Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

‹
›

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



HOMESTEAD, Florida – Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.
Penduduk setempat menggelarkan buaya itu ‘Big Boy’ kerana saiznya yang besar.
“Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas,” katanya.
Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut. – Agensi
Beijing: Lebih dari 10 ekor harimau dibunuh dalam satu persembahan bagi menghiburkan pegawai rasmi dan peniaga kaya di China.
Polis Zhanjiang merampas bangkai harimau yang baru dibunuh itu serta beberapa produk lain yang berasaskan harimau dalam serbuan baru-baru ini, lapor akhbar Nanfang Daily. 


Pegawai tempatan dan ahli perniagaan berjaya berkumpul bagi menyaksikan haiwan itu dibunuh sebagai simbolik status sosial mereka. 

Rakaman video perbuatan tidak berperikemanusiaan itu yang dimuat naik dua tahun lalu menunjukkan, mulut harimau yang dikurung dalam kandang besi itu dirodok dengan rod elektrik selama lebih 10 saat sehingga mati.

Seorang penyembelih berpengalaman dibayar untuk melapah daging haiwan berkenaan bagi mendapatkan bahagian penting.

Tulang harimau biasanya dijual pada harga 14,000 yuan (RM7,421) sekilo manakala daging pula mencecah RM530 sekilo. 

Menurut polis, penyembelih berkenaan yang mati selepas terjun kerana mahu melarikan diri ketika serbuan itu sudah membunuh lebih dari 10 ekor binatang. 

“Harimau itu mungkin disuntik pelali sewaktu di bawa ke sini, tetapi pembeli akan memeriksa dan memastikan harimau itu hidup sebelum dibunuh,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya, semalam. - Agensi

Oslo: Seorang remaja 18 tahun dari Norway melakukan sesuatu yang dianggap pelik apabila mentatu resit kedai makanan segera McDonald’s pada lengan kanannya.
Stian Ytterdahl yang berasal dari Lorenskog berkata rakannya mahu menghukumnya kerana dikatakan terlalu “aktif dengan perempuan”.
Tujuan sebenar tindakannya itu belum diketahui tetapi kawannya memberi dia dua pilihan sama ada mentatu gambar Barbie pada punggungnya atau tatu resit McDonald’s pada lengannya.
Kedai Tatu Sabelink di Lillestrom melukis tatu berkenaan kelmarin.
“Kini saya seperti papan tanda bergerak tetapi ia hanya untuk seronok-seronok.
Mungkin ia akan jadi tidak seronok selepas saya berusia 50 atau 60 nanti.

Namun ia pilihan saya,” kata Stian.

Tatu itu yang hampir memenuhi keseluruhan lengannya menunjukkan senarai makanan yang dibeli di McDonald’s.
Jurucakap McDonald’s Norway berkata Stian memang pelanggan yang “setia”.
Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.
Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.
Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.



Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.

Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.
“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-KorsÃ¥s

Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.

Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur. 

Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.

Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.

“Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya.- Agensi

Pasir Puteh: “Saya sangka dia mahu minum air dari botol dibawanya ketika menghampiri kami namun sangkaan saya meleset apabila tiba-tiba dia menyimbah cecair ke muka dan badan kami hingga menyebabkan rakan saya menggelupur kepanasan,” kata remaja berusia 14 tahun yang melecur bersama rakannya akibat disimbah asid ketika membeli burger di sebuah gerai di Kampung Banggol Pak Esah, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Emi Azman, 22, cedera parah dengan melecur teruk di muka dan badan manakala remaja berkenaan Tuan Zulashraf Tan Yaacob, yang membonceng motosikal rakannya itu melecur di muka, bahu dan betis akibat terkena percikan asid berkenaan.
Tuan Zulashraf yang menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, dibenarkan keluar namun rakannya itu terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan ditempatkan Unit Rawatan Kebakaran.

Ketika kejadian kedua-dua mereka berada di atas motosikal menunggu burger siap apabila disimbah asid oleh lelaki yang dikenali itu.Menurut Tuan Zulashraf, selepas terkena simbahan asid itu, rakannya memecut motosikal untuk melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan turut dikejar suspek sebelum lelaki itu menghilangkan diri.

KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.
Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.
Premia berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung.

Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.

“Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.


“Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

KUALA LUMPUR: Jepun adalah negara terbaru mengesan objek pada imej satelit mereka yang mungkin berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.


Objek itu terapung kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth iaitu di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

Maklumat tersebut sudah diberi kepada pihak Malaysia, katanya.
Namun, belum terdapat pengesahan objek itu berkaitan dengan pesawat MH370 yang hilang, 8 Mac lalu.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini. - Agensi



Kuantan: Seorang wanita mengandung empat bulan, nekad mengerah kudrat berlari sejauh 100 meter mengejar pencuri yang melarikan sehelai kemeja-T berharga RM130 dari gerainya di Teluk Chempedak, tengah malam semalam.

Bagaimanapun, usaha wanita berkenaan, Kodeeyah Leeae, 26, berjaya apabila suspek berusia 17 tahun berjaya diberkas dengan bantuan orang awam yang turut mengejar remaja itu selepas mendengar jeritan mangsa.

Menceritakan kejadian, Kodeeyah yang mengandung anak sulungnya berkata, sebelum kejadian jam 12 tengah malam, dia berada di gerainya sambil menunggu pelanggan sebelum seorang lelaki masuk sambil mencuba sehelai baju.

Menurutnya, bagaimanapun lelaki terbabit meletakkan baju itu sebelum keluar dari gerainya namun kembali beberapa minit kemudian untuk bertanyakan harga baju berkenaan.

Katanya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa apabila lelaki terbabit beredar selepas diberitahu harga baju berkenaan, tetapi dia kembali bersama tiga rakan dan mencuri baju itu.

“Melihat lelaki itu melarikan diri, saya nekad mengejarnya dibantu seorang peniaga lain, Ahmad Jalaluddin Abdul Jamil, 24, yang turut mengejar suspek.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan kerana berjaya memberkas suspek dan menemui semula pakaian yang dicuri,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ahmad Jalaluddin berkata, dia bertindak mengejar suspek terbabit selepas mendengar mangsa menjerit sekuat hati untuk meminta pertolongan.

“Dia (suspek) memang ada membeli baju dari kedai sebelah, tetapi sehelai lagi curi manakala tiga lagi rakan suspek sempat melarikan diri dengan masuk ke dalam hutan berhampiran,” katanya memaklumkan suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk tindakan lanjut.

SELEPAS CNN dikritik dan dikecam rakyat Malaysia yang menuduh kita gagal dalam menguruskan krisis berkaitan syarikat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kini Daily Mail dari United Kingdom pula dilihat sengaja mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Di laman webnya, satu laporan bertarikh semalam mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang yang sedang bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria.
Ia jelas satu dakwaan berniat jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am semalam sebelum berlangsungnya Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
Tuanku Hajah Haminah dirakamkan gambarnya tertawa dengan ceria dan disiarkan di laman web Daily Mail dengan tajuk yang begitu tebal bermaksud provokasi media yang melampau.
Gambar berkenaan cuma satu gambar sahaja yang dirakamkan baginda sedang tertawa ketika bersama-sama pemain golf antarabangsa yang turut sama menghadiri program itu.

Acara itu berlangsung di Kelab Golf Glenmarie.
Menurut laporan itu, gambar itu dirakamkan ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai negara sedang berada di selatan Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 yang telah diumumkan kerajaan Malaysia berakhir di situ.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan penerimaan petunjuk baru berupa imej satelit diterima Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dari Airbus Defence And Space di Perancis.
Dakwaan Daily Mail ini jelas melampau kerana ia mencemuh sistem beraja berperlembagaan di Malaysia padahal Tuanku Hajah Haminah hanya menyertainya pastinya atas dasar jemputan rasmi.
Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu atas keceluparan dan kelancangan media antarabangsa yang semakin dilihat menjadi-jadi mengkritik kerajaan dan juga sistem beraja biarpun mereka dibenarkan berada di sini untuk membuat liputan mencari MH370 sahaja.
Jika pihak kedutaaan Malaysia perlu memanggil editor Daily Mail untuk menjelaskan perkara berkenaan, eloklah dilakukan sebagai peringatan kepada media antarbangsa untuk tidak sewenang-wenangnya menulis laporan berita mencemuh Malaysia di saat kita sedang bertarung kesedihan menanggung kehilangan orang tersayang. 

AGENSI berita AFP hari ini melaporkan Thailand mendakwa imej satelit mereka menunjukkan kira-kira 300 objek terapung di sekitar lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.
Perkembangan terbaru ini pastinya akan membawa Thailand kini menjadi tumpuan media dunia yang kesemuanya masih diselubungi teka-teki berkenaan di mana lokasi pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, sehingga kini status imej itu samaada sudah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Pusat Penyelarasan Operasi Menyelamat Australia di Perth masih belum lagi dapat dipastikan.
Laporan berkenaan diketahui kebanyakan media melalui tweet AFP yang disebarkan menerusi twitter rasmi agensi berita itu hari ini.
Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini akan berlangsung seperti biasa pada pukul 5.30 petang
Ia berkemungkinan akan menyebutkan mengenai perkembangan terbaru ini berkenaan imej yang dikatakan dikesan oleh Thailand berkenaan


KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.
 
Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.

Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker.

"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya.

Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama


BAGI pengguna laman sosial, terlalu banyak ulasan serta teori yang mengaitkan kehilangan dan tragedi pesawat MH370. Namun, antara teori yang paling hangat diperkatakan ialah penglibatan kuasa besar Amerika Syarikat dalam istilah yang disebut sebagai “konspirasi Diego Garcia” – lapangan terbang milik negara Uncle Sam yang dikatakan menjadi lokasi MH370 “disembunyikan”.
DUA warga Iran yang dikaitkan sebagai agen US dalam pesawat MH370.

Benarkah begitu? Jika benar, apa fakta-fakta yang mampu menyokong teori ini?
Jika lapan saintis China dan ratusan lagi rakyatnya berada dalam pesawat berkenaan, sudah tentu kerajaan negara tersebut tidak akan berdiam diri dan akan terus menyiasat sama ada benar rakyatnya menjadi mangsa satu konspirasi dahsyat.
Walaupun wujud sentimen anti-Malaysia di Beijing ekoran tragedi itu, kerajaan China dilihat masih fleksibel dalam bekerjasama dalam hubungan bilateral dengan Malaysia untuk merungkai segala misteri kehilangan MH370.
Namun, dalam keadaan apa sekalipun, segala spekulasi mesti berdiri atas fakta dan hujah yang berasas. Melihat perkembangan isu ini, Malaysia dilihat mengambil kira segala kemungkinan dan dalam ‘teori konspirasi Diego Garcia’ ini, ada beberapa petunjuk bahawa Malaysia serius untuk mengenal pasti sejauh mana kebenarannya.
Penulis menarik perhatian mengenai penghantaran komando Malaysia ke negara di lokasi rahsia di koridor utara seperti India dan Maldives untuk menjejaki pentunjuk MH370. Ia tetap dilakukan walaupun kerajaan mengumumkan penerbangan itu sudah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Persoalan paling besar yang menuntut jawapan ialah bagaimana MH370 yang sepatutnya menuju ke Beijing boleh mengubah laluannya sehingga tersasar jauh hampir 360 darjah ke Lautan Hindi?
Apa pula kaitannya dengan data mengenai lapangan terbang Diego Garcia yang terdapat dalam simulator juruterbang MH370? Perlu diingat siasatan terhadap simulator berkenaan juga disertai Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Kalau benar ada pihak yang sengaja mematikan transponder, apa motifnya? Kalau benar pesawat terhempas, adakah ia memang sengaja dilakukan di lautan terpencil dengan kedalaman lebih 4,000 meter yang sukar untuk memungkinkan kotak hitam pesawat dijumpai?
Walaupun ada mendakwa mustahil untuk pesawat berkenaan dikawal oleh alat kawalan jauh, tetapi ramai tidak tahu bahawa Boeing telah mencipta aplikasi yang membolehkan perkara itu dilakukan selepas pesawat syarikat itu pernah digunakan untuk merempuh menara berkembar Word Trade Center pada 2011.
Namun, Malaysia kini berdepan dengan tekanan dunia. Jika mengikut teori berkenaan, itulah perancangannya supaya Malaysia boleh menjadi mangsa di tengah-tengah pertelagahan kuasa-kuasa besar dunia.
Sejauh mana Malaysia mampu bertahan?

NWP