Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Isu penemuan DNA babi dalam produk Cadbury baru saja selesai. Kini timbul pula isu dimana sebuah restoran di The Spring, Kuching didakwa menghidangkan sup babi.

Menurut penyebar gambar tersebut, dia mendakwa menemui kaki babi di dalam sebuah mangkuk sup. Serta merta dia memohon agar orang ramai yang khususnya beragama Islam berhati-hati dan tidak mengunjungi restoran di The Spring.

Penyebaran maklumat yang belum disahkan ini telah menimbulkan sedikit rasa panik penduduk beragama islam di Kuching.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Ah Ong berkata dia telah menghubungi managar Food Court The Spring yang menafikan dakwaan liar tersebut. 

Menurut manager terbabit, gambar yang disebarkan itu bukanlah gambar kaki babi. Sebaliknya kaki lembu.
Namun menurut wartawan New Sarawak Tribune, dalam sidang media hari ini, Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman mengesahkan SEMUA premis makanan di The Spring TIDAK mempunyai sijil halal. 


10 Jun 2014 yang lalu, seorang pengguna bersama dua orang rakannya menikmati makanan di sebuah warung di Food Court The Spring. Dia berasa curiga dan mengesyaki menu Soto Ayam Semarang yang dipercayai dihidangkan menggunakan sup kaki babi, bukannya sapi.


Kecurigaan itu bertambah kuat apabila rakan si pengadu memberitahu tulang itu kelihatan meragukan. Tanpa membuat masa si pengadu terus meminta penjelasan dari kakitangan warung tersebut serta meminta menjenguk dapur mereka.

Apa yang ditemui oleh si pengadu, nyata amat mengejutkan kerana kepingan² daging sup tersebut langsung tidak menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.


Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang kakitangan premis tersebut didapati berbohong bilamana dia mendakwa dirinya seorang penganut agama Islam yang berasal dari Indonesia + berkahwin dengan orang tempatan berbangsa cina yang juga pemilik premis tersebut.

Hasil soaljawab dengan lelaki itu, mereka mendapati mereka juga mengusahakan sebuah premis makanan non halal yang terletak di Batu Tiga.

Masih tidak yakin dengan gambar bukti yang diperolehi, si pengadu menunjukkan gambar tersebut kepada seorang amoi cina yang kebetulan lalu di situ. Dengan pantas dia menjawab, 

"Ini kaki babi leh"

Bagaimanapun pengadu telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) agar tindakan dan siasatan dijalankan bagi memastikan umat islam di negeri Sarawak tidak tertipu.

Umat islam di negeri Sarawak disarankan berhenti membeli makanan di premis makanan The Spring buat sementara waktu. - SUMBER

Tahukah Anda? Mesti anda tak tahu punya... (hahaha!)

Antara pencipta Youtube ialah seorang muslim. Jawed Karim ,Steve Chen dan Chad Hurley menubuhkan Youtube pada tahun 2005 untuk memberi peluang bagi netizen untuk 'upload' dan menonton video secara percuma. Setahun selepas itu, Google membeli Youtube dengan harga US1.65billion.

Jawed Karim (35 tahun) ialah seorang anak imigran dari Bangladesh dan sekarang dia bernilai US140 juta. Ayahnya berkahwin dengan seorang german saintis, dan keluarga mereka berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1999.

Ini menunjukkan seorang muslim boleh bersaing dalam sektor teknologi jika dia mencari ilmu dengan gigih. Satu inspirasi kepada semua muslim di dunia ini.

BEIJING - Pertandingan Piala Dunia di Brazil menimbulkan masalah untuk para peminat bola sepak khususnya di Asia. Salah satu masalah yang paling sukar dielakkan adalah perbezaan masa yang terlalu besar.

Perbezaan 11 jam antara Brazil membuat sebahagian besar perlawanan Piala Dunia ditayangkan rata-rata pada pukul 3.00 pagi. Sehingga bola mania di China perlu berjaga pagi dan tentunya hal itu akan mengganggu ketika mereka harus bekerja di keesokan harinya.

Keadaan ini bagi beberapa orang membuka peluang perniagaan, contohnya ada yang menjual surat cuti sakit palsu bagi para pekerja yang terlalu mengantuk untuk bekerja setelah berjaga menonton bola sepak.

Surat-surat cuti sakit palsu lengkap dengan catatan palsu doktor itu berharga sehingga 300 yuan.

"Para pekerja yang penggila bola sepak yang ingin bolos sehari untuk menyaksikan Piala Dunia di Brazil boleh mendapatkan surat cuti doktor secara online," demikian dilaporkan harian Global Times.

Wartawan harian Telegraph, melakukan percubaan dengan menempah surat cuti sakit itu untuk mengelakkan giliran kerja pada Ahad selepas menyaksikan pertandingan Itali melawan Ebgland di malam sebelumnya.

Di China, pertandingan England melawan Itali disiarkan pada pukul 6.00 pagi pada Ahad (15/6/2014). Ternyata, surat yang diperoleh sangat kelihatan asli, penuh dengan catatan perubatan dari hospital Ruijin bahagian Jabatan kesihatan pernafasan , salah satu hospital terbaik di Shanghai.

"Diagnosis: jangkitan saluran pernafasan atas. Cadangan: Rehat selama satu hari," demikian isi dokumen berwarna biru itu.

Ternyata, surat itu sudah dibuat seminggu lalu oleh para pemalsu dari sebuah syarikat bernama Shanghai Sick Notes.

"Kami sudah mendengar soal surat cuti sakit palsu ini namun belum pernah melihatnya," kata seorang kakitangan hospital Ruijin, Shanghai.

Namun, tak selamanya surat izin palsu ini berjaya mengelabui pihak atasan seorang pekerja.
"Palsu. Ketua saya mengetahuinya dan saya sekarang dipecat. Dasar pembohong!" seorang pemberi surat cuti mengecam melalui dunia maya.

Bukan hanya di Shanghai, pemalsu surat sakit ini juga berlaku di Nanjing dan Beijing walaupun pelaku yang menjual surat cuti palsu seperti ini boleh dihukum penjara maksimum selama lima tahun.

Sumber: kompas.com



Wow! bagai pinang dibelah dua! pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka kacak ini? sekeping gambar mesra dikongsikan Erra Fazira bersama seorang jejaka, Rizman Nordin  di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas mencetuskan kontroversi dikalangan peminat.

Gambar berkenaan disertakan dengan kapseyen sangat romantik dan membayangkan mereka seakan sedang dilamun cinta. Benarkah? Caption itu berbunyi berikut :

 "Alaaaa... @rizman_nordin awat comel sangat niii..u r still my fav dearest fren darlin...! ;)�� muahh!!"



Tunjauan cantikje melalui komen-komen peminat di Instagram, rata-rata ramai peminat tidak terkejut dengan gambar tersebut malah mereka memberitahu tidak kisah dengan siapapun Erra berkawan kerana erra ialah artis kesayangan Malaysia.

HEBOH  di laman-laman sosial dengan satu gambar yang menunjukkan dilarang onani di Kolej Perindu, UiTM Shah Alam.
Namun menurut beberapa sumber seperti blog Ini Cerita Dunia Kita, pegawai UiTM menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan tersebut kepada pelajar-pelajar mereka.
“Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan,” menjadi hangat seketika.
Perkara ini dilihat seperti pelajar-pelajar di sana pernah dan sering melakukan tabiat yang tidak senonoh itu.
sementara itu, belum ada kenyataan rasmi dari pihak UiTM mengenai isu tersebut.
Mungkin juga ada pelajar yang tidak bertangungjawab cuba mencetuskan isu untuk mendapat perhatian umum.


LONDON: Seorang pondan yang berlagak sebagai ‘doktor’ dituduh menyuntik campuran simen, minyak, pengedap tayar dan gam ke dalam punggung seorang wanita.
 Wanita itu dipercayai turut membuat suntikan kosmetik ke atas dirinya sendiri.
Oneal Morris 30, ditahan setelah wanita itu hampir mati selepas bahan kimia berbahaya merebak ke seluruh tubuhnya.
Dia dikatakan telah membayar 450 pound (RM2250) kepada Morris untuk memejalkan punggungnya pada Mei tahun lalu.

Morris, seorang lelaki yang menjalani hidup seperti seorang wanita, menghadapi tuduhan mengamal perubatan tanpa lesen.
Dia dituduh menjalankan kegiatan itu di rumahnya sendiri.
Tidak lama selepas itu, pesakitnya mula mengalami simptom radang paru-paru dan berbekas warna merah di punggungnya.
Menurut polis, Morris yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat telah menyuntik wanita itu untuk mendapatkan tubuh ‘ghetto booty’ perkataan yang digunakan untuk punggung yang menarik dan besar.

Menurut polis, Morris mungkin seorang daripada anggota rangkaian haram yang dikenali sebagan ‘doktor punggung’ yang menawarkan khimat memejalkan punggung di ‘pesta pam’ di AS sejak beberapa tahun.
Morris, yang juga mempunyai punggung yang pejal, seperti dilihat di gambar polis, ditahan dan didakwa mengamalkan perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan.


HULU LANGAT: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini menambah kerinduan seorang ibu tunggal terhadap anak gadisnya yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu, namun tidak berbuat demikian kerana kini berada di Lombok, Indonesia selepas diperdaya lelaki dari situ.

Che Beshah Md Said, 50, berkata, anaknya Zurain Mohd Zulkeppeli meninggalkan rumah bersama seorang lelaki Lombok dikenali sebagai Edy, 30-an, sejak Oktober tahun lalu dan kini mereka sudahpun berkahwin serta memiliki seorang anak.
Menurutnya, Edy yang memang rapat dengan keluarganya ibarat pagar makan padi kerana lelaki itu sebelum ini diminta membantu mencari Zurain yang sudah beberapa kali lari dari rumah.

“Edy memang bijak berlakon. Kelakuannya nampak baik dan dia memberitahu ada kepakaran untuk mengubati pelbagai penyakit. Jadi, saya minta tolong dia untuk cari Zurain yang kali terakhir lari dari rumah Oktober lalu.
“Kesudahannya, bukannya dia membawa pulang Zurain kepada saya, tapi dia melarikan anak gadis saya itu ke kampung halamannya di Indonesia,” katanya ketika ketika menerima kunjungan Pemuda Umno Hulu Langat di rumahnya.

PULAU PINANG – Lagi kes orang bunuh diri di Pulau Pinang semalam. Kali ini di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang.
Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Trafik sesak menghala ke pulau disebabkan ramai yang berhenti untuk menonton.
Polis menemui motosikal mangsa yang ditinggalkan di bahu jalan. Polis juga menemui MyKad, telefon bimbit mangsa serta beberapa dokumen milik mangsa. – Mymediahub
Laporan penuh menyusul.



SEKUMPULAN wanita yang berkerja di Vila Mimosa daerah ‘lampu merah’ di Brazil menawarkan diskaun ‘istimewa’ kepada penyokong skuad Piala Dunia England yang memerlukan perkhidmatan seks kerana dikatakan telah menempuh perjalanan jauh.
Pelacur yang bekerja daerah ‘lampu merah’ terbesar itu memberi diskaun Piala Dunia kepada penyokong England sebelum sukan terhebat itu bermula dan ‘harga’ dilaporkan akan berubah selepas itu.
Difahamkan sebagai persediaan menerima tetamu daripada 32 negara yang mengambil bahagian dalam kempen Piala Dunia, seramai 4,000 pelacur di daerah Mimosa telah bersedia secukupnya untuk ‘berkhidmat’ yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelacur sementara.
Daripada negara-negara berkenaan, kelihatan penyokong Englnad yang paling ramai berada di kawasan pelacuran itu untuk membuat penawaran bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik.
Dilaporkan setiap pelacur muda menawarkan sebanyak £26 bagi setiap kali melakukan seks manakala wanita yang berusia 30 tahun keatas mengenakan bayaran £16.
Selain itu, para pelacur terbabit juga menaruh harapan tinggi untuk dibawa pulang oleh peminat bola sepak bagi mengubah kehidupan mereka khususnya di England.
Selain itu, mereka juga menggunakan peluang kempen Piala Dunia untuk mendapatkan zuriat berdarah campuran yang lebih cantik atau kacak.

Dari sebelah pihak pemandu Myvi pula menjelaskan pada masa kejadian itu, mereka sedang beratur di Lorong Smartag Tol Gombak. Akan tetapi, sebuah kereta Toyota Vios (perakam video) datang dari lorong sebelah dan terus memotong barisan di hadapan mereka dengan menggunakan strategi himpit dan rapat gila-gila.

Akibatnya, cermin sisi kedua-dua kereta mereka bergesel.

Pemandu Vios yang menyedari cermin sisi keretanya bergesel dengan cermin sisi Myvi, bertindak membunyikan hon bertalu-talu. 

Selepas berjaya memotong barisan dan melalui tol berkenaan, pemandu Vios dilihat cuba memprovok mereka dengan membrek secara tiba-tiba dengan sengaja di hadapan kereta.

Tidak tahan dengan kelakuan pemandu Vios berkenaan, pemandu Myvi mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.




Apabila pemandu Myvi cuba menghampiri si pemandu Vios dan meminta penjelasan, pemandu Vios kelihatan takut dan terus meneruskan menaikkan cermin tingkapnya dan pemandu Myvi cuba menahan cermin kereta vios berkenaan dan tak semena-mena cermin tersebut pecah.

Dia bagaimanapun menafikan jari isteri pemandu Vios cedera dan berdarah berpunca dari tindakan dia memecahkan cermin berkenaan. 

Namun dia tidak menafikan pula berkemungkinan serpihan cermin terkena pada jari isteri pemandu berkenaan.
Menurut pemandu Myvi itu lagi, cermin kereta lelaki itu tidak pecah, sebaliknya berderai sebab cermin keretanya ada tinted. - My Media Hub
Penggunaan komuter sememangnya amat digalakkan kepada masyarakat di bandar pada hari ini. Bukan sahaja boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas, malah perkara ini dapat meminimumkan pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut.


Pelbagai kerenah dan gelagat orang ramai yang menaiki komuter dapat dilihat. Baru-baru ini heboh apabila seorang penumpang komuter yang dikenali sebagai Onne Nurmalita menerusi akaun Pathnya mengongsi sekeping gambar:





"Subahanallah, solat subuh dalam gerabak," katanya.Kejadian ini berlaku di Indonesia, Onne Nurmalita mengulas lagi:

"Keretanya jurusan Jatinegara, pas di stasiun Depok Lama itu. Saya ikut kereta yang belakangnya, tapi subhanallah sampai salat subuh di kereta mungkin takut terlambat,"


BATU PAHAT – Penduduk sekitar Bukit Jeragan, di sini, mendakwa menemui harta karun didakwa milik tentera Jepun dan kerajaan Majapahit yang pernah berada di lokasi berkenaan satu ketika dahulu.

Antara barangan ditemui di bukit yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur itu adalah serpihan tembikar, manik, batu permata, hulu parang, emas, peluru lama dan syiling lama di mana bentuknya hampir sama dengan syiling ditemui di Pulau Nangka, Melaka, baru-baru ini.

Syed Abdul Hafis Syed Abu Bakar, 40, berkata, dia yang mula mencari harta berkenaan pada 1990 berjaya menemui beberapa duit syiling yang diperbuat daripada tembaga.

Menurutnya, keinginannya untuk mencari harta karun terbabit wujud sejak kecil apabila mendengar cerita daripada datuknya.

“Malah datuk saya ada temui beberapa barangan seperti batu permata yang dijadikan cincin.

“Saya difahamkan oleh orang terdahulu bahawa daerah Batu Pahat ini sebenarnya ialah lautan dan Bukit Jeragan merupakan sebuah pulau yang begitu strategik untuk perdagangan. Pada mulanya ia dikuasai oleh individu yang cukup hebat berasal dari Majapahit dikenali sebagai Jeragan Budiman dan kemudiannya telah dikuasai oleh tentera Jepun.

“Kami penduduk di sini hanya mencarinya secara sendirian, namun ada kalanya tidak menemui apa-apa. Tetapi kebanyakan orang termasuk dari luar akan menemui sesuatu terutamanya manik dan batu permata,” katanya, di sini semalam.

Syed Abdul Hafis bersama penduduk setempat percaya masih banyak lagi harta yang tertanam di bukit berkenaan kerana sebelum pembangunan berlaku, terdapat pintu gua yang kecil, tetapi tertimbus sedikit demi sedikit.

Katanya, dia juga pernah menggunakan alat pengesan logam di kawasan berkenaan khususnya di kawasan kubur lama dan bacaan diterima menunjukkan terdapat logam yang tertanam di sekitar lokasi terbabit.

“Disebabkan ia kubur, kami penduduk sekitar tidak mengoreknya kerana tahu ia salah... dan kami mengharapkan agar kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu untuk membongkar antara khazanah berharga di Batu Pahat ini.

“Kami juga difahamkan gelaran Bandar Penggaram yang diberikan kepada Batu pahat ini berasal dari sekitar ‘pulau’ ini juga yang mana namanya ialah Pangkal Jeram sebelum kemudiannya menjadi Penggaram,” katanya.

Dia bersama penduduk berharap ‘pulau’ dan khazanahnya dibongkar untuk dipelihara oleh kerajaan sebagai tarikan sejarah.

“Penduduk asal di Bukit Jeragan juga diharapkan tidak dipindahkan di mana kini terdapatnya satu rumah yang diwarisi turun-temurun,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Johari, 75, berkata, kawasan Bukit Jeragan berkenaan memang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Katanya, dia yang merupakan antara penduduk asal di situ, mendengar sejarah secara lisan daripada datuknya yang menyatakan Bukit Jeragan berkenaan merupakan pelabuhan yang sibuk dan dikunjungi pedagang dari China, India, Arab dan juga Eropah

“Selain tempat berdagang, atuk juga ada memberitahu ia juga dijadikan tempat berehat oleh Orang Besar di Nusantara, termasuklah para sultan serta keturunan diraja, selain terdapatnya pintu gerbang seperti A Farmosa, di Melaka.

“Saya juga pernah bermimpi yang memberitahu di Bukit Jeragan yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur ini mempunyai harta yang tertanam di bawahnya dan mempunyai gua untuk menyimpan harta berkenaan,” katanya.

Sementara itu Ismail Bawi, 54, berkata, semasa kecil dia sering terjumpa ketulan logam berbentuk bulat seperti duit syiling, tetapi tidak menyimpannya kerana tidak mengetahui nilainya ketika itu.

“Pernah juga saya terjumpa patung angsa berwarna keemasan tetapi takut untuk mengambilnya dan apabila saya datang sekali lagi untuk mengambilnya bersama rakan, ianya telah tiada.

“Atuk saya juga pernah bercerita kepada saya yang bukit berkenaan agak sibuk satu ketika dahulu, namun kebanyakan kemudahan di situ musnah ketika tentera Jepun menyerang negara ini,” katanya.