Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Jasin: “Mangsa terkulai dengan dengusan nafas yang perlahan selepas kereta dipandu dirempuh lori lima tan sarat muatan tanah merah. Pada masa sama, darah pekat mengalir dari sebelah kanan kepalanya,” kata Mohd Hisham, 39, saksi kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Selandar - Kesang Pajak, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa Widad Mohd Ismail, 34, yang memandu Proton Iswara dikatakan dari arah pekan Selandar menuju ke Kesang Pajak sebelum terbabit kemalangan itu.

Difahamkan, pensyarah Kolej Komuniti Selandar itu yang memandu sendirian dipercayai membuat pusingan U setibanya di tempat kejadian sebelum dirempuh lori muatan tanah dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.

Kata Mohd Hisham, dia yang mengikuti orang ramai berlari ke arah mangsa sebaik kemalangan terus mengejutkan wanita itu, sementara menunggu bantuan penyelamat tiba.

“Mulanya saya sangka mangsa nazak, namun dia tersedar sebelum dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya, semalam. 

Kuala Lumpur: Seorang ‘doktor kaki lima’ yang giat menjalankan perniagaan menjual ubat kuat dan pil perangsang seks di beberapa lokasi sekitar ibu negara terkedu apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di hadapan sebuah hotel di Brickfields di sini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 40-an itu dikesan menjalankan perniagaan ubat kaki lima itu secara bergerak selain memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti restoran dan pusat beli-belah. 
Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, sebanyak 15 jenis pil perangsang seks dirampas disyaki diseludup dari China dan Indonesia. 

Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azarudin Aziz berkata, lelaki itu dikesan menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di Brickfields setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum berpindah ke lokasi lain. 

“Waktu malam, lelaki itu akan berniaga di Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni, malah dia juga mengaku sudah ada pelanggan tetap terdiri daripada kalangan lelaki tempatan dan warga asing,” katanya.
Noraslinda Asat,34, baru hendak duduk di atas mangkuk tandas sebelum tiba-tiba berasa ada sesuatu yang menyakitkan mematuk punggungnya.
Dia segera bangun lalu terlihat seekor ular sawa sepanjang 1.8 meter melingkar dalam mangkuk tandas dengan mulut menyeringai menampakkan taringnya yang tajam.

Dalam keadaan panik Noraslinda menyauk ular tersebut namun ia terlepas kerana licin sambil menjerit sekuat hati memanggil suaminya.
Sejurus selepas kejadian dia berasa lemah hingga terpaksa dikejarkan ke hospital lalu diberikan suntikan sebelum dibenarkan pulang.
Suami Noraslinda, Mohammad Fitri Kassin, 34, menyatakan ular tersebut sebesar lengannya.

Menggambarkan rupa ular tersebut, ia dikatakan jenis sawa dengan badan berbintik coklat gelap.
Dipercayai, anak Noraslinda yang berusia 4 tahun turut melihat ular tersebut ketika masuk ke dalam tandas 5 minit sebelum ibunya kerana dia ada berkata “Mama, your tail was moving” namun tidak difahami Noraslinda.
Petugas dari Animal Concerns Research and Education Society Singapura datang untuk menangkap ular tersebut namun tidak berjaya kerana ia sudah pun lesap.

SEBELUM ini buku yang abjad yang melabelkan huruf Z dengan #zakar pernah menjadi kontroversi. Namun pihak pengedar buku berkenaan telah menarik balik penjualan buku itu.
Kini, masalah berkaitan dengan buku kanak-kanak yang menerapkan unsur-unsur #gay pula timbul.

Buku cerita pendek kanak-kanak yang bertajuk Alfie’s Home itu menceritakan, ayah dan ibunya bercerai setahun yang lalu. Tidak lama selepas penceraian itu, ayahnya membawa seorang lelaki tinggal bersama mereka di rumah baru ayahnya.

Lelaki berkenaan tinggal sebilik dengan ayahnya. Mereka juga tidur bersama-sama.
Dari gambar ilustrasi buku berkenaan, ayah kanak-kanak terbabit kelihatan mesra lain macam dengan rakannya dan turut disertakan dengan caption gambar:
“Being #gay is just one more kind of love..”


Nampaknya, ada tangan-tangan hitam yang teringin sangat menerapkan budaya songsang di negara kita. Minta pihak KDN ambil tindakan segera sebelum terlambat.
Buat ibu bapa, sila pastikan anda periksa isi kandungan buku sebelum membeli sebarang buku untuk anak anda. – My Media Hub
BEBERAPA gambar operasi menyelamat seorang warga emas yang terjatuh ke dalam sebuah longkang besar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report, sebentar tadi.
Kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Setakat ini, tidak diketahui apakah tujuan sebenar warga emas tersebut berada di sekitar kawasan longkang tersebut.
Dia dikhabarkan mengalami kecederaan patah tulang peha dan sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.





Dublin – Nak berselfie pun biarlah kena pada tempatnya. Kan dah terima padah. Itu yang berlaku kepada seorang remaja, David McCarthy, 19, yang dihentam teruk di media sosial kerana bergambar selfie ketika pelumba basikal kebangsaan Jerman, Marcel Kittel terjatuh akibat kepenatan.
Ia berlaku ketika Kittel sedang berlumba di hadapan 50,000 orang di Dataran Merrion.
Kittel terjatuh akibat kepenatan di depan McCarthy dan aksi remaja itu bergambar selfie di depan Kittel yang keletihan, telah dirakamkan oleh jurugambar.
McCarthy kemudiannya memuat naik imejnya dalam instragram dengan kapsyen “Kittel rebah, sepatutnya saya menolongnya tapi saya telah bergambar selfie’.
Tidak lama selepas itu, kritikan dan kecaman dilemparkan kepadanya termasuk laman web pelumba basikal.
“Dalam masa lima minit orang ramai mengecam dan memanggil saya dengan pelbagai gelaran. Saya tidak berniat buruk,’’ kata remaja berkenaan.
Ketika itu, McCarthy berkata dia berada kita-kira 100 meter daripada garis penamat.
“Ketika itu terdapat ramai jurugambar dan saya berfikir dia (Kittel) tidak akan kisah kalau saya merakamkan gambar bersamanya,’’ katanya.
Setelah menerima kecaman, McCarthy kemudiannya memadamkan entri tersebut dan turut meminta maaf kepada pelumba basikal berkenaan.

DUA orang paderi wanita diserang di sebuah gereja di Seremban awal pagi tadi dan mereka dipukul dengan topi keledar sebelum turut disamun.
Paderi itu Juliana Lim, 68, dan Mary Rose, 80, difahamkan diserang oleh dua penyerang, menurut laporan laman web The Malaysian Insider (TMI).
Menurut seorang paderi yang engggan dikenali, Lim dalam keadaan koma dan kritikal manakala Mary-Rose dalam keadaan lemah tetapi sedar. Kedua-duanya dimasukkan ke wad di Hospital Seremban.
Paderi itu berkata Mary-Rose bercerita bahawa penyerang itu menyerang kedua-dua mereka dengan topi keleder dan kemudian meragut beg mereka yang mengandungi Bible, buku sembahyang, rosary dan wang tunai.
Pihak Polis hadir ke hospital hari ini untuk bertemu Mary-Rose dan merakamkan gambar kecederaan yang dialaminya dalam serangan itu.
Mereka sebelum itu tiba di Gereja Visitation di Jalan Yam Tuan pada pukul 6.15 pagi dengan sebuah kereta bersama dua lagi pader untuk upacara mass pada awal pagi.
Dua orang paderi tadi kemudiannya pergi untuk menjalankan upcara manakala Lim dan Mary-Rose pergi ke pintu masuk utama di mana mereka dipercayai telah diserang.
Beberapa ketika, kedua-dua paderi itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas tangga di pintu masuk utama gereja oleh penjaga gereja yang datang membuka pintu.
Menurut laporan TMI, dua mangsa itu hadir dari gereja Infant Jesus Order berpakaian biasa dan bukan berpakaian keagamaan.
Dua paderi berkenaan tinggal berdekatan kira-kira 10 minit jarak memandu dari gereja itu, kerap hadir untuk mass di awal pagi setiap hari.
Di hospital, beberapa orang paderi mengambil giliran menjaga rakan mereka yang masih menerima rawatan akibat serangan berkenaan.
Pengguna internet dan laman sosial mengutuk keras insiden berkenaan dan berasa curiga adakah serangan itu bermotifkan rompakan atau ia bermotifkan agama akibat beberapa isu melibatkan Kristian pada masa ini. 

LEPAS satu-satu insiden yang menimpa Malaysia Airlines ni (MAS).
Belum pun MH370  nampak perkembangannya, terbaru sebuah pesawatnya  dirempuh sebuah kereta Perodua Viva di lapangan terbang.
Ia dikongsi Facebook MalDef-Malaysian Defense.
Sehingga kini kami belum mendapat butiran terperinci mengenai kejadian itu.
Mungkin MAS boleh mengeluarkan kenyataan berhubung apa yang terjadi.
Walaupun ia mungkin kemalangan kecil, namun ia boleh dijadikan ‘bahan lawak’ kalau tidak ditangani dengan baik.
Cukup-cukuplah apa yang terjadi sebelum ini…tak sanggup tengok lebih banyak ‘insiden’ yang tak diingini menimpa syarikat penerbangan kebanggaan kita itu



ZAHEER atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.

Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.

Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).
Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900

Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.
Apa dah jadi dengan hidung mancung Nasha Aziz yang dulunya cantik dan menawan? Walaupun mewarisi hidung mancung dari ayahnya, namun daripada sekeping terkini gambar wajah Nasha yang diambil dari forum.cari.com.my, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena.





Kalau mengikut komen-komen dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, penulis kurang pasti kesahihan dakwaan mereka ini.
Sebelum ini Fouziah Gous pernah menjadi perhatian peminat gara-gara berkongsi foto romantik dengan suami, Md Zhafran ketika sedang melakukan latihan YOGA.


Perkongsian pelakon itu tidaklah begitu mengundang kontroversi memandangkan mereka sudah berkahwin dan mempunyai hubungan halal. Mungkin sebab baru berkahwin pada September tahun lalu maka pasangan ini sedang mengecapi kebahagian dalam hubungan suami isteri, tak gitu?



Baru-baru ini, seorang individu tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan gambar wajahnya dengan mengedit menjadi gambar seorang wanita seksi yang hanya memakai skirt paras peha dan dada. Penulis akui amat terkejut dan tidak percaya wanita dalam gambar itu ialah Fouziah kerana banyak kesilapan edit dibuat pada bahagian wajah.

Menerusi laman Instagram, Fouziah telah memuatnaik foto yang diedit itu untuk memberitahu kepada peminat bahawa wanita dalam gambar tersebut bukan dirinya. Beliau turut menyertakan caption berbunyi terkejut namun sempat memuji kecantikan badan wanita berkenaan.



"Woweee... sexy babehh.. i must say thank to who eva done this.. effort tu penting ye. Atlez dapat la imagine kalau warna rambut n pakai gini apo ruponyooo.. hodoh ruponyooo... good job. Confirm menang body cantik tuk EH ni baik punya .lol @abidinkhairul n the geng hahhaaa..."



Dipetik: plbgaimacam.blogspot.com

PETALING JAYA – Pelawak Zizan Razak memberitahu tawaran dengan bayaran yang agak tinggi antara punca dia bersetuju untuk berada di bawah pengurusan pihak Astro.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata, dia juga yakin pengurusan syarikat itu mampu merancang kerjayanya dengan lebih baik dan tersusun.
“Saya juga terkejut pihak Astro mengumumkan saya sebagai artis di bawah pengurusan mereka pada malam itu (Isnin lalu) kerana malam itu juga kami berbincang dan mereka tawarkan untuk menguruskan kerjaya saya.
“Insya-Allah akan ada satu sidang media yang akan menjelaskan perkara ini. Saya tidak boleh beritahu berapa mereka tawarkan tetapi tidak dinafikan tawaran mereka agak tinggi,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Pada malam pelancaran program baharu hlife! yang diadakan di Stadium Chin Woon pada malam Isnin lalu, Zizan disebut sebagai artis baharu di bawah pengurusan stesen televisyen berbayar itu.
Pada majlis berkenaan Nabil Ahmad yang bertindak sebagai pengacara turut mengusik Zizan telah menerima kontrak bernilai RM2 juta.
Dalam pada itu, Zizan berkata, dia masih lagi bersama dengan syarikat pengurusannya Wirefame Entertaiment sebagai rakan kongsi dan akan terus memantau aktiviti syarikat tersebut.
“Saya masih pemegang saham 70 peratus dengan Wirefame dan saya akan terus memantau perkembangan syarikat tersebut. Cuma mereka tidak uruskan kerjaya saya lagi,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada kekasihnya Emma Maembong akan mengikut jejak langkahnya bersama stesen televisyen tersebut, Zizan berkata, buat masa ini dia sahaja yang menerima tawaran berkenaan.
“Emma masih lagi di bawah pengurusan Wirefame sehingga dia tamat kontrak pada Jun depan. Selepas itu terpulang kepada dia jika ingin menguruskan kerjayanya sendiri.
“Jika dia ingin uruskan kerjaya sendiri bagus juga, saya hanya menyokong apa juga keputusan dia,” katanya.
Sementara itu, Zizan berkata, dia masih lagi memikul tanggungjawab sebagai pengacara rancangan Melodi di TV3, biarpun berada di bawah pengurusan stesen televisyen lain.
Tambahnya, perkara tersebut sudah dibincangkan dan pihak Astro memberi kelonggaran untuk dia menerima tawaran daripada syarikat televisyen lain.
“Kami sudah berbincang tentang itu dan tidak ada masalah dan saya akan terus menjadi pengacara Melodi,” katanya. – mStar Online