Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Dubai: Hampir 47 peratus rumah tangga di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mungkin runtuh atau berakhir dengan perceraian kerana gara-gara kejohanan bola sepak Piala Dunia.
“Sehingga 47 peratus keluarga terdedah kepada perkelahian dan perdebatan sengit yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga kerana keputusan perlawanan Piala Dunia. 
“Suami, isteri, bapa, ibu dan anak perlu menyedari tindakan mereka ketika menonton perlawanan Piala Dunia dan bersorak untuk pasukan kegemaran. Kesannya mungkin amat teruk,” kata Ketua Majlis Runding Keluarga Khalifa Mohammad Al Muharrazy. 

Beliau berkata, kadang-kala keputusan perlawanan boleh mencetuskan perkelahian antara suami isteri dan mungkin berakhir dengan sengketa yang tidak boleh didamaikan atau perceraian.

Beliau berkata demikian selepas pendedahan hasil kajian terhadap 300 pasangan di UAE yang antara lain mendapati 87 peratus wanita bimbang rumah tangga mereka tegang apabila pasukan yang disokong suami masing-masing kalah.

Keadaan itu akan mencetuskan perkelahian antara mereka walaupun si isteri tidak menonton perlawanan berkenaan. 
Sebanyak 12 peratus isteri pula berkata, Piala Dunia tidak memberi kesan kepada rumah tangga mereka. 

Kajian itu dijalankan selepas seorang wanita berusia 32 tahun diceraikan suaminya setelah mereka bertengkar kerana lelaki itu tidak dapat mengawal perasaan apabila pasukan yang disokongnya tumpas dalam satu kejohanan lain sebelum ini. - Agensi



Hunan (China): Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri.
Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah.
“Tolong, beri saya makanan,” adalah perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di Internet. Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak mahu menanggung beban,
Menurut jurucakap polis, sejak wanita itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.
“Mereka tidak memberinya makan supaya dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat mangsa,” kata polis. Penduduk di Kampung Yangjuan yang menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air melalui tingkap biliknya. 


Seorang daripada mereka memuat naikkan gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa.

“Wanita itu dikatakan berbalah dengan anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka. Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga mati.

“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.

“Ini bukan saja pertelingkahan antara keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.- Agensi



Dia mungkin belum pernah memenangi sebarang anugerah lakonan atau nyanyian namun di laman sosial Instagram, pemuda dilahirkan dengan nama Ahmad Aidit Noh, 21, ini sudah mempunyai pengikut yang ramai.
Tidak menghairankan kerana sekali pandang, Aidit nama yang sering dipanggil oleh teman-teman punya aura persis Bintang Paling Popular, Aaron Aziz. 
Menjadikan dia lebih dikenali, tentunya selepas menyertai pencarian duta sempena kempen pakaian lelaki HIMbyHatta sekali gus dinobatkan sebagai juara, baru-baru ini. 

Bergelar pelajar jurusan Kejuruteraan Pesawat di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Aidit berkongsi impak perubahan berlaku dalam hidupnya sejak memenangi pertandingan itu.

“Dulu ke mana-mana pun tiada yang ambil kisah. Buatlah apapun nak buat. Kalau adapun setakat pandang saja tetapi sekarang situasi agak berbeza kerana ada yang datang menegur dalam khalayak ramai kemudian melanjutkan komen mereka di Instagram buat saya jadi segan.


Klang: Papan tanda tertera ‘pusat cuci lori’ namun sebuah premis ditutupi zink biru dikesan dijadikan markas menyembunyikan beribu liter minyak masak subsidi.
Kegiatan itu bagaimanapun berjaya dibongkar selepas sepasukan empat anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor melakukan serbuan mengejut di sebuah premis terletak di Pandamaran di sini.
Dalam serbuan jam 12 tengah hari semalam anggota KPDNKK mulanya mengesyaki premis berdinding zink itu dijadikan lokasi mengumpul diesel subsidi secara haram.

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor Osman Nawang berkata, hasil pemeriksaan awal dilakukan pihaknya menemui tiga tong besar yang digunakan untuk untuk menyimpan ‘diesel’.

“Bagaimanapun pemeriksaan dilakukan mendapati semua tong berkenaan sebaliknya berisi minyak masak seberat 2,500 kilogram bernilai RM6,250. HM


Ummi Nadiah Filzah Binti Daud pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia. Menerusi laman facebook Media Perubatan, dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia iaitu Ummi Nadiah yang kritikal akibat kemalangan sejak 4 Jun 2014 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Jun 2014 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir. Terdahulu, Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud Ummi Nadiah bersama lima rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah terlibat dalam kemalangan ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Van yang dinaiki mereka dikatakan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut berkenaan tercampak di Tasik Mesir.




Kronologi Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia
4 Jun 2013: Satu kemalangan melibatkan 6 penuntut Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah berlaku pada jam 8.30 malam ketika van yang dinaiki mereka telah melanggar sebuah lori ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Susulan itu, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Salamah untuk rawatan lanjut. 2 daripada mereka hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan pulang.
6 Jun 2014: Senarai 4 Mangsa masih dalam rawatan manakala 2 lagi telah dibenarkan pulang


  • Siti Nurul Aisyah bt Zahari telah selesai menjalani pembedahan tangan di Hospital Pakar Tulang Nariman.
  • Fatin Inani bt Mohd Noh berada di Hospital Nur Islam,Camp Caesar telah selesai pembedahan plastik di bahagian muka dan rahang.
  • Ummi Nadiah Filzah bt Daud masih belum sedar sepenuhnya berada di wad ICU Hospital Salamah, Azarita.
  • Siti Shahirah bt Abdul Jalil kini berada di ICU Hospital AlMiri sekarang dalam keadaan stabil dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.
9 Jun 2014
  • Siti Shahirah binti Ab Jalil telah dipindahkan ke Hospital Nur islam bagi menjalani pembedahan rahang.
  • Ummi Nadiah Filzah binti Daud pula telah dipindahkan ke Hospital Miri Iskandariah, Mesir.
11 Jun 2014: Penderma darah diperlukan untuk salah seorang mangsa kemalangan, Ummi Nadiah Filzah bt Daud.
15 Jun 2014: Ummi Nadiah Filzah binti Daud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.




Pakistan: Lelaki yang bernama Memoona Bibi, memotong kedua kaki isterinya ketika sedang bertengkar dua hari lalu.


Menurut media tempatan, pasangan ini tinggal di Shahpur, Punjab, itu baru berkahwin dua bulan, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Ahad (27/4). Bibi dilaporkan sedang bergaduh dengan isteri keduanya, Siddiq, soal rumah tangga. Dia kemudiannya menyerang isterinya itu dengan kapak dan me motong kedua kakinya.


Pendudk tempatan berkata Bibi sering menyeksa isterinya semasa baru beberapa hari mereka berkahwin Mac lalu.
Dalam pertengkaran dua hari lalu Bibi memukul isterinya dengan kayu sebelum memotong kakinya.
Penduduk tempatan telah menyerahkan Bibi kepada polis dan isterinya dikejarkan ke hospital.

Los Angeles – Aktress Mariah Carey mendapat malu besar apabila gambarnya yang dimuat naik dalam akaun twitternya yang didakwanya sebagai gambar terkini, sebenarnya merupakan gambar yang dirakamkan pada 1997.
Mungkin Mariah berbuat demikian untuk memberitahu peminatnya bahawa pada usia 44 tahun, dia masih mengancam tetapi hakikatnya ia hanyalah satu penipuan.
Gambar itu disiarkan dalam episod The Oprah Winfrey Show , kira-kira 17 tahun lalu iaitu ketika dia hanya berusia 27 tahun.
Penipuan itu didedahkan oleh portal hiburan Buzzfeed, yang menyiasat gambar tersebut selepas mendapati ada persamaan dengan gambar yang disiarkan dalam The Oprah Winfrey Show.
Malah ketiadaan anak kembarnya, Moroccan dan Monroe di dalam gambar itu juga telah mencetuskan kecurigaan.


Gambar mengerikan seorang wanita tertusuk besi pagar di punggung kini berlegar di media sosial.
Wanita tersebut didakwa seorang pembantu rumah yang cuba lari daripada majikan dengan memanjat pintu pagar besi di sebuah rumah di Ulu Klang, Selangor.
Namun cubaan wanita tersebut dikatakan tidak berjaya apabila bilah besi pagar tercucuk di punggung membuatkan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun setakat ini, kesahihan penyebaran cerita di sebalik gambar di atas masih belum dapat disahkan.

Kilang Bihun Cap Masjid yang baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan penyebaran gambar-gambar penyediaan bihun secara kotor diberitakan terbakar, malam tadi.
Gambar-gambar kebakaran tersebut telah dikongsikan di laman Facebook Daily Traffic Report.


Kejadian ini agak mengejutkan kerana berlaku di saat kilang ini sedang berhadapan kecaman ekoran penyebaran gambar jijik di media sosial yang disusuli kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bahawa kilang tersebut tidak mempunyai sijil halal sah.

Apa yang membuatkan masyarakat bengang adalah, penggunaan logo rumah ibadah umat Islam pada produk ini sedangkan ia milik bukan Islam selain tidak mementingkan unsur kebersihan dan halal dalam proses penyediaan bihun.
Secara tidak langsung logo masjid pada produk ini boleh dianggap satu eksploitasi untuk mengaut keuntungan secara menipu. 

AKTRES jelita yang sering dihimpit kontroversi, Nora Danish meluahkan rasa sedih dan kesalnya apabila terdapat segelintir peminat-peminatnya di laman sosial Instagram memberi komen-komen negatif dan lucah.
Terbaru, Nora ada memuat naik sekeping gambar dirinya memakai baju berwarna putih dan sedikit menampkkan bentuk dadanya dan ini menjadi medan orang ramai menulis komen-komen berbaur lucah terhadap dirinya.
“Saya sedih apabila ramai yang komen-komen berbaur lucah ini datang daripada remaja-remaja lelaki awal belasan tahun yang bagi saya terlalu biadab berbuat seperti itu.
“Tujuan saya buat akaun ini adalah untuk berkongsi gambar dengan peminat, tapi tidak sangka pula perkara seperti ini berlaku.
“Saya bukan kecewa dengan apa yang dikatakan tentang saya, tapi saya sedih lihat situasi ini berlaku kepada mereka yang masih muda. Saya ada anak lelaki, kalu boleh saya tidak mahu dia seperti ini,” katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem “Pengantin Malam”di TGV Sunway Pyramid, semalam.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia terpaksa menyekat pengikut-pengikutnya di Instagram yang sering menulis komen yang keterlaluan dan memalukan.
“Saya letih apabila terpaksa sekat hampir 5,000 pengikut di Instagram yang menulis komen yang melampau setiap hari. Bagi saya tidak wajar buat seseorang itu begitu berani menulis komen membabitkan fizikal orang lain.
“Saya kesal apabila dijadikan bahan untuk imaginasi yang tidak sepatutnya.” – Tupai

KUALA SELANGOR – Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun maut akibat dipukul dengan sebatang besi dalam satu pergaduhan dipercayai dengan seorang lelaki 70 tahun di Bestari Jaya, Kuala Selangor kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian itu mangsa mengalami pendarahan serius di bahagian peha kanannya.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan dari pihak Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.40 malam memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan.
“Susulan kejadian itu, pihak kami berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut,” katanya.
Mohd Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman awam dan Trafik negeri Selangor di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam petang semalam.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebatang besi serta pakaian berlumuran darah dipercayai milik suspek.
Katanya, lelaki terbabit direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.- Bernama

Gambar hiasan...


Kenapa Wanita Tak Sanggup Dimadukan?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).

Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.


Kenapa isteri menolak poligami?

1. Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.

2. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.

3. Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

4. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.

5. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.

6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

7. Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.

8. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.

9. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

10. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.

Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.

Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.

Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.

Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula.

Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.


Kesimpulannya


Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.

Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu, perasaan buta dan ego yang berlebihan.


Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita. Tetapimenjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian.