Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish benar-benar kecewa apabila ada individu menuduh dia menjadi punca perpisahan kekasihnya Nedim Nazri dengan bekas isteri iaitu Nabilah Khan.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila individu berkenaan menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak bekas suami-isteri itu, Nedrin dalam Instagram miliknya.
Salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah.
"Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim," katanya kepada mStar Online.
Nora diminta mengulas apabila ada individu cuba menyindir tindakannya yang kerap memuat naik gambar di Instagram bersama Nedzrin iaitu anak lelaki kekasihnya dengan bekas isteri.
Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.
Mereka turut menganggap pelakon itu sebagai berangan-angan untuk berkahwin dengan lelaki daripada golongan VVIP.
Sementara itu, Nora berkata, dia tidak pernah berjumpa atau mengenali bekas isteri kekasihnya itu secara rapat.
"Saya tidak pernah gaduh dan tidak pernah bertegur, saya tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun.
"Saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang,” soalnya.
Tambah Nora, dia juga tidak menyedari tindakannya memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kebahagiaannya menjadi perhatian dan tidak disukai beberapa pihak.
Dia juga mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya.
"Saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain.
"Saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang," katanya.
Tambah Nora, jika ada perkara yang tidak disenangi oleh pihak tersebut lebih elok mereka bersua muka dengannya berbanding melemparkan kata-kata buruk
Hiburan
Shanghai: Dua peminat bola sepak mati disyaki kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia tanpa rehat.
Menurut laporan media tempatan, mayat seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui mati di depan komputernya Sabtu lalu di bandar Suzhou, di wilayah Jiangsu. selepas perlawanan Chile dan Australia
Seorang lagi bekas pemain bola sepak juga ditemui mati di Shenyang Sabtu lalu.
Hasil pemeriksaan menunjukkan dia mati kerana kurang tidur.
Bagaimanapun, menurut laporan lain, dia mungkin mati kerana serangan jantung selepas menyaksikan Sepanyol tumpas 1-5 kepada Belanda. - AFP
Global

Dubai: Hampir 47 peratus rumah tangga di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mungkin runtuh atau berakhir dengan perceraian kerana gara-gara kejohanan bola sepak Piala Dunia.
“Sehingga 47 peratus keluarga terdedah kepada perkelahian dan perdebatan sengit yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga kerana keputusan perlawanan Piala Dunia.
“Suami, isteri, bapa, ibu dan anak perlu menyedari tindakan mereka ketika menonton perlawanan Piala Dunia dan bersorak untuk pasukan kegemaran. Kesannya mungkin amat teruk,” kata Ketua Majlis Runding Keluarga Khalifa Mohammad Al Muharrazy.
Beliau berkata, kadang-kala keputusan perlawanan boleh mencetuskan perkelahian antara suami isteri dan mungkin berakhir dengan sengketa yang tidak boleh didamaikan atau perceraian.
Beliau berkata demikian selepas pendedahan hasil kajian terhadap 300 pasangan di UAE yang antara lain mendapati 87 peratus wanita bimbang rumah tangga mereka tegang apabila pasukan yang disokong suami masing-masing kalah.
Keadaan itu akan mencetuskan perkelahian antara mereka walaupun si isteri tidak menonton perlawanan berkenaan.
Sebanyak 12 peratus isteri pula berkata, Piala Dunia tidak memberi kesan kepada rumah tangga mereka.
Kajian itu dijalankan selepas seorang wanita berusia 32 tahun diceraikan suaminya setelah mereka bertengkar kerana lelaki itu tidak dapat mengawal perasaan apabila pasukan yang disokongnya tumpas dalam satu kejohanan lain sebelum ini. - Agensi
Global

Hunan (China): Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri.
Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah.
“Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet. Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban,
Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.
“Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa,” kata polis. Penduduk di Kampung Yangjuan yang menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air melalui tingkap biliknya.
Seorang daripada mereka memuat naikkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa.
“Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati.
“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.
“Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.- Agensi
Global
Dia mungkin belum pernah memenangi sebarang anugerah lakonan atau nyanyian namun di laman sosial Instagram, pemuda dilahirkan dengan nama Ahmad Aidit Noh, 21, ini sudah mempunyai pengikut yang ramai.
Tidak menghairankan kerana sekali pandang, Aidit nama yang sering dipanggil oleh teman-teman punya aura persis Bintang Paling Popular, Aaron Aziz.
Menjadikan dia lebih dikenali, tentunya selepas menyertai pencarian duta sempena kempen pakaian lelaki HIMbyHatta sekali gus dinobatkan sebagai juara, baru-baru ini.
Bergelar pelajar jurusan Kejuruteraan Pesawat di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Aidit berkongsi impak perubahan berlaku dalam hidupnya sejak memenangi pertandingan itu.
“Dulu ke mana-mana pun tiada yang ambil kisah. Buatlah apapun nak buat. Kalau adapun setakat pandang saja tetapi sekarang situasi agak berbeza kerana ada yang datang menegur dalam khalayak ramai kemudian melanjutkan komen mereka di Instagram buat saya jadi segan.
Hiburan
Klang: Papan tanda tertera ‘pusat cuci lori’ namun sebuah premis ditutupi zink biru dikesan dijadikan markas menyembunyikan beribu liter minyak masak subsidi.
Kegiatan itu bagaimanapun berjaya dibongkar selepas sepasukan empat anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor melakukan serbuan mengejut di sebuah premis terletak di Pandamaran di sini.
Dalam serbuan jam 12 tengah hari semalam anggota KPDNKK mulanya mengesyaki premis berdinding zink itu dijadikan lokasi mengumpul diesel subsidi secara haram.
Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor Osman Nawang berkata, hasil pemeriksaan awal dilakukan pihaknya menemui tiga tong besar yang digunakan untuk untuk menyimpan ‘diesel’.
“Bagaimanapun pemeriksaan dilakukan mendapati semua tong berkenaan sebaliknya berisi minyak masak seberat 2,500 kilogram bernilai RM6,250. HM
Isu Semasa
Ummi Nadiah Filzah Binti Daud pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia. Menerusi laman facebook Media Perubatan, dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia iaitu Ummi Nadiah yang kritikal akibat kemalangan sejak 4 Jun 2014 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Jun 2014 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir. Terdahulu, Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud Ummi Nadiah bersama lima rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah terlibat dalam kemalangan ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Van yang dinaiki mereka dikatakan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut berkenaan tercampak di Tasik Mesir.

Kronologi Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia
4 Jun 2013: Satu kemalangan melibatkan 6 penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah berlaku pada jam 8.30 malam ketika van yang dinaiki mereka telah melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Susulan itu, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Salamah untuk rawatan lanjut. 2 daripada mereka hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan pulang.
6 Jun 2014: Senarai 4 Mangsa masih dalam rawatan manakala 2 lagi telah dibenarkan pulang
- Siti Nurul Aisyah bt Zahari telah selesai menjalani pembedahan tangan di Hospital Pakar Tulang Nariman.
- Fatin Inani bt Mohd Noh berada di Hospital Nur Islam,Camp Caesar telah selesai pembedahan plastik di bahagian muka dan rahang.
- Ummi Nadiah Filzah bt Daud masih belum sedar sepenuhnya berada di wad ICU Hospital Salamah, Azarita.
- Siti Shahirah bt Abdul Jalil kini berada di ICU Hospital AlMiri sekarang dalam keadaan stabil dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.
9 Jun 2014
- Siti Shahirah binti Ab Jalil telah dipindahkan ke Hospital Nur islam bagi menjalani pembedahan rahang.
- Ummi Nadiah Filzah binti Daud pula telah dipindahkan ke Hospital Miri Iskandariah, Mesir.
11 Jun 2014: Penderma darah diperlukan untuk salah seorang mangsa kemalangan, Ummi Nadiah Filzah bt Daud.
15 Jun 2014: Ummi Nadiah Filzah binti Daud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.
Isu Semasa
Pakistan: Lelaki yang bernama Memoona Bibi, memotong kedua kaki isterinya ketika sedang bertengkar dua hari lalu.
Menurut media tempatan, pasangan ini tinggal di Shahpur, Punjab, itu baru berkahwin dua bulan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Ahad (27/4). Bibi dilaporkan sedang bergaduh dengan isteri keduanya, Siddiq, soal rumah tangga. Dia kemudiannya menyerang isterinya itu dengan kapak dan me motong kedua kakinya.
Pendudk tempatan berkata Bibi sering menyeksa isterinya semasa baru beberapa hari mereka berkahwin Mac lalu.
Dalam pertengkaran dua hari lalu Bibi memukul isterinya dengan kayu sebelum memotong kakinya.
Penduduk tempatan telah menyerahkan Bibi kepada polis dan isterinya dikejarkan ke hospital.
Pelbagai

Los Angeles – Aktress Mariah Carey mendapat malu besar apabila gambarnya yang dimuat naik dalam akaun twitternya yang didakwanya sebagai gambar terkini, sebenarnya merupakan gambar yang dirakamkan pada 1997.
Mungkin Mariah berbuat demikian untuk memberitahu peminatnya bahawa pada usia 44 tahun, dia masih mengancam tetapi hakikatnya ia hanyalah satu penipuan.
Gambar itu disiarkan dalam episod The Oprah Winfrey Show , kira-kira 17 tahun lalu iaitu ketika dia hanya berusia 27 tahun.
Penipuan itu didedahkan oleh portal hiburan Buzzfeed, yang menyiasat gambar tersebut selepas mendapati ada persamaan dengan gambar yang disiarkan dalam The Oprah Winfrey Show.
Malah ketiadaan anak kembarnya, Moroccan dan Monroe di dalam gambar itu juga telah mencetuskan kecurigaan.
Hiburan
Gambar mengerikan seorang wanita tertusuk besi pagar di punggung kini berlegar di media sosial.
Wanita tersebut didakwa seorang pembantu rumah yang cuba lari daripada majikan dengan memanjat pintu pagar besi di sebuah rumah di Ulu Klang, Selangor.
Namun cubaan wanita tersebut dikatakan tidak berjaya apabila bilah besi pagar tercucuk di punggung membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun setakat ini, kesahihan penyebaran cerita di sebalik gambar di atas masih belum dapat disahkan.
Isu Panas
Kilang Bihun Cap Masjid yang baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan penyebaran gambar-gambar penyediaan bihun secara kotor diberitakan terbakar, malam tadi.
Gambar-gambar kebakaran tersebut telah dikongsikan di laman Facebook Daily Traffic Report.
Kejadian ini agak mengejutkan kerana berlaku di saat kilang ini sedang berhadapan kecaman ekoran penyebaran gambar jijik di media sosial yang disusuli kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa kilang tersebut tidak mempunyai sijil halal sah.
Apa yang membuatkan masyarakat bengang adalah, penggunaan logo rumah ibadah umat Islam pada produk ini sedangkan ia milik bukan Islam selain tidak mementingkan unsur kebersihan dan halal dalam proses penyediaan bihun.
Secara tidak langsung logo masjid pada produk ini boleh dianggap satu eksploitasi untuk mengaut keuntungan secara menipu.
Isu Panas

AKTRES jelita yang sering dihimpit kontroversi, Nora Danish meluahkan rasa sedih dan kesalnya apabila terdapat segelintir peminat-peminatnya di laman sosial Instagram memberi komen-komen negatif dan lucah.
Terbaru, Nora ada memuat naik sekeping gambar dirinya memakai baju berwarna putih dan sedikit menampkkan bentuk dadanya dan ini menjadi medan orang ramai menulis komen-komen berbaur lucah terhadap dirinya.
“Saya sedih apabila ramai yang komen-komen berbaur lucah ini datang daripada remaja-remaja lelaki awal belasan tahun yang bagi saya terlalu biadab berbuat seperti itu.
“Tujuan saya buat akaun ini adalah untuk berkongsi gambar dengan peminat, tapi tidak sangka pula perkara seperti ini berlaku.
“Saya bukan kecewa dengan apa yang dikatakan tentang saya, tapi saya sedih lihat situasi ini berlaku kepada mereka yang masih muda. Saya ada anak lelaki, kalu boleh saya tidak mahu dia seperti ini,” katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem “Pengantin Malam”di TGV Sunway Pyramid, semalam.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia terpaksa menyekat pengikut-pengikutnya di Instagram yang sering menulis komen yang keterlaluan dan memalukan.
“Saya letih apabila terpaksa sekat hampir 5,000 pengikut di Instagram yang menulis komen yang melampau setiap hari. Bagi saya tidak wajar buat seseorang itu begitu berani menulis komen membabitkan fizikal orang lain.
“Saya kesal apabila dijadikan bahan untuk imaginasi yang tidak sepatutnya.” – Tupai
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)












Recent Comments