Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




Nampaknya, bukan setakat Qi Razali sahaja yang berkongsi foto persandingannya dalam drama bersiri Kalau itu jodoh Kita di laman Instagram malah Uqasha juga.

Mungkin merupakan salah satu cara untuk mempromosi drama berkenaan kepada penonton, Uqasha Senrose kelihatan begitu cantik dan anggun ketika menggayakan gaun pengantin. Beliau tidak ubah seperti Nelydia sehingga membuat segelintir peminatconfuse.

Sekali lagi penulis tertipu, nasib baiklah pemilik Instagram itu ialah Uqasha Senrose yang menggunakan nama uqashasenrose2. Kalau tak, memang confirm terkejut.



Mexico City: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa menikam mati ‘sahabat baiknya’ kerana menyebarkan gambar bogel mereka berdua di Facebook.
Mangsa, Anel Baez, 16, ditemui dengan 65 kesan tikaman di leher pada 19 Mac lalu selepas mengajak rakannya Erandy Elizabeth Gutierrez yang sering digelar ‘saudaranya’ ke rumahnya dalam usaha berbaik. 
Laman berita Mexico, Notus melaporkan, pasangan sahabat itu yang tinggal di Guamúchil, barat negara itu berselisih faham selepas Anel memuat naik gambar berkenaan ke Facebook. 



Menurut laporan itu, Erandy yang tiba di rumah Anel meminta menggunakan bilik air, namun sebaliknya pergi ke dapur untuk mengambil pisau sebelum menikam rakannya berkali-kali dan meninggalkannya dalam keadaan berlumuran darah.

Erandy melarikan diri, malah cuba menutup perbuatannya dengan menghadiri upacara pengebumian Anel dan menangis bersama rakan mereka.

Bagaimanapun, polis menahannya ketika upacara berkenaan. 

Erandy mula memuat naik mesej di Twitter mengugut bekas sahabat karibnya itu sejak awal tahun ini. 

“Walaupun saya nampak tenang, saya sebenarnya sudah berangan membunuh awak sekurang-kurangnya tiga kali,” katanya di akaun Twitter yang kini sudah dipadamkan. - Agensi

Texas: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan ibunya parah diserang anjing baka pit bull milik teman lelaki wanita berkenaan.
Kejadian berlaku Isnin lalu di sebuah apartmen di League City
Ketika polis tiba di tempat kejadian, anjing itu dilihat sedang membaham kanak-kanak berkenaan, manakala ibu mangsa berusaha menghalangnya. 

Sehubungan itu, polis terpaksa menembak mati anjing berkenaan sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

Jurucakap Jabatan Polis League City berkata, ibu mangsa turut dibawa ke hospital dengan kecederaan teruk pada tangan serta lengan.

Tahun lalu, seorang wanita di California maut dibaham beberapa ekor pit bull ketika berjalan berhampiran rumahnya. - Reuters

London: Seorang banduan berusia 27 tahun yang dipenjara kerana membunuh akan menjadi datuk paling muda di Britain selepas anaknya berusia 13 tahun hamil.
Selepas menyiarkan gambar dalam Facebooknya, bapanya yang dipenjara ketika dia masih berusia dua tahun kerana menikam seorang lelaki hingga mati, mendesaknya menggugurkan kandungan itu.
Bagaimanapun, rakannya memberi kata semangat kepada gadis itu yang hamil hasil hubungan dengan seorang budak lelaki sama usia dengannya.

Namun, tak semua rakannya menyokongnya. Ada yang menyifatkan keadaannya sebagai ‘amat memalukan.
“Memalukan. Ibu saya sudah pasti membunuh saya jika saya hamil pada usia ini,” tulis rakannya itu.

Identiti bapa dan anak tidak boleh didedahkan atas alasan undang-undang, Akhbar tempatan berkata, gadis itu sudah diberhentikan dari sekolah aliran perdana untuk ditempatkan di unit khas pendidikan yang ditubuhkan khusus untuk wanita muda yang hamil.

Dia tinggal di rumah yang disediakan kerajaan bersama ibunya yang sudah mempunyai teman baru.
Datuk paling muda di Britain sebelum ini ialah Shem Davies, 29, dari Bridgend, selatan Wales selepas anaknya Tia melahirkan anak pada usia 14 tahun.

Davies ketika itu berkata: “Saya sungguh marah. Anak saya lahir ketika saya berumur 14 tahun. Dan kini, pada usia sama, dia pula akan melahirkan anak. “Saya tahu begitu sukar bagi ibu bapa remaja membesarkan anak dan kini dia pula akan melalui nasib sama,” katanya. - Agensi

Lusaka, Zambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.
Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.
Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.


“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia.

Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.
“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya. Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.


Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.

“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. - Agensi

Georgetown : Polis mengesahkan lelaki ditemui mati di dalam longkang berhampiran asrama Desasiwa Restu, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, kelmarin, berpunca akibat kemurungan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, berdasarkan siasatan mangsa adalah mahasiswa tahun empat universiti berkenaan dalam jurusan farmasi.
Beliau berkata, mangsa berusia 23 tahun dan berasal dari Lahat, Ipoh, Perak dan tinggal bersebelahan asrama lelaki berhampiran dengan lokasi mayatnya ditemui.
“Siasatan dijalankan mendapati tidak ada saksi melihat kejadian dan melainkan maklumat dari rakan asrama mengatakan mangsa kelihatan murung sejak empat hari lalu.
“Mangsa dipercayai mengalami masalah peribadi dan kerap memencilkan diri sebelum mayatnya ditemui dalam longkang berhampiran tempat letak motosikal,” katanya.
Ismail berkata, berdasarkan siasatan di tempat serta pemeriksaan oleh pakar Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mangsa dipercayai terjatuh dari ketinggian 22 meter.
Pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa jatuh di atas tanah berhampiran longkang sebelum tergolek ke dalam longkang berikutan kawasan berkenaan curam.

“Pemeriksaan dilakukan menemui lumut di kaki mangsa selain kesan tapak kaki di atas bumbung bangunan membuktikan mangsa terjun dari tempat berkenaan.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk selepas jatuh di tempat tinggi dan tidak mempunyai sebarang unsur jenayah,” katanya.
Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan siasatan diteruskan untuk merakam percakapan rakan dan keluarga mangsa.
Dalam kejadian itu seorang pengawal keselamatan menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti di dalam longkang di sebuah asrama lelaki berhampiran tempat letak motosikal.

Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.
Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.
Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.
Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.

“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.



Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.


Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian. 
Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.



KEBENARAN sudah makin hampir dijangkau dan sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Menyayangi kita umat Bani Jawi dan umat Islam di Tanah Melayu kita ini.

CHECKMATE.
Sumber emel perisikan Amerika Syarikat yang telah digodam menunjukkan bahawa Amerika Syarikat secara aktif terlibat dalam merancang serangan terorisma keatas fasiliti ketenteraan di Ukraine untuk mengkambing hitamkan Rusia dengan menggunakan pesawat komersil yang telah dirampas dan kemudiannya diubah suai menjadi pesawat ”peluru berpandu”.
Oleh yang demikian nampaknya, pihak Amerika Syarikat sedang menggunakan senjata”serampang dua mata” di mana ia dapat melaksanakan bukan dua, malah tiga agenda serentak.

1. Menghuru harakan keadaan yang tegang di Ukraine dengan Rusia
2. Mencipta hura-hara di Malaysia di atas nama ”Peperangan keatas Terorisma”
yang kononnya melibatkan teroris  Al Qaeda.
3. Mengeruhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dengan China
Namun pada masa yang sama, keselamatan penumpang dan krew pesawat tidak-lah boleh dipastikan. Mungkin ia digunakan sebagai tebusan keatas Kerajaan Malaysia.
Sekarang tiada siapa boleh mempertikaikan dakwaandakwaan akan wujudnya konspirasi besarbesaran yang dirancang oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutusekutu baratnya, khususnya keatas Malaysia.Setakat ini belum ada masa lagi untuk menterjemahkan kandungan asal naratif emel tersebut. Kalau ada di antara saudarasaudari sekelian yang boleh membantu melengkapkan, bantuan anda sangatlah dihargai.
Bagaimanapun teorinya, kita sama-sama berdoa agar ada petunjuk untuk mencari kebenarannya.


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan hari ini telah mengedarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Pemangku Menteri Pengakutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, transkrip itu telah dikongsikan dengan ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat tersebut.
“Transkrip ini telah dikongsi dengan keluarga, dan disertakan sebagai Lampiran kepada siaran akhbar ini. Tidak ada petunjuk apa-apa yang mengatakan ada benda tidak normal dalam transkrip.
“Transkrip ini pada awalnya telah disimpan oleh pihak polis sebagai bahan siasatan. Sebelum ini, Malaysia Airlines telah menyatakan bahawa siasatan awal telah menunjukkan bahawa suara terakhir adalah dari pembantu juruterbang. Polis sedang mengesahkan perkara ini, dan pemeriksaan forensik berhubung rakaman sebenar sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan kepada pihak media pada Selasa.
Katanya lagi, pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia masih berpendapat bahawa, sehingga saat pesawat meninggalkan liputan radar utama tentera, pergerakan MH370 itu adalah selaras dengan tindakan seseorang di dalam pesawat.
Pada hari Isnin, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat adalah “Good night Malaysian 370″ (Selamat malam Malaysia 370).
Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.
Berikut merupakan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dengan kawalan trafik udara Kuala Lumpur:





KUALA LUMPUR – Penceramah antarabangsa terkenal Prem Rawat berkata penemuan berharga daripada tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh dijadikan pengajaran dan garis panduan oleh penumpang dan syarikat penerbangan.

“Tragedi seperti ini ada pengajarannya, nyawa manusia yang hilang juga, ada pengajarannya dan boleh dijadikan iktibar untuk meningkatkan keselamatan penumpang pesawat pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Penceramah berasal dari India ini juga merupakan juruterbang berpengalaman yang telah melakukan 14,000 jam penerbangan. Prem berkata beliau tidak percaya ada juruterbang yang sanggup melakukan tindakan negatif ketika menerbangkan pesawat.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan yang dialami juruterbang berkenaan kerana apabila mengemudi pesawat, tidak ada juruterbang yang tergamak membahayakan dirinya, penumpangnya dan pesawat yang dipandunya, tetapi akan  memastikan penerbangan kendaliannya berjalan lancar dan selamat,” katanya merujuk kepada spekulasi bahawa anak kapal MH370 mungkin melakukan sabotaj terhadap pesawat itu.

Prem dikenali ramai melalui kemunculannya dalam siri televisyen berjudul ‘Words of Peace’, yang telah memenangi pelbagai anugerah dan ditonton di 50 negara dalam 48 bahasa setiap minggu.

Melalui program selama 30 minit yang disiarkan ke seluruh dunia itu, Rawat memberi perspektif unik tentang cara yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk menikmati kehidupan yang tenteram dan bahagia.

Prem sedang dalam siri jelajahnya ke Malaysia untuk menyampaikan ceramah di Segamat, Ipoh dan Putrajaya.
– BERNAMA


“Cium pipi je, mak tak marah pun” demikianlah penjelasan seorang gadis bertudung apabila ditegur seorang rakan. Dia tanpa segan silu memuatnaik fotonya sedang bercium di Facebook.
Bagi penulis, adalah sangat bahaya memuatnaik foto-foto kurang sopan di Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga bakal berdepan risiko gambar berkenaan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.