Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun.
Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.
Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.
Modus Operandi:
Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.
Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.
Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan
Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.
Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan
Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.
Nasihat:
Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.
Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.
Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).
Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.
Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu)
Informasi
Pada 24 Disember tahun lalu, orang ramai di serata Malaysia dikejutkan dengan pendaratan ribuan ikan tamban di pantai Tambisan Lahad Datu, Sabah.
Kejadian itu mendapat liputan media massa dan akhbar-akhbar tempatan malah turut hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Maklumlah, ia pertama kali dilaporkan berlaku di Malaysia meskipun penduduk di kampung berkenaan memberitahu fenomena itu sudah beberapa kali berlaku.
Terbaru, kejadian sama didakwa berlaku di pantai Miri, Sarawak. Beberapa keping gambar fenomena pelik ini telah dikongsikan dalam fanpage facebook I Love Sarawak.
Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih belum disahkan kerana tiada sebarang video telah dimuatnaik di laman sosial mahupun di laman youtube bagi membuktikannya.
Isu Panas

KLIP video single antarabangsa Agnes Monica berjudul Coke Bottle dikecam oleh segelintir peminat berikutan penampilannya yang agak seksi.
Agnes telah menggayakan pakaian tradisional Indonesia dalam klip video itu.
Bagaimanapun Agnes memberi alasan dia tidak sempat untuk memberi ukuran baju kepada ibunya yang diminta membawa baju berkenaan sebelum penggambaran klip video dilakukan.
“Saya tidak sempat untuk memberi ukuran badan dan tidak sempat mencuba dahulu baju tersebut kerana sibuk dengan latihan.
“Saya akui ia agak seksi tetapi baju itu sangat cantik,” katanya.
Klip video tersebut mendapat perhatian beberapa media barat dan membuatkan namanya mula dikenali pada peringkat antarabangsa.
“Saya suka lihat Twitter dan radio di sana, mereka banyak memberi liputan tentang lagu tersebut.
“Ia adalah satu permulaan yang baik, saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar,” katanya.-Mstar
Hiburan
KEENGANAN Hanez Suraya memohon maaf kepada isteri teman lelakinya sebelum ini menyebabkan pelakon itu dikecam hebat orang ramai di laman sosial termasuk akhbar-akhbar tempatan.
Lebih
memburukkan lagi keadaan, Hanez cuba bertindak kurang bijak apabila
mengugut untuk menyaman Liyana kerana telah memalukan dirinya kepada
umum jika gagal memohon maaf.
Walau
bagaimanapun, menyedari sokongan orang ramai terhadap nasib yang
menimpa Liyana Manan termasuk beberapa rakan artis, ini mungkin sedikit
sebanyak memaksa Hanez untuk mengambil pendirian memohon maaf dan
bersemuka secara berdepan dengan Liyana.
Sememangnya
ini merupakan satu perkembangan baik buat bekas kekasih Awi Rafael itu
namun ramai peminat mendakwa ianya sudah terlambat. Apapun, jika Hanez
benar-benar ikhlas dengan permohonan maaf serta mengundur diri, mungkin
reputasinya dapat dipulihkan kembali.
Hiburan
DATUK Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen Khamis nanti.
Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini. Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.
Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha mencari sedang giat berjalan di Lautan Hindi?
Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat khamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini.
Anwar memang mahu bercakap mengenai perkara ini kerana beliau mengaku mempunyai pengetahuan meluas mengenai radar tentera berbanding orang lain, mungkin radar tu dia yang cipta atau sengaja mahu menipu rakyat dan melaga-laga kan negara lain dengan Malaysia.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pendedahan dari Anwar itu nanti.
Isu Panas

Ramona Zam Zam yang bukan sahaja 'mantap', seksi, tetapi juga begitu sosial sekali gaya hidupnya. Sebenarnya, kalau diikutkan pada keadaan sekarang ini, tidak perlulah kita nak terkejut bagai, sebab berpeluk-pelukkan dengan lelaki, berpakaian seksi,dan bersosial dikelab-kelab malam, itu semua memang sudah menjadi kebiasaan buat remaja-remaja masa kini, lebih-lebih lagi mereka-mereka yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur ini.
Admin malas nak komen tentang dosa dan pahala bila berkelakuan begitu, itu semua hal diorang dengan Pencipta. Tapi, yang tak sedapnya, bila ada artis-artis yang tidak cerdik seperti Ramona Zam Zam ini, baru saja nak masuk dunia seni, dah mula cipta kontroversi.
Dah tahu diri tu baru sahaja nak popular, peminat pula belum ramai, pandai-pandailah cipta nama dengan baik, ini tidak, baru satu dua babak jadi pelakon pembantu, sudah mula keluar cerita-cerita kurang menarik, dan letak pula gambar-gambar sumbang dalam laman sosial. Untuk apa semua tu? saja nak popular bikin gempakkan?
Gambar-gambar yang Admin dapat ni (hasil dari ManggaOnline), memang jelas mempamerkan sisi gelap Ramona. Tak silap Admin, gambar ini baru sahaja tersebar di Internet, dan mungkin diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada laman sosial, Facebook milik Ramona ini sendiri.
Kenapa yer perlu letak gambar-gambar seperti ini di laman sosial? Bukankah ia seperti sengaja untuk menempah maut?
Daripada apa yang Admin nampak, gambar-gambar ini memang bukanlah diphotoshop ataupun di sabotaj oleh mana-mana pihak tertentu, jadi Admin tak sabar nak dengar apa agaknya penjelasan daripada Ramona.
Hiburan

Sebut saja nama Kim Jong-Un, pastinya semua tahu nama itu milik siapa kalau tidak bukan Supreme Leader negara komunis, Korea Utara.
Kim Jong-Un jual satay di tepi jalan? Jangan terkeliru, itu sebenarnya gambar seorang peniaga jalanan di Beijing, China, yang mempunyai perwatakan yang hampir seiras dengan pemimpin Korea Utara itu.
Gempal dan berwajah bulat serta mempunyai potongan rambut yang sama seperti Kim Jong-Un, peniaga itu menjadi bualan ramai di media sosial China.
Identitinya tidak diketahui, tetapi yang pastinya beliau bekerja di bandaraya Shenyang di Timur Laut China, tidak jauh dari sempadan Korea Utara. Seperti Kim Jong-Un, peniaga itu juga sangat gemar memakai jaket berbutang penuh dan juga suka merokok.
Menurut seorang pengguna internet di China berkata:
"Jika Kim Jong-Un melihat gambar ini, saya yakin dia akan mengupah lelaki ini menyamar sebagai dirinya." -
Pelbagai
Carolina: Seorang lelaki 67 tahun mahu abu mayatnya diletakkan di dalam botol mayonis jika dia meninggal dunia kerana sangat meminati makanan itu.
Larry Clinton yang berasal dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) menggunakan mayonis hampir pada semua makanannya dan jenama kegemarannya adalah Duke’s Mayonnaise.
“Selain rasanya yang lazat, jenama ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Beberapa tahun lepas saya memberitahu isteri saya, jika saya meninggal dunia, saya mahu mayat saya dibakar dan abunya diletakkan di dalam botol mayonis itu, Kata Larry.
Namun, isterinya menganggap Larry hanya bergurau sehinggalah lelaki itu memberitahu “permintaan terakhirnya” itu kepada anak perempuannya, Teresa Clinton-Edge.
Teresa kemudiannya menghubungi syarikat mayonis berkenaan dan pihak syarikat bersetuju dengan permintaan itu.
Duke’s Mayonnaise menyiapkan dua botol khas dengan label jenama yang dicantumkan dengan nama Larry.
Permintaan Larry itu bukanlah yang pertama seumpamanya.
Awal tahun ini seorang lelaki di Ohio dikebumikan bersama motosikal Harley Davidson kesayangannya manakala pada 2008, pencipta bekas makanan ringan “Pringles”, Frederic Baur turut dikebumikan bersama bekas makanan itu ketika meninggal dunia pada usia 89 tahun. - Agensi
Global
Shanghai: Seorang wanita yang marah dengan suaminya selepas satu pergaduhan melepaskan geramnya terhadap anak lelaki mereka berusia lapan tahun dengan memotong tiga jari tangan kiri kanak-kanak itu.
Akhbar Shanghai Daily melaporkan wanita berkenaan dan suaminya bertengkar mengenai isu keluarga Rabu lalu sebelum si isteri yang terlalu marah menarik anak lelaki mereka ke dapur dan memotong jari budak terbabit.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital, namun tidak diketahui sama ada doktor mampu menyambung semula jari-jarinya.
Wanita itu kini ditahan polis. - Agensi
Global
Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki mangsa bunuh ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan sembelih di leher, kelar di rusuk kanan serta perut ditoreh dari dada ke pusat menyebabkan isi perutnya terburai di kawasan rumah pam air di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pada jam 7.40 malam itu, anggota polis yang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan menyebabkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke tempat kejadian.
Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan telentang dan masih lengkap berpakaian serta terdapat kesan tatu bercorak naga di dadanya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan suntikan BCG di lengan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dipercayai warga asing itu.
"Keadaan mayat itu cukup mengerikan apabila terdapat kesan sembelih di leher, kesan kelar di rusuk kanan, perut terburai selain kesan tikaman pada telinga di sebelah kanan serta kesan hentakan objek tumpul di sebelah kanan kepala.
"Kejadian bunuh dipercayai berlaku di tempat lain sebelum mayat itu dibuang di tempat ia dijumpai berdasarkan kesan darah yang sudah kering, selain tiada kesan titisan darah di tempat kejadian dan kesan pergelutan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. HM
Isu Semasa

Miami: Justin Bieber nampaknya tidak terlepas daripada skandal. Dalam pada dia membuat persiapan menghadapi perbicaraan pada 5 Mei ini, bekas kekasih Selena Gomez itu dilaporkan mengadakan parti ganja di sebuah hotel.
Laman web NY Daily News melaporkan Bieber dan teman-temannya dilihat berdiri di balkoni bilik sebuah hotel lima bintang di Miami, malah dia dikhabarkan menyewa lima bilik semuanya.
Seperti biasa, Bieber membuatkan tetamu lain hotel itu terganggu apabila dia dan rakan-rakannya membuat bising selepas berhimpun dalam biliknya.
Aduan dibuat selepas penghuni lain hotel berkenaan mendakwa terbau ganja dari bilik Bieber itu.
Ini bukan pertama kali Bieber dikaitkan dengan penyalahgunaan ganja, malah sebelum ini pesawat peribadinya didapati membawa dadah ketika diperiksa polis di New Jersey. - Agensi
Hiburan

Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.
Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.
Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.
Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum. HM
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
















Recent Comments