Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SELEPAS melahirkan anak pertama, ramai peminat pelakon dan penyanyi popular, Liyana Jasmay tertunggu-tunggu untuk melihat wajah anaknya.
Puteri pertama beliau yang beri nama Sofia Arissa dan dilahirkan Pusat Perubatan Prince Court, kelihatan sungguh comel sekali.
Dalam mengambil keberkatan hari ketujuh kelahiran anak perempuannya itu, Liyana telah mengumumkan nama anak sulungnya di laman Instagram, sebentar tadi.
Peminat Liyana pasti teruja apabila pelakon itu sudah mula berkongsi gambar anaknya buat pertama kali menerusi laman Instagram peribadinya.
Cuma gambar hanya satu foto anak pertama beliau yang dimuat naik setakat ini, semestinya peminat menunggu lebih banyak lagi gambar anak pertamanya.
Hiburan

Gempar ! kejadian ini dipercayai berlaku tengah hari tadi di Sungai burung Jalan tawau-kunak. Punca kejadian tidak dikenalpasti dan dalam siasatan pihak berkuasa. Adakah ia sama seperti yang berlaku baru-baru ini di Karamunsing Kota Kinabalu dimana seorang lelaki telah dirompak dan dibogelkan tepi jalan atau disebaliknya.
Atas sebab keselamatan beliau, admin sensor bahagian muka dan bahagian-bahagian tertentu


Gambar diperoleh : KCLYO
Isu Panas

TOKYO– Mungkin ini adalah makhluk paling menakutkan di lautan? Ikan yu bermulut besar ini yang jarang ditemui ‘megamouth’ dan digelar makhluk asing ini ditemui di dasar laut pada kedalaman 800 meter.
Proses autopsi ke atasnya dijalankan secara terbuka di hadapan 1,500 orang oleh sepasukan pakar dari Muzium Sains Marin.
Ia merupakan kali ke-13 megamouth ini ditangkap di Jepun manakala di dunia, ia adalah yang ke-58.
Tangkapan ini merupakan peluang kepada saintis untuk memahami dengan lebih mendalam biologi megamouth , yang selama ini tidak banyak diketahui mengenainya.
Namun di sebalik misterinya, dipercayai ikan ini menghabiskan masa dengan berenang di dasar laut dan hanya naik ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan.
Ia mula ditangkap di Hawai pada kedalaman 165 meter selepas giginya terperangkap dalam sauh sebuah kapal penyelidik.
Yu ini pernah ditemui terdampar di pantai Australia Barat pada Ogos 1988,
Pelbagai

Ketika hubungan cinta mereka kini bukan lagi rahsia, persoalan bila Zizan Razak dan Emma Maembong akan ke gerbang perkahwinan pula semestinya dinanti-nanti ramai. Hal itu menjadi lumrah terutama dalam kehidupan mereka yang bergelar selebriti.
Malah, saat ini sudah mula timbul spekulasi mengenai tarikh pasangan berkenaan bakal diijabkabul. Januari depan antara yang dikatakan menjadi pilihan kedua-duanya untuk bergelar raja sehari. BH
Hiburan

Wahai manusia bernama Saiful Fahmi Panglima Alang. Tak usahlah nak berdengki sesama manusia. Kalau anti sangat dengan orang sarawak, tak perlulah sampai kata orang sarawak sial, muka macam anjing macam kucing. admin tengok, muka kamu serupa beruk. Siap bagi 'PEACE YOW'. Semangat sungguh anda berkata-kata sampai nak bawa sarawak berperang dengan semenanjung. WOW ! u datang sarawak, baru u tau keadaan sebenar, bukan main cakap tunjuk lagak.
its too late for u untuk padam akaun facebook.

Bukan main sedap lagi mulut berkata orang sarawak boleh beli dengan duit. Nampak sangat u pernah buat macam tuh. Sedar-sedar lah sikit abang oi, nak famous? mari admin tolong bagi famous skit.
Isu Panas

Hasrat seorang lelaki warga Bangladesh pulang ke kampung halaman untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila ditemui mati dalam runtuhan tanah di sebuah gudang perabot di Jalan Kampung Baru Subang, di sini, semalam.
Ketika kejadian jam 10.43 pagi, mangsa dikenali sebagai Abul Kassim, 43, dikatakan berada di dalam tandas sebelum dihempap konkrit dan tertimbus di dalam runtuhan.
Seorang pekerja Shierly Liew, 34, berkata, kejadian itu berlaku selepas diaa terdengar bunyi kuat dari arah belakang gudang.
“Saya terdengar bunyi kuat dari arah belakang sebelum nampak perabot bergerak ke arah saya.
Saya cuba lari menyelamatkan diri, namun kaki kiri saya tercucuk kayu perabot yang patah.
“Saya menjerit meminta tolong dan ketika itu saya nampak seorang lagi rakan tertimbus separuh badan,” katanya.
Menurut Shierly, dia dan rakan berjaya diselamatkan dengan bantuan rakan lain, namun seorang lagi rakan mereka yang berada di dalam tandas terperangkap dan gagal diselamatkan.
Shierly berkata, ketika kejadian ada 12 pekerja di dalam gudang yang baru dibuka jam 10 pagi untuk mengadakan promosi.
“Hari ini (semalam) kami buka awal sejam kerana hujung minggu kebiasaannya ramai pelanggan,” katanya yang tujuh tahun bekerja di gudang berkenaan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui jam 2.35 petang dalam keadaan terlentang.
Beliau berkata, runtuhan berlaku susulan kerja pembinaan sebuah kilang di atas bukit setinggi 50 meter di belakang gudang yang mempunyai keluasan 30x10 meter persegi berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.43 pagi dan tiga jentera membabitkan 21 anggota dan pegawai diarah ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, soal siasat terhadap pemilik gudang itu mendapati ia kejadian pertama sejak operasi pembinaan kilang di atas bukit itu dijalankan.
“Sebelum ini tiada runtuhan tanah berlaku, tetapi bukit itu menjadi laluan air yang akan memenuhi kawasan gudang.
“Kita percaya hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan tanah mendap dan berlaku runtuhan secara perlahan-lahan,” katanya.
Isu Semasa

Dua lelaki, termasuk seorang warga emas, ditahan di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Permyjaya, di sini, semalam, selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Khamis lalu.
Kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 78 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang oleh bapa mangsa bersama beberapa rakan sekerjanya selepas kanak-kanak itu memaklumkan kejadian kepada ibunya pada pagi hari sama.
Bagaimanapun, seorang lagi lelaki sempat melarikan diri sebaik menyedari dua rakannya ditahan dan usaha menjejakinya dilakukan bagi membantu siasatan kes.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah pekerja berkenaan sebelum seorang daripada lelaki itu memanggil dan meminta mangsa masuk ke dalam rumah.
Katanya, ketika berada di dalam rumah itu, mangsa dipercayai dicabul.
Semua lelaki terbabit rakan sekerja bapa mangsa di tapak pembinaan berkenaan.
“Mangsa hanya menceritakan perbuatan semua lelaki itu kepada ibunya kelmarin.
“Terkejut dengan pendedahan itu, ibu mangsa berusia 40-an kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.
Bapa mangsa yang mengetahui kejadian menimpa anaknya menahan kedua-dua lelaki itu yang juga rakan sekerjanya sebelum menyerahkan mereka kepada polis.
“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa, sebaliknya tidak menolak kemungkinan mangsa dicabul tiga lelaki berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya, kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Isu Semasa

Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu.
"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee.
"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.
Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.
Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Isu Semasa
Jika sebelum ini, trend bergambar selfie menjadi kegilaan di kalangan pengikut laman Instagram, terbaharu trend terbaharu pula dikesan apabila gambar dengan hashtag After Sex Selfie pula semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar media sosial.
Menurut sumber, terdapat sebuah laman Facebook yang mempromosikan After Sex Selfie di mana mengumpulkan pelbagai gambar serta aksi menarik pasangan dari serata duina yang mengabadikan memori bersama selepas mengadakan hubungan seks.
Adakah budaya serta trend ini akan menular di kalangan masyarakat kita?
Sebelum ini pun, gambar mesra pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil dan Rozita Che Wan serta suami, Zain Saidin teruk dikritik peminat gara-gara ‘aksi’ terlampau mesra yang dikongsikan di laman Instagram, baru-baru ini.
Mungkin perkara sebegini tidak menjadi isu kerana mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah namun seperti mana yang diketahui adalah tidak manis untuk berbuat demikian.
Namun terpulang pada penilaian masing-masing, ada yang terbuka, ada juga yang tidak berapa sukakan pasangan yang terlalu menunjukkan ‘public displays of affection’ (PDA).
Pelbagai
![]() |
| Dalam foto yang diambil Reece Sava (14) ini terlihat bayangan terbang di atas seorang peniru Michael Jackson. Remaja itu menganggap bayangan tersebut sangat mirip wajah mendiang si Raja Pop. |
Reece Savva ( 14 ) mengambil tiga foto dalam sebuah acara mengenang Michael Jackson di Churchill Theatre semasa sedang beratur untuk mendapatkan tanda tangan sang peniru Jacko .
Saat tiba di rumah , Reece kemudian memeriksa foto - foto yang diambilnya , dan dia baru menyedari di salah satu foto ada semacam bayangan melayang di atas kepala sang peniru .
Dalam foto itu , sang " hantu " tampak melayang di atas sang peniru dan seolah menatap apa yang sedang dikerjakannya .
" Foto ini sangat menakutkan . Tak ada apa pun di sana saat saya sedang beratur , " kata Reece .
" Nampaknya bayangan ini muncul begitu saja , sekadar ingin melihat apa yang sedang berlaku dan kemudian menghilang . Saya sebelumnya tak percaya hantu , tetapi saat ini saya percaya , " ujar Reece .
Ibu Reece , Angela ( 54 ) , mengatakan , gambar bayangan itu sangat jelas . Dia juga memastikan bahawa tidak ada penipuan apa pun untuk memunculkan bayangan tersebut .
" Jika anda lihat bayangan itu , memang membentuk wajah yang mirip Michael Jackson . Hakikatnya , acara itu memang diadakan untuk mengenang Michael Jackson , dan itulah yang membuat foto ini semakin menyeramkan , " ujar Angela .
" Saya rasa , kalau memang dia ( Michael Jackson ) bangun dari kematiannya , dia mungkin tidak akan membuang masa untuk memberi perhatian kepada seorang peniru , " tambah Angela .
Sumber: kompas.com
Pelbagai

SEORANG warga Singapura meluahkan rasa tidak puas hatinya berkenaan seorang pembantu rumah warga asing yang mengabaikan tugasnya menerusi portal The Real Singapore.
Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Jane, kejadian itu disaksikannya di Block 122 Geylang East Central pada Khamis lalu.
Pembantu rumah tersebut dilihat begitu asyik bermesraan dengan kekasih warga Bangladeshnya dan mengabaikan wanita tua yang sepatutnya dijaga lebih dari sejam.
Wanita tua yang berkerusi roda itu sengaja dihadapkan ke arah bertentangan agar tidak melihat perlakuan tidak senonohnya itu.
Jane juga memberitahu, itu bukan kali pertama pembantu rumah itu berbuat demikian.
Malah, dia pernah meninggalkan wanita tua itu di balkoni seorang diri untuk ke pusat membeli-belah berdekatan dengan kekasihnya itu sewaktu ketiadaan majikannya.
Justeru, dia berharap agar pendedahan itu akan membuatkan lebih ramai majikan memantau perlakuan pembantu rumah mereka di masa akan datang
Pelbagai
BERCERITA hal ke luar negara, bila-bila pun pasti akan menghangatkan perbualan. Bagi orang perempuan, hangatnya adalah berkait dengan kegilaan semula jadi mereka – membeli-belah. Bagi lelaki, lain pula kesukaannya.
Orang lelaki paling gemar bercerita hal wanita apabila menyentuh topik kunjungan ke luar negara. Tak kira siapa. Seorang kawan saya yang selalu ke masjid, pun sangat suka bercerita topik ini. Tetapi ceritanya tidaklah macam geng hidung belang.
Tersangat geli hati saya apabila mendengar dia bercerita hal wanita pelayan rumah makan di Indonesia yang katanya, jari mereka runcing-runcing belaka.
Sambil itu, dia turut menggayakan cara mereka menyenduk makanan yang menurutnya, tersangatlah indah dipandang! “Yang datang ke sini, jangan kira. Itu dari pulau-pulau. Nak tengok rupa sebenar perempuan Indonesia, jom pergi sana. Kita pergi Bandung, Jakarta atau Surabaya. Yang berselisih di jalan saja pun, kalau kat sini dah boleh jadi film star,” katanya.
Seorang lagi kawan, lain pula ceritanya. Tatkala kawan yang tadi bersungguh-sungguh bercerita hal kecantikan wanita seberang, dia pula galak menempelak. “Ah! Mana adalah… yang aku nampak semua gemuk-gemuk je. Tak cantik langsung. Bedaah la haji ni,” katanya. Kami yang mengelilingi meja warung tengah malam itu terbahak-bahak ketawa. Seorang kata cantik, yang seorang lagi kata tidak.
Memang, kedua-duanya dari kelompok yang suka melancong ke luar negara dalam pakej eksklusif untuk lelaki sahaja. Jadi, tidak boleh mudah buat kesimpulan bahawa rakan yang mengatakan wanita Indonesia gemuk-gemuk belaka itu jujur dalam kenyataannya. Itu mungkin hanya ayat pelindung!
Akhirnya setelah puas mereka bertekak, baharulah rakan ini mengatakan, dia mungkin sudah kena ‘mandrem’ dengan isterinya. “Aku teringat, setiap kali aku nak ke sana, bini aku selalu kata, mata tu jaga ye bang!” “Ayat tu dia tak pernah tinggal.
Mungkin juga dia ada ‘mandrem’ semua perempuan yang aku tengok di sana, aku nampak gemuk-gemuk belaka,” katanya langsung mengundang ketawa kami jadi lebih kuat tengah malam itu.
Sekarang memang ramai orang kita yang berulang alik ke negara jiran, naik kapal terbang sudah macam keluar ke pekan. Penerbangan ke beberapa bandar di Indonesia dari KL sudah ada seawal jam 6 pagi. Pukul 8 sudah boleh sarapan di sana. Selesai urusan, petang sudah ada di KL semula. Bukan Indonesia sahaja, ke Vietnam, pun sama.
Sebab itu, antara urusan yang masyhur bagi lelaki di negara jiran ini selain wanitanya, adalah untuk tempah sut yang harganya berkali ganda lebih murah dari di negara kita. RM300 sudah boleh dapat sepasang sut yang tempahannya boleh siap dalam masa sehari.
Ada juga tukang jahit di sana yang simpan rekod ukuran kita untuk ditempah lagi pada bila-bila masa tanpa perlu ke sana. Dengan hanya merujuk rekod yang ada, tempahan disiapkan dan dihantar terus kepada kita melalui pos. Demikianlah cara mereka berniaga yang sekali gus membuatkan saya berasa hairan, mengapalah di negara kita sepasang sut teramat mahal harganya? Paling murah pun RM1,600.
Bercerita hal Indonesia, teringat cerita seorang ustaz perihal geng masjid di negara kita yang buat lawatan ke negara jiran itu. Ketika mereka sedang berehat di hotel, datang seorang lelaki bertanya: “Pak, apa bapak mau masjid?”
Mereka langsung mengiakan ajakan itu. Elok jugalah, boleh buat solat sunat tahiyat masjid dan tengok orang setempat berjemaah. Lalu lelaki itu minta mereka tunggu di kamar kerana katanya, nanti akan ada orang datang ajak mereka ke masjid. Tidak berapa lama menunggu, pintu bilik mereka diketuk. Sebaik dibuka, alangkah terkejut mereka masing-masing kerana yang mengetuk adalah wanita yang hampir tidak berpakaian. Sedikit sangat tutupnya.
Wanita itu pula pantas menarik tangan mereka masuk ke bilik, lalu menutup pintu. Kecohlah jadinya apabila wanita itu dihalau keluar!
Mereka pun mengadu kepada si penjaga. Apabila lelaki itu datang, dia bertanya: “Bapak-bapak, kenapa jadi ribut ya? Tadi bapak sendiri bilang mau masjid!”
“Tak ribut apanya, tadi awak ajak kami ke masjid. Tahu-tahu, mereka ni yang datang, masjid apa ke jadahnya?” kata ahli geng masjid itu. “Ya pak, emangnya masjit ya pak, massage sama pijit (picit), masjit. Saya nggak ngajakin bapak ke masjid tempatnya solat itu ya pak!”
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)











Recent Comments