Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEORANG wanita yang berumur 29 tahun ditemui mati didalam bilik tidurnya semalam. Mengikut penduduk setempat, wanita itu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki tua berumur 70 tahun, sehari sebelum dia meninggal dunia (kelmarin).

Menurut suaminyanya, arwah si mati tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil yang mencurigakan sewaktu mereka mula masuk ke bilik tidur pada malam pertama dan menikmati malam pertama itu sebagaimana pasangan-pasangan lain. Dia berkata dia hanya menyedari kematian isterinya itu pada keesokan harinya (pada hari kedua perkawinannya bersama wanita itu) setelah isterinya tidak bangkit dari tidur sehingga ke tengahari.
Suaminya yang menyangka isterinya keletihan mula mengesyaki sesuatu apabila tubuh isterinya hanya kaku tidak bergerak apabila dia cuba mengejutkannya. ‘Saya cepat-cepat panggil jiran dan ketua kampung’, kata suami si mangsa itu lagi.
Menurut Doktor Arman dari Hospital Putra Jaya, yang melakukan bedah siasat sewaktu dihubungi semalam, berdasarkan kepada siasatan awal beliau mengatakan bahawa mangsa dikhuatiri telah terminum sesuatu yang beracun atau sesuatu yang telah tamat tempoh dan siasatan pihak polis pula telah mengesahkan yang simati telah terminum air mani yang telah luput tempohnya.

TIADA yang lebih menyakitkan daripada melihat langsung peristiwa buruk yang menimpa orang yang dicintai. Itulah yang berlaku kepada Meng ChianChao, 27, seorang lelaki berasal daripada Beijing, China, yang tidak sengaja menyaksikan bekas kekasihnya diperkosa dan dibunuh melalui webcam.
Seperti yang dilaporkan Sun News, Meng XianChao menjadi saksi penting di Toronto, Kanada pada 28 Mac lalu di atas kes pembunuhan bekas kekasihnya, Liu Qian (23) pada 15 April 2011 yang lalu.
Semua bermula ketika Liu Qian, yang tinggal di Toronto untuk melanjutkan pelajarannya, meminta Meng menemaninya belajar melalui video chatting Skype. Kedua-duanya memutuskan untuk putuskan hubungan percintaan setelah Liu pindah ke Toronto. Meskipun demikian, keduanya tetap berkawan baik.
Xian Chao Meng, atas kanan, telah berbual dengan Qian ‘Necole’ Liu, kiri, melalui Skype ketika beliau diserang. Brian Dickson,bawah kanan, telah didakwa atas tuduhan membunuh.
Ketika asyik berchatting, tiba-tiba terdengar suara ketukan di pintu bilik Liu. Gadis itu pun berjalan ke arah pintu dan membukanya. Seorang lelaki muncul di sebalik pintu dan meluru masuk. Liu sempat menahan pintu agar lelaki itu tidak masuk, namun Liu tidak memampu menandingi kekuatan lelaki berkenaan. Lelaki itu akhirnya berjaya masuk.
Teriakan “tidak” adalah yang terakhir didengar Meng dari Liu. Sesudah itu, tak seorangpun terlihat di layar Skype dan tak ada suara lagi dari Liu.
Kemudian, seorang lelaki separuh bogel muncul di layar Skype. Lelaki itu menutup pintu bilik apartemen, memadamkan lampu dan mematikan komputer Liu. Meng menyaksikan semua kejadian tersebut dari Beijing tanpa boleh berbuat apa-apa.
Liu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa tidak berapa lama setelah kejadian tersebut. Seorang lelaki bernama Brian Dickson (32) telah ditangkap dan didakwa dengan pembunuhan tahap satu dalam kes ini.

PETALING JAYA – Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan percubaan untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu dia berbikini adalah satu perbuatan politik yang garuk terutamanya ke atas seorang wanita sepertinya.
Dyana yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon DAP pada Sabtu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berasa kesal bagaimana orang boleh merendahkan diri mereka sehingga sebegitu sekali dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.
Berkata demikian melalui satu kenyataan media pada Jumaat, Dyana, 27, menegaskan foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.
“Sementara saya berpendapat yang aktres berkenaan adalah seorang yang sangat menarik, tetapi menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang kononnya gambar itu adalah saya benar-benar memperlihat betapa garuknya politik sesetengah orang khususnya ke atas wanita,” ujar ahli politik lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu.
Kata Dyana, sejak berita palsu itu disebarkan menerusi internet dia telah menerima beratus mesej yang mencaci dan menghinanya selepas nombor telefonnya diketahui ramai.
Tetapi disebalik kempen yang disebarkan itu dengan niat untuk memburuk-burukkannya, Dyana berkata yang dia berasa bersemangat dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang percaya kepada perjuangannya.
“Di sebalik mereka yang menghina, ramai juga yang menelefon dan memberi kata-kata semangat dan menyatakan kepercayaan kepada saya. Hakikatnya orang seperti mereka lah yang membuatkan saya percaya dan yakin dengan apa yang saya perjuangkan.
“Dan sebaliknya mereka yang menyerang saya juga telah memberikan saya sebab yang kuat untuk meneruskan apa yang telah saya lakukan ini,” katanya lagi.


KOTA KINABALU: Polis menafikan khabar angin kanak-kanak mangsa culik, Low Min You, 3, sejak 9 Mei lalu dalam keadaan selamat dan kini berada di Pangsapuri Bukit Padang, dekat sini.
Difahamkan, khabar angin itu dikatakan tersebar luas di laman sosial yang mengaitkan kononnya penculikan itu dirancang bapa mangsa bagi mendapatkan wang tebusan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya belum menerima laporan mengenai perkara itu dan mangsa masih belum ditemui.
“Beritahu saya di mana kanak-kanak itu bersembunyi? Di mana kondominium itu.
Setakat ini, saya belum menerima laporan mengenai penemuannya (mangsa).
“Saya berharap mangsa masih selamat dan polis memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat yang belum disahkan.
“Lebih baik laporkan kepada polis sekiranya mereka tahu lokasi kedudukan Min You,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengulas lanjut, Hamza berkata, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai rakan bapa mangsa, turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Lelaki ini ditahan pada Rabu lalu, iaitu hari sama ibu bapa mangsa diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Lelaki ini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sepanyol – Model Irina Shayk, yang juga teman wanita bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, telah dilabelkan sebagai `wanita tiada kelas’ .
Ia susulan imejnya dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kad tertulis Bring Back Our Girls, iaitu kempen yang dianjurkan bagi menyokong usaha pihak berkuasa menyelamatkan hampir 300 pelajar perempuan yang diculik pelampau di Nigeria.
Irina yang dikenali sebagai model yang banyak bergambar untuk baju renang itu memuat naik gambar dia memegang kertas bertulis Bring Back Our Girls dalam Facebook dan Instagram miliknya.
Tindakannya itu mendapat cacian ramai kerana dia disifatkan sebagai tidak ada perasaan dan tidak menghormati kempen berkenaan.
“Ini adalah sesuatu yang benar-bena hina, jahil dan menjelikkan. Berhenti memuaskan nafsu sendiri.
“Awak menggunakan penculikan pelajar miskin ini sebagai langkah mempromosikan diri sendiri. Ia amat memalukan.
“Apa kata awak gunakan wang hasil menjadi model selama ini dan dermakan kepada pertubuhan yang berusaha keras untuk membebaskan gadis-gadis ini.
“Wajah saja cantik, tapi tiada kelas,’’ itu antara cacian yang diterimanya dalam Facebook dan Instagram sebaik sahaja dia memuat naik gambar berkenaan.
Kempen Bring Back Our Girls ini dianjurkan dengan melibatkan selebriti seluruh dunia bagi menyokong usaha membebaskan hampir 300 pelajar itu yang diculik oleh kumpulan Boko Haram di Nigeria.
Usaha menyelamatkan pelajar berkenaan itu turut disertai pasukan tentera Amerika Syarikat, Britain dan China.

SEORANG guru di Singapura melahirkan kekecewaannya melihat gambar dua pelajar lelakinya berciuman dengan memakai pakaian seragam sekolah.
Luahan itu dinyatakannya menerusi surat kepada portal The Real Singapore.
“Saya rasa homoseksual bukanlah sesuatu yang boleh dipromosikan di sekolah.
“Ada sesetengah guru yang memberitahu pelajar bahawa tidak mengapa jika mereka mahu menjadi homoseksual dan mereka patut berbangga dengannya,”ujarnya.
Lebih memburukkan keadaan, pelajar ini juga ‘diberi motivasi’ supaya tidak takut untuk menunjukkan keintiman mereka dengan pasangan di khalayak ramai.
Guru tersebut turut menyatakan bahawa perbuatan tersebut menyalahi agama dan tidak dapat diterima terutamanya di sekolah.
Hmm..kalau di sekolah pun sudah berani berkelakuan begitu, apatah lagi kalau di luar?
Parah sungguh masyarakat dunia sekarang…

Samburu: Kadang-kadang siaran berita boleh membawa kepada berita yang lain. Di sebuah pusat peranginan di Kenya, seorang lelaki dibunuh rakannya gara-gara bertengkar mengenai siaran berita yang wajar ditonton dan berebut alat kawalan jauh televisyen.
Media semalam melaporkan, lelaki warga emas itu bertugas sebagai kurator di sebuah kem pelancong di daerah Samburu.
Dia terbunuh kerana dipukul pengawal keselamatan yang bertugas di kem sama.
Saksi berkata, kurator dan pengawal keselamatan itu bertengkar kerana tidak bersependapat dalam isu menonton berita yang disiarkan di televisyen pada jam 7 malam.
Gagal mengawal perasaan, kata saksi, pengawal keselamatan terbabit memukul kepala warga emas itu sebatang kayu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
“Mereka bertengkar ketika siaran berita itu baru bermula dan berebut memilih saluran yang digemari,” katanya.
Komandan Polis Daerah Samburu, Patrick Wambane berkata siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian lelaki berkenaan dan suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.

- Agensi
Kota Bharu: Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul mencuri tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya dikatakan menyerupai kalimah Allah SWT.


Ibunya, Maizatul Akma Mohamad Kholid, 28, dari Kampung Pasir Hor, di sini, berkata tidak menyedari cuping telinga anak sulungnya itu begitu, sehinggalah ditegur orang kampung yang datang melawat.
“Sebelum ini saya dan ibu bapa pelik kenapa bentuk telinga Siti Nurdini Dalili kelihatan lain dan kami menyangka itu satu jenis kecacatan.

“Seminggu kemudian selepas dibenarkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), ada penduduk kampung datang ke rumah untuk melawat anak dan menegur mengenai perkara itu.

“Malah, seorang ustaz yang berkunjung juga memberitahu anak saya bertuah kerana telinganya bertanda seperti kalimah Allah.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia kurniaan Allah SWT,” katanya.

Siti Nur Maizatul Akma berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang tidak elok, sebaliknya mahu Siti Nurdini Dalili menerima didikan Islam yang sempurna.

Kuala Lumpur: Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Kem Sungai Besi di sini, parah selepas mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama maktab berkenaan.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dilaporkan koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan kecederaan serius dialami. 
“Mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama berkenaan dan ketika itu terdapat seorang saksi yang melihat kejadian itu. 

“Saksi kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak warden asrama sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, pemeriksaan doktor mendapati mangsa disahkan mengalami pendarahan otak selain patah tulang belakang dan tulang pinggul.

“Susulan itu mangsa dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian itu.

Penduduk Yi’an yang mendengar bunyi letupan kuat pada awal pagi semalam tidak menyangka ia sebenarnya mungkin petanda kawasan itu ‘dilawati’ objek dari angkasa lepas.
Pegawai kerajaan tempatan semalam berkata, beberapa penduduk Mengchang mendakwa bunyi itu didengar kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan).
“Apabila mendongak, mereka melihat ada bebola api meluncur dan jatuh ke arah kebun sayur-sayuran,” katanya.

Selepas diselidiki, kata pegawai terbabit, penduduk menemui tiga objek aneh di tiga kawasan berasingan di situ.

Berdasarkan gambar dirakamkan penduduk, objek berkenaan berbentuk seperti bola besi yang sebahagiannya di ditutupi lapisan bergerigi.
“Dua lagi objek serupa dilihat jatuh dari langit ke arah daerah Baiquan yang bersebelahan,” katanya.
Media tempatan melaporkan, satu daripada objek misteri itu mempunyai diameter 70 sentimeter dan berat kira-kira 40 kilogram.
Kedua-dua kawasan itu sudah ditutup dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang ditahan kerana positif dadah cuba meraih simpati pihak berkuasa apabila memberi alasan terpaksa mengambil bahan terlarang itu untuk sentiasa ‘berjaga’ bagi menemani ibunya yang terlantar di hospital.
Namun, alasan lelaki berusia 48 tahun itu gagal meyakinkan pihak berkuasa menyebabkannya ditahan dalam Operasi Bersepadu Perdana di Jalan Sepanggar, dekat sini, malam kelmarin. 
Terdahulu, lelaki itu antara 11 pengguna jalan raya ditahan pihak berkuasa apabila didapati positif dadah jenis syabu selepas menjalani ujian air kencing. 

Dalam operasi jam 10 malam itu, suspek yang berasal dari Sarawak, mendakwa baru mengambil bahan terlarang itu sejak seminggu lalu kerana mahu menjaga ibunya di hospital.

“Saya terpaksa mengambil dadah untuk berjaga 24 jam menjaga ibu yang menghidap penyakit buah pinggang.
HM


JAKARTA- Model jelita Mariana Renata mengalami insiden bikini ketika tampil di Australian Fashion Week. Insiden itu kini menjadi topik perbincangan luas di alam maya.
Mariana mengenakan bikini berwarna biru berpadu kuning. Tak lupa ia juga memakai aksesoris kalung dan gelang berwarna sama.
Laman media OMFG telah memuat foto-foto Mariana ketika berada di atas pentas catwalk. Ketika itu, bikini yang dikenakannya seolah-olah tidak menutupi bahagian intim sepenuhnya.