Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

Jakarta: Kerana berang selepas diminta memutuskan hubungan dengan teman wanitanya, seorang lelaki, bertindak membunuh tiga anggota keluarga gadis berkenaan.
Ramadhan Gumilang, 25, ditangkap polis semalam selepas membunuh bapa kekasihnya, Dukut, 50, dan ibu gadis itu, Heriyanti, 45, dan adik lelaki, Fras, 13.
Dia dilapor membunuh mangsa beberapa jam selepas makan tengah hari bersama mereka.
Teman wanitanya, Dewi, 24, tidak berada di rumah ketika kejadian.
Seorang lagi adik lelakinya, Bagus, 16, cedera dalam kejadian itu Ketua Polis Tangerang, Sutarmo berkata, Ramadhan kecewa dan berang selepas ibu bapa Dewi memintanya memutuskan hubungan dengan anak mereka kerana mahukan Dewi berkahwin dengan lelaki lain yang lebih berada.
Global

Baghlan (Afganistan):Sepasang suami isteri menghiris telinga dan hidung seorang ulama tempatan hingga putus sebagai membalas dendam terhadap serangan seksual ke atas anak perempuan mereka.
Abdul dan Sultana Qahar dari wilayah Baghlan, utara Afganistan mengumpan ulama berkenaan ke rumah mereka untuk makan malam.
Mereka kemudian mengikat dan menghiris muka mangsa.
“Saya memotong telinga dan hidungnya,” Qahar memberitahu Reuters di pejabat ketua polis wilayah, tempat dia ditahan.
“Saya tidak tahu jika kucing sudah memakan telinganya, tetapi hidungnya jatuh ke dalam longkang,” katanya.
Ketua Hal Ehwal Wanita wilayah itu, Khadija Yaqeen berkata, remaja berusia 14 tahun itu memberitahu ibu bapanya mengenai serangan berkenaan empat bulan lalu.
Sultana menjemput ulama itu ke rumah mereka untuk makan malam, kata polis.
Kedua-dua mereka ditahan polis keesokan harinya.
Jurucakap polis Bahglan, Ahmad Jawid Basharat berkata, si bapa mengikat tangan dan kaki ulama berkenaan sebelum melakukan perbuatan ganas untuk membalas dendam.
Ulama, berusia 32 tahun itu menafikan tuduhan dia menyerang anak pasangan berkenaan.
Polis memberitahu mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.
Global

Nibong Tebal: Rasa curiga seorang nelayan terhadap objek misteri dilihatnya membawa kepada penemuan mayat lelaki di Sungai Kerian di sini, pada jam 9.30 pagi, semalam.
Mayat lelaki berkenaan ditemui tersangkut di tebing sungai dan terlindung sampah sarap.
Penelitian dilakukan nelayan berkenaan mendapati mayat berseluar panjang dan baju-T warna hitam dengan mata ditutup menggunakan kain dalam keadaan tertiarap.
Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, ketika kejadian nelayan berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan di perairan berhampiran.
“Kami sedang mengesan identiti mayat berkenaan pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa juga gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri.
“Keadaan mayat yang sudah membengkak dan berada dalam air untuk tempoh agak lama juga menyukarkan pihak kami untuk mengena lpasti keturunan dan status warga negaranya,” katanya.
Shafien berkata, pihaknya juga akan melakukan siasatan terperinci membabitkan pelbagai kemungkinan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki berkenaan sama ada ia berunsur jenayah atau sebaliknya.
Berikutan itu, orang ramai kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta tampil bagi proses pengecaman mayat terbabit.
Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Isu Semasa

Sungai Buloh: “Seluruh badan kebas dan hampir rebah sebaik ibu jari tangan saya dipatuk ular tedung,” kata pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Yusafri Mohd Yusof, 29.
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, mangsa dipatuk reptilia berbisa itu ketika sedang bertugas menangkap haiwan itu di Bukit Darah di sini.
Menurutnya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk yang mendakwa seekor ular tedung cuba menceroboh masuk rumahnya.
“Saya bersama rakan setugas kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menangkap ular itu. Sebaik tiba di rumah pengadu, saya dapati seekor ular tedung sepanjang satu meter sudah ditangkap dan diikat dengan tali oleh pemilik kediaman itu.
“Saya cuba membuka ikatan tali, namun ular itu secara tiba-tiba terus mematuk bahagian ibu jari tangan kiri saya. Bagaimanapun saya sempat memindahkan ular itu ke dalam karung guni,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sungai Buluh semalam.
Menurutnya, kesan bisa ular itu menyebabkan dia berasa hampir hitam dan nyaris rebah.
“Namun, saya kuatkan semangat sementara mendapatkan bantuan perubatan walaupun tubuh ketika itu kebas sepenuhnya.
“Saya segera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki jentera bomba. Sebaik tiba di hospital, doktor segera memberikan suntikan vaksin sebelum saya dimasukkan ke wad hospital,” katanya yang kini mula stabil.
Yusafri mendakwa kali pertama dipatuk ular sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai anggota bomba dan penyelamat.
“Bagaimanapun kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkhidmat untuk masyarakat,” katanya yang dijangka keluar dari hospital beberapa hari lagi.
Isu Semasa
Sepang: Projek ikonik negara terbaru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) memulakan operasi penuhnya secara rasminya tengah malam ini yang menyaksikan penerbangan sulungnya selamat mendarat dan berlepas, masing-masing pada lewat malam dan awal pagi nanti.
Pesawat Malindo Air 0D1027 dari Kota Kinabalu, Sabah bersama 110 penumpang selamat mendarat di Landasan 3 klia2 kira-kira jam 12.05 tengah malam.\
Sementara, pesawat Cebu Pacific Airways pula berlepas dari lapangan terbang itu ke Manila kira-kira jam 1.20 pagi membawa bersama 147 penumpang.
Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad.
Terdahulu, Abdul Aziz turut menyambut ketibaan dan pelepasan penumpang, serta
mengagihkan cenderahati kepada mereka.
Dalam pada itu, sebanyak empat syarikat penerbangan iaitu Malindo Air; Cebu Pacific Airways; Lion Air dan TigerAir memulakan operasi penerbangan hari ini manakala, syarikat penerbangan tambang murah tempatan, AirAsia pula akan mula beroperasi pada 9 Mei ini.
KLIA2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun, berbanding Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang hanya mengendalikan 15 juta penumpang setahun.
Dilengkapi kemudahan berkelas dunia, KLIA2 yang terletak 1.5 kilometer dari terminal utama KLIA menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan kepada penumpang dan pengunjung termasuk 163 kedai, jambatan udara, hotel transit dengan 80 bilik, bilik menunggu tetamu khas dan penyediaan landasan ketiga yang pertama seumpamanya di rantau ini.
KLIA2 turut menampilkan hab pengangkutan pelbagai untuk bas dan teksi serta kereta api Express Rail Link (ERL) untuk kemudahan penumpang dan orang ramai.
Kemudahan lain termasuk sistem sistem pengendalian bagasi automatik, zon sokongan, kargo dan kompleks penerbangan domestik dan sebuah kompleks letak kereta yang luas.
Isu Semasa

Dia berkata , melanggar peraturan lalu lintas itu boleh dikategorikan dosa besar , dan dia mengutip sebuah ayat dari Al Quran .
" Jika kamu membunuh seseorang sama dengan membunuh seluruh umat manusia , dan jika kamu menyelamatkan seorang manusia maka itu sama dengan menyelamatkan seluruh umat manusia , " kata Abdulaziz .
Arab Saudi mempunyai angka kemalangan lalu lintas tertinggi di dunia dengan rata - rata 17 orang maut sehari akibat kemalangan lalu lintas .
Menurut data Kementerian Kesihatan Arab Saudi , pada 2012 berlaku 598,300 kemalangan lalu lintas . Angka itu sama dengan 1,614 kemalangan sehari atau 67 kemalangan setiap jam .
Memandu melulu dan mengabaikan tanda lalu lintas merupakan penyebab utama kemalangan di Arab Saudi .
Untuk mengurangkan angka kemalangan, Kerajaan Arab Saudi merancang memasang kamera CCTV di seluruh wilayah negeri itu pada 2018 .
Pelbagai

Felicia Smith didakwa mempunyai hubungan tidak senonoh dengan pelajarnya yang baru berusia 15 tahun . Perempuan berusia 42 tahun itu melakukan tarian panas , di hari ulang tahun pelajar itu .
Polis berkata , guru di Sekolah Menengah Stovall di Houston , duduk di sebuah kerusi di depan kelas . Sementara pelajar lain mendesak pelajar yang menyambut ulang tahun itu , untuk duduk bahagian depan .
Diiringi muzik , guru itu kemudian mula tarian eksotik . Kemudian , Smith juga melakukan gerakan - gerakan erotik di hadapan pelajarnya itu . Demikian diberitakan Standard Digital , Isnin ( 28/4/2014 ) .
Smith mengaku melakukan tarian tersebut . Namun hal itu dilakukannya kerana seisi kelas meyakinkannya untuk melakukan hal tak senonoh tersebut.
Polis berkata , pihaknya mempunyai bukti berupa video dari insiden tarian eksotik tersebut . Video itu menunjukkan Smith melutut dan meletakkan kepalanya di antara selangkangan pelajar itu .
Untuk sementara Smith tidak dibenarkan untuk mengajar . Dirinya sudah dikeluarkan selama proses siasatan dijalankan .
Pelbagai

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman, Julia Ziegler menafikan khabar angin mengatakan seorang pelakon wanita mabuk teruk ketika menjalani pengambaran di Sydney, baru-baru ini.
Menurut laporan berita itu, klue yang diberikan banyak terarah kepada pelakon tersebut sehingga ramai membuat telahan memang Julia lah orang yang dimaksudkan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Julia menjelaskan, “eh, mana ada, mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai)”.
“Memanglah saya jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini. Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini,” katanya dipetik Harian Metro.
Kalau betul awak tak buat, tak payah takut lah Julia, lama-lama orang pun akan berhenti bercakap mengenai perkara ini kalau tak de bukti yang jelas. Tak gitu?
Hiburan

SEORANG gadis dari Cheltenham, England terpaksa melupakan nikmat makan sejak lima tahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit ‘gastroparesis’ yang menyebabkan otot perutnya lumpuh.
Ayllah-Beau Foley, 19, kini hanya bergantung dengan tiub kecil yang membekalkan nutrien yang disambungkan terus ke jantungnya.
Penyakit pelik itu dikesan selepas Ayllah kembali dari projek sukarelawan di India.
Kesakitan pada bahagian perut itu pada mulanya disangkakan berpunca daripada keracunan makanan, namun ia bertambah teruk sehingga menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital.
Selepas beberapa ujian dijalankan, gadis itu disahkan menghidap penyakit tersebut yang sememangnya jarang berlaku.

“Keadaan ini mengubah hidup saya. Saya tidak dapat makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Ia sangat sukar, namun saya cuba untuk terus positif dan berharap untuk mengatasi penyakit ini suatu hari nanti,” ujarnya.
Nutrien akan disalurkan ke tubuh Ayllah melalui tiub selama 14 jam setiap malam bagi memastikan dia terus hidup.
Sehingga ke hari ini, gadis itu masih berharap agar suatu hari nanti dia akan dapat menikmati coklat, gula-gula dan burger yang menjadi kegemarannya sebelum ini.
Pelbagai

Iraq – Dua lelaki yang menjadi tahanan satu kumpulan ekstrimis, telah dihukum dengan cara yang kejam, selepas didakwa melakukan serangan bom tangan terhadap salah seorang pejuang kumpulan terbabit.
Kumpulan itu yang menamakan diri mereka Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) telah mengikat dua lelaki itu pada kayu dan kemudian mereka dipamerkan di bulatan di sebatang jalan di Naim.
Dalam satu twitter, gambar tahanan tersebut telah dimuat naik dengan mesej “10 hari lalu, penyerang yang menaiki motosikal telah melemparkan bom tangan kepada pejuang kami. Salah seorang awam telah terputus kaki manakala seorang kanak-kanak terkorban.
“Pejuang kami kemudiannya telah membuat sekatan jalan dan berjaya menangkap mereka,’’ demikian mesej dalam twitter tersebut.

Dalam pada itu, Abu Ibrahim Alrquaoui, yang menggelar dirinya sebagai pengasas Raqqa Is Being Slaughtered Silently memberitahu FoxNews.com bahawa mereka yang terkorban sebelum ini merupakan pejuang yang menentang kerajaan Bashar Assad di Syria.
Abu Ibrahim memberitahu dia telah menyaksikan hukuman itu dan mengambil gambar serta menyebarkannya dalam internet.
ISIL ketika ini telah dihalau keluar dari kawasan di utara Syria namun pejuangnya masih berada di Raqqa, iaitu satu-satu kawasan yang berada di luar pentadbiran rejim Bashar.
ISIL ditubuhkan pada April tahun lepas dan menjadi antara kumpulan utama yang menentang rejim Bashar di Syria.
Global

SEBELUM ini, ramai yang menjangkakan pertunangan antara Pekin Ibrahim dan Uqasaha Senrose sudah terlerai.
Ini kerana, Uqasha dilihat sudah pun memadamkan gambar-gambarnya bersama Pekin di laman Instagram.
Selain itu, mereka juga tidak lagi muncul bersama untuk acara-acara hiburan termasuklah Anugerah Meletop Era Februari lalu.
Apabila ditanya, kedua-duanya lebih senang mengunci mulut dan memberikan kenyataan berkias yang menggambarkan mereka kini tidak lagi bersama.
Bagaimanapun, kira-kira empat hari lalu, menerusi satu gambar yang dimuatkan Pekin di Instagramnya, muncul komen romantis dari Uqasha yang kemudiannya dibalas oleh Pekin:
Adakah ini tanda kedua-duanya sudah kembali berbaik?
Jika benar, baguslah sebab sebelum ini mereka pernah merancang untuk bernikah pada tahun ini.
Apa pun, kami harapkan kedua-duanya tidak lagi berdolak-dalih mengenai hubungan mereka selepas ini…
Hiburan

BARU-BARU ini Butik Fareeda melancarkan rekaan tudung terbarunya, Fareeda Noura.
Untuk itu, pihak butik berkenaan menjual tudung itu pada harga promosi iaitu sekitar RM120 sehelai.
Katanya pada hari ini sahaja!
Disebabkan itu, maka pagi tadi berduyun-duyun peminat tegar koleksi Fareeda mengunjungi butik tersebut di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Malah, mereka telah ‘berkampung’ seawal pagi lagi untuk mendapatkan rekaan terbaru mertua pelakon terkenal Fizo Omar itu.


Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)



Recent Comments