Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Shanghai: Polis China menahan enam suspek yang membelasah hingga mati seorang wanita di restoran makanan segera hanya kerana mangsa enggan mendedahkan nombor telefon bimbitnya.
Agensi berita Xinhua melaporkan, wanita terbabit bertengkar dengan enam individu - termasuk seorang remaja - sebelum dia dipukul dengan teruk.
Xinhua melaporkan, kejadian berlaku di bandar Zhaoyuan di wilayah Shandong pada petang Rabu lalu.
Sumber berkata, enam individu itu dipercayai anggota sebuah kultus dikenali sebagai Quannengshen (Gereja Tuhan Maha Kuasa) dan dalam misi mencari ahli baru.
Kumpulan ajaran keagamaan itu sudah diharamkan kerajaan pada pertengahan 1990-an.
Gambar yang beredar di media sosial menunjukkan wanita terbabit berkemeja-T putih serta berseluar biru tertiarap dan berlumuran darah.
Xinhua melaporkan, mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
Sumber berkata, suspek terdiri daripada sepramh lelaki, dua anak perempuan, seorang anak lelaki serta dua wanita.
Juvana itu pula adalah budak lelaki berusia 12 tahun. - AFP
Global

Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal “nafsu” pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.
David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun.
Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu - Clive dan Jackie Roth - apabila mereka menghalang tindakannya itu.
Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.
Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.
Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.
Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.
“Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini.
“Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.
“Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan,” katanya.
Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.
Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.
Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.
Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.
Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.
Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.
Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.
Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu.- Agensi
Global
Sekadar hiburan di hujung minggu, gambar ini telah dikongsikan menerusi Facebook Oh!Media.
Alkisahnya, abang posmen ini telah lari meninggalkan motosikalnya selepas dikejar oleh anjing tersebut.Kasihan…habis jatuh berterabur surat-surat yang dibawanya.
Tapi, kalau anda di tempat abang posmen itu, maunya tak cabut kalau tengok muka anjing sebegitu rupa.Tak mengapalah, anggap saja ia sebagai cabaran dalam bertugas.Diharap selepas ini, anda di luar sana akan lebih menghargai abang-abang posmen kita ya…
Sumbe: Oh! Media / Elza / My News Hub
Pelbagai
Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya - Pelakon dan model seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 22, telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan majlis hari ulangtahun kelahirannya di laman Instagram baru-baru ini.
Apa yang menarik tentang foto-foto yang dimuatnaik, Kilafairy kelihatan selamba menayangkan bahagian punggungnya yang besar sehingga menarik perhatian peminat di laman sosial.
Penulis memang tak boleh nafikan Kilafairy ialah antara selebriti wanita yang paling layak memegang watak-watak penggoda mengatasi Lana Nordin kerana dia mempunyai karakter sedemikian yang semulajadi.
Hiburan

SEORANG kanak-kanak perempuan mati terjatuh daripada eskelator di Gardens Mid Valley pada petang 31 Mei 2014 tadi.
Suasana hiba menyelebungi keluarga dan orang ramai yang menyaksikan kejadian. Orang ramai rata-rata terkejut dan sedih apabila mendapat tahu berita dan melihat mayat kanak-kanak tidak berdosa tersebut, walaupun telah diselubung dengan kain.
Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tersebut.

Isu Semasa

HANYA kerana membantah polisi bogel laman Instagram, anak perempuan aktor terkenal Bruce Willis, Scout Willis, 22, sanggup menayangkan buah dadanya di sekitar bandar New York.
Ia gara-gara Instagram tidak membenarkan penggunanya memuatnaik gambar buah dada termasuklah bekas pesakit kanser payudara dan wanita yang menyusukan bayi.
Dia turut mempersoalkan mengapa gambar provokatif lain seperti keganasan dan senjata api boleh dimuatnaik, tetapi bukan buah dada wanita?
“Sah di New York tetapi bukan di Instagram,” katanya menerusi Twitter yang merujuk kepada undang-undang yang membolehkan wanita berjalan separuh bogel di bandar itu.
inilah akibatnya jika terlalu taksub kepada kebebasan sehingga semua perkara pun mahu didedahkan mereka menggunakan pengaruh mereka untuk berjuang apa yang difikirkan mereka terbaik.
Sakit Mata

Melihat kereta mewah dan besar menukar laluan di jalan raya tanpa memberi signal adalah perkara biasa.
Mungkin sebilangan ‘orang kaya’ ini mempunyai mentaliti tanpa signal pun pemandu lain akan lebih berhati-hati untuk mengelak daripada terempuh kereta mahal mereka.
Ini bukanlah bermakna kesemua pemilik kereta mahal mempunyai sikap berlagak seperti ini tapi pemilik kereta dalam gambar di atas mungkin salah seorang daripadanya.
Mentang-mentanglah kereta mahal, selamba saja diparkir di kotak yang dikhaskan untuk motosikal.
Dek kerana sebiji kereta dia, empat penunggang motosikal dinafikan hak mereka.
Diharapkan pemandu kereta mahal ini dikurniakan kesedaran agar dapat membuat pertimbangan lebih baik pada masa akan datang.
Isu Panas

KOTA BAHRU – Ibu kepada kanak-kanak berusia 13 tahun yang mendakwa mendakwa anaknya dirogol boleh didakwa selepas rakaman video menunjukkan wanita itu melakukan sebatan terhadap seorang lelaki yang dipercayai telah merogol anak perempuannya.
Suspek yang berusia 30-an tahun telah disebat dengan alat yang kelihatan seperti ranting pokok atau rotan.
Rakaman video 37 saat itu menunjukkan tangan dan kaki suspek diikat, dan punggungnya terdedah di hadapan orang ramai di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan pada hari Khamis, kira-kira pukul 5 petang.
Dia adalah seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terlibat merogol gadis terbabit.
Kes itu bagaimanapun tidak berkaitan dengan kes rogol kanak-kanak yang didakwa dilakukan oleh lebih 30 lelaki di Ketereh, Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Komisioner Lai Yong Heng berkata polis memiliki rakaman video tersebut dan berada dalam proses mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian itu.
“Lelaki dalam klip video itu dimasukkan ke hospital kerana terdapat darah beku di kepalanya. Tetapi dia telah dibenarkan keluar dari hospital.
“Polis akan menangkap mereka yang terlibat dalam kes ini dan mereka mungkin didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah,” kata ACP Lai ketika dihubungi, Jumaat.
Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan mereka walaupun percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.
“Orang ramai perlu menyerahkan perkara-perkara tersebut kepada pihak polis.
“Wanita itu dan mereka yang terlibat dalam kes ini akan didakwa di mahkamah untuk disoal siasat.
“Saya menggesa kepada mereka yang terlibat dalam video itu untuk menyerah diri sebelum mereka ditangkap oleh polis,” katanya. – mstar.com.my
Isu Semasa

Gambar sensasi Nabila Muda hiasi Majalah Glam edisi Mei - "Saya tak kisah pun apa orang nak cakap!" itulah sebahagian bait kata-kata yang diluahkan oleh pelakon seksi, Nabila Huda apabila ditanya tentang responnya berhubung etika pemakaiannya yang sering seksi. Berpeluang untuk menghiasi muka depan Malajah Glam bagi edisi Mei, ibu tunggal itu seperti kebiasaan mempamerkan fesyen pakaian yang begitu gedik dan seksi. Lebih ironi, Nabila turut mengambil kesempatan itu untuk memberitahu bahawa dia tidak kisah apapun pandangan orang lain tentang dirinya.

Hiburan
Jalandhar (India): Pengikut seorang jutawan yang juga guru kerohanian tidak membenarkan mayatnya dibakar kerana mendakwa dia sedang bermeditasi di dalam peti beku.
Isteri dan anak lelaki Shri Ashutosh Maharaj yang dipercayai meninggalkan harta berjumlah £100 juta (RM538 juta) memfailkan tuntutan mahkamah untuk menuntut mayatnya selepas berkata dia mati Januari lalu.
Pengikutnya di Divya Jyoti Jagrati Sansthan (Misi Kebangkitan Cahaya Tuhan) menegaskan dia masih ‘bermeditasi,’ dan menggesa pengikut lain mempertahankan ajaran berusia 31 tahun itu dalam apa jua keadaan.
Ashutosh mengasaskan ajaran itu, serpihan daripada agama Hindu pada 1983 dan dipercayai berusia 70-an tahun.
Dia mempunyai pengikut di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Switzerland, Jerman dan juga di Britain.

Menurut laporan, doktor mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung pada 29 Januari lalu, tetapi pengikutnya menolak keputusan itu.
Dengan menegaskan dia masih bermeditasi, mereka menempatkannya di dalam peti beku di Jalandhar, Punjab sementara menanti dia terjaga.
Dan selepas empat bulan, mereka masih menanti.
Dalam pada itu, pengikut Ashutosh berkata, pemimpin mereka berterima kasih selepas menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan juga kunjungan peribadi.
Isteri dan anaknya, Dilip Jha, 40, baru-baru ini memfailkan tuntutan di mahkamah bagi menuntut mayat lelaki itu untuk dibakar.
Mereka juga menggesa polis menyiasat kematiannya.
Sebelum ini, pengikutnya didakwa menyimpan mayat guru mereka di dalam peti beku yang dikawal supaya mereka boleh menuntut harta kekayaannya.
Tuntutan itu dibuat selepas seorang lelaki yang mendakwa bekas pemandu Ashutosh memfailkan kes di mahkamah kerana membantah tindakan meletakkan mayat lelaki itu dalam peti beku.
Jurucakap pengikutnya, Misi, Swami Vishalanand berkata dalam sejarah, ramai pemimpin kerohanian mampu bertahan selama beberapa bulan bermeditasi di Himalaya yang dikatakan mempunyai suhu seperti dalam peti beku.
“Dia masih menghantar mesej menerusi pengikutnya melalui meditasi, meminta mereka menjaganya sehingga dia kembali,” kata Vishalanand.- Agensi
Global

Xinjiang: Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.
Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua.
Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.
“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.” - Agensi
Global

Putrajaya: Dua remaja, masing-masing calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara empat suspek dikenali sebagai Geng Asroy yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sembilan kes pecah rumah di sekitar Putrajaya di sini sejak Mac tahun lalu.Remaja berusia 15 dan 17 tahun itu serta dua lagi rakannya masing-masing berusia 20 dan 21 tahun menjadikan kawasan perumahan di sini sebagai sasaran jenayah diberkas dalam dua serbuan pada 20 dan 21 Mei lalu.
Tiga daripada suspek terbabit ditahan di kediaman masing-masing di Putrajaya manakala seorang suspek ditahan di Kampar, Perak.
Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian pecah rumah di daerah berkenaan membabitkan kerugian RM55,000.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, kumpulan ini bergiat aktif memecah masuk rumah penduduk sejak Mac tahun lalu. HM
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)





Recent Comments