Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Tokyo: Seorang bayi mati selepas dilahirkan pramatang dalam pesawat Cathay Pacific dari Hong Kong ke New York.
Menurut sumber, ibu bayi berkenaan yang sarat mengandung dibenarkan menaiki pesawat terbabit oleh doktor, namun mula sakit bersalin selepas kapal terbang itu berlepas. 
Penerbangan itu terus dialihkan ke Tokyo manakala wanita itu dan anaknya dikejarkan ke hospital, namun bayi itu disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. - Agensi

Tokyo: Kanak-kanak di sebuah bandar di Jepun dilarang menggunakan telefon bimbit selepas jam 9 malam dalam usaha menangani masalah pembulian siber.
Jurucakap lembaga pendidikan Kariya berkata, bermula April ini, 13,000 kanak-kanak berusia antara enam dan 15 tahun di bandar itu akan terikat dengan peraturan baru itu. 
Usaha ini diharapkan mampu menghalang golongan itu terjebak dalam kes pembulian siber, menghabiskan masa bertukar-tukar emel menggunakan telefon bimbit selain mengekang kesan negatif lain akibat penggunaan berlebihan aksesori itu. 

Inisiatif itu hasil usaha polis, pekerja sosial dan guru. Bagaimanapun, ibu bapa tidak akan dihukum jika anak mereka tidak mematuhi peraturan berkenaan.

Ibu bapa bagaimanapun diminta mengambil semua telefon bimbit selepas jam 9 malam dan memantau penggunaan laman web anak mereka dalam kempen yang membabitkan 21 sekolah itu.

Beberapa minggu lalu, kerajaan mendedahkan statistik menunjukkan penggunaan tinggi telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun. 

Mengikut statistik itu, kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menghabiskan masa online 107.4 minit secara purata sehari menggunakan telefon bimbit. 

Cadangan mengehadkan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak Jepun pertama kali dibuat pada 2008 berikutan masalah pembulian siber kini dihadapi kanak-kanak dan ibu bapa di seluruh dunia. - Agensi

KUALA LUMPUR: Penemuan kotak hitam mungkin tidak akan memberi jawapan yang menjelaskan mengapa pesawat Malaysia Airlines MH370 bertukar arah ke Lautan Hindi walaupun ia dapat djumpai, menurut pakar penerbangan.
Ini berdasarkan perakam suara kokpit di dalam kotak hitam yang hanya dapat merakam perbualan dua jam terakhir penerbangan, kata syarikat perundingan penerbangan Amerika Syarikat Leeham Co. 
Ini bermakna perbualan penting ketika pesawat berpatah balik berhampiran Malaysia dan Vietnam mungkin tidak dirakam. 
“Apa yang berlaku di ruang udara Teluk Thailand tidak akan didedahkan kerana akan diganti dengan rakaman pada penghujung penerbangan MH370,” menurut ulasan syarikat itu.

Tambah Leeham lagi, rakaman terakhir itu juga mungkin tidak mempunyai maklumat penting yang dapat diguna oleh penyiasat terutamanya jika ia dipercayai kehabisan minyak atau terhempas ke dalam air.
Sementara itu, pakar penerbangan Britain Chris Yates berkata, soalan mengapa pesawat tidak mengikuti laluan asal mungkin tidak akan terjawab dengan penemuan kotak hitam itu.

“Kami masih tidak dapat mengetahui keadaan mental juruterbang dan penolongnya ataupun jika pesawat itu dirampas pihak ketiga,” katanya kepada BBC. 

“Tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab sejak kejadian ini berlaku.” Analisis data satelit terbaru memberi petunjuk pesawat itu dikesan kali terakhir di selatan Lautan Hindi tetapi lokasi tepat belum diperoleh lagi. 

Beberapa puing dikesan di kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Australia tetapi objek tersebut belum dapat ditemui pasukan pencari antarabangsa setakat ini. 

Bateri yang menguasakan isyarat lokasi kotak hitam juga akan bertahan kurang dua minggu lagi. 

Alat pengesan daripada Amerika Syarikat akan dihantar ke kawasan pencarian tetapi cuaca dan keadaan laut tidak sesuai telah menghalang usaha menentukan lokasi kotak hitam. - AFP

KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di tengah Selatan Lautan Hindi, tumpuan kini beralih kepada data satelit INMARSAT yang digunakan untuk mengesan laluan penerbangan pesawat berkenaan.
Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kaedah yang digunakan adalah rumit dan yang pertama kali untuk siasatan insiden seumpama ini.
Selain itu operasi mencari dan menyelamat di Koridor Selatan yang ditangguhkan hari ini berikutan faktor cuaca akan disambung semula secepat mungkin.

Berikut sesi soal jawab media dan Hishammuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Soalan: Kenapa baru 12 Mac, kerajaan Malaysia mengumumkan pesawat itu hilang di Lautan Hindi dan di mana anda mendapat bukti?
Azharuddin: Kami dapat maklumat daripada satelit dan INMARSAT. Kemudian kami perlu lakukan banyak analisis sebelum membuat pendedahan.

Soalan: Bolehkah berikan data terperinci mengenai paten pesawat, ketinggian dan lain-lain perkara?
Hishammuddin: Segala data terperinci akan kami agihkan kepada media kemudian. Jika selepas ini kamu ada soalan berkenaan data tersebut, sila e-mel kepada kami dan kami akan menjawab pada keesokan hari.

Soalan: Adakah bukti baru berkenaan pesawat terbabit terhempas di Laut Hindi?
Hishammuddin: Kami telah berbincang dengan pakar-pakar tetapi semua persoalan itu cuma boleh dijawab bila kita jumpa kotak hitam. Kita tidak akan mendedahkan penemuan baru kerana akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

Soalan: Ramai ahli keluarga penumpang mahu bukti kukuh?
Hishammuddin: Saya tahu perkara terbabit. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberitahu mereka tanpa kita telah pastikan bahawa serpihan pesawat terbabit adalah serpihan pesawat MH370. Bagaimanapun, saya optimis dan kita akan buat sedaya upaya.

Soalan: Kenapa sehingga hari ini masih belum ada bukti kukuh penumpang telah meninggal dunia dan apakah bentuk insurans disediakan oleh MAS?
Hishamuddin: Kedudukan pesawat terakhir, saya panggil lokasi am di tengah laut Hindi. Pesawat terbabit membawa minyak yang minimum dan tiada bukti pendaratan di darat. Jadi, kita boleh merumuskan bahawa pesawat terbabit jatuh di dalam air dalam tempoh 17 ke 18 hari dan adalah sukar untuk penumpang selamat dalam tempoh itu. Selain itu, kami juga sedang bekerja keras bagi menyediakan bantuan kewangan sewajarnya bagi mengurangkan beban keluarga penumpang.

Soalan: Bagaimana siasatan terkini simulator?
Khalid: Siasatan terhadap simulator masih lagi dijalankan dan tunggu laporan daripada rakan kita dari luar negara

Soalan: Adakah Malaysia masih akan mengetuai pasukan penyiasat utama?
Hishammuddin: Kita akan memastikan koordinasi kesemua 26 negara lain di dalam misi pencarian dan menyelamat. Malaysia akan merangka pelan untuk menjadi negara yang mengetuai.

Soalan: Sekiranya negara lain menarik diri, adakah Malaysia akan tetap meneruskan misi?
Hishammuddin: Tetap dan kita akan teruskan setelah mengambil inspirasi daripada kegigihan pasukan penyelamat Perancis sewaktu tragedi Air France selama dua tahun. Mereka juga berkongsi maklumat dengan kita.

Soalan: Apakah yang akan dibuat untuk menenangkan keluarga penumpang di China berikutan dakwaan mereka kerajaan Malaysia tidak menyalurkan maklumat tepat?
Hishammuddin: Kita akan sentiasa telus. Kita konsisten dalam pendirian kita. Apa jua spekulasi di luar sana dan apa jua tuduhan dilontar kepada kita, kita tidak akan berganjak daripada fokus utama iaitu mencari pesawat berkenaan. 

Soalan: Adakah betul seperti yang anda beritahu di Parlimen yang kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya siasatan khas?
Hishammuddin: Itu tidak betul kerana, itu hanya cadangan di Parlimen dan saya tidak boleh membuat keputusan sendiri. Tetapi apa yang saya boleh beritahu ialah Angkatan Tentera Malaysia sedang mengendalikan siasatan mereka sendiri. Bagaimanapun, saya akan mengusulkan suruhanjaya siasatan diraja ini pada mesyuarat Kabinet nanti.

Soalan: Adakah serpihan pesawat akan dibawa ke Australia jika ditemui?
Hishammuddin: Saya tidak boleh memberi jawapan sekarang sama ada serpihan akan dibawa ke Australia. Saya akan memberi jawapan kemudian.

HM




Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan tanpa pakaian , lapor sebuah akhbar di Hong Kong.


Flora yang berusia 20 an akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa. “Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan,” katanya kepada akhbar South China Morning Post.



Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar  di Hong Kong. Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak. Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.

Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya.

Flora mengatakan bahwa dirinya tidak pernah memasak di restoran atau di mana pun, hanya saja ia sangat suka memasak. Dia juga berharap acaranya yang sedikit sensual ini dapat menarik perhatian para lelaki untuk datang ke dapur.

Acara yang dibawakan oleh Flora, penontonnya memang rata-rata semuanya lelaki-lelaki. Dengan berbekalkan keseksiannya itu, ia berharap kaum lelaki tertarik untuk ke dapur. 


Pakar industri penerbangan beranggapan andai kotak hitam penerbangan MH370 ditemui pun, ada kebarangkalian misteri yang menyelubungi kehilanganya tidak akan terjawab sampai bila-bila.
Mengikut laporan AFP mereka percaya perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit tidak mungkin menjawab tentang teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.
Benar… banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab semata-mata berdasarkan rakaman perbualan itu sahaja.
Antaranya… sukar untuk difahami mengapa ia melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam…
Sukar untuk difahami juga mengapa ia diterbangkan di bawah radar…untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak?
Tidak ada panggilan kecemasan dibuat… Mengapa? Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat.
Semua petanda memperlihatkan ia dirampas dan perkara itu disahkan pasukan penyiasat kerajaan.
Namun, pada masa yang sama… tidak ada sebarang tuntutan wang atau politik pun yang dibuat…MENGAPA?
Seolah-olah ia dilarikan dari laluan asal semata-mata untuk ditamatkan hayatnya di Lautan Hindi.
Tetapi, mengapa perlu mengambil risiko untuk terbang rendah masuk kembali ke semenanjung Malaysia andai niat di hati adalah untuk menjunam di Lautan Hindi?
Kalau laut yang dicari… mengapa tidak terus ke Lautan Pasifik? Dengan itu tidak perlu terbang rendah bawah radar… Mengapa harus ke Lautan Hindi?
Kalau hendak kata kapal itu terbakar… takkan dari pukul 1 pagi sampai 8 pagi ia terbakar?  Ping terakhir ke satelit adalah pukul 8.11 pagi… bermakna ia masih terbang antara masa ia hilang hubungan ke waktu ping terakhir.
Semuanya tidak masuk akal… sebab itu kehilangan MH370 adalah misteri terhebat industri penerbangan dunia.
Apabila kita berhadapan dengan suasana yang begitu kompleks… maka gerak kerja kita pun tidak boleh teratur. Menghukum kerajaan Malaysia sebagai lemah dan sebagainya hanyalah sikap ‘benci semua yang kerajaan buat’ semata-mata dan bukannya memberikan ruang secara rasional bersandarkan realiti kejadian.
Pada masa ini, cabaran terbesar Malaysia adalah untuk mendapatkan kotak hitam kapal tersebut bagi mula mendapatkan petunjuk-petunjuk penting untuk menentukan punca kapal terbang itu hilang selepas ia bertolak dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac.
Perjalanan yang mengelirukan itu… rasanya akan kekal sebagai misteri selama-lamanya….MYNEWSHUB



KETIKA negara sedang sedih kerana tragedi pesawat MAS MH370 kehilangan di lautan Hindi dan kerajaan telah melakukan yang terbaik dalam usaha mencari pesawat yang hilang itu. Turut di bantu oleh banyak rakan negara dengan aset aset mereka.
Rupanya ada seorang juruterbang Airasia bernama Krish Jejendira yang masih pertikaikan kesahihan pesawat itu telah terhempas atau meletup di Lautan Hindi. Juruterbang jni juga mengatakan bahawa kerajaan ada maklumat yang tidak diberitahu kepada umum atau cuba menyembunyikan perkara sebenarnya.
Elok Tony Fernandes memberi amaran juruterbang di syarikat AirAsia untuk menjaga mulutnya yang kemungkinan mabuk pada ketika membuat kenyataan tersebut.

NWP


RASANYA semua peminat pelakon comel, Nora Danish sudah sedia maklum bahawa wanita ini dan Nedim Nazri dikatakan sedang hangat bercinta.
Melalui laman Instagram mereka, jelas kelihatan perasaan cinta antara satu sama lain walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat mengenai hubungan itu.
Namun, semalam kami dikejutkan dengan sekeping foto yang dimuat naik oleh Nora yang jelas menunjukkan kekasihnya itu dimasukkan ke wad.
Melalui status Instagram yang dimuat naik oleh Nedim, khabarnya, Nora terus ke hospital untuk melawat buah hatinya itu sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran.
Nora juga dilihat telah memberi kata semangat melalui status-statusnya yang mendoakan supaya Nedim cepat sembuh dan pulih seperti biasa.
Selain Nora, peminat pasangan romantis ini turut mendoakan kesihatan Nedim. Apapun, semoga Nedim cepat sembuh dan kami harap pasangan ini cepat-cepat ke jinjang pelamin. Bolehlah Nora sentiasa jaga buah hatinya selalu.-Ohbulan


PENAMPANG : “Kalau kamu (pasukan keselamatan) dekat, saya potong kepala sampai putus.” Demikian ugutan seorang lelaki yang lalok apabila cuba membunuh dirinya dalam kejadian di Jalan Penampang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, lelaki berusia 20 tahun itu bertindak demikian dipercayai akibat mengambil dadah jenis syabu sebelum disedari anggota polis lalu cuba menahannya menyebabkan lelaki terbabit mengugut mahu mengelar lehernya.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu gagal apabila anggota polis dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu, berjaya menahannya daripada mencederakan dirinya dengan sebilah pisau pemotong sayur.
Menurut sumber, ketika kejadian, lelaki terbabit menyedari kehadiran anggota polis di lokasi kejadian lalu terjun ke dalam parit besar di tepi jalan di Jalan Penampang.
“Anggota polis cuba memujuk lelaki terbabit supaya tidak bertindak sedemikian namun gagal, malah lelaki terbabit menikam badannya beberapa kali.-HM

Ini merupakan foto penumpang termuda penerbangan MH370, seorang kanak-kanak perempuan, Wang Mohen yang berusia dua tahun.
Tiada siapa menduga percutiannya bersama kedua ibu bapa ke Malaysia berakhir dengan tragedi apabila MH370 disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi, semalam.
Wang Mohen dan bapa, Wang Rui dan ibunya, Jiao Weiwei menaiki pesawat tersebut untuk kembali ke Beijing selepas menghabiskan percutian di Malaysia.
Menurut seorang rakan rapat keluarga itu, Xie Yongzhen berkata kepada New York Times, Wang Rui sekeluarga bercuti ke Malaysia untuk ‘melarikan diri’ seketika daripada kualiti udara tidak sihat yang melanda Beijing, baru-baru ini. 
                                             
Di saat semua orang sedang menumpukan perhatian pada sesuatu isu, seperti biasa pasti ada malaun yang menjadi keyboard warrior semata-mata mahu meraih populariti murahan di laman siber.
Itulah yang berlaku sejak semalam apabila seorang pengguna Twitter menggunakan twithandle @Zharif32 atau Zharif Hakim didapati mengeluarkan status-status bodoh lagi tidak sensitif.
Berikut antara twit yang dikeluarkan oleh manusia kurang akal ini:
Paling JAHAT, Zharif membalas twit yang dimuatnaik anak Ketua Pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari yang sedang bersedih dengan kata-kata yang amat kasar.


Walau apa pun masalah dia ini, diharapkan pemilik Twitter @Zharif32 akan diberikan hidayah agar menjadi manusia yang lebih baik di dunia ini.
Atau sebaliknya, mungkin jika dia ditimpakan ujian seperti keluarga penumpang pesawat MH370 barulah dia ada akal sikit kot.

Memang bertuah Lisa Surihani!
Selain menjadi jemputan bagi saluran televisyen E! News Asia untuk program istimewa, minggu ini juga merupakan minggu ulang tahun kelahirannya yang ke 28.

Sehubungan itu, suaminya Yusry KRU telah mengadakan majlis sambutan tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan artis sahaja.

"Happy birthday isteriku. Wishing you all the joy, happiness and love you can handle. Thank you for being so wonderful, I love you with all my heart," ujar Yusry melalui laman sosialnya.