Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
SEOUL – Polis Korea Selatan hari ini berkata mereka menahan seorang lelaki yang didakwa sengaja membiarkan anaknya mati kebuluran kerana ‘gila’ bermain permainan dalam talian di kafe siber.
Polis berkata, lelaki berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Chung itu ditahan semalam selepas penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia dua tahun di dalam plastik beg berhampiran tenggara bandar Daegu
Sebuah stesen televisyen telah menyiarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Chung di hadapan lif di apartmennya melihat rambut di dalam cermin sambil memegang sebuah beg plastik sampah yang didakwa mengandungi mayat anaknya.
Polis berkata, Chung bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sebelum mengaku membuang mayat budak malang itu. – AFP
Global
Kebiasaannya kita hanya berpeluang melihat pemandangan sesebuah bandar secara meluas bilamana kita berada di kapal terbang sama ada pergi atau pun balik dari destinasi.
Pemandangan yang dilihat memang menarik tetapi hanyalah untuk seketika berikutan kapal terbang bukannya dibawah kawalan kita ikut suka nak pusing sana sini.
Ehsan dari seorang pengguna Reddit, sejumlah gambar-gambar pemandangan 'mata burung' dari bandar-bandar seluruh dunia memberikan satu gambaran yang baru kepada kita melihat bertapa menariknya dan luarbiasanya sesebuah bandar itu.
1. Niagara Falls (Kanada)
2. Barcelona (Sepanyol)
3. Central Park, New York City (USA)
4. Dubai Islands (UAE)
5. Hedge Maze (England)
6. Mexico City (Mexico)
7. Venice (Itali)
8. Amsterdam (Netherlands)
9. Namib desert (Namibia)
10. Chicago (USA)
11. Tulip Fields (Netherlands)
12. Bern (Swirtzerland)
13. Dubrovnik (Croatia)
14. Paris (France)
15. Meskendir Valley (Turkey)
16. Shanghai (China)
17. Capetown (South Africa)
18. Moscow (RUssia)
19. Athens (Greece)
20. Vancouver (Canada)
21. Male (Maldives)
22. Seattle (USA)
23. Gaza Pyramids (Egypt)
24. Bac Son Valley (Vietnam)
25. Marina Bay, Dubai (UAE)
26. Rio de Janeiro (Brazil)
27. Terrace Rice Fields (China)
28. Vatican City, Rome (Italy)
29. Lake in Pomerania (Poland)
30. San Francisco (USA)
Pelbagai
Jarang-jarang sekali filem terbitan dan keluaran anak tempatan mendapat klasifikasi 18SX di mana terdapat babak yang memaparkan adegan seks yang tidak keterlaluan.
Namun, tahukah anda filem Malaysia pertama yang mendapat klasifikasi sedemikian?
Filem Litar Kasih yang diterbitkan pada 1996 merupakan filem pertama tempatan yang mendapat klasifikasi tersebut kerana terdapat sebanyak tujuh adegan yang tidak dipersetujui Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
Antara adegan yang dipotong adalah berkaitan dengan babak pelacuran, ciuman, lumba motosikal haram, rogol, suasana dalam kelab dan dialog yang mempunyai mesej lucah.
Litar Kasih merupakan arahan Eddie Pak yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman, Linda Rafar, Faizal Hussein dan Aishah Atan
Hiburan
Esiichatiekid ialah seorang bekas askar yang bekhidmat dengan tentera Thailand selama 6 tahun. Selepas bersara beliau mengikut naluri hati beliau dan berubah menjadi seorang kthoey yang jelita. Siapa kata askar tak boleh menjadi awek!
Sakit Mata
MILEY Cyrus mungkin masih menduduki ‘carta’ penyanyi remaja popular pada masa kini.
Namun, pada masa yang sama, kegemilangannya mula dirasakan semakin menurun hari demi hari.
Mungkin kerana itulah dia kembali memuatnaik gambar ‘panas’ menerusi akaun Instagramnya, baru-baru ini.
Ia memaparkan Miley hanya menutup payudaranya dengan lengan dan menggunakan tuala untuk menutup bahagian bawah tubuhnya.
Laman Fishwrapper.com yang menyiarkan gambar tersebut menyifatkan ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap seksi, sebaliknya hanya salah satu daripada gambar separuh bogel Miley yang bertujuan untuk menarik perhatian ramai.
“Baiklah Miley. Jika anda mahu menunjukkan payudara anda sebagai hiburan, ia menarik. Terima kasih untuk itu. Tapi jika ia cara untuk menarik kembali perhatian ramai, mungkin anda perlu membuat penilaian semula,” ujar penulisnya.
Nampaknya, sudah ramai yang mula bosan dan jelik dengan perangai buruk Miley
Hiburan
SEBELUM ini, kita pernah mendengar pihak bukan Islam yang mengadu kerana penggunaan pembesar suara yang kuat oleh masjid ketika melaungkan azan atau bacaan ayat suci Al-Quran.
Tetapi agak ganjil dan jarang jika yang menjadi pengadu kepada perkara-perkara begini datangnya dari umat Islam sendiri yang merungut gangguan ke atas mereka pada awal-awal pagi.
Lelaki itu yang berusia 56 tahun, sanggup sehingga membuat laporan polis berkenaan kes itu.
Dalam laporan polis berkenaan, lelaki itu turut berkata telah membuat laporan ke pejabat Jabatan Agama Islan Negeri Johor dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan untuk tindakan lanjut.
Tidak diketahui apakah tujuan lelaki ini membuat laporan polis kerana kes berkenaan. Jika diteliti laporan polis yang dibuat ada kemungkinan lelaki itu bukanlah jenis orang yang suka untuk bangun Subuh.
Dek kerana terganggu agaknya untuk tidur tergamak beliau membuat laporan polis.
Isu Panas
SELANTANG nada vokalnya, begitulah juga semangat kesukanan yang membara dalam diri penyanyi dan pelakon terkenal Ezlynn.
Sejak tujuh tahun lalu, Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 33, makin aktif meneruskan aktiviti berbasikal di dalam dan luar negara.

Mendapat sokongan penuh suami tersayang, Adam Fahmy Shamsudin, 38, yang juga pengurusnya, pasangan sejoli ini masih berada dalam percutian mereka di New Zealand selepas Australia. Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 17 April ini.
Kembara terbaru Ezlynn dan Adam itu selama 40 hari bermula sejak 7 Mac lalu. Mereka bermula di Australia selama 10 hari diikuti 30 hari pula di New Zealand yang terkenal sebagai lokasi filem epik Lord of the Rings.
Menceritakan perkara ini kepada RAP, kelmarin, Ezlynn berkata, ini kunjungan kali ketiganya ke Australia manakala yang pertama ke New Zealand. Tentunya pemilihan dua negara itu antara lain disebabkan adanya kemudahan trek untuk aktiviti berbasikal dengan ‘mountain bike’.
“Sebagai orang yang sukakan cabaran, kami berdua amat puas melakukan aktiviti berbasikal kerana banyak kemudahan disediakan di sini (New Zealand) seperti ‘bike park’ dan ‘trail’ basikal yang sangat menyeronokkan dan lengkap.
“Saya bertuah kerana Adam pun sudah biasa dengan selok-belok Australia kerana dia pernah belajar selama empat tahun di sana. Di New Zealand pula, kami sebenarnya mengambil kesempatan menyertai ‘Queenstown Bike Festival 2014’.
“Festival terkenal ini memang berlangsung setiap tahun di New Zealand. Percutian kami agak lama di sini dan sebab itu kami menggunakan karavan atau ‘campervan’ untuk menjelajah banyak daerah di pedalaman,” kata Ezlynn.
Menurut Ezlynn, dengan karavan juga mereka dapat menjelajah jauh hingga ke Pulau Selatan New Zealand iaitu hampir 2,000 kilometer perjalanan dengan merentasi sembilan bandar bermula di Christchurch hingga ke Queenstown.
Ezlynn berkata, di Sydney dan Melbourne, mereka memilih beberapa tempat seperti di Manly Beach, Manly Dam Trail dan Blue Mountains National Park, St Kilda dan Mt Buller.
“Manakala di New Zealand pula, kami berbasikal di Queenstown Bike Park, Lake Wanaka Trail, Lake Wakatipu Trail, Milford Sound Track, Seven Mile Trail, Deans Bank Trail dan Otago Railway Trail.
“Selain itu, tempat menarik lain yang sempat kami singgah adalah lokasi penggambaran filem Lord of The Rings di Glenorchy, The Chronicles of Narnia serta King Kong bertempat di Southern Alps.
Di samping itu, banyak lagi aktiviti dilakukan Ezlynn dan Adam termasuk meluncur ombak, ‘jungle trekking, berkayak, ‘paragliding’, menaiki bot laju ‘shotover’, bermain ‘luge’ menuruni bukit dan mendaki beberapa bukit setinggi 1,500 meter. Tidak ketinggalan tempat paling menarik dan cantik iaitu Milford Sound, Queenstown dan Dunedin.
“Di Sydney, kami sempat melawat Opera House, Harbour Bridge, Circular Quay, Manly Beach dan Paddy’s Market,” katanya.
Tambah Ezlynn lagi, mereka juga sempat menaiki kereta api dan kapal yang membawa mereka melihat pemandangan sepanjang pantai dan sungai di New Zealand. Di Dunedin, kami dapat melihat spesies penguin biru yang hampir pupus, ikan paus serta anjing laut di tepian pantai serta pulau terpencil.
Mengakui suka melancong, Ezlynn berkata, ia lebih bermanfaat daripada asyik membeli barang atau mengumpul harta benda semata-mata.
“Bagi saya, semua ciptaan Tuhan yang indah itu tidak dapat kita beli dengan wang ringgit. Kami sangat terharu dan bersyukur diberi peluang mengembara dan menyaksikan kekuasaan Allah SWT.
“Sebenarnya setiap tahun kami akan pergi bercuti sekurang-kurangnya sebulan di luar negara dan biasanya Adam akan memilih tarikh sambutan hari jadi saya. Sudah tiga tahun dia meraikan hari jadi saya dengan kembara di luar negara,” katanya.
Apa yang nyata, sepanjang menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri, Ezlynn dan Adam juga sudah melancong ke Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Jepun, Hong Kong, China, Taiwan, Thailand dan Indonesia.
Kenang detik jatuh cinta selepas berbasikal
Mengakui pada awalnya dia menganggap aktiviti berbasikal bukit adalah sukan lasak, Ezlynn berkata, dia sama sekali tidak menyangka akhirnya turut jatuh hati kepada sukan itu.
“Adam dulu meminati sukan berbasikal sebelum berjangkit kepada saya.
Menurut penyanyi lagu Hye Hye, Bye Bye ini, paling penting, sukan berbasikal itu adalah detik mereka mula jatuh cinta.
Menyifatkan aktiviti berbasikal dapat membantu penjagaan tubuh badan serta mampu mengekalkan berat badannya, Ezlynn berkata, selepas beberapa lama berkayuh, dia mulai sedar yang aktiviti itu juga dapat mendekatkan dia dengan alam sekitar.
Setakat ini, pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu memaklumkan dia mempunyai enam basikal iaitu lima jenis basikal ‘mountain bike’ termasuk Yeti, Scott dan Giant serta satu jenis basikal ‘chopper’ Schwinn.
Mengimbau semula pembabitan awalnya, Ezlynn berkata, mula-mula dia hanya membeli basikal yang asas saja dengan harga sekitar RM1,000 ke RM2,000.
Katanya, dengan basikal itu dia dapat membuat aktiviti berbasikal di dalam hutan.
Bagaimanapun, selepas hobi bertukar menjadi minat, dia turut membiasakan diri dengan proses mengubah suai dan menukar peralatan basikal kepada lebih berkualiti sehingga sudah melaburkan sekitar RM40,000 hingga RM50,000 untuk semua basikalnya.
Ezlynn dan Adam bercadang melancong pula ke negara Eropah seperti Itali dan Sepanyol. Kini dia masih dalam ‘mood’ merehatkan diri selepas berbulan-bulan memberi komitmen pada latihan teater Royal Arts Gala yang akan dipentaskan tidak lama lagi. – Metro
Hiburan
BERLIN – Sebuah mahkamah hari ini menolak tuntutan seorangremaja Islam berusia 16 tahun supaya diberikan hak untukmenunaikan sembahyang di sekolah.
Mahkamah Rayuan Berlin dalam keputusannya menyatakan bahawa mengekalkan keamanan di sekolah adalah lebih penting berbanding hak pelajar untuk melakukan kewajipan agama.
Mahkamah memutuskan bahawa sekolah yang terletak di daerah Wedding di ibu negara ini dihadiri oleh rakyat beragama Islam dari beberapa mazhab seperti Sunah, Syiah dan Alevi, dan pernah berlaku konflik antara mazhab berbeza itu mengenai agama.
Rayuan dibuat berikutan keputusan sekolah itu mengharamkan pelajar daripada bersembahyang secara terbuka di sekolah.
Remaja itu juga berharap agar disediakan bilik sembahyang khas, namun mahkamah memutuskan bahawa dia tidak berhak meminta perkara itu tetapi pihak sekolah dibenarkan menggunakan budi bicaranya.
Jerman mempunyai empat juta penduduk Islam dengan sebahagian besarnya berketurunan Turki.
Global
KUALA LUMPUR – : Seorang penyelia asrama warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam bilik sebuah hotel, tiga bulan lalu.
Awais Ul Haq, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Bache. Mengikut kertas tuduhan, lelaki yang mengalami masalah pendengaran itu didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun yang juga teman wanitanya dalam bilik sebuah hotel di sini, antara jam 2 dan 3.30 petang, 17 Januari lalu.
Bagi tuduhan itu, tertuduh yang menyelia asrama tempat mangsa belajar didakwa mengikut Seksyen 376(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.-HM
Isu Semasa
Keadaan tubuh yang aneh ini telah dialaminya selama 14 tahun dan sampai saat ini tidak ada ubatnya .
Ellie adalah salah seorang di United Kingdom yang menderita keadaan yang memalukan yang disebut Trimethylaminuria ( TMAU ) . Meskipun wanita berusia 44 tahun ini telah memakai sabun dan minyak wangi yang banyak tetap saja bau tubuhnya tidak berubah .
Keadaan tubuh Trimethylaminuria ini juga dikenali sebagai sindrom bau ikan . Keadaan ini memberi kesan yang sangat buruk bagi psikologi seseorang yang menghidapinya.
Ellie menderita Trimethylaminuria sejak usianya 30 tahun . Tubuhnya tidak mampu mengawal bau busuk yang dihasilkan ketika dia memakan makanan tertentu , seperti daging , susu , kopi , dan ikan . Makanan - makanan itu membuat tubuh Ellie berubah menjadi sangat berbau .
Walaupun Ellie telah mengelakkan mekanan tersebut tetap saja dia tidak boleh menghentikan bau tubuhnya . Hal ini menyebabkan dirinya mendapat ejekan orang lain di jalan dan pengangkutan awam .
Untuk mengilangkan bau busuk dari tubuhnya , Ellie mandi lima kali sehari . Namun , tetap saja tubuhnya masih menghasilkan bau yang tidak sedap .
" Pada awalnya saya tidak mengerti apa yang salah . Saya selalu menjaga kebersihan tubuh saya . Tapi , bau ini muncul begitu saja , " ujar Ellie , seperti dikutip dari Mirror , Rabu ( 9/4/2014 ) .
" Tapi perlahan - lahan saya sedar apabila orang asing mula memandang saya sambil memegang hidung mereka . Saya mendengar orang berbisik - bisik mengenai saya di pejabat . Setiap pulang kerja saya selalu menangis , " tambahnya .
Perlu masa tujuh tahun doktor untuk mendiagnosis keadaan setelah Ellie pertama kali memberanikan diri untuk memeriksa keadaannya pada 2005 .
Akhirnya Ellie menemui sebuah forum online bagi penghidap TMAU pada 2007 . " Walaupun sukar untuk menerimanya , tapi saya merasa lega kerana akhirnya saya menemui jawapan yang saya cari , " katanya .
Ellie dirujuk ke doktor pakar endokrinologi , seorang ahli hormon yang memberikannya antibiotik dan menyarankan untuk diet .
Seperti diketahui . keadaan Trimethylaminuria adalah gangguan metabolik di mana tubuh kehilangan kemampuan untuk memecah hormon Trimetilamina yang ditemui dalam makanan tertentu .
Trimetilamina kemudian dikeluarkan melalui keringat , air kencing , dan nafas , sehingga si pesakit mempunyai bau hanyir yang kuat .
Perempuan lebih mudah terkena Trimethylaminuria daripada lelaki, mungkin kerana hormon seks wanita boleh memburukkan gejala keadaan ini .
Penyakit Trimethylaminuria ini boleh mengakibatkan kemurungan dan masalah psikologi lain . Hal ini sangat jarang berlaku dan hanya segelintir orang yang telah diketahui menderita Trimethylaminuria.
Sumber: okezone.com
Global
Menurut laporan akhbar tempatan kelmarin, kelahiran “pelik” itu terjadi di sebuah ladang di Samita selepas induk kambing itu bunting selama sembilan bulan, satu lagi perkara luar biasa kerana kebiasaannya purata tempoh bunting binatang itu hanya kira-kira lima bulan.
“Saya terkejut apabila kambing itu terus bunting selama sembilan bulan sama seperti manusia. Tambah mengejutkan apabila kandungan itu dilahirkan. Saya ketika itu berada di luar kawasan.
“Pekerja ladang menghubungi saya dan memaklumkan yang anak kambing itu berwajah manusia. Ketika tiba di ladang, anak kambing itu sudah mati. Tetapi saya sempat melihat wajahnya,” kata pemilik ladang itu. - Agensi
Global
PENGAJARAN dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Baca juga: Pengalaman ‘semua dalam satu’…ganas dan seksi!
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di
rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)











































Recent Comments