Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Ramallah: Seorang pesakit mental membakar ibunya yang sudah tua hingga mati di kampung Qusra, berhampiran Nablus.
Sumber di kampung itu berkata, Jameelah Abdul Rahman Abu Reeda, 70, disahkan meninggal dunia di Hospital Rafidyah. 
Wanita tua itu dilapor melecur teruk di beberapa anggota tubuhnya. 


Sumber memberitahu wartawan, sebaik mendengar jeritan mangsa, jirannya bergegas untuk menolong.

Malangnya, semua pintu berkunci dan mereka terpaksa memecah masuk untuk membantu mangsa yang dikunci di biliknya.

Saksi berkata, anak mangsa Ahmad Mahmoud Salamah, 40, menuang minyak tanah ke atas mangsa dan membakarnya. 


Kedua-duanya hidup bersendirian di rumah itu. 

Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan mati ketika tiba di sana. 

Kata-kata terakhir yang sempat didengar oleh jiran daripada Jameelah ialah ‘Jaga Ahmad.’ 

Menurut sumber, Ahmad dibawa ke hospital sakit jiwa di Baitullaham tetapi berkata, dia sepatutnya sudah lama dibawa dan ditahan di situ. 

Beberapa jiran berkata, mereka sudah biasa mendengar tangisan dan jeritan dari rumah Ahmad. - Agensi



Tokyo: Polis semalam melancarkan siasatan kes mayat seorang jururawat yang dikirim melalui pos ke Jepun dalam bungkusan yang didakwa mengandungi ‘anak patung.’
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Rika Okada ditemui di tempat simpanan barang di bandar raya ini. 
Menurut laporan, penyiasat menjumpai kotak berukuran dua meter yang dikirim dari Osaka, bandar di selatan negara itu. 

Perkhidmatan penghantaran yang membawa kotak yang ditanda dengan tulisan Jepun bermakna ‘anak patung” - 400 kilometer ke Tokyo telah dibayar atas nama mangsa.

Selain itu, sewa sementara bagi tempat simpanan turut dibayar menggunakan kad kredit Rika.
Mayat wanita berusia 29 tahun itu yang hilang sejak Mac lalu, mempunyai puluhan kesan tikaman, lapor media tempatan. 

Ia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang tanda mempertahankan diri pada lengan dan tangannya. 

Polis di Osaka enggan mengesahkan maklumat itu, tetapi laporan mengatakan seorang wanita yang belajar bersama Rika di sekolah rendah keluar meninggalkan Tokyo awal bulan ini dengan menggunakan pasport si mati. 

Rakan sekelasnya yang tidak diketahui identitinya dipercayai tinggal tidak jauh dari tempat penyimpanan barang berkenaan bersama dengan seorang lagi wanita warga China yang seusia dengannya. 

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Haneda dengan pesawat yang sama menuju ke Shanghai. 

Sejurus sebelum hilang, mangsa dikatakan menulis di dalam akaun Facebooknya mengatakan dia akan melawat seorang kawan lama yang sudah lama tidak ditemuinya.- AFP

Canberra: Lelongan secebis kertas dengan perkataan ‘The’ saja di eBay Australia menarik sekurang-kurang 44 bidaan hingga mencecah $9,320 (RM30,000).
Menurut ebay, lelongan bermula pada 22 Mei dengan harga serendah $0.99 (RM3.20).
Pada awalnya pembida meletakkan harga sebanyak beberapa dollar, tetapi keadaan bertukar menjadi ‘hangat.’

Tiga hari selepas lelongan bermula, tawaran mula mencecah sehingga ribuan dolar. - Agensi

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan menerima 12 jahitan di kepala, manakala empat lagi rakannya cedera, selepas dibelasah enam lelaki warga tempatan di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa Kashifi Iqbali, 32, sedang bertugas di pasar raya itu sebelum didatangi suspek bersama dua lagi wanita dalam lingkungan 35 dan 40-an dikesan dalam keadaan mencurigakan menyebabkan pengawal berkenaan mengekori mereka.
Pengurus Operasi pasar raya terbabit Wong Yun Satt, 37, berkata, sebelum kejadian itu suspek membawa beberapa bungkusan makanan kering yang dicuri, namun disedari Kashifi yang menahan mereka.

Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan pengawal keselamatan itu menyebabkan seorang suspek melibas pengawal keselamatan berkenaan menggunakan tali pinggang di kepala.
“Beberapa pengawal keselamatan lain cuba untuk membantu rakan mereka, namun suspek sekali lagi bertindak liar membelasah mereka menyebabkan seorang pengawal keselamatan Mohamed Shah, 35, mengalami keretakan tulang di bahagian tangan.
“Dua pengawal keselamatan lain yang cedera di bahagian kaki selepas dibelasah adalah Roshan Khatri, 24, dan Aneeb Mustitiq, 25 manakala seorang lagi mangsa Faisal, 24 mengalami kecederaan di tangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Batu Pahat: Perkenalan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya doktor, menyebabkan seorang lelaki yang juga pengurus syarikat swasta di sini, kerugian lebih RM70,000.
Lebih malang, apabila wanita terbabit sebenarnya tidak wujud dan mangsa yang berusia 33 tahun, langsung tidak pernah berjumpa dengan wanita berkenaan.
Difahamkan mangsa memindahkan wang simpanannya RM75,470 melalui 25 transaksi sejak 3 April 2011 kononnya sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang belum berkahwin itu mengenali wanita terbabit menerusi SMS dan mula menjalinkan hubungan mereka sehingga bersetuju hidup bersama.
Menurutnya, mangsa yang mula jatuh cinta dengan wanita terbabit nekad berkahwin. walaupun hakikatnya mereka tidak pernah bertemu.
“Mangsa pernah bercakap dengan wanita itu melalui telefon tetapi lebih kerap berkomunikasi melalui SMS malah mangsa mendakwa hubungan mereka sangat rapat biarpun tidak pernah berjumpa.

“Namun, selepas memindahkan sejumlah besar wang sehingga 23 Mei 2012, mangsa mula mengesyaki sesuatu dan melakukan siasatan dengan menghubungi hospital di Pantai Timur tempat wanita itu bertugas sebelum mengetahui wanita itu tidak wujud.
“Semua transaksi mangsa dipindahkan ke dalam akaun milik seorang lelaki berusia 35 tahun yang mendakwa dirinya abang angkat wanita terbabit,” katanya.

Hanya kerana lakonannya dalam drama bersiri Love You Mr Arrogrant, Zara Zya sekali lagi menang besar apabila memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Sabtu lalu.
Pemilik nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini sekali gus mengetepikan pencabar terdekatnya iaitu Atikah Suhaime, Chacha Maembong, Elfaeza Ulhaq dan Hanis Zalikha.
Bahkan, gandingan mantapnya bersama Azlee Khairi dalam drama adaptasi novel popular itu turut melayakkan mereka dipilih sebagai pemenang kategori Gandingan Serasi di Layar.

Langsung tidak menyangka akan memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular, pelakon berusia 29 tahun itu terkejut sebaik mendengar namanya dipanggil ke pentas untuk menerima trofi.

“Selepas mendapat tahu nama saya tersenarai sebagai finalis ABPBH, saya bersyukur namun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar calon lain dalam kategori artis baru semuanya hebat.

Sungkai: Waris suami isteri, Jeffri Mohd Zin dan Norsalawati Ibrahim yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu, terkilan dengan segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa keluarganya untuk mengaut keuntungan di laman sosial sejak dua hari lalu.
Adik Allahyarham Jeffri, Zainah Mohd Zain, 44, yang ditemui di kediaman mereka di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, di sini, semalam, mendakwa segelintir menyediakan saluran bantuan dan memberi nombor akaun palsu di laman sosial termasuk Facebook. 
“Pendapatan yang mereka peroleh itu adalah harta anak yatim.

“Saya juga turut terkilan dengan tohmahan yang dilemparkan segelintir pengguna laman sosial mendakwa kami sekeluarga meraih simpati masyarakat untuk mendapatkan keuntungan sedangkan bantuan yang kami terima tidak dipinta. Semua itu perbelanjaan dan keperluan lima anak arwah,” katanya.

Menurutnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sumbangan. Begitupun dia berharap orang ramai tidak terpedaya dengan khidmat saluran bantuan yang dipaparkan di laman sosial.

Pekan: Tujuh bulan tidur tanpa menutup mata. Itulah penderitaan yang dialami seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muhammad Niyaz Furqan Mohd Fazrul Razduan yang disahkan menghidap penyakit Sindrom Crouzon yang jarang ditemui di negara ini.
Malah, lebih menyayat hati apabila muka dan tengkorak Muhammad Niyaz Furqan membengkak, manakala matanya seakan tersembul. 
Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, dari Taman Sri Maulana, di sini, berkata, pada peringkat awal, doktor tidak mengesan sebarang masalah pada bayi yang dikandung isterinya, Norzati Iwani Ab Razak, 29, sehingga anak sulungnya itu dilahirkan. 

“Dugaan yang kami tempuh ini amat berat. Selepas penantian hampir dua tahun untuk menimang cahaya mata berakhir, dugaan lain datang apabila dianugerahkan anak istimewa.

“Doktor turut memaklumkan salur pernafasan di lubang hidung sebelah kanan anak saya terlalu kecil, selain ada air dalam kepalanya,” katanya.

Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama.
Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham.
Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain.
Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah.
Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat.
Kata adik ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik.
Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa…

Bukan main lagi seorang pelakon dan pengacara lelaki ini di tempat orang. Di Malaysia punyalah dia menjaga nama baik di sebalik imej islamik, tapi nampaknya dia menggunakan peluang berada di luar negara untuk menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar.
Sebentar tadi kami menerima email daripada sumber-sumber terapat mendakwa seorang selebriti yang pernah mengacara sebuah rancangan suatu ketika dahulu dikhabarkan ligat mengunjungi beberapa kelab malam di London dan ada antaranya untuk golongan LGBT.
Sumber-sumber mengatakan, pelakon tersebut tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh seorang pelajar Malaysia di sana yang juga seorang lelaki.

Antara salinan perbualan si pelakon dan pelajar itu di WhatsApp
Difahamkan, pelajar lelaki terbabit terserempak dengan pelakon ini di London pada bulan November tahun lepas sewaktu pelakon tersebut sedang menikmati makan malam.
Selepas bertegur sapa, si pelakon mempelawa pelajar berkenaan menemaninya bersiar-siar sepanjang berada di sana dan seterusnya terbawa hingga ke bilik pula.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan saling berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp apabila pelakon tersebut pulang ke Malaysia dan antaranya berbaur lucah.
Tambah sumber lagi, pelakon tersebut turut mengirim sekeping gambar alat sulit untuk tatapan pelajar tersebut.
Walaupun seksualiti pelakon itu pernah diragui suatu ketika dulu, namun selebriti ini bijak mengaburi pandangan peminat dengan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berubah ke arah kebaikan. – Ohbulan.com



WASHINGTON – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan telinganya yang putus selepas diserang seekor anjing, dengan bantuan lintah.
Pakar bedah berjaya menyambung semula telinga yang putus itu menggunakan lintah, yang bertindak menghisap darah ketika proses penyambungan dilakukan.

Dia dirawat oleh Dr Stephen Sullivan, yang menggunakan kaedah berkenaan selepas beliau gagal mencari arteri halus di telinga yang bertindak untuk memberikan oksigen kepada darah, sekali gus memastikan telinga itu `hidup’.

Selepas dua minggu , lintah itu telah digunakan dan ia melekat di telinganya .
Remaja itu kini telah pulih sepenuhnya dan kejadian itu hanya meninggalkan parut yang kecil di telinganya.
Pendengarannya juga tidak terjejas dan dia perlu menjalani rawatan selama dua minggu di hospital itu.

“Penggunaan lintah itu adalah sementara, ketika badan bertindak balas dengan arteri baru.
“Alam semula jadi memang berkesan sejak lama dulu dan tiada kaedah lain yang dicipta oleh saintis, jurutera atau doktor yang boleh mengatasi kejadian semula jadi ini,’’ kata Dr. Sullivan yang mengakui ada pesakit yang terkejut dengan rawatan menggunakan lintah ini.


MIRI: Seorang ibu dan bayi perempuannya berusia lapan bulan rentung apabila kereta dipandu wanita itu terbakar selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Bakam di sini awal pagi ini. 

Akibat pertembungan itu, Proton Saga dipandu Rohnalee Labo, 28, meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan bayi perempuannya Adira A-Amir gagal menyelamatkan diri dan rentung di tempat kejadian. 



Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira 6.30 pagi. 



- BERNAMA