Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SESETENGAH individu memang mempunyai minat atau hobi yang kadang-kadang aneh serta lain daripada yang lain, termasuklah para artis yang juga merupakan manusia biasa. Keterangan ini dibuat setelah melihat sekeping gambar yang dimuatkan pelawak Ajak daripada duo Shiro dalam Instagram miliknya.
Pasti ada yang takut, geli mahupun hairan serta marah apabila melihat foto yang dimuatkan Ajak dalam laman sosial yang popular itu, apatah lagi dia seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut. Gambar tersebut menunjukkan bahawa anak kepada Ajak Shiro sedang dibelit ular sawa.
Mujurlah ular tersebut bukannya yang besar manakala budak kecil itu pula sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku kepadanya. Daripada kapsyen pula, Ajak turut berkongsi kenangan ketika menyertai Fear Factor sebelum ini dimana dia melalui cabaran bermain dengan ular.
#InstaFrame#YourMoments masa mak dia mengandungkan dia, baba dia main ular dalam #fearfactor.. Ini penangan anak baba hehe.. Bangga baba ada anak gagah gini.. (Tengah tido bolehlah) @hadthaqiffc @afifahamin @shirofc @shiroofficial #shiro #shironattors #ajaklovers #myboy #mybaby #mylove #mysoul
Ajak sendiri pasti sudah berfikir habis untuk berbuat begini dan tidak mungkin akan cuba mendedahkan anaknya kepada bahaya walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut. Tepuk dada tanya selera, sebab semua selera masing-masing tak sama bukan?

KAJANG: Dia yang bergelar ustaz selepas dikenali ramai menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Namun perwatakannya dahulu sebagai suami penyayang dan anak menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.
Ustaz yang memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat petroleum terkemuka negara itu dikatakan mengugut isteri dan keluarga mentua apabila menuntut wang RM140,000 daripada isterinya atas alasan membayar kembali kos sara hidup dia bersama isterinya, termasuk perbelanjaan ketika membawa anak saudara keluar bersiar-siar.
Konflik makin memuncak apabila dia memberanikan diri pergi ke rumah ibu mentuanya di Pahang, pada Isnin lalu.
Dia sanggup menunggu lama di luar rumah untuk menuntut wang berkenaan.
Khuatir keadaan keselamatan ibunya, adik iparnya segera menghubungi polis sebelum situasi itu dileraikan.
Adik iparnya yang enggan identitinya didedahkan, lelaki itu mula berubah sikap selepas tamat rancangan realiti TV berkenaan menyebabkan rumah tangga mereka mula bermasalah.
Difahamkan dia sengaja memberi alasan mahu berpisah dengan menuduh isteri dan keluarga mentuanya mempunyai saka menyebabkan mereka tidak mendapat zuriat.
Katanya, keadaan bertambah keruh sejak penemuan SMS dihantar kepada tiga wanita berasingan sehingga menimbulkan syak isterinya sejak beberapa bulan lalu.
Melalui pesanan SMS itu, kakak saya mendapat tahu dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain iaitu janda anak tiga, wanita Siam dan seorang peminatnya yang meminta dia mencarikan jodoh.

PETALING JAYA – Pelakon Tasha Shilla tertekan dengan komen negatif berunsur hinaan yang dilemparkan pengikut-pengikut laman sosialnya terhadap hubungan dia dengan kekasihnya,Han Chen Wong.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak, 27, berkata, peminat tidak wajar menjatuhkan hukuman atau mengawal segala tindak-tanduknya melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya.
“Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai diantara mereka terpaksa saya block kerana bersikap kurang ajar.
“Saya tidak perlu untuk jaga hati peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami,” ujarnya kepada mStar Online.
Tasha berkata demikian ketika ditanya tentang kritikan dan komen negatif yang sering dilemparkan oleh pengikut-pengikut laman sosial Instagram setiap kali dia memuat naik gambar bersama kekasihnya.
Tasha turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghina atau memberi komen negatif terhadapnya tidak perlu menjadi pengikutnya di laman sosial berkenaan.
Sementara itu, Tasha yang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan mengakui, sedang di peringkat memahami dunia masing-masing.
Dia akui, kekasihnya yang juga peninju Muay Thai itu sedang membiasakan diri dengan kehidupan dalam dunia selebriti.
“Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia, sementara dia belajar memahami dunia saya,” katanya. 

Filipina – Kejam betul jururawat di sebuah wad bersalin hospital di bandar Cebu. Bayangkan dia sanggup melekatkan pita pelekat pada mulut bayi yang baru berusia lima hari, kerana bayi itu dikatakan `terlalu bising’.
“Bayi awak sangat bising, jadi saya letak itu (pelekat) di mulutnya,’’ itu jawapan tidak berhati perut jururawat terbabit kepada si ibu, Jasmine Noval apabila dia bertanya mengenai mengenai keadaan bayinya itu.
Jasmine mendapati bayinya, Yohannes dilekatkan dengan pita itu sekembalinya ke pusat jagaan bayi di hospital berkenaan.
Selepas didesak, akhirnya jururawat itu membuka pelekat tersebut, menyebabkan kulit pada bibir bayi itu luka.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Yasmine memberikan gambar yang dirakamkannya kepada suaminya, Ryan Noval yang kemudian memuat naik dalam Facebook.
“Jika anda mendapati bayi anda yang baru dilahirkan selamat, fikir semula….Bayi anda mungkin menjadi mangsa dalam diam, dan anda tidak mungkin mengetahui mengenainya!!!!,”.
Itu yang ditulis oleh Noval dalam Facebooknya.
Mereka kemudiannya membuat aduan dan pihak hospital kini sedang menyiasat insiden tersebut

GRIK – Seorang gadis merayu sambil menangis meminta izin masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.
Permintaan gadis itu diterima oleh pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.
Gadis berumur 21 tahun dan kekasihnya juga yang berumur 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.
Kedua-dua mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.
Pembantu Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

AKHIRNYA Personaliti internet yang popular dan menjadi fenomena suatu ketika dulu iaitu Syasya Solero ‘bersanding’ bersama pasangan di SACC Shah Alam Convention Center pada 3 Mei lalu. beliau terkenal dengan tagline “macam cantikje…macam comel je…” ingat lagi tak?
Bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah gimik sahaja, beliau sedang menjadi model untuk peragaan pengantin di Malaysia Wedding Festival (MEFA) yang diadakan di SACC Shah Alam.
Syasya masih lagi single dan kepada jejaka yang menaruh minat kepada gadis ini, masih ada harapan untuk anda!




BEIJING - Seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik, sambil menunggu kehadiran ambulans.

Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar.

Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.

"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis.

Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu.

"Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan.

Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge.


NEW YORK - Seorang penunggang motosikal sangat terkejut apabila doktor mengatakan jantungnya berpindah tempat . Hal itu terjadi setelah dirinya mengalami kemalangan motosikal .

Lelaki asal Itali yang tidak ingin disebut namanya ini dilarikan ke unit kecemasan sebuah hospital selepas kemalangan tragis menimpanya .

Para doktor cuba untuk mendengar bunyi jantungnya . Namun , doktor mendapati kejanggalan pada jantungnya .

Selepas melakukan CT Scan , doktor mendapati jantung lelaki 48 tahun ini telah berpindah tempat 90 darjah ke sebalah kanan . Mereka juga mencatat aorta dan arteri pulmonari juga telah berpindah ke kanan .

Seperti diberitakan Daily Mail , Jumaat ( 9/5/2014 ) , selain jantungnya berpindah posisi , lelaki malang ini juga mengalami banyak patah tulang rusuk , lebam pada kedua paru - parunya , dan limpanya pecah . Ajaibnya , lelaki ini masih tetap sedarkan diri .

Ketua jabatan pembedahan kardiotoraks di Hospital Lenox Hill , Dr Gregory Fontana mengatakan bahawa jantung lelaki malang ini berpindah dalam beberapa minit selepas kemalangan tersebut .

" Hal ini sangat tidak biasa dan bahkan sangat mengejutkan . Pesakit dengan kecederaan fatal ini masih sedarkan diri , " ujar Fontana .

Saat ini lelaki itu menjalani rawatan intensif . Doktor yang merawatnya mengatakan bahawa kedudukan jantungnya kembali normal setelah udara yang masuk ke dalam dadanya dibuang. .

Mujur jantung lelaki ini tidak mengalami kerosakan kekal dan injap jantung kembali berfungsi normal .
Atlanta: Seorang wanita terpaksa melepaskan jawatannya sebagai anggota polis Georgia selepas dibuktikan gemar mengadakan hubungan seks ketika bertugas.Bertugas di daerah Rockdale, Loretta Hernandez, 39, meletak jawatan Sabtu lalu selepas mengaku “perangai peliknya” semakin menjadi-jadi ketika bertugas. 


Loretta berkata, dia berasmara dalam sekurang-kurang tiga kejadian, malah pernah terlambat menjawab panggilan dari ibu pejabat semata-mata membolehkan dia menghabiskan ‘aksinya.’ 

Memetik keterangan Sheriff Rockdale, Michael Camp, media tempatan melaporkan, pada ketika tertentu Loretta mengadakan hubungan seks di dalam kereta peronda, di tempat awam dan masih mengenakan seragam polis.

“Dalam kejadian ketiga, Loretta memuaskan nafsunya di luar kereta peronda yang diparkir di luar kawasan perniagaan yang ditutup,” katanya.
Sementara itu, siasatan menunjukkan Loretta berasmara dengan lelaki sama dalam ketiga-tiga kejadian. 
Loretta terpaksa memilih untuk meletak jawatan kerana mengelak dipecat. - Agensi

Beijing: Seorang lelaki, Xie Shuiping, menggunakan cara pelik untuk meraih pendapatan bagi menyara keluarganya apabila menerima bayaran supaya dipukul sesiapa yang tertekan dan mahu “melepaskan geram.”
Xie, 48, tidak pernah kekurangan pelanggan untuk tujuan itu.
Baru-baru ini kehadirannya di Wuhan di wilayah Hubei menarik perhatian ramai apabila dia menawarkan perutnya menjadi tempat melepaskan amarah penduduk tempatan.

Xie mendakwa mampu meraih sekurang-kurangnya 20,000 yuan (RM10,400) sebulan hasil pukulan pelanggannya dari seluruh China.

“Saya tidak takut dipukul.
“Apa yang saya bimbangkan ialah jika tidak menerima bayaran,” katanya.
Menurut Xie, rahsia “kegagahannya” itu disebabkan amalan qigong - seni mempertahankan diri tradisional - yang memfokuskan terhadap kawalan pernafasan yang dipelajari sejak berusia 10 tahun.

Dia mengakui isterinya tidak bersetuju keputusannya mencari pendapatan dengan cara itu, namun Xie tidak menghiraukannya.

“Pada saya tidak salah kalau saya dipukul demi mencari rezeki untuk keluarga saya.

“Itulah yang paling penting bagi saya - menyara keluarga saya,” katanya. - Agensi

Klang: Seorang lelaki yang menghadiri upacara memperingati kematian bapa saudaranya maut, manakala dua rakannya parah selepas diserang sekumpulan tujuh lelaki disyaki ahli kongsi gelap dalam kejadian di Taman Sentosa, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa M Ganeson, 31, dipercayai mati akibat terkena tembakan di dada, manakala rakannya, P Jegathesan, 43, dan P Mohan, 42, masing-masing cedera parah akibat ditetak menggunakan parang panjang.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa bersama kira-kira 10 saudara serta rakan berkumpul berhampiran kediaman mendiang bapa saudara selepas selesai upacara memperingati kematiannya.

“Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang terus melepaskan tembakan ke arah Ganeson diikuti kehadiran sebuah kereta PROTON Perdana hitam dinaiki lima lelaki yang terus menyerang mereka menggunakan parang.

“Sepasukan polis yang kebetulan melakukan rondaan terdengar bunyi tembakan di kawasan itu sebelum terus ke tempat kejadian dan berjaya menahan seorang daripada tujuh suspek,” katanya.

Gombak: Dara perkasa. Itulah gelaran layak diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak di sini, semalam.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya. 
Sumber polis berkata, seorang peragut tiba-tiba muncul sebelum meragut beg tangan gadis itu yang diletakkan di atas meja makan. 

“Mangsa yang berang dengan kejadian itu nekad mengejar suspek sejauh 100 meter. Suspek ketika itu dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal. Tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya.