Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kaherah: Sekurang-kurangnya 50 mumia ditemui di ‘Lembah Raja-Raja’ di Mesir baru-baru ini bersama pelbagai objek lain termasuk keranda kayu, topeng orang mati dan balang kanopi.

Ahli kaji purba berjaya membaca nama dan tulisan pada sebahagian besar objek itu untuk menentukan siapa pemiliknya dan siapa mumia itu. Mumia terbabit merangkumi pelbagai peringkat umur termasuk bayi baru lahir.

Nekropolis besar itu mengandungi mumia yang mungkin daripada kalangan keluarga diraja, khususnya anak lelaki raja Tutmoses III dan Tutmoses IV daripada dinasti ke-18 yang mentadbir dari tahun 1550 hingga 1292 sebelum masihi, kata kementerian kepurbaan.

Lembah Raja-Raja yang juga lokasi makam Raja Tut ditemui adalah pusat pelancongan popular.

Ahli kaji purba menemui beberapa mumia di kawasan itu dan berusaha lagi mencari yang baharu. Mereka percaya sebahagian besar daripada mumia ditemui baru-baru ini, tidak diketahui kewujudannya oleh pengkaji.

Sepasukan pengkaji dari Universiti Basel, Switzerland membuat penemuan berkenaan ketika bekerja dengan kerajaan Mesir. Kajian akan dilakukan terhadap mumia itu dan mungkin akan dipamerkan pada masa depan.

“Sebahagian daripada mumia dan barang purba yang ditemui itu mungkin boleh dijual kepada muzium di negara lain atau ditukar ganti dengan artifak lain,” kata seorang daripada pengkaji berkenaan.

Ahli kaji purba dapat memastikan bahawa makam itu sebelum ini pernah diceroboh tetapi terkejut apabila mendapati banyak objek dan artifaks masih ada. AGENSI 

Sumber: BH


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11.00 malam itu. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka. 


"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital tetapi mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 
"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghantar pasukan khas bagi menyiasat kes kematian pelajar berkenaan.

Beliau berkata, kementerian merasa amat dukacita dengan insiden itu dan akan menjalankan siasatan sepenuhnya.

"Pasukan dari KPM telahpun diarahkan...pegawai kita sedang bekerjasama dengan pihak polis.

"Ia sudah menjadi kes polis, jadi biar polis jalankan siasatan, tapi di pihak KPM kita juga akan memastikan siasatan sepenuhnya dijalankan untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014 di sini hari ini.

- BERNAMA

Sungai Petani: “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”

Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.

Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.

Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.

Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.

“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.

“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini. 

Sumber: myMetro

Tokyo – Akibat terlalu taksub dengan kecantikan, seorang pelakon filem lucah di Jepun sanggup melakukan pembedahan plastik berulang kali hingga wajahnya seiras dengan makhluk asing dalam filem Harry Potter, Dobby.
Gelaran Dobby diberikan kepada Rina Nanase oleh pengikutnya dalam twitter selepas dia memuat naik wajah terbarunya selepas pembedahan di bahagian hidung.
Nama Dobby itu menyebabkan Rina menjadi berang dan menyifatkan mereka yang memberikan gelaran tersebut sebagai cemburu dengan pembedahan yang dijalankannya.
Pelakon yang berusia 25 tahun dan menggunakan nama Rumi Kanda, sebelum ini tidak berahsia mengenai rupanya dan pembedahan kosmetik yang dilakukannya.
Dia telah menjalani pembedahan di bahagian mata, hidung dan dagu.
Ramai yang mengkritiknya kerana wajah terbarunya itu amat berbeza dengan wajah asalnya, yang lebih manis dan menawan.
Meskipun dia tidak merasakan pembedahan yang dilakukan itu memberikan kesan yang besar kepada wajahnya, namun Rina terkejut apabila mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya.

FESYEN dengan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Tapi apa yang mereka perlu titik beratkan adalah kewajipan menutup aurat dengan sempurna.

Mengikut trend sekarang admin lihat banyak wanita bertudung tapi tidak sempurna. Banyaklah kalau nak dikisahkan. Tapi admin percaya masing masing sudah tahu akan perkara ini.

Daripada sekeping gambar ini, jelas ianya bertentangan dengan cara pemakaian menutup aurat yang sebenar. Kepada kaum wanita hati-hatilah berfesyen.
Persoalannya mengapa mereka sebegini berani memakai pakaian yang terang-terang menyimpang.
Adakah kurang peka atau menganggap itu hanya satu JENAKA?





Permaisuri: Seorang pelajar Tingkatan Tiga mendakwa dicabul seorang lelaki dikenali ketika berehat di rumah neneknya di Kampung Seri Kenangan Pelong di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang duduk berseorangan di hadapan pintu, didatangi lelaki berusia 40-an yang juga jiran neneknya. Sumber berkata, lelaki itu terus meluru ke arah mangsa, lalu meraba dan meramas payu dara kiri mangsa. 


“Mangsa yang tidak berdaya melawan suspek, terus menjerit. Jeritan itu menyebabkan suspek berhenti melakukan perbuatan itu. 

“Tanpa segan silu, suspek kemudian masuk ke dalam rumah nenek mangsa dan duduk di ruang tamu seolah-olah tiada apa yang berlaku,” kata sumber itu. 

Buat laporan polis 

Sumber berkata, mangsa yang berang dengan perlakuan suspek, memarahi lelaki itu tetapi tidak diendahkan. 
Berikutan itu, remaja berkenaan keluar dari rumah neneknya dan pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran, sebelum menceritakan kejadian berkenaan kepada bapanya. 

“Bapa mangsa yang marah dengan tindakan suspek, membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Permaisuri,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Kebiasaannya wanita memilih untuk bersalin dengan cara berbaring sama ada melalui kaedah normal ataupun pembedahan.

Tetapi, di Peru mereka mengubah tradisi ini dengan mempercayai bersalin secara berdiri memiliki kelebihan tersendiri terutamanya penduduk pribumi Peru.

Menurut salah seorang penduduk, Benigna Condori, dia telah membuat keputusan untuk melahirkan dua bayi terakhirnya di salah sebuah klinik yang membenarkan wanita bersalin sambil berdiri dan bukannya baring.

Selepas lima kelahiran bayinya sebelum ini, Condori memilih untuk bersalin secara berdiri kerana percaya kaedah rawatan tersebut mampu menyelamatkan nyawa ibu dan bayinya daripada mengalami masalah ketika bersalin.

Ini kerana salah seorang rakannya mati ketika bersalin di rumah walaupun cuba diselamatkan oleh beberapa orang bidan.

Lantaran itu, dia memilih untuk bersalin melalui kaedah ini walaupun terpaksa mengatur langkah berjam-jam lamanya melalui pergunungan Andes untuk ke klinik kesihatan yang menggabungkan perubatan moden dan tradisional.

Kaedah bersalin secara berdiri ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh penduduk Peru yang terdiri daripada pelbagai etnik khususnya di pergunungan Andes. Ini kerana banyak tembikar-tembikar kuno di pergunungan Andes yang ditemui menggambarkan wanita Peru bersalin dalam kedudukan duduk dan berdiri.

Ketika itu, jarak dan kos pengangkutan menjadi penghalang utama kepada sesetengah wanita yang ingin bersalin.

Bagi kaum lelaki Peru, menghantar isteri mereka ke pusat kesihatan bukanlah budaya mereka. Malah, amalan kelahiran secara tradisional di kalangan masyarakat luar bandar Peru menggalakkan wanita bersalin dalam keadaan mencangkung di dalam bilik gelap dengan dibantu ahli keluarga yang lain.

Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dipraktikkan secara meluas kerana ia membahayakan nyawa ibu dan anak.

Menurut Menteri Kesihatan Peru, melalui tulisannya di dalam sebuah buku kesihatan, posisi kelahiran menegak boleh menjadi lebih baik kepada wanita kerana dapat mengurangkan tekanan di uterus. Selain itu juga, saluran darah yang besar mampu memberi kesan kepada jumlah oksigen yang sampai kepada bayi.

Posisi duduk atau berdiri semasa bersalin juga mengurangkan masa proses kelahiran dan bersalin. Selain itu, kaedah ini membolehkan si ibu melihat keseluruhan proses kelahiran berlangsung berbanding ketika berbaring.

Di Peru, sekurang-kurangnya 185 orang wanita meninggal dunia dalam setiap 100 ribu kelahiran. Kebanyakan kematian ini berlaku ketika kaum wanita bersalin di rumah.

Disebabkan itu jugalah, Condori tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sanggup merentasi pergunungan Andes kerana dirasakan lebih selamat berbanding bersalin dirumah.

Menjelang tahun 2015, kerajaan Peru berhasrat untuk mengurangkan bilangan kematian wanita kepada 66 peratus dalam setiap 100,000 kelahiran, Peru telah membuka 390 buah rumah menunggu bersalin sejak sedekad lalu, di mana wanita dari kawasan perkampungan boleh menetap secara percuma sementara menunggu waktu untuk bersalin.

Menteri Kesihatan Peru menjelaskan, kebanyakan kaedah perubatan tidak sedar mengenai keperluan wanita mengandung, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar yang melihat kelahiran sebagai satu cara semulajadi dan tidak berfikir perubahan kepada posisi bersalin menegak perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, menurut wakil Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) di Peru, Ramirez, wanita Andes biasanya melahirkan anak secara tradisional di rumah dan dibantu oleh nenek, pasangan ataupun bidan. Mereka telah biasa dengan keadaan itu sejak sekian lama dan sukar diubah.

Lantaran itu, kebanyakan pusat kesihatan di Peru sedang membuat perubahan yang membolehkan wanita yang ingin bersalin membawa ahli keluarga sementara menunggu.


Malah, pusat kesihatan tersebut juga membenarkan wanita mencangkung dan duduk ketika proses bersalin.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah kesal apabila ada pihak mempersoalkan kemampuan Mohd Yani Abdul Rahman apabila suaminya itu menghadiahkan dia sebuah kereta Mercedes C200 sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10, pada 24 April lalu.
Ifa, 39, berkata, sepatutnya pihak berkenaan tidak perlu mempersoalkan apa-apa memandangkan suaminya membeli kereta tersebut atas usaha dalam perniagaan yang mereka jalankan bersama.
“Suka hatilah suami saya nak hadiahkan apa-apa dekat saya! Itu hak dia. Kenapa perlu orang persoalkan kemampuan suami saya?
“Orang hanya melihat pada dasarnya sahaja tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lakukan. Kami mempunyai beberapa perniagaan yang diusahakan bersama dan rasanya itu sudah cukup untuk saya jelaskan sama ada dia mampu atau tidak membeli kereta itu.
“Dan sebagai isteri yang banyak berkorban demi suami. Saya rasa layak untuk menerima hadiah itu. Kenapa perlu memandang hina?
“Itulah masalah kebanyakan masyarakat kita, tidak pernah mahu bangga dengan kejayaan orang lain, sebaliknya hanya tahu mengutuk sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada petang Selasa.
Ifa diminta mengulas mengenai persoalan segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuan suaminya menghadiahkan dia sebuah kereta mewah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Isu itu diperkatakan apabila Ifa mengambil langkah memuat naik gambarnya ketika menandatangani dokumen pembelian jual-beli kereta dengan kapsyen menerima hadiah daripada suami.
Malah Ifa juga dikatakan sengaja mahu menunjuk-nunjuk dan meniru langkah Rozita Che Wan yang menjadikan kereta mewah sebagai hadiah atas kejayaan anaknya, Ammar Effendy mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimanapun Ifa menganggap pertikaian dan tuduhan mengatakan dia riak semuanya berpunca daripada laporan mengenai hadiah yang diterimanya itu.
Ifa bergaya dengan kereta baharu yang diterimanya daripada suami sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 10.
“Di Instagram, apabila orang tanya hadiah apa saya dapat, saya cuma cakap beli kereta kancil sahaja. Dan apabila wartawan menghubungi saya dan bertanya banyak kali, maka saya pun beritahulah hadiah sebenar yang saya dapat.
“Bukannya saya yang mula menghebohkannya. Saya tahu pihak media ingin menyampaikan cerita hadiah yang saya terima ke arah niat yang positif. Tetapi biasalah, apabila ramai pembaca, dalam yang memuji ada yang mengutuk,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ifa bakal muncul sebagai pengacara sebuah program realiti Make Over Mom siaran Astro selain sibuk dengan undangan persembahan nyanyian di majlis-majlis korporat.
Ifa berkata dia dan suaminya juga turut sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan, Seri Cantik selain terlibat dengan beberapa pelaburan saham. – mStar Online

RAMAI di kalangan artis Korea Selatan tidak henti-henti memberikan sumbangan kepada mangsa korban tragedi feri karam di negara itu.
Insiden berkenaan berlaku pada 16 April lalu.

Menurut laporan Newsen, bintang program Running Man iaitu Kim Jong Kook turut membantu menghulurkan wang sebanyak RM141,000 dan ia diserahkan melalui agensi selebriti berkenaan.

Sebelum ini, Jong Kook bersama rakan-rakannya telah melawat keluarga mangsa korban sebelum memutuskan untuk menyumbangkan wang.
"Dia ingin memberi sumbangan kepada mangsa korban tetapi tidak tahu harus cara menyalurkan sumbangan. Mujurlah ada organisasi yang terlibat membantu menghulurkan sumbangan berkenaan kepada keluarga mangsa korban," kata jurucakap Jong Kook.

Dubai: Pemain dram kumpulan Scorpions James Kottak dipenjara sebulan di Dubai kerana mabuk, menghina Muslim dan membuat isyarat lucah ke arah sekumpulan orang, selain membuka seluar di lapangan terbang.
Pemuzik AS itu juga didapati bersalah menghina anggota polis tempatan. Kottak ditahan di lapangan terbang di Dubai pada 3 April lalu ketika dalam perjalanan dari Russia ke Bahrain untuk mengadakan konsert sempena pertandingan Formula 1. Dia turut didenda Dh2,000 (RM1,780) kerana meminum arak.
Kottak akan diusir dari negara itu sebaik saja selesai menjalani hukuman. Ketika perbicaraan Kottak mengaku mengambil arak tetapi menafikan dia membuat isyarat lucah serta berkelakuan tidak senonoh. Peguam belanya pula mendakwa, Kottak tidak bertindak keterlaluan, sebaliknya cuma mahu menunjukkan tatu di belakang tubuhnya.
Doha: Pasangan suami isteri yang dituduh membiarkan anak angkat mereka kebuluran sehingga mati semalam merayu atas sabitan cuai dikenakan, kata sumber mahkamah.
Matthew dan Grace Huang hadir di mahkamah dan sumber berkata, pendakwa hanya dimaklumkan mengenai hukuman penjara tiga tahun itu pada 27 Mac lalu.

Menurutnya, prosiding diadakan semalam hanyalah untuk formaliti. Pasangan suami isteri keturunan Asia itu ditahan pada Januari 2013 selepas anak perempuan mereka, Gloria, 8, meninggal dunia.

Gloria yang diambil daripada keluarga asalnya di Ghana didakwa mati akibat masalah pemakanan yang dialami sejak bayi. Bagaimanapun penyiasat mendapati kanak-kanak malang berkenaan sengaja dibiarkan mati bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit menjual organnya. Mereka dibebaskan November tahun lalu sementara siasatan dijalankan tetapi dihalang meninggalkan Qatar. Terdahulu pendakwa memohon mahkamah mengenakan hukuman mati ke atas kedua-dua tertuduh. Mereka juga didenda RM12,300 setiap seorang dan akan diusir sebaik saja menamatkan hukuman. - Agensi

Kuantan: Seorang lelaki yang mengaku dirinya bergelar Datuk bukan saja menipu bakal mentuanya sehingga kerugian ribuan ringgit, malah sanggup melarikan anak gadis pasangan terbabit yang juga tunangnya selepas tembelangnya diketahui mangsa.
Lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun didakwa melarikan tunangnya, Fatin Nursyamimi, 19, sejak 13 Mac lalu serta menipu keluarga gadis berkenaan menyebabkan kerugian RM4,000, gagal dikesan hingga kini.
Difahamkan lelaki berkenaan sering menipu orang ramai sejak 2009 membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, malah pernah menghadapi 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 2011.

Malah, identiti lelaki berkenaan dipaparkan sebagai pesalah rasuah dalam laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain beberapa penipuannya turut didedahkan dalam laman blog sejak Februari lalu.

Mangsa, Ramlan Abu Hassan, 45, dari Kampung Kempadang, di sini, berkata, keluarganya bukan saja kerugian wang tunai akibat diperdaya lelaki berkenaan, malah lebih malang anak gadisnya turut dilarikan.