Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA SELANGOR – Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun maut akibat dipukul dengan sebatang besi dalam satu pergaduhan dipercayai dengan seorang lelaki 70 tahun di Bestari Jaya, Kuala Selangor kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian itu mangsa mengalami pendarahan serius di bahagian peha kanannya.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan dari pihak Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 10.40 malam memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan.
“Susulan kejadian itu, pihak kami berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut,” katanya.
Mohd Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman awam dan Trafik negeri Selangor di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam petang semalam.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebatang besi serta pakaian berlumuran darah dipercayai milik suspek.
Katanya, lelaki terbabit direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.- Bernama
Isu Semasa

Gambar hiasan...
Kenapa Wanita Tak Sanggup Dimadukan?
Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).
Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.
Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.
Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
Kenapa isteri menolak poligami?
1. Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.
2. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.
3. Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.
4. Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.
5. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.
6. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.
7. Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.
8. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.
9. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.
10. Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.
Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.
Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.
Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.
Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.
Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula.
Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.
Kesimpulannya
Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.
Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.
Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu, perasaan buta dan ego yang berlebihan.
Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita. Tetapimenjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian.
Informasi

Riyadh: Seorang bayi berusia 18 bulan nyaris disembelih oleh abangnya.
Si abang yang berusia tiga tahun sebelum itu menemani bapanya ke pusat penyembelihan biri-biri di daerah Naseem di Riyadh dan menyaksikan cara haiwan itu disembelih.
Menurut akhbar Sabq, apabila pulang, dia mahu melakukan proses sama terhadap adiknya, Shawq.
Dia mengambil pisau di dapur dan cuba menyembelih adiknya.
Mujur kejadian itu disedari ibu bapa mereka yang membawa mangsa ke hospital.
Menurut si bapa, keluarganya didatangi tetamu dan dia keluar ke pusat penyembelihan untuk membeli daging biri-biri bagi meraikan mereka, membawa bersama anak lelakinya.
“Apabila pulang, kami terkejut melihat dia menyerang adiknya, menikamnya di dada dan leher. Dia meniru apa yang dilihatnya di pusat penyembelihan itu. “Darah keluar dengan banyak hingga menyebabkan kami cemas. Mujur saya sempat membawa Shawq ke hospital,” kata bapa kedua-dua kanak-kanak itu. - Agensi
Global

Davao (Filipina): Sebuah restoran di bandar ini mencipta pencuci mulut luar biasa selepas pemiliknya diberikan beberapa biji telur dari taman buaya berhampiran yang memelihara haiwan itu untuk daging dan kulitnya.
Pemilik restoran Sweet Spot berkata, pencinta haiwan tidak perlu bimbang kerana mereka tidak menggunakan daging buaya dalam resipi tetapi hanya lebihan telur sang bedal itu yang tidak menetas. Sweet Spot menggunakan telur buaya sebagai ganti kepada telur ayam dan mencampurkannya dengan ramuan biasa seperti susu, krim, gula dan perisa.
Sebelum ini, pemilik Sweet Spot, Dino dan Bianca Ramos, menerima telur buaya daripada bapa saudara Dino yang juga pemilik Taman Buaya Davao.
Tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan telur itu, Dino memutuskan untuk menggunanya bagi membuat aiskrim.
Hasilnya amat memberangsangkan kerana ternyata ia sedap! “Sudah pasti ia ais krim biasa yang tidak mempunyai rasa buaya kerana kami hanya mengguna telurnya, tetapi ia benar-benar sedap.
“Buaya ialah spesies haiwan terancam. Kami menggunakan telur lebihan atau yang tidak menetas,” katanya.
Menurut Sweet Spot, telur buaya terdiri daripada 80 peratus kuning telur dan lebih banyak nutrisi berbanding telur ayam, menjadikan ia pilihan lebih sihat untuk ais krim mereka.
Ia bagaimanapun bukan sesuatu yang luar biasa.
Ice Cream Parlour di Whitby, North Yorkshire menjual ais krim ikan dan kentang. Ia dibuat menggunakan ikan kod yang disalut tepung, kentang goreng dan kekacang. Selain itu, kedai ais krim di London, Icecreamists pula pernah menimbulkan kekecohan kerana menyediakan ais krim daripada susu ibu dan diberi nama Baby Gaga.
Namun, iani semua tidak dapat mengalahkan Jepun kerana mereka adalah ‘Raja segala ais krim berperisa pelik.’ Antaranya, termasuk daging kuda, lidah lembu dan sotong kurita. - Agensi
Global

Temerloh: Tindakan tidak masuk akal seorang lelaki dipercayai tekong darat membawa 10 warga Myanmar untuk perjalanan lebih 500 kilometer dari Kelantan ke Kuala Lumnpur menggunakan kereta mengundang padah apabila empat daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 134 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 4.30 pagi itu menyebabkan empat lelaki warga Myanmar berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta sejauh 10 meter manakala tujuh yang lain cedera.
Difahamkan, tempat duduk bahagian belakang kereta Honda Accord model tahun 2001 berwarna hitam itu ditanggalkan bagi memuatkan lapan warga Myanmar manakala dua lagi duduk di bahagian penumpang depan.
Pemandu kereta, Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, dari Kampung Layang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan, dikatakan memulakan perjalanan membawa 10 warga Myanmar terbabit yang semuanya tiada dokumen pengenalan dan perjalanan sah jam 10 malam kelmarin dari Rantau Panjang, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, ketika tiba di tempat kejadian kereta itu terbabas ke kiri dan melanggar bukit sebelum masuk ke dalam longkang lebuh raya berkenaan.
Isu Semasa

Kajang: “Saya tergamam melihat majikan terbaring berlumuran darah sejurus terdengar bunyi letupan di luar pasar,” kata seorang pekerja kepada peniaga daging kambing bergelar Datuk yang nyaris maut ditembak di jalan belakang Pasar Besar Kajang, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Datuk Dr Abd Ghani Abdullah, 50, nyaris mati selepas terkena dua das tembakan yang mengenai bahagian bahu kiri dan bawah telinga kanannya.
Pekerjanya, V Devarasa, 60, berkata, kejadian berlaku ketika mereka baru saja sejam memulakan perniagaan.
“Semua orang di dalam pasar terkejut dan bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku sebaik terdengar bunyi letupan itu.
“Saya lihat doktor (panggilan kepada mangsa) sudah terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tempat letak kereta di bahagian belakang pasar berkenaan,” katanya.
Isu Semasa

Kami yakin, snek jagung Binbin ini antara jajan kegemaran kebanyakan kita semasa kanak-kanak.
Setelah sekian lama terlupa tentangnya secara tiba-tiba imej snek Binbin hangat dikongsikan di laman siber sejak akhir-akhir ini.
Ia berpunca daripada dakwaan seseorang yang menyebarkan hasil ‘eksperimen’ yang dilakukannya sendiri lalu mendakwa snek Binbin ini diperbuat daripada bahan plastik.
Cara eksperimen dilakukan individu ini cukup senang, dibakarnya snek jagung Binbin kemudian apabila ia terbakar dan mengeluarkan bau tidak enak ia dianggap sebagai bahan plastik.
Mujurlah, ramai orang Malaysia yang belajar Sains, Biologi dan Kimia membetulkan semula hasil eksperimen yang agak terpesong ini.
Sesungguhnya sebagai makanan yang juga mempunyai unsur karbon maka bukanlah sesuatu yang pelik apabila makanan boleh terbakar dengan mudah. Dan sudah adat, jarang sangat benda terbakar nak berbau wangi kan?
Apa-apa pun, diharapkan semua pihak akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkongsian selepas ini. Pastikan ia betul-betul tepat baru sebarkan. Kalau tak yakin, katakan ia belum tentu sahih.
Kalau tidak, siapa yang malu? Kita juga.. -
Isu Panas
Ini yang dikatakan dunia akhir zaman. Seperti yang kita lihat pada zaman sekarang perempuan tidak lagi menitikberatkan aurat.
Aurat wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali telapak tangan dan muka, manakala aurat bagi lelaki pula dari pusat sehingga lutut.
Wanita hendaklah menutup kepala dan belahan dada mereka dengan sempurna seperti firman Allah: “Katakan kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya…” (Surah an-Nuur, ayat 31)
Ramai wanita zaman sekarang yang berpakaian, tetapi bertelanjang. Maksudnya, mereka berpakaian, tetapi pakaian itu ketat dan nipis seperti tidak berpakaian kerana terserlah susuk tubuh dan warna kulit kepada bukan muhrim.
Islam tidak mengharamkan fesyen seperti selendang asalkan ia labuh menutupi dada dan tidak nipis sehingga menampakkan bayangan rambut serta telinga.
Tak tutup kaki
Bertudung bulat ataupun sebaliknya, tidak penting asalkan menutup aurat mengikut syariat Islam.
Kebanyakan wanita memakai tudung yang singkat dan jarang sehingga menampakkan rambut dan telinga. Mereka menganggap pemakaian tudung hanya trend tanpa memikir dosa membuka aurat.
Ramai wanita menganggap kaki bukan aurat kerana menutup anggota lain dengan sempurna, tetapi tidak memakai sarung kaki atau stokin.
Fesyen terbaharu sekarang adalah pemakaian sanggul tinggi. Mereka walaupun kelihatan memakai tudung, tetapi sebenarnya memberi helah bagi membuktikan rambut panjang dan hendak menarik pandangan lelaki.
Mereka bukan ikhlas bertudung bagi memenuhi suruhan Allah dan ibadat, tetapi sebaliknya.
Seperti hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya dan wanita berpakaian, tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala mereka umpama bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya iaitu bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Syarh Shahih Muslim)
Sanggul bonggol unta
Hadis ini dikemukakan Imam an-Nawawi dalam kitab Sahih Muslim. beliau menyebut:
“Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala dengan tudung. Mereka meletakkan apa saja bagi membesarkan kepala sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta.”
Namun, jika rambut memang panjang lalu diikat sehingga kelihatan sanggul, maka ia dimaafkan syarak.
Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan.
Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.”
Namun, sekiranya rambutnya memang panjang lalu dia mengikat rambutnya sehingga kelihatan sanggul, maka dalam hal ini adalah dimaafkan oleh syarak. Diharamkan sekiranya meletakkan sesuatu selain daripada rambut sehingga kelihatan seperti sanggul buatan. – Berita Harian
Informasi

SEORANG kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut telah diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi, selepas pekerja di situ berkata mukanya itu menakutkan pengunjung yang lain.
Keluarga kepada Victoria Wilcher, 3, bagai mengalami mimpi ngeri selepas mereka diminta untuk meninggalkan restoran popular itu hanya kerana wajah anak perempuan mereka .
Mereka berkongsi kemarahan di laman Facebook bertajuk ’Victoria’s Victory (Kemenangan Victoria).
“Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini telah diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung yang lain,” demikian ‘posting’ yang dibuat di laman Facebook.
Wilcher cedera dalam serangan pada bulan April, apabila tiga ekor anjing datuknya berlari menuju rumahnya di Simpson County, Mississippi.
Anjing-anjing itu masuk melalui pintu belakang rumah dan menerkamnya.
Anjing-anjing itu kemudian mengheret kanak-kanak itu ke belakang rumah dan terus menyerangnya sebelum datuknya, Donald Mullins, dan teman wanitanya, Rita Tompkins, cuba untuk menghentikan serangan.
Anjing-anjing itu turut menyerang tuannya itu, menyebabkan Mullins terpaksa menembak mereka. Dua ekor anjing berjaya dibunuh manakala Wilcher dikejarkan ke bilik kecemasan.
Bahagian atas dan bawah rahangnya berkecai, tulang pipi, hidung dan tulang bahagian matanya patah.
Menurut posting pertama di Facebook, Wilcher hilang mata kanannya dan hilang keupayaan untuk bergerak pada bahagian kanan mukanya.
Mullins dan Tompkins telah ditangkap atas tuduhan membahayakan kanak-kanak.
Lapan ekor anjing pasangan berkenaan yang masih hidup telah dirampas oleh pegawai- pegawai Kawalan Haiwan.
Wilcher berada di hospital selama kira-kira satu bulan selepas serangan itu. Setelah pulang ke rumah, dia menjalankan terapi fizikal dan memakai tiub untuk makan.
“Saya membawanya berjumpa doktor dan pergi ke KFC,” kata nenek Wilcher, Kelly Mullins.
“Saya memesan teh manis bersaiz besar dan kentang putar berserta kuah untuknya kerana dia lapar. Dia dipasang tiub pada masa itu, saya anggap hanya kentang yang boleh ditelan dengan tiub itu.”
“Mereka hanya beritahu kami, “Kami perlu meminta anda meninggalkan tempat ini kerana mukanya mengganggu pelanggan-pelanggan kami”. Victoria benar-benar faham apa yang mereka katakan,” katanya.
Mullins berkata dia meletakkan Victoria dalam kereta dan terus meninggalkan tempat itu.
Katanya, Victoria menangis sepanjang perjalanan pulang ke Simpson County.
“Sekarang apabila kami pergi ke sesuatu tempat, dia tidak mahu keluar,” kata Mullins.
Sejak posting mengenai kejadian di KFC itu pada Khamis, ia dihujani simpati dan kemarahan terhadap syarikat itu.
“KFC melancarkan siasatan sebaik sahaja kami dimaklumkan tentang laporan ini,” kata jurucakap KFC Rick Maynard pada Jumaat.
“Kami memandang serius perkara ini, dan langsung tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tindakan menyakiti atau tidak menghormati tetamu kami. Siasatan sedang dijalankan, tetapi kami akan melakukan tindakan yang betul untuk kanak-kanak comel ini dan keluarganya, dan akan bekerjasama dengan pemegang francais untuk mengambil tindakan yang sesuai terhadap restoran.”
KFC juga bertindak balas terhadap posting di Facebook di ruangan komen dengan menulis: Harap dapat menerima
permohonan maaf ikhlas kami sementara kami cuba menyiasat kejadian ini. – mStar
Global
![]() |
| Gambar Hiasan |
Matshobana, Zimbabwe: Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin tersebar.
Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada cacing ‘anaconda’ mengganas di dalam badannya.
“Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan sudah bersuami,” katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin merosot.
“Dia mula mengalami masalah kencing berdarah,” katanya. Menurut Nobuhle, dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk mengisi perut.
“Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu.
“Selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang,” katanya.
Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang bomoh.
“Keadaannya masih belum banyak berubah.
“Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam,” katanya, semalam. - Agensi
Global

London: Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat.
Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem.
Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror.
Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.
Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu.
“Ia semua bermula sebagai gurauan.
“Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya.
Sejak itu Lamb mula menerima tawaran muncul dalam televisyen membawa watak mayat.
Lamb juga bercadang mewujudkan laman sesawang untuk memuat naik gambar dirinya sebagai ‘mayat.’ - Agensi
Global

Petaling Jaya: Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh dua kereta selepas didakwa dibaling dengan lampu mata arah (beacon) oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan di Plaza Tol Taman Medan di sini, malam semalam.
Dalam kejadian 9 malam minggu itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan cuba mengelak sekatan jalan JPJ dengan melalui lorong tunai di plaza tol berkenaan sebelum motosikal itu terbabas dan melanggar dua kereta yang sedang diperiksa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang parah di bahagian kepala akibat kemalangan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
"Kami akan menyiasat dakwaan bapa mangsa itu. Buat masa ini keterangan daripada kedua-dua mangsa belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan di PPUM," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pegawai dan anggota JPJ yang bertugas semasa sekatan dijalankan dan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)







Recent Comments