Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kuala Lumpur: Urat jari tangan kiri putus, selain menerima puluhan jahitan di kepala dan badan. Itulah nasib malang menimpa seorang ahli perniagaan selepas ditetak tiga ‘pembunuh upahan’ yang dibayar rakan kongsi wanitanya.
Mangsa berusia 31 tahun yang turut terlantar di hospital selama seminggu dikatakan diserang sekumpulan lelaki pada jam 4 pagi, 20 Jun lalu berhampiran premis di Kepong.
Sumber polis berkata, kejadian itu berpunca salah faham antara mangsa dan rakan kongsinya berusia 30-an berhubung perniagaan pusat siber kafe dimiliki bersama.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa dihubungi suspek wanita terbabit sebelum memintanya untuk berjumpa dan berbincang masalah perniagaan dihadapi.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian bersetuju untuk berjumpa dengan rakan kongsinya itu di Kepong.
“Bagaimanapun, ketika sedang berbincang dengan wanita terbabit, kepala mangsa tiba-tiba dipukul dengan kayu dari belakang,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mempertahankan diri sebaliknya ditetak berulang kali di tangan, badan dan kaki menggunakan parang menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.
Sumber berkata, mangsa yang cedera parah cuba melarikan diri meminta bantuan, namun dikejar seorang lagi lelaki yang mengejar mangsa dengan kereta.

“Suspek lelaki itu kemudian melanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting dan terbaring di jalan raya.
“Salah seorang suspek cuba menikam mangsa, namun mangsa sempat memegang tangan penjenayah. Kumpulan penjenayah itu bertindak melarikan diri selepas sebuah teksi berhenti di kawasan itu,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang berlumuran darah kemudian diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong kelmarin, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Selayang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi wartawan mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Melaka: Sepasang suami isteri nyaris maut selepas ditembak tiga das oleh seorang lelaki di depan rumah mereka di Taman Kasturi, Semabok, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.15 malam, Yoong Hee Kian, 71, bersama isterinya Cheng Kwi Chu, 68, yang baru pulang ke rumah mereka ternampak dua lelaki berada di luar pagar dengan seorang daripadanya memegang pistol. 
Menurut Yoong, ketika kejadian, isterinya baru membuka pintu jeriji rumah manakala dia baru hendak keluar dari kereta apabila didatangi dua lelaki terbabit. 

“Ketika hendak keluar kereta saya menoleh ke belakang dan ternampak seorang lelaki dengan pistol di tangan lalu menjerit memanggil isteri supaya masuk semula ke dalam kereta.

“Saya mendengar suara lelaki itu mengarahkan saya dan isteri supaya turun dari kereta.
HM

Sabak Bernam: Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar.
Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.
Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui. HM

Hanya kerana berkongsi sekeping gambar sedang memasak makanan di dapur untuk menu puasa bersama kekasih hati Nedim Nazri, pelakon comel Nora Danish menerima pelbagai komen negatif dari segelintir peminat di laman Instagram peribadinya.
Ada yang beranggapan memasak secara berdua dengan kekasih hati tidak elok dan perkahwinan perlu dipercepatkan, malah ada juga yang turut mempertikaikan cara pemakaian Nora yang dikatakan menampakkan sebahagian auratnya. Perlu ke berfikiran sedemikian?
Pada penulis, adalah lebih baik kalau kita bersangka baik dan mengurangkan
cara berfikir yang sempit di bulan ramadhan ini.

Mana mungkin Nora berani mengongsikan gambar tersebut jika hanya mereka berdua sahaja berada di dalam rumah.

Walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud sindiket menculik untuk mengambil organ manusia, berita seumpamanya terus tersebar dipercayai berpunca daripada kes penculikan yang semakin kerap didengar kebelakangan ini.
Terbaru, kes culik seorang remaja turut dikaitkan dengan motif ini.
Kes bermula pada 29 Jun lalu apabila keluarga dan rakan-rakan seorang remaja bernama Aqil telah memohon bantuan menerusi laman sosial untuk menjejaknya yang tiba-tiba hilang.

Mangsa akhirnya ditemui di Bentong, Pahang.
Mengikut cerita dia diculik oleh tiga lelaki dan dibawa menaiki sebuah van putih, dipercayai hendak dibawa ke Thailand mengikut Gua Musang untuk diambil organ.
Mangsa yang tersedar dalam perjalanan bagaimana pun berjaya melarikan diri lalu pergi ke Balai Polis Bentong sebelum diselamatkan.
Namun, tak pasti pula sama ada benar kenyataan dalam Whatsapp di bawah bahawa pihak polis yang mengesyaki Aqil hendak dibawa ke Thailand memandangkan Bentong adalah laluan ke sana.
Maklumlah, kalau dah KDN nafikan takkanlah ada pula anggota yang boleh beri maklumat mengelirukan pada orang awam kan? Sumber lisan jangan dibuat main-main pada zaman sekarang. Sekejap saja sudah tersebar…

Apa yang dapat kami rumuskan, kes culik Aqil benar-benar berlaku namun sama ada motif penculikan tersebut untuk pengambilan organ masih perlu disiasat.
Kami percaya perkara yang membuatkan sindiket menjual organ dan kes culik ini dikaitkan adalah penggunaan VAN dan mangsa dikatakan dibius hingga tidak sedarkan diri.
Diharapkan selain penafian, akan ada tangkapan dilakukan pihak berkuasa terhadap pihak yang menculik Aqif agar cerita van putih merayau mencari mangsa untuk diculik bagi mendapatkan organ dapat dibongkar. #mynewshub

GATAL sungguh!
Mungkin inilah yang dirasakan seorang penumpang MRT di Singapura apabila seorang lelaki cuba merabanya di dalam koc semalam.
Wanita itu pada mulanya menyangka lelaki berkenaan tidak sengaja berbuat demikian.
” Badan lelaki itu agak besar, bila tangannya terkena paha saya, saya ingat dia mungkin nak ambil telefon bimbit dan tersentuh saya dengan tidak sengaja.
” Tetapi makin lama dia melebarkan kangkangnya hingga peha saya mula bertemu dengan pehanya.
” Tak cukup dengan itu, lelaki itu mula menggerakkan jari jemarinya di peha saya, hisk!,” ujar wanita tersebut.

Menurut wanita itu, pada masa yang sama lelaki itu memejamkan matanya seolah-olah sedang tidur.
Geram dengan perbuatan tersebut, wanita berkenaan merakamkan aksi lelaki itu dan mula menyebarkannya di laman media sosial.
Namun sehingga kini dia masih belum bercadang untuk membuat laporan polis.
Macam-macam…


Sempena Aidilfitri tahun ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran itu akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai depan.
“Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini akan membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta,” menurut kenyataan itu.
Najib berkata, kerajaan berharap dengan bayaran Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi tujuan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Kehadiran entiti ini disedari sendiri oleh pengantin tersebut selepas meneliti gambar yang diambil di telefon pintar.
Entiti misteri tersebut menjadi persoalan memandangkan gambar diambil oleh jurugambar dan pembantunya manakala mereka hanya berempat di lokasi yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan ketika kejadian.
Difahamkan, gambar diambil sekitar maghrib yang sering dikaitkan dengan waktu makhluk halus berkeliaran. Dapat dilihat dengan jelas, makhluk itu kelihatan sedang mengintai penuh minat apa yang dilakukan oleh manusia.


KUALA LUMPUR: Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman sebentar tadi, memberitahu tiga daripada mereka disyaki sebagai individu yang merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai perjuangan kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.
“Dua lagi disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina,” katanya.
Lima individu berkenaan adalah, Dr Mahmud Ahmad, 38, yang bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Mohd Najib Husen, 36, berasal dari Petaling Jaya dan memiliki kedai fotostat dan alat tulis di universiti sama dan seorang kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39.
Manakala dua individu yang disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah dikenali sebagai Mohd Amin Baco, 31, seorang penganggur dan Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar. Kedua-duanya berasal dari Tawau, Sabah.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03 22667010 atau 011 21046850 atau emel ke ctd.e8m@gmail.com atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERITA HARIAN


Kalau bab melahar rasanya sampai sekarang tak ada orang boleh lawan Azwan Ali.
Bukan apa, ayatnya kadang-kadang terlalu bombastik sampai terkedu nak faham.
Terbaru Azwan telah memaki hamun kebanyakan penjual bazar Ramadan sekitar KL yang disifatkannya menjual makanan tak sedap dan rasa sampah.


Tak tahulah peniaga bazar Ramadan mana yang sudah menekan suis kemarahan Azwan tahun ini apabila dia termakan tahu sumbat basi tapi kata Azwan dia sudah pangkah semua bazar Ramadan sekitar KL.

Bila ditegur beberapa pengikut yang tidak setuju dengan kenyataannya Azwan terus meroyan dengan menyamakan mereka ini sebagai anak setan, keturunan pemakan sampah dan hidup merempat sampai tergamak makan tahi.

Maka ‘anak-anak setan’  ini kata Azwan, dengan segera akan diblok oleh pembantu peribadinya yang dibayar RM3,000 seminggu untuk tugas begini secepat mungkin.



Seorang isteri curang di Chennai, India tergamak meletak racun dalam masakan nasi goreng yang dihidangkan kepada suaminya sehingga menjadi penyebab kepada kematian lelaki tersebut, baru-baru ini.
Menurut sumber Tamil Nesan, wanita yang dikenali sebagai Amsa, 35, dan kekasihnya, Tirupathy menjalankan komplot untuk membunuh Ramesh, 45, agar mereka boleh terus memadu kasih tanpa sebarang halangan selepas ini.
Walau bagaimanapun, anak saudara Ramesh, Sampath terus membuat laporan polis selepas curiga dengan cara kematian mengejut pak ciknya yang sebelum ini tidak pernah menghidap sebarang penyakit.
Selepas disiasat pihak polis, akhirnya Amsa yang mempunyai dua anak, mengaku membunuh mangsa yang kemudiannya dibawa balik ke kampung, di mana Amsa mengatakan kepada penduduk kampung bahawa suaminya mati disebabkan penyakit perut kronik yang dialaminya sebelum ini. 


KOTA KINABALU – Tindakan seorang remaja yang tergamak mereka-reka cerita mendakwa dirinya diculik bagi mendapat wang tebusan RM2,000 untuk berhibur tidak menjadi apabila dia ditangkap di depan rumahnya di Kampung Delima di sini baru-baru ini.
Suspek yang berusia 18 tahun dan sudah tidak bersekolah itu diberkas pukul 3 pagi pada Khamis lalu ketika berlegar-legar di depan rumah bersama dua rakannya yang berusia 17 dan 23 tahun