Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Seoul: Mayat budak lelaki yang mula-mula membuat panggilan kecemasan mengenai tragedi kapal Sewol dipercayai ditemui penyelam semalam.
Budak itu yang hanya dikenali sebagai Choi membuat panggilan telefon kepada pihak berkuasa dengan suara yang bergetar ketakutan. 
Media semalam melaporkan, sepasang suami isteri mengesahkan mayat budak terbabit sebagai Choi berdasarkan baju yang dipakai mangsa. Sumber berkata, identiti budak itu hanya akan disahkan selepas ujian DNA dijalankan.

Sementara itu, penyelam juga berdepan detik memilukan apabila terjumpa mayat sepasang pelajar yang berkongsi jaket keselamatan.
Menurut penyelam itu, dia percaya remaja lelaki dan perempuan itu nekad mahu bersama dan enggan menyelamatkan diri sendirian. “Namun, untuk menarik mereka ke permukaan, saya terpaksa memisahkan pasangan itu.

“Saya tidak mampu menarik mereka secara serentak,” katanya. 

Kapal Sewol dalam perjalanan rutin dari Pelabuhan Incheon ke selatan Jeju apabila dilanda musibah pada 16 April lalu.

Daripada 476 orang yang ada di atas kapal berkenaan, 339 adalah kanak-kanak dan guru dari sekolah di Ansan, kawasan pinggir bandar di Seoul yang dalam perjalanan melawat Jeju.

Kerajaan menyatakan jumlah rasmi kematian sehingga petang semalam ialah 171 orang dan lebih 100 yang lain masih hilang. 

Hanya 174 orang berjaya diselamatkan. 

Sementara itu, sesi pembelajaran di sekolah mangsa ditangguhkan semalam bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan kepada mereka.  Sesetengah pelajar meletakkan bunga kekwa putih pada setiap gambar mangsa yang beruniform sebagai tanda ingatan.

Sebahagian yang lain pula menulis pesanan ringkas di atas meja dan papan hitam serta tingkap. Antara pesanan yang menyentuh perasaan ialah: “Jika saya bertemu kamu lagi, saya akan menyatakan betapa saya menyayangi kamu kerana sebelum ini saya tidak memberitahu kamu dengan cukup,” kata seorang pelajar.

Sekolah turut menyediakan sesi terapi untuk pelajar yang pulang dengan selamat. Saya belum menyatakannya dengan cukup sebelum ini.”- Reuters



Kesudahan penghujung siri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun terjawab malam Selasa lalu.
Lebih membanggakan drama bersiri 60 episod adaptasi karya novel nukilan E-Man Sufi yang mula menemui penonton sejak 9 Disember tahun lalu menerusi Mustika HD (Saluran 134), Astro itu mencatat kejayaan sebagai drama dengan ‘rating’ tertinggi setakat ini di saluran berkenaan menewaskan Adam Dan Hawa yang sebelum ini mencetus fenomena. 
Biarpun disulami kontroversi demi kontroversi membabitkan pelakon utamanya Sharnaaz Ahmad berhubung isu pertelingkahan dengan pelakon drama itu, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi serta kontroversi gambar mesranya bersama Nelydia Senrose yang menjadi bualan hangat sepanjang penayangan siri itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan minat penonton. 

Bahkan, kontroversi yang wujud dilihat sebagai penyumbang kejayaan drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil dan arahan Jamal Khan itu.

Sharnaaz selaku teraju utama, saat dita­nya berhubung perasaannya menghadapi episod pengakhiran drama berkenaan mengakui sehing­ga kini dia masih belum mampu memisahkan karakter Jebat daripada dirinya.

Kuala Lumpur: “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.
“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.
Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.

“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.

Butterworth: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit selama 40 minit akibat tersepit dalam keretanya selepas dilanggar pemandu kereta lain dari arah belakang yang ketika itu sedang mengejar suspek kejadian ragut di simpang masuk ke pekan Permatang Pauh, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.


Sebelum kejadian, dua lelaki menunggang motosikal Yahama 125Z nekad memecahkan cermin tingkap bahagian penumpang sebuah kereta Honda Accord dinaiki seorang lelaki dan ibunya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat tidak jauh dari tempat kejadian.
Suspek kemudian menyambar beg tangan milik wanita berkenaan sebelum melarikan diri dan menyangka mangsa yang masih terkejut tidak akan mengejar mereka. 

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an yang memandu Honda Accord itu berang selepas menyedari beg tangan ibunya dilarikan sebelum memecut kereta terbabit untuk mengejar suspek menghala ke arah pekan Permatang Pauh.

“Selepas mengekori sejauh kira-kira 300 meter, pemandu terbabit menghimpit motosikal suspek dengan harapan penunggangnya akan berhenti bagi membolehkan kedua-duanya ditahan serta mendapatkan semula beg tangan berkenaan. HM

MENERUSI Facebook Daily Traffic Report, beberapa gambar sekitar pengebumian seorang wanita bernama Haslinatul Adzlin di Tanah Perkuburan Changkat Jering, Perak telah dikongsi untuk tatapan ramai.
Menariknya, kuburnya dikatakan bercahaya sewaktu jenazah yang merupakan seorang pesakit kanser hendak dikebumikan.
Gambar tersebut telah dirakamkan oleh sepupu Allahyarham sendiri.
Sejujurnya, kami tidak berani untuk memberikan ulasan mengenai sejauh mana kebenaran perkara ini.





Pelakon gred A Hollywood, Jodie Foster dilaporkan sudah pun mendirikan rumah tangga dengan kekasih sejantina, Alexandra Hedison, minggu lalu.
Menurut laporan E!, pasangan ini mula berpacaran sejak tahun lalu dan Hedison merupakan bekas kekasih kepada hos lesbian popular, Ellen DeGeneres.

Foster berterus terang kepada umum mengenai kecenderungan seks sejenis semasa memberikan ucapan dalam Anugerah Gloden Globe tahun lepas.

Sehingga kini masih tiada lagi maklumat lanjut mengenai perkahwinan mereka, tetapi California di mana kawasan yang didiami Foster membenarkan perkahwinan sejenis selain 16 negeri lain di Amerika Syarikat. 


Seremban: Seorang wanita berusia 43 tahun maut selepas bertindak bunuh diri dengan terjun daripada tingkat enam di tempat letak kereta di Terminal One di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Saksi kejadian hanya dikenali sebagai Sopian, 22, berkata, dia yang mahu mengambil keretanya di tingkat dua pasar raya itu ternampak wanita terbabit, Loh Kwee Moi mahu terjun daripada tingkat enam berkenaan. 


Katanya, dia yang menjerit meminta wanita itu tidak melakukan perbuatan itu gagal apabila wanita yang dilihatnya mengandung itu nekad terjun bersama beg tangannya. 


Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.


CHONGQING, China – Seorang lelaki dari bandar ini terpaksa dibedah setelah tali skip sepanjang 85 sentimeter tersangkut pada pundi kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia tersangkut selepas buruh berusia 58 tahun dari sini, Zhao Chenglin, memasukkan tali itu ke dalam zakarnya sebagai aksi satu permainan seks.

Dia memasukkan hampir kesemua tali itu ke dalam lubang kencingnya.
Namun, malangnya, tali itu tersangkut semasa dia cuba menariknya keluar.

Pemeriksaan di sebuah hospital kemudian mendapati tali itu bergumpal dan tersangkut pada pundi kencing lelaki tersebut.
Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan, Chenglin terpaksa hidup dalam kesakitan selama dua bulan sehingga rakannya berjaya memujuk seorang pakar di sebuah hospital untuk membantunya.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan pada hari sama sebelum tali itu berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar bedah, baru-baru ini.

Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, berkata dia menyedari sebagai seorang artis segala berita tentang masalah peribadi akan diketahui umum.
“Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure.
“Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang  saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya ‘masuk air’, saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini,” katanya melalui status terbaharu laman sosial Instagram miliknya.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau Adam (AF2) selepas rumah tangga mereka dikatakan menghadapi masalah.
Sumber berkata, kes mereka akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam dekat sini pada Isnin depan.
Fiza juga sejak beberapa minggu ini sering meluahkan perasaan melalui laman sosial Instagram miliknya iaitu menggunakan nama ‘puterimahsuri81′.

 Fiza meluahkan perasaanya di Instagram.
Sementara itu, Fiza berkata, cacian dan tomahan yang diberikan terhadapnya akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anaknya.Fiza meminta agar masyarakat memberi sedikit rasa simpati terhadap dia dan anak-anak untuk melalui masa-masa sukar ini.
“Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi.
“Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya,” pintanya.
Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.
Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.
Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.

SEORANG wanita yang juga ibu ditahan selepas disyaki membunuh tiga anaknya yang kurang upaya di kediaman mereka di selatan-barat London.
Tania Clarence, 42, dipercayai membunuh Olivia, 4, dan pasangan kembar Ben dan Max, 3, yang menghadapi masalah otot tulang belakang dengan cara melemaskan mereka, memetik Daily Mail.
Sewaktu kejadian, suaminya, Gary Clarence, 43, dan anak sulung mereka, Taya, 8, berada di Afrika Selatan.
Polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi oleh rakan keluarga tersebut yang memberitahu mereka tidak dapat dihubungi lebih dari 24 jam.
Ketiga-tiga mayat kanak-kanak tersebut ditemui di bilik mereka di tingkat atas.
Jiran-jiran yang ditemui menyifatkan Tania sebagai ibu yang penyayang dan kejadian tersebut merupakan satu tragedi kepada keluarga itu.
Wanita itu kini ditahan untuk siasatan dan turut menerima rawatan di Hospital St George kerana mengalami cedera ringan.

SEPANG – Menara kawalan trafik udara KLIA2 kini menjadi mercu tanda terbaru Malaysia apabila diiktiraf sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.
Ia sekaligus mengatasi menara di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand.
Ketinggian menara di KLIA2 mencecah 133.8 meter dari aras tanah dan 141.9 meter dari aras laut, melayakkannya diiktiraf dalam Guinness Book of Records sebagai menara kawalan trafik udara paling tinggi di dunia.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata menara ini yang dinamakan sebagai Tower West mula dibina pada 1 Mei 2012 dan mengambil masa 10 bulan untuk disiapkan. – Astroawani.com


KISAHNYA bermula sekitar sambutan Thanksgiving, 24 November 1971. Seorang lelaki membawa sebuah beg menghampiri kaunter tiket penerbangan Northwest Orient Airlines dan kemudiannya membeli tiket sehala penerbangan 305, trip pernerbangan 30 minit ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Lelaki itu kelihatan biasa sahaja penampilannya, seperti seorang ahli perniagaan gayanya. Beberapa ketika selepas pesawat 305 tersebut berlepas, ia dikhabarkan telah dirampas oleh lelaki itu!

Ketika menghampiri jurujual tiket Northwest Orient Airlines pada petang itu, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper. Semenjak itu D. B. Cooper adalah nama yang sangat popular untuk merujuk kepada lelaki yang tiada siapa tahu identiti dia yang sebenarnya, yang telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 tersebut.

Dia telah merampas pesawat tersebut ketika pesawat itu sedang terbang di ruang udara antara Portland, Oregon dan Seattle, Washington. Dia kemudiannya meminta wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun. Nasibnya kemudian tidak diketahui selepas dikatakan terjun daripada pesawat tersebut. Kes rampasan ini kekal tidak dapat diselesaikan dan antara kes rampasan pesawat paling ‘bizarre’ dalam sejarah Amerika.

Rampasan Pesawat Boeing 727 penerbangan 305 itu bermula kira-kira ia dalam suku perjalannya ke Seattle, Washington. Dan Cooper telah menyerahkan satu nota kepada Florence Schaffner, seorang pramugari. Pada mulanya Schaffner menyangka ianya hanya satu nota temujanji yang ditulis seorang ahli perniagaan yang sunyi, lantas dia memasukkan nota tersebut ke dalam tas tangannya. Cooper kemudian dengan tenang merapati Schaffner sambil berbisik ‘ Cik, sebaiknya awak perlu membaca nota itu terlebih dahulu, saya ada bom”.

Nota kecil yang ditulis kemas dengan semua huruf besar itu tercatat:
“SAYA ADA BOM DI DALAM BEG BIMBIT, SAYA AKAN MENGGUNAKANNYA JIKA PERLU. SAYA MAHU ANDA DUDUK BERSEBELAHAN SAYA. PESAWAT INI SEDANG DIRAMPAS”.

Schaffner, seperti mana yang diminta lelaki itu kemudian duduk disebelahnya. Schaffner kemudian meminta untuk melihat bom tersebut dan Cooper membuka begnya perlahan-lahan. Cooper kemudian meminta supaya wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun disediakan sebaik pesawat itu mendarat. Cooper juga meminta sebuah trak minyak bersedia untuk mengisi minyak pesawat sebaik sahaja mendarat.

Pesawat yang dirampas oleh Dan Cooper
Yakin dengan apa yang dilihat dalam beg Cooper, Schaffner lantas menyampaikan tuntutan lelaki itu ke kokpit, yang kemudiannya menghubungi pusat kawalan. Datuk Bandar kemudian mengarahkan supaya tuntutan-tuntutan Cooper dipenuhi kerana bimbang dia akan mencederakan penumpang. Pihak berkuasa lantas mengumpulkan wang bernot USD20 sebanyak USD200 000 dari beberapa buah bank sekitar, seperti yang diminta Cooper. beberapa minit kemudian pesawat itu mendarat, segala tuntutan diserahkan namun Cooper hanya melepaskan separuh dari pesawat pesawat itu. Dia kemudiannya mengarahkan supaya pesawat itu kembali terbang selepas mengisi minyak menuju Mexico.
Berdasarkan cerita Schaffner, lelaki yang dikenali sebagai Dan Cooper itu langsung tidak berpewatakan seperti seorang perampas kapal terbang. Tutur katanya baik, langsung tidak menggertak malah langsung tidak kelihatan seperti gentar atau gemuruh sepanjang dia merampas pesawat tersebut. Cooper juga menawarkan makan tengah hari kepada semua penumpang.
Selepas menerima semua tuntutan yang diminta, Cooper mengarahkan supaya pesawat itu kembali berlepas. Dalam penerbangan yang menghala ke Mexico itu, dia kemudian mengintai dari cermin pesawat dan dengan tepat boleh mengenalpasti di mana pesawat tersebut terbang ketika itu. Dari situ, Schaffner merasakan Cooper bukanlah calang-calang orang. Cooper kemudian memesan segelas minuman, menghabiskan minuman itu, mengambil wang sebanyak USD200 000, dan terus terjun dari pesawat.

Lakaran wajah Dan Cooper

Beberapa teori mengatakan Cooper mungkin bekas seorang paratrooper (anggota tentera payung terjun) atau seorang penerjun berpengalaman kerana berdasarkan skill dan perancangannya, dia bukan lelaki biasa. Agen khas FBI juga turut bersependapat. Dikatakan ketika Cooper terjun dari pesawat, kelajuan angin ketika itu mencecah 200 MPH dan cuaca amat gelap serta hujan. Peluang untuk dia terselamat amatlah tipis dan Cooper juga mungkin tahu mengenai itu. Seorang penerjun yang tidak berpengalaman tidak akan terjun dalam cuaca begitu.

Drama ini berlarutan meninggalkan tanda tanya. berdekad lamanya, Cooper tidak dapat dikesan malah tempat di mana dia melakukan terjunan juga tidak dapat dipastikan secara tepat. Pihak FBI juga menemui jalan buntu dalam menjejak Cooper melalui nombor siri wang yang dituntut lelaki itu. beberapa orang pernah ditangkap kerana menggunakan wang dari nombor siri wang tuntutan itu, namun dibebaskan kembali kerana tiada seorang pun dari mereka boleh dikaitkan dengan Dan Cooper.

BARANG BUKTI : Tiket Dan Cooper

BARANG BUKTI : Payung terjun yang dijumpai dipercayai milik Dan Cooper
Seorang kanak-kanak juga pernah menemui sebahagian dari wang tuntutan Cooper berjumlah USD5800 pada 1980 di pinggir sungai Columbia, vancouver, Washinton. Namun apabila siasatan menyeluruh dilakukan di kawasan tersebut, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa Dan Cooper mendarat atau terbunuh di situ.