya, seorang lelaki mengelar diri sendiri hingga maut dengan serpihan kaca.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar itu, lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut mati akibat cedera parah.

Menurut sumber, ketika berada di balai berkenaan, lelaki tersebut tiba-tiba hilang pertimbangan lalu memecahkan cermin tingkap balai sebelum mengelar lehernya menggunakan serpihan kaca.

Sementara itu,  adik perempuan mangsa yang dikenali sebagai Rani, 26, mendakwa, abangnya itu keluar dari rumah mereka di Sungai Buloh pada Isnin lalu dengan mengatakan hendak menyelesaikan kerja termasuk ke rumah ibu saudara mereka di Serdang, Selangor.

“Abang keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang Isnin lalu dan beberapa jam kemudian ibu saya menelefonnya kerana bimbang abang tidak pulang ke rumah.

“Sebelum ini abang beritahu dia ke Serdang untuk bertemu ibu saudara, tetapi ibu saudara sudah ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam.

Katanya, selepas hampir tiga hari abangnya tidak pulang ke rumah, mereka sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pihak polis pada jam 1 pagi semalam yang memaklumkan abangnya itu sudah meninggal dunia dalam balai polis.

Mangsa yang masih bujang difahamkan pernah melakukan perkara hampir sama di sebuah balai polis di Sungai Buloh pada April lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon memaklumkan, ketika kejadian, terdapat empat anggota berada dalam balai tersebut, sementara yang lain sedang berbuka puasa.

“Kejadian secara mengejut. Semua anggota di balai tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini.

Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis.

Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.

Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah.

"Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Korperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Georgetown: Berang kerana cubaannya merasuah anggota polis tidak dilayan, seorang lelaki bertindak biadab apabila menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan lucah pada surat saman dikeluarkan terhadapnya atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi di Batu Feringghi, di sini, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dua anggota polis selepas mendapati dia tidak berhenti ketika lampu isyarat sedang merah. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. 

Mazlan berkata, kedua-dua anggota polis terbabit sudah membuat laporan di Balai Polis Batu Feringghi, kelmarin, berhubung tindakan biadab lelaki berkenaan.



Parit Buntar: Seorang lelaki hancur betis kaki kanan apabila digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mangsa berusia 20-an menunggang motosikal sebelum dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta menyebabkannya tercampak lebih tiga meter sebelum digilis kenderaan berkenaan. 
Pemandu kereta terbabit, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain terserempak dengan mangsa dan cuba mengelak, namun gagal. 

Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kemalangan turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya rosak manakala rim tayar hadapan kanan hancur dilanggar motosikal mangsa.

Shah Alam: “Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk.


“Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40. 
Menurutnya, dia membeli tiga bungkus roti John berkenaan Ahad lalu, namun empat daripada lima anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas memakan makanan itu sebagai juadah berbuka. 

Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU.

Katanya, anak ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.


“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya. 


Jangan tak tahu, di Malaysia ni ada ramai pencinta haiwan terutama kucing yang tak akan biarkan sebarang kekejaman terlepas begitu sahaja.
Maka kesilapan terbesar seorang pengguna Facebook adalah berkongsi status tentang kekejamannya membunuh seekor kucing demi bumper kereta.
Status yang di-up oleh pengguna Facebook menggunakan nama Riey Khazhiema itu berbunyi:
“Malam tadi langgar kucing, patah balik tengok sebab kesian. Tengok hidup lagi. Macam patah pinggang kucing tu. Jap lagi, tengok bumper kereta pecah. PERH! Berasap kepala!
Start engine kereta dengan hati yang panas, langgar balik bagi mampos!! Kejam tak? Tetapi sebab kucing tu yang lintas melulu la bumper aku pecah. Sial la, tak pasal² tukar bumper baru. Nasib baik ada stok bumper. Kalau tak, mau pakai bumper rompong aku dalam minggu ni. Herrmm
2 minggu lagi masok cat plak. Janji sebelum raya siap!. Kopak pun kopak la. Janji sayang aku menawan semula. Kembali segak macam ownernya.”
Sesiapa pun dapat bayangkan betapa kejamnya perbuatan tersebut dan berasa marah apatah lagi pencinta kucing kan?
Ekoran itu status di atas telah disebarkan ke merata laman sosial hingga berduyun-duyun orang datang memaki pemuda ini di Facebook.
Tak cukup itu, maklumat peribadinya turut didedahkan khas buat mereka yang nak pergi belasah dia.

Keadaan ini membuatkan Riey Khazhiema memuatnaik status baharu pagi tadi yang dibiarkan ‘public’ untuk membuat penafian bahawa dia telah membunuh kucing sebaliknya mendakwa statusnya itu diedit pihak yang tidak dikenali.
Status berkaitan ‘langgar kucing’ pula telah dipadam.

Keadaan ini membuatkan Riey Khazhiema memuatnaik status baharu pagi tadi yang dibiarkan ‘public’ untuk membuat penafian bahawa dia telah membunuh kucing sebaliknya mendakwa statusnya itu diedit pihak yang tidak dikenali.
Status berkaitan ‘langgar kucing’ pula telah dipadam.



Antara gambar-gambar kejadian tanah runtuh yang telah disunting menjadi gambar kreatif.

KUALA LUMPUR: Dua lubang besar dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah di sini telah mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta disebarkan di internet.
Gambar-gambar dengan unsur sindiran gara-gara kejadian itu sedang disebarkan di laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga aplikasi WhatsApp.
Salah satu gambar berkaitan runtuhan yang semakin tersebar secara meluas ialah gambar raksasa fiksyen Jepun Godzilla.
Lain-lain watak-watak fiksyen yang 'diletakkan' di tempat kejadian adalah King Kong, Transformers, Ultraman dan Loki.
Sesetengah daripadanya juga 'mengusik' pihak berkuasa, yang digambarkan menggunakan pita pelekat untuk 'membaiki' keretakan di jalan raya.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong bawah tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari Rabu.
Seramai 30 kakitangan jabatan dan dua pasukan yang terdiri daripada 20 anggota penyelamat DBKL, polis, dan pegawai-pegawai Prasarana berada di tapak kejadian untuk membantu.

Billings (Amerika Syarikat): Seorang wanita berusia 52 tahun dituduh mengelar muka suaminya kerana kencing merata-rata di bilik air.
Menurut dokumen mahkamah, Shery Lyn Downs ditahan Isnin lalu selepas polis tiba di tempat kejadian. 
Jurucakap polis berkata, suami Shery yang berusia 68 tahun ditemui duduk di tangga sambil menekap mukanya dengan tuala yang berlumuran darah. 
Dia memberitahu polis isterinya cuba mengelar lehernya.

Polis yang memasuki rumah berkenaan menemui darah di ruang tamu dan titisan darah menghala ke bilik tidur.

Shery berada di dalam rumah berkenaan dalam keadaan mabuk tetapi tidak cedera. 

Dia mulanya memberitahu polis suaminya mencederakan dirinya sendiri dan mendakwa lelaki itu mencetuskan masalah dengan kencing merata-rata. 

Di hospital, mangsa memberitahu isterinya berang kerana dia kencing di atas lantai di bilik air. 

Dia berada di dalam bilik tidur apabila isterinya cuba dua kali untuk masuk dengan membawa pisau dan mengugut membunuhnya. 

Kali kedua dia masuk ke bilik tidur itu, Shery bertindak mengelar muka suaminya. 

Menurut sumber, mangsa luka beberapa sentimeter di muka dan memerlukan pembedahan khas. - Agensi



Liaoning: Serangan pontianak kini menular ke China! Kali ini membabitkan kegilaan yang dibawa sebuah kafe di bandar Benxi yang mengenengahkan tema ala pontianak yang di inspirasikan daripada siri drama ‘The Vampire Diaries’.
Pengunjung kafe ini berpeluang memuaskan ‘ketagihan darah’ mereka dengan minuman yang mempunyai warna seakan darah dan lebih ironi lagi ia disajikan dalam beg darah.
Menurut laporan media, pelayan di kafe berkenaan berpakaian seperti doktor dan jururawat dalam menyajikan minuman berwarna merah seperti wain merah, kola ceri dan jus anggur hitam di dalam yang direka menyerupai beg darah.



Ia disajikan di dalam bilik dengan dinding batu-bata menyerupai bilik bawah tanah yang dihuni drakula, lengkap dengan sebuah keranda, buku dan muzik berkaitan pontianak bagi menaikkan suasana di kafe berkenaan.

Minuman seperti kopi, air mineral dan jus buah yang mempunyai warna lain akan dimasukkan pewarna merah sebelum disajikan bersama beg khas berkenaan.
Setiap beg berkenaan juga ditandakan dengan empat kumpulan darah, membolehkan pelanggan memeriksa ‘jenis darah’ mereka.
Pembukaan kafe dengan tema pelik itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.-Agensi

Kota Bharu: “Beberapa kali saya ‘mengucap’ apabila melihat keadaan anak yang mengerang kesakitan dengan bajunya penuh darah selepas ditikam. Tak sangka dia (abang) sanggup bertindak begitu,” kata Cik Muji Ramli, 41, ibu kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditikam dua kali oleh bapa saudaranya di Jalan Bayam, di sini, kelmarin.
Akibat tikaman itu, Mohamad Danish Aidid Yahaya cedera di pinggang kiri dan kanan dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut dan disahkan stabil selepas menerima beberapa jahitan.
Mengimbas detik cemas itu, Cik Muji berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika anak bongsu itu bermain di belakang rumah, sebelum abangnya yang berusia 44 tahun datang menghampiri sambil membawa pisau.
“Sebelum itu, abang tiba-tiba mengamuk kerana perkara yang saya sendiri tidak faham sebelum ke dapur mengambil pisau pemotong sayur, sebelum menikam pinggang kanan Mohamad Danish.
“Abang juga sekali lagi menikam pinggang kanan anak selepas menyeretnya masuk ke dalam rumah. Saya terkejut ketika itu apatah lagi lihat anak meraung kesakitan dengan baju berlumuran darah.
“Saya tak mampu buat apa-apa kerana ketika itu abang masih memegang pisau. Namun, saya nekad mengambil Mohamad Danish dan lari meminta bantuan jiran,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, semalam
Cik Muji berkata, sepanjang perjalanan ke hospital menaiki ambulans, dia hanya mampu mengucap beberapa kali berikutan tidak sanggup melihat anaknya mengerang kesakitan.
“Alhamdulillah apabila tiba di hospital, doktor memaklumkan kecederaannya tidak serius dan dia hanya menerima dua jahitan saja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek dipercayai mengamuk kerana tidak menerima wang bantuan RM60 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertanya ibu mangsa yang baru pulang dari bank mengenai wang bantuan JKM yang masih belum diterima,” katanya.