Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



PETALING JAYA:  Penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana menepis gosip yang mengaitkan dia kononnya bercinta dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar, 35, atau Hai-O.

Fara, 34, berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan kerana secara jujurnya dia tidak pernah mengenali pemain bola sepak tersebut secara peribadi.

"Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar," jelasnya kepada mStar Online.

Fara ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas di sini pada Rabu.

Selain Fara, penyanyi Atai turut dipilih untuk menjadi jurucakap produk berkenaan.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kerana ia adalah lumrah kehidupan bagi seseorang selebriti.


Bagaimanapun Fara mengakui dia agak sedih apabila ada pihak yang menyebarkan cerita kononnya dia mengambil keputusan untuk berselendang disebabkan bintang sukan itu.

"Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.

"Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendiri tidak kenal memang membuatkan saya sedih," jelasnya.

Sementara itu, Fara berkata, dia tidak terlalu terganggu apabila peminat mengkritik keputusannya mengenakan tudung dengan cara berselendang terlebih dahulu.

Fara berkata, dia tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai hal itu  kerana dia lebih mengetahui niat sebenar untuk berbuat demikian.

"Saya seorang yang ‘hati kering’ dan tidak begitu peduli apa juga kritikan yang dilemparkan kepada saya.

"Paling penting saya tahu niat sebenar saya dan berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik tentang saya," pintanya.

Bagaimanapun kata Fara, itu bukan bererti dia seorang yang degil atau tidak boleh menerima kritikan sebaliknya dia turut mengambil kira semua pandangan untuk kebaikan dirinya.

"Saya selalunya akan baca apa juga pandangan sama ada positif atau pun negatif tentang saya di internet dan cuba memperbaiki diri untuk kebaikan," ujarnya.



KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, memandangkan dia juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun kemudian.

"Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

"Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

"Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua," katanya kepada mStar Online.

Diana ditemui pada majlis pelancaran koleksi rekaan baju Hari Raya terbaharu Melinda Looi iaitu Emel by Melinda Looi  di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Sebanyak 36 koleksi baharu diperagakan pada majlis tersebut dan 20 daripada koleksi berkenaan merupakan gabungan idea bersama Diana.

"Selalunya artis akan menjadi model untuk koleksi-koleksi baju terbaru tetapi saya gembira kerana diberi peluang untuk memberikan idea dalam penghasilan baju raya pada tahun ini.

"Dapat dilihat, baju yang saya reka lebih feminin dan berkonsep sederhana. Berbeza dengan Melinda yang lebih berkonsep avant garde," ujarnya.

Sementara itu, koleksi baju raya yang berharga RM280 hingga RM480 boleh dibeli menerusi laman web www.zalora.com, www.fashionvalet.com dan butik Melinda Looi yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Sebahagian daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).



Blurton (Staffordshire): Seorang pemandu mabuk sanggup menyembunyikan dirinya dalam longgokan baja bagi mengelak daripada ditahan polis.
Jake Hart, 22 didakwa memandu selaju 90 kilometer sejam, termasuk di laluan pejalan kaki apabila dikejar oleh sebuah kereta peronda.
Dia dipenjara enam bulan semalam selepas mengaku kepada mahkamah di Stoke-on-Trent mengenai kesalahannya memandu secara berbahaya dalam keadaan mabuk.
Mahkamah sebelum itu diberitahu Hart dan rakannya membeli kereta berkenaan dengan niat membaiki dan kemudian menjualnya semula.
Ketika memandu kereta berkenaan pada 12 April, polis mengarahkan mereka berhenti kerana lampu brek tidak berfungsi.
Bagaimanapun apabila polis membunyikan siren, Hart terus memecut.
Dia enggan memperlahankan keretanya dan melanggar bonggol.
Sejurus selepas itu, dia melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan lalu meninggalkannya.
Mereka berdua ditemui polis bersembunyi di bawah timbunan baja di Taman Longton.
Hart mengaku bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk, memandu berbahaya dan memandu tanpa insurans.
Ketika menjatuhkan hukuman, hakim David Fletcher memberitahu, Hart bertindak bodoh.
“Kamu hanya akan didenda kerana tidak mempunyai lampu brek dan memandu tanpa insurans,” katanya.

Riyadh: Sebuah kedai pastri memohon maaf apabila seorang pekerjanya membuat kek yang menjatuhkan maruah anggota pasukan pencegah maksiat.
Kek itu direka dengan menggambarkan trak anggota pasukan itu yang dipandu dan mengangkut sekumpulan wanita.
Menurut media sosial Arab Saudi, negara yang melarang wanita memandu, mengecam kek berkenaan dan pengguna berkata ia memperlekehkan anggota pasukan itu yang digambarkan menggunakan van untuk mengejar trak berkenaan.
Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah syarikat Sa’adeddine Sweets, mengatakan mereka kesal terhadap kejadian itu dan memecat pekerja yang menghasilkan konsep dan membuat kek kontroversi itu.
“Ia dilakukan seorang pekerja yang menyiapkan kek itu atas permintaan seorang pelanggan wanita,” katanya.
Omar berkata demikian dalam wawancara yang disiarkan oleh media tempatan Sabq Selasa lalu.
- Agensi Syarikat itu menegaskan mereka tidak bertanggungjawab dan menjalankan siasatan yang membawa kepada pemecatan pekerja berkenaan.

- Agensi

DATO Rosyam Noor yang sememangnya selalu merahsiakan keluarganya kepada media memang tidak suka mencampurkan urusan keluarga dan kerja. Rosyam Noor seakan-akan merahsiakan keluarganya kepada umum.
Penulis akan sajikan anda gambar-gambar anak Rosyam Noor yang cantik lagi cun ni.. Anak Rosyam Noor dengarnya semuanya perempuan. Jadi lelaki kat luar sana, korang pilih la mana yang berkenan, mana tau kalau-kalau ada jodohkan
Jom kita layan gambar-gambar keluarga Rosyam Noor..






Johor Bahru: Sudahlah maruah tergadai, wang pula digelapkan kekasih hati. Itu padah menimpa seorang wanita apabila dengan mudah mempercayai seorang duda yang baru dikenali menerusi laman sosial Tagged.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Ayu, 38, berkata, dia bukan saja malu selepas maruahnya tergadai, malah bertambah sakit hati selepas wang pampasan diterima kerana berhenti kerja secara sukarela di sebuah kilang berjumlah kira-kira RM10,000 hangus di tangan lelaki berkenaan.
“Kalau ikutkan memang sakit hati dan sedih, tetapi apa boleh buat kerana saya tidak nampak permainannya sebab ketika itu saya sayangkannya kerana dia berjanji mahu menikahi saya.


“Dia sepatutnya berjumpa keluarga saya pada 25 Mei lalu, tetapi batang hidung pun langsung tidak nampak, saya memang menyesal,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, selepas putus tunang tujuh tahun lalu dan tidak mempunyai kekasih sehingga hatinya kembali berbunga selepas mengenali duda dua anak itu pada penghujung tahun lalu.

Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terperangkap hampir setengah jam di dalam kereta datuknya selepas kenderaan itu musnah ditimbus tebing runtuh di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini tadi.
Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, turut mengakibatkan dua kereta jenis BMW dan Toyota Wish rosak selepas masing-masing ditimbus dan terkena serpihan runtuhan.
Bagaimanapun, mangsa Koh Sue Siang yang hanya cedera ringan di kaki berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dibantu orang awam menggunakan jengkaut.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan tiba jam 10.50 malam.

"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu serta Tangga Batu ke lokasi,
Mangsa yang berjaya dikeluarkan jam 10.58 malam dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.

Yan: Suasana menyeronokkan sembilan bersaudara termasuk lima sekeluarga orang kelainan upaya (OKU) berkunjung ke kawasan rekreasi Air Terjun Titi Hayun, dekat sini, untuk berkelah berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian arus deras, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 1 tengah hari ketika semua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun sedang mandi sebelum hujan lebat dan disusuli arus deras.Seorang mangsa, Hayati Abdul Rahman, 42, dari Kuala Kedah berkata, dia datang berkelah di kawasan rekreasi berkenaan bersama keluarga sepupunya sempena cuti sekolah dengan membawa dua anak dan seorang cucu.
Katanya, sepupunya, Nor Zaini Zainal, 43, yang mengalami kecacatan pendengaran dan percakapan datang bersama suaminya dan juga tiga anak mereka yang juga berstatus OKU sama.
“Kami tiba di kawasan rekreasi ini jam 11.30 pagi dan selepas makan, kami mula mandi, tetapi secara tiba-tiba hujan lebat sehingga air mula naik, sekali gus berlaku arus deras.

Jika sebelum ini, pengacara Hefny Sahad menafikan dirinya menjadi punca kepada perpisahan pasangan pelakon Nad Zainal dan Azwan Kombos, tup-tup akhirnya dia mengaku kini sedang bercinta dengan aktres kecil molek itu.
Hefny membuat pengakuan tersebut menerusi program hiburan baharu, h!live namun tetap menafikan dia menjadi punca terputusnya hubungan cinta Nad sebelum ini.
“Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa. Saya berada di dalam situasi yagn mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua.
“Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad dan saya bukan puncanya. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat,” katanya lagi.
Walaupun baharu sahaja bercinta, namun Hefny tidak menafikan mereka sudah berbicara mengenai perkahwinan namun tidak secara mendalam.
Hefny dan Nad dikatakan mulai rapat ketika bersama-sama terlibat dalam telefilem Mengintai Syurga Mama.

Apa sahaja yang berlaku di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekarang pasti menarik perhatian umum.
Misalnya walaupun kemalangan boleh berlaku di mana-mana tetapi bila melibatkan pesawat MAS ia menjadi satu yang sensitif.
Apatah lagi, sebuah pesawat MAS baru sahaja dilaporkan dilanggar kereta Perodua Viva semasa di parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lepas.
Tup-tup insiden lebih kurang serupa berulang lagi apabila pesawat B737-800 MAS dilanggar pula kenderaan bagasi ketika diparkir di KLIA, semalam.
Difahamkan, pelanggaran tersebut bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah badan pesawat yang robek malah memberi kesan pada fiuslaj.
Hal ini menyebabkan penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu terpaksa dipindahkan ke pesawat lain.
Jurucakap MAS yang mengesahkan kejadian ini dilaporkan memberitahu, pemandu kenderaan bagasi terlibat kini digantung kerja sementara siasatan dijalankan. 

Shah Alam: Seorang lelaki disyaki membunuh bayi lelaki berusia enam bulan sebelum menyumbatnya ke dalam beg pakaian dan membuang mayat bayi malang itu ke dalam gaung di Kilometer 3.2 Jalan Genting Highland, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis semalam selepas ibu bayi terbabit yang juga seorang wanita warga asing membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kemuning, apabila menyedari suspek melarikan anaknya. 
Katanya, kejadian berlaku di asrama wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah apabila suspek mendakwa bayi terbabit telah pun mati sebelum membungkus mayat bayi berkenaan di dalam plastik dan menyumbatnya ke dalam beg pakaian. 


"Bertindak daripada laporan polis dibuat ibu mangsa, polis menahan suspek ketika sedang bersama isterinya di sekitar Shah Alam sebelum dia mengaku telah membuang mayat bayi berkenaan di Genting Highland.

"Suspek kemudian membawa polis ke tempat dia membuang mayat bayi itu dan mayatnya berjaya ditemui kira-kira jam 11 pagi tadi," katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Awas! jangan biarkan tingkap kereta anda terbuka walau pun kecil, terutama jika anda meletak kereta di bawah pkok atau pun ketika melalui jalan yang mempunyai pokok-pokok yang rimbun di kiri kanan jalan.
Ini kerana seorang pemandu teksi di Bangkok menerima penumpang yang tidak disangka-sangka baru-baru ini.

Ia adalah seekor ular senduk panjang yang terjatuh di atas teksinya sebelum menjulur turun ke cermin sisi bahagian pemandu. Kemungkinan besar, ular itu terjatuh dari mana-mana dahan pokok yang dilalui teksi tersebut.
Ular itu kelihatan berhempas pulas untuk terus melilit dirinya pada kereta dan berada di kedudukan sangat hampir dengan pemandu. Mujurlah, cermin tingkapnya ditutup rapat.

Ular itu kemudiannya menjulur ke cermin depan sebelum hilang dari pandangan.
Bayangkan jika cermin tingkap bahagian pemandu terbuka ketika kejadian, tentu ular itu sudah berada di dalam teksi dan mematuk pemandunya…memang menakutkan kejadian ini…beringat-ingat sebelum kena.