Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Beijing: Seorang lelaki memfailkan tuntutan cerai ke atas isterinya selepas dia membawa anak mereka ke sebuah pulau tropika untuk menjauhi jerebu teruk yang melanda bandar raya ini.

Menurut lelaki itu, hubungan jarak jauh itu telah memusnahkan perkahwinan mereka.

Lelaki yang dikenali sebagai Wang, berkahwin pada 2008 dengan isterinya dan dikurniakan anak lelaki dua tahun kemudian., lapor Beijing Times.

Kisah keluarga berkenaan mendapat liputan meluas.

Namun anak mereka dilapor menghidapi masalah kesihatan yang serius kerana pencemaran udara Beijing, menyebabkan si isteri membawa anaknya ke pusat peranginan di selatan Hainan untuk melepaskan diri dari jerebu.

Bagaimanapun isterinya tidak menyukai Hainan dan juga tidak suka berenggang dengan suaminya Tetapi, apabila bertemu semula, mereka bergaduh, lapor akhbar itu.

Disebabkan bosan dengan apa yang terjadi, Wang memfailkan perceraian di mahkamah Beijing.

“Jerebu ‘membunuh” kesihatan anak saya dan ia juga ‘meruntuhkan’ perkahwinan saya,” kata Wang.

Sumber: myMetro

SEORANG  jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.
Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.
Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.
“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.
Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.

DUA anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.
Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalamikecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.
Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.
Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.

BIRMINGHAM – Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas.
Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam.
Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.
Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.
Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran.
“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.
“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya. -

Sarajevo - Seorang hakim wanita di Mahkamah Tinggi Sarajevo, Bosnia , dipecat lantaran berjemur dan bersenam di pejabatnya tanpa pakaian .

Hakim bernama Enisa Bilajac, 35 tahun, ini kelihatan bersenam sambil bogel saat berada di dalam pejabatnya sebelum persidangan bermula. Tak lama kemudian ,d ia berbaring di atas mejanya untuk berjemur .

Kejadian ini diabadikan oleh kamera dari bangunan yang terletak di seberang jalan bangunan Mahkamah Tinggi di Sarajevo .

Foto itu kemudian beredar di media tempatan dan mencetuskan siasatan dalaman terhadap hakim tersebut .

Kes ini kemudian ditangani oleh Suruhanjaya Disiplin Mahkamah Agung, dan Bilajac akhirnya dipecat kerana tindakannya dianggap telah merosakkan imej Mahkamah Agung .

Hakim wanita itu kemudian membela diri dengan berhujah bahawa dia telah mengunci pintu pejabatnya dan perlu melakukan senaman untuk mempersiapkan diri menghadapi kesibukan pada hari itu .

Bilajac juga mengaku bahawa saat itu dia tak tahu ada orang lain yang melihatnya dari bangunan di seberang jalan .

Pihak Mahkamah Agung akhirnya memutuskan Bilajac tidak melakukan kesalahan dan tak berniat merosakkan kredibiliti profesionalnya dan dia diputuskan dikembalikan ke jabatan semula .

Jakarta: Kerana berang selepas diminta memutuskan hubungan dengan teman wanitanya, seorang lelaki, bertindak membunuh tiga anggota keluarga gadis berkenaan.
Ramadhan Gumilang, 25, ditangkap polis semalam selepas membunuh bapa kekasihnya, Dukut, 50, dan ibu gadis itu, Heriyanti, 45, dan adik lelaki, Fras, 13.
Dia dilapor membunuh mangsa beberapa jam selepas makan tengah hari bersama mereka.
Teman wanitanya, Dewi, 24, tidak berada di rumah ketika kejadian.
Seorang lagi adik lelakinya, Bagus, 16, cedera dalam kejadian itu Ketua Polis Tangerang, Sutarmo berkata, Ramadhan kecewa dan berang selepas ibu bapa Dewi memintanya memutuskan hubungan dengan anak mereka kerana mahukan Dewi berkahwin dengan lelaki lain yang lebih berada.

Baghlan (Afganistan):Sepasang suami isteri menghiris telinga dan hidung seorang ulama tempatan hingga putus sebagai membalas dendam terhadap serangan seksual ke atas anak perempuan mereka.
Abdul dan Sultana Qahar dari wilayah Baghlan, utara Afganistan mengumpan ulama berkenaan ke rumah mereka untuk makan malam.
Mereka kemudian mengikat dan menghiris muka mangsa.
“Saya memotong telinga dan hidungnya,” Qahar memberitahu Reuters di pejabat ketua polis wilayah, tempat dia ditahan.
“Saya tidak tahu jika kucing sudah memakan telinganya, tetapi hidungnya jatuh ke dalam longkang,” katanya.
Ketua Hal Ehwal Wanita wilayah itu, Khadija Yaqeen berkata, remaja berusia 14 tahun itu memberitahu ibu bapanya mengenai serangan berkenaan empat bulan lalu.
Sultana menjemput ulama itu ke rumah mereka untuk makan malam, kata polis.
Kedua-dua mereka ditahan polis keesokan harinya.
Jurucakap polis Bahglan, Ahmad Jawid Basharat berkata, si bapa mengikat tangan dan kaki ulama berkenaan sebelum melakukan perbuatan ganas untuk membalas dendam.
Ulama, berusia 32 tahun itu menafikan tuduhan dia menyerang anak pasangan berkenaan.
Polis memberitahu mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.

Nibong Tebal: Rasa curiga seorang nelayan terhadap objek misteri dilihatnya membawa kepada penemuan mayat lelaki di Sungai Kerian di sini, pada jam 9.30 pagi, semalam.
Mayat lelaki berkenaan ditemui tersangkut di tebing sungai dan terlindung sampah sarap. 
Penelitian dilakukan nelayan berkenaan mendapati mayat berseluar panjang dan baju-T warna hitam dengan mata ditutup menggunakan kain dalam keadaan tertiarap. 

Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, ketika kejadian nelayan berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan di perairan berhampiran.

“Kami sedang mengesan identiti mayat berkenaan pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa juga gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri.
“Keadaan mayat yang sudah membengkak dan berada dalam air untuk tempoh agak lama juga menyukarkan pihak kami untuk mengena lpasti keturunan dan status warga negaranya,” katanya. 

Shafien berkata, pihaknya juga akan melakukan siasatan terperinci membabitkan pelbagai kemungkinan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki berkenaan sama ada ia berunsur jenayah atau sebaliknya. 

Berikutan itu, orang ramai kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta tampil bagi proses pengecaman mayat terbabit. 

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sungai Buloh: “Seluruh badan kebas dan hampir rebah sebaik ibu jari tangan saya dipatuk ular tedung,” kata pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Yusafri Mohd Yusof, 29.
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa dipatuk reptilia berbisa itu ketika sedang bertugas menangkap haiwan itu di Bukit Darah di sini.
Menurutnya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk yang mendakwa seekor ular tedung cuba menceroboh masuk rumahnya.

“Saya bersama rakan setugas kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap ular itu. Sebaik tiba di rumah pengadu, saya dapati seekor ular tedung sepanjang satu meter sudah ditangkap dan diikat dengan tali oleh pemilik kediaman itu.

“Saya cuba membuka ikatan tali, namun ular itu secara tiba-tiba terus mematuk bahagian ibu jari tangan kiri saya. Bagaimanapun saya sempat memindahkan ular itu ke dalam karung guni,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sungai Buluh semalam.
Menurutnya, kesan bisa ular itu menyebabkan dia berasa hampir hitam dan nyaris rebah.

“Namun, saya kuatkan semangat sementara mendapatkan bantuan perubatan walaupun tubuh ketika itu kebas sepenuhnya. 

“Saya segera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki jentera bomba. Sebaik tiba di hospital, doktor segera memberikan suntikan vaksin sebelum saya dimasukkan ke wad hospital,” katanya yang kini mula stabil. 

Yusafri mendakwa kali pertama dipatuk ular sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai anggota bomba dan penyelamat.

“Bagaimanapun kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat untuk masyarakat,” katanya yang dijangka keluar dari hospital beberapa hari lagi.

Sepang: Projek ikonik negara terbaru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) memulakan operasi penuhnya secara rasminya tengah malam ini yang menyaksikan penerbangan sulungnya selamat mendarat dan berlepas, masing-masing pada lewat malam dan awal pagi nanti.
Pesawat Malindo Air 0D1027 dari Kota Kinabalu, Sabah bersama 110 penumpang selamat mendarat di Landasan 3 klia2 kira-kira jam 12.05 tengah malam.\
Sementara, pesawat Cebu Pacific Airways pula berlepas dari lapangan terbang itu ke Manila kira-kira jam 1.20 pagi membawa bersama 147 penumpang.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad.

Terdahulu, Abdul Aziz turut menyambut ketibaan dan pelepasan penumpang, serta

mengagihkan cenderahati kepada mereka.

Dalam pada itu, sebanyak empat syarikat penerbangan iaitu Malindo Air; Cebu Pacific Airways; Lion Air dan TigerAir memulakan operasi penerbangan hari ini manakala, syarikat penerbangan tambang murah tempatan, AirAsia pula akan mula beroperasi pada 9 Mei ini.

KLIA2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun, berbanding Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang hanya mengendalikan 15 juta penumpang setahun.

Dilengkapi kemudahan berkelas dunia, KLIA2 yang terletak 1.5 kilometer dari terminal utama KLIA menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan kepada penumpang dan pengunjung termasuk 163 kedai, jambatan udara, hotel transit dengan 80 bilik, bilik menunggu tetamu khas dan penyediaan landasan ketiga yang pertama seumpamanya di rantau ini.

KLIA2 turut menampilkan hab pengangkutan pelbagai untuk bas dan teksi serta kereta api Express Rail Link (ERL) untuk kemudahan penumpang dan orang ramai.

Kemudahan lain termasuk sistem sistem pengendalian bagasi automatik, zon sokongan, kargo dan kompleks penerbangan domestik dan sebuah kompleks letak kereta yang luas.


RIYADH - Seorang ulama senior Arab Saudi Abdulaziz al - Shaikh menerbitkan sebuah fatwa berkaitan peraturan berlalu lintas . Dalam fatwanya , Abdulaziz berkata , melanggar lampu lalu isyarat ketika masih berwarna merah adalah perbuatan dosa dan diharamkan .

Dia berkata , melanggar peraturan lalu lintas itu boleh dikategorikan dosa besar , dan dia mengutip sebuah ayat dari Al Quran .

" Jika kamu membunuh seseorang sama dengan membunuh seluruh umat manusia , dan jika kamu menyelamatkan seorang manusia maka itu sama dengan menyelamatkan seluruh umat manusia , " kata Abdulaziz .

Arab Saudi mempunyai angka kemalangan lalu lintas tertinggi di dunia dengan rata - rata 17 orang maut sehari akibat kemalangan lalu lintas .

Menurut data Kementerian Kesihatan Arab Saudi , pada 2012 berlaku 598,300 kemalangan lalu lintas . Angka itu sama dengan 1,614 kemalangan sehari atau 67 kemalangan setiap jam .

Memandu melulu dan mengabaikan tanda lalu lintas merupakan penyebab utama kemalangan di Arab Saudi .

Untuk mengurangkan angka kemalangan, Kerajaan Arab Saudi merancang memasang kamera CCTV di seluruh wilayah negeri itu pada 2018 .

TEXAS - Seorang guru seharusnya boleh memberikan contoh yang baik kepada pelajarnya . Tetapi seorang guru di Texas , Amerika Syarikat ( AS ) telah memberikan tarian panas di hadapan seorang pelajar .

Felicia Smith didakwa mempunyai hubungan tidak senonoh dengan pelajarnya yang baru berusia 15 tahun . Perempuan berusia 42 tahun itu melakukan tarian panas , di hari ulang tahun pelajar itu .

Polis berkata , guru di Sekolah Menengah Stovall di Houston , duduk di sebuah kerusi di depan kelas . Sementara pelajar lain mendesak pelajar yang menyambut ulang tahun itu , untuk duduk bahagian depan .

Diiringi muzik , guru itu kemudian mula tarian eksotik . Kemudian , Smith juga melakukan gerakan - gerakan erotik di hadapan pelajarnya itu . Demikian diberitakan Standard Digital , Isnin ( 28/4/2014 ) .

Smith mengaku melakukan tarian tersebut . Namun hal itu dilakukannya kerana seisi kelas meyakinkannya untuk melakukan hal tak senonoh tersebut.

Polis berkata , pihaknya mempunyai bukti berupa video dari insiden tarian eksotik tersebut . Video itu menunjukkan Smith melutut dan meletakkan kepalanya di antara selangkangan pelajar itu .

Untuk sementara Smith tidak dibenarkan untuk mengajar . Dirinya sudah dikeluarkan selama proses siasatan dijalankan .