Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Beijing: Ketika Mai Liang leka menikmati gegelung sotong di sebuah restoran, dia berasa ganjil kerana ada ‘daging’ yang terlalu liat untuk dikunyah.
Dia tidak menyangka apa-apa sehinggalah meluahkan objek berkenaan dan mendapati ia sebenarnya kondom dan ia nyaris ditelan begitu saja. 
Namun, itu bukanlah bermakna kejutan Mai Liang berakhir. 

Selepas mengadu kepada pihak restoran yang terletak di wilayah Anhui itu, pemiliknya tampil dan mengambil kondom berkenaan sebelum menelannya.

“Amat menjijikkan! Perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah: Adakah kondom itu sudah digunakan?

“Bayangkanlah perasaan saya apabila melihat kondom itu dalam pinggan,” katanya. 

Sementara itu, pemilik restoran Yi Ze Teng berkata, dia bertindak makan kondom itu untuk “mendiamkan” pelanggannya. - Agensi
New York: Dua kanak-kanak lelaki parah selepas rumah mainan mereka diterbangkan angin sekurang-kurangnya lima meter di udara, lapor media semalam.
Kanak-kanak berusia lima dan enam tahun itu mengalami kecederaan serius, termasuk seorang daripadanya di kepala. 

Seorang daripada mereka terjatuh ke atas kereta yang diparkir manakala rakannya terjatuh di atas kaki lima.

Sementara itu, seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang turut berada di dalam rumah udara mainan itu bernasib baik kerana terjatuh sebaik saja struktur diperbuat daripada getah itu terangkat diterbangkan angin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang di pekarangan sebuah apartmen di South Glens Falls.
Polis peronda South Glens Falls David Gifford tidak dapat mengulas keadaan mangsa, namun budak yang jatuh ke atas kaki lima dilaporkan sedar dan mampu bercakap ketika dibawa ke hospital.

Katanya, rumah mainan itu berukuran tiga meter panjang dan lebar ditemui polis di pekarangan sekolah agak jauh dari situ.

“Menurut saksi, angin tiba-tiba bertiup kencang dan mengangkat struktur berkenaan. 

“Memang ini kejadian yang tidak dijangka sama sekali,” katanya.

Sementara itu penduduk di blok apartmen berkenaan, Taylor Seymour berkata, ketika kejadian angin kuat yang tiba-tiba bertiup mengakibatkan struktur berkenaan terangkat dan berpusing seperti dilanda puting beliung kecil.

“Saya melihat seorang daripada budak berkenaan terjatuh di atas kereta manakala seorang lagi terjatuh di kaki lima berhampiran.

“Memang ia mengerikan, apabila rumah mainan itu naik semakin tinggi.

“Selepas kanan-kanak terbabit terjatuh, rumah mainan itu terbang melepasi apartmen kami dan pokok-pokok yang ada,” katanya.

Seorang elajar Emily Boucher sempat merakamkan gambar rumah permainan itu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang bersiap untuk beriadah di sekolahnya.

Emily dan keluarganya memberi hak eksklusif gambar itu kepada akhbar Post-Star dan hasil daripada bayaran gambar berkenaan akan didermakan kepada keluarga mangsa.

Difahamkan, rumah permainan itu dimiliki seorang penduduk apartmen terbabit yang meletakkannya di situ untuk kegunaan kanak-kanak di kejiranan berkenaan.

Struktur itu diikat pada tanah menggunakan batang kayu.- Agensi

Kuala Lumpur: Tanpa menghiraukan keselamatan diri, pengemis jalanan sanggup menggadai nyawa menagih simpati orang ramai dengan meminta sedekah di jalan raya.
Kebanyakan mereka yang mengemis di jalanan terdiri daripada warga emas termasuk Pakistan, Myanmar dan India dengan membawa tisu sebagai tarikan simpati. 
Tinjauan Harian Metro di sekitar persimpangan Jalan Pantai Baru, mendapati lokasi itu menjadi tumpuan seorang warga emas berkopiah putih yang uzur sering dilihat meminta sedekah dengan pengguna jalan raya yang berhenti ketika lampu isyarat merah. 

Selain warga emas berusia 70-an itu, seorang wanita bertudung juga berkeliaran di kawasan sama terutama pada waktu pagi dan tengah hari.

Kota Samarahan: Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan. 
Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang. 

Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan.

Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan merempuhnya.

Kuala Lumpur: Kegembiraan ayah kepada seorang dramatis selepas berjaya memiliki rumah yang menjadi rebutan antara dia dan anak perempuannya itu tidak kekal lama apabila dia ditipu peguam yang menguruskan penjualan rumah berkenaan.
Warga emas itu yang mahu yang mahu dikenali sebagai Razif, 70-an, berkata, berikutan penipuan itu dia bukan saja kerugian hampir RM500,000, malah kini hanya tinggal menumpang di sebuah bilik bersama isteri sejak tiga tahun lalu. 
“Saya impikan kehidupan lebih tenang bersama isteri, namun tindakan peguam wanita itu menyebabkan kami terpaksa hidup serba kekurangan. 

“Apabila saya membawa perkara ini kepada pihak atasan baru saya tahu rupa-rupanya peguam itu disenaraihitamkan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam berikutan terbabit dalam beberapa kes penipuan sebelum ini,” katanya.

Razif berkata, sebelum ini dia bersama isteri yang berniat memulakan kehidupan di kediaman baru melantik peguam berkenaan untuk menguruskan urusan jual rumah akhir tahun lalu.

NGERI! Itu saja yang dapat dikatakan mengenai beberapa gambar di bawah. Entah apa yang ada di minda individu ini yang sanggup tidak menanggalkan cincinnya sehingga menyebabkan jarinya bertukar menjadi hitam dan REPUT!

Inilah kesannya jika memakai cincin terlalu lama. Dalam peringkat ini, tiada harapan lagi untuk diselamatkan. Mahu atau tidak, terpaksa dipotong.

Bagi mereka yang gemar memakai cincin, kerapkanlah menanggalkan cincin di waktu malam. Berikan sedikit ‘ruang’ untuk jejari anda berehat. Bagi cincin yang sudah tidak muat, janganlah dipakai lagi.





OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.
Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.
Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, ” katanya.
Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau ” mono mono ” dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.
Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

NAMA Justin Bieber nampaknya berterusan dilanda kontroversi.
Tahun ini sahaja, ikon pop Kanada muda ini banyak menghadapi tuduhan seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Miami, tuduhan serangan di Toronto, vandalisme di Los Angeles dan dakwaan atas mengganggu anak kapal di atas kapal penerbangan sewa khas dari Kanada ke New Jersey, dan yang terbaru ialah dakwaan cubaan merompak.
Terbaharu TMZ melaporkan bahawa Pejabat Polis Los Angeles (LAPD) sedang menjalankan siasatan berikutan laporan seorang wanita dari San Fernando Valley yang mendakwa bahawa Bieber merampas telefon bimbitnya.
Menurut laman web itu, wanita itu berkata, Bieber dan ‘ahli rombongannya’ tiba-tiba bertengkar apabila sedang berhibur di kompleks golf mini dan sangkar bermain besbal di Sherman Oaks pada Isnin.
Bieber dikatakan ternampak wanita itu mencapai telefonnya dan mengambil foto kejadian. Sejurus itu juga, Bieber menuntut wanita itu menyerahkan telefonnya supaya dia boleh memadam mana-mana gambar yang mungkin diambil oleh wanita itu.
Akibat enggan menyerahkan telefon bimbitnya, wanita itu bergelut dengan Bieber sebelum merampas telefon bimbit dari dalam beg tangan wanita itu.
Walau bagaimanapun, wanita itu menambah, Bieber memberikan telefon kembali selepas dia membuktikan kepadanya dengan menunjukkan tiada apa-apa gambar yang berkenaan dalam telefonnya.
LAPD memberitahu TMZ bahawa wanita itu memfailkan aduan pada malam Selasa untuk memastikan jika sebarang perbuatan jenayah telah berlaku ke atas dirinya oleh penyanyi hit “Baby” itu

SERI KEMBANGAN: Seekor anjing yang dipercayai sesat di Taman Sinaran di Seri Kembangan telah ditembak dengan anak panah oleh seorang lelaki melayu.
Dalam gambar menunjukkan seorang lelaki berkopiah putih memegang busur dipercayai menembak anjing sesat berkenaan.
Saksi, Allan, yang melihat kejadian itu segera membawa anjing berkenaan ke Animal Medical Center (AMC) di Wisma Medivet, Jalan Tun Razak.
Kenapa anjing tu ditembak penulis tak berapa pasti tapi nampak gaya spesis anjing macam ni memang ganas dan merbahaya.


kibat dari insiden itu, timbul pula beberapa comment di Facebook Malaysian Dogs Deserve Better



ADALAH penting untuk kita menitikberatkan penampilan diri khususnya ketika berada di khalayak umum.
Apa tidaknya, pada zaman serba moden ini, kesilapan dalam berfesyen mungkin akan mengakibatkan anda menjadi viral di laman sosial.
Sesiapa sahaja boleh merakam gambar anda dan menyebarkannya di internet.
Gambar-gambar yang kami kongsikan ini merupakan pengunjung dengan fesyen pelik dan melampau di pasaraya terbesar dunia iaitu Walmart. Jom layan!











PARA saintis Australia melaporkan mereka berjaya menemui sperma haiwan berusia 17 juta tahun (Gambar), masih elok dan dikatakan paling tua dalam sejarah.
Sperma itu adalah milik sejenis udang kecil dan ditemui di tapak kajian Khazanah Fosil Dunia Riversleigh, ke utara Queensland, Australia, tapak sama yang sebelum ini berjaya menemui pelbagai peninggalan haiwan purba.
Ini termasuk platipus bergigi gergasi dan kanggaru pemakan daging.
Menurut saintis biologi dari Universiti New South Wales, Mike Archer yang mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang itu, penemuan sperma terbabit adalah sesuatu yang “amat menarik”.
“Ini adalah sperma dalam bentuk fosil paling tua pernah direkodkan dunia geologi,” katanya.
Panjang sperma itu dipercayai melebihi saiz seekor udang jantan. Ia dikesan di dalam organ seksual haiwan berkenaan yang digelar “ostracods”.
Kajian mengenai haiwan itu bermula pada tahun 1988 ketika Archer dan pasukannya menemui fosil mengandungi tisu lembut dan menghantar contoh terbabit kepada John Neil, pakar haiwan jenis “ostracods” di University La Trobe yang mendapati fosil terbabit mengandungi tisu lembut.
Penemuan itu kemudiannya telah dikemukakan kepada pakar beberapa negara Eropah dan kajian mikroskopik mendapati sampel tisu terbabit mengandungi organ seksual haiwan berkenaan.
Lebih baik lagi apabila ia turut mengandungi sel kromosom dan DNA.
Penemuan itu kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B, yang turut memaklumkan sperma itu bersaiz 1.3 milimeter, lebih panjang dari saiz udang itu.

NAMPAKNYA, cerita pasal pasangan romantik ini belum sempat nak reda.
Selepas satu tenggelam, isu lain pula yang timbul. Kalau sebelum ini foto selfie mereka atas katil di Krabi jadi bualan, kini pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sekali lagi mencuri tumpuan selepas gambar mereka bercium di Paris, Perancis dimuat naik di Instagram.
Gambar romantik itu dimuatnaik sendiri oleh Rozita yang terkenal dengan panggilan Che Ta.
Foto itu menjadi kontroversi di kalangan pengikutnya di Instagram apabila ada kebanyakannya yang tidak bersetuju dengan adengan bercium mereka yang dikatakan agak keterlaluan dan menunjuk-nunjuk.
Seperti biasa, ada juga yang tidak bersetuju dengan mengutarakan komen negatif sehingga masing-masing berbalas komen menegakkan hujah masing-masing.
Yang pasti, ketika peminat dan pengkritik berbalah pandangan, pasangan itu lebih selesa ‘mengunci mulut’ dan meneruskan percutian romantik mereka