Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Gambar terkini Didie Alias yang kini hamil enam bulan sambil menunjukkan baby bumpnya yang besar. Untuk info, Didie dan keluarga sekarang sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
"Holiday mood wit beloved family. Tak sabar nak swim ni," ujar Didie berseloroh.














BEIJING: Kementerian Luar China malam ini menuntut Malaysia memberi maklumat dan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang selepas ia disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi. 


" China sudah pun diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pengumuman terbaharu itu dan kami memberi tumpuan sepenuhnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 


"China sudah pun menuntut agar Malaysia menyalurkan lagi kepada kami semua maklumat dan bukti mengenai bagaimana ia mencapai kesimpulan berkenaan," kata kenyataan itu sambil menekakan agar operasi mencari pesawat tetap diteruskan. - Reuters 

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.


8 MAC 
* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang 
sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1). 

9 MAC 

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka. 

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya 
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat 
MH370. 

10 MAC 

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370. 

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui 
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak 
bagi kapal kargo. 

11 MAC 

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. 

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas 
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah. 

12 MAC 

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat. 

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. 
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan. 

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki 
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama. 

13 MAC 

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang 
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar. 

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu. 

14 MAC 

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian. 
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup. 

15 MAC 

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. 

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan 
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi 
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. 

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan 
ditamatkan. 

16 MAC 

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat. 

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003. 

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. 

17 MAC 

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula. 

18 MAC 

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe. 

19 MAC 

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives. 

20 MAC 

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang. 

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek 
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya 
Perth. 

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang 
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370. 

21 MAC 

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370. 

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang 
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu. 

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang 
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang 
penumpang berkenaan bersih. 

22 MAC 

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA. 

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 
22.5 meter x 13 meter. 

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek 
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya 
Perth. 

23 MAC 

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia. 

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia 
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370. 


24 MAC 

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370. 

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Riyadh: Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi semalam mengharamkan siri animasi adiwira, ‘The 99’.
Siri animasi itu dibuat berdasarkan budaya dan kehidupan masyarakat Islam dan ia yang pertama seumpamanya di dunia. Ahli jawatankuasa itu berkata, siri animasi hasil karya warga Kuwait, Nayef Al Mutawa yang disiarkan di stesen televisyen Saudi itu tidak boleh diterima dan mesti diharamkan.
‘The 99’ mencetuskan kontroversi di Kuwait dan Arab Saudi dengan beberapa pihak menyuarakan bantahan dan mendesak pengharamannya kerana bertentangan dengan Islam apabila ia melambangkan 99 nama Allah, lapor agensi berita Arab Saudi semalam.

Di Kuwait, seorang peguam tempatan memfailkan saman ke atas penerbit animasi itu yang dikhaskan untuk kanak-kanak kerana mendakwa plot cerita itu menggambarkan sifat Allah secara jelas.
“ Siri animasi ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Saya mendesak penahanan semua yang terbabit dalam penghasilan dan penyiarannya. Saya juga mendesak pengharaman penyiaran semua episod siri ini,” kata peguam berkenaan, Dwaim Al Muwaizri Di Arab Saudi, Sa’ad Hassan Al Shammari mendesak Jawatankuasa Tetap Kajian Saintifik dan Ifta negara itu mengharamkan siri berkenaan.

“The 99 memaparkan sifat Allah dalam setiap karakter animasi itu. Siri itu juga memberi mesej penyatuan semua 99 karakter yang kononnya mempunyai hati yang suci dan kuasa luar biasa akan membebaskan dunia dari ancaman. Saya berharap siri ini diharamkan,” katanya. - Agensi

KUALA LUMPUR: `Tuhan lebih sayangkan daddy...Tuhan lebih sayangkan mereka," kata Maira Elizabeth Nari, anak perempuan Ketua Pramugara penerbangan MH370 Andrew Nari selepas mengetahui nasib pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Dia berkongsi kesedihan menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat sidang media khas bagi mengumumkan perkembangan terkini pencarian pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) itu, malam tadi.
Ketika pengumuman itu dibuat, Maira Elizabeth, menerusi akaun Twitter miliknya u @Gorgxous_ pada mulanya menyebut: `I just don't know what to say about it' (Saya tak tahu nak kata apa) diikuti `God loves you more daddy...God loves them more),' tiga minit kemudian.
Dalam mesej pada 11.30 malam itu, Maira Elizabeth menyebut `I will never forget the look on his face when he opened his birthday present the other day. He was so happy!'  (Saya tak akan lupa riak wajah gembira beliau ketika membuka hadiah hari jadinya tempoh hari. Dia amat gembira) 


Akaun itu mempunyai 57,162 pengikut dan 62,474 tweet sehingga 11.30 malam.

Sebelum tidur Maira berkata: "I don't know what to say, what to think. I feel so lost, so blank. I'm just so tired. Goodnight, daddy. Sigh.. * hugs *". 

Skuad Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC turut melahirkan sokongan mereka kepadanya selepas Maira Elizabeth menulis mesej yang meruntun hati kepada
ayahnya di Twitter pada 16 Mac lalu. HM

LONDON: Inmarsat dimiliki sebuah syarikat di Britain menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada abad ke-19 bagi melakukan analisis ke atas tujuh `ping' yang dicerap satelitnya daripada MH370 bagi menentukan lokasi terakhir pesawat itu.
Penemuan itu kemudiannya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 yang dikesan di tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 
Kesemua `ping' yang dicerap itu dihantar secara automatik setiap sejam selepas sistem komunikasi pesawat tidak lagi berfungsi, yang menunjukkan ia masih lagi terbang beberapa jam selepas hilang daripada radar dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dalam tempoh isyarat yang dipancarkan ke satelit dan sudut pendakian pesawat, Inmarsat dapat memberikan dua kemungkinan lengkok penerbangan iaitu sama ada ke utara atau selatan.

Menurut jurucakap syarikat itu, saintis Inmarsat kemudian melakukan siasatan terhadap kesemua `ping' berkenaan menggunakan teknik kesan `Doppler', yang akan menjelaskan bagaimana gelombang mengubah frekuensi terhadap `pemerhati' iaitu satelit.

Menurutnya, Badan Siasatan Nahas Udara Britain turut terbabit melakukan analisis terhadap kesemua `ping' berkenaan.
Katanya, contoh kesan `Doppler' paling hampir adalah siren kereta peronda polis yang berubah apabila ia menghampiri atau memintas `pemerhati'

Ketua Komunikasi Korporat Inmarsat pula berkata, Jonathan Sinnatt berkata: “Kami kemudian mengambil data yang diperoleh daripada pesawat dan melakukan `plot' ke atas dua lengkok itu dan hasilnya kami mendapati pesawat itu terbang ke arah selatan.”

Katanya, syarikat itu kemudian melakukan perbandingan antara penerbangan teori pesawat dengan data yang diterima daripada Boeing 777s yang pernah menggunakan laluan sama dan hasilnya memang padan.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat satelit lain untuk diperiksa sebelum diberikan kepada penyiasat.

Biodata Vitalia Sesha adalah seorang foto model yang dalam kesehariannya bekerja sebagai seorang model panas di sebuah majalah dewasa. Dengan gaya yang tanpa canggung dalam pemotretan, Vitalia Sesha juga seorang foto model yang profesional di saat bekerja.

Juga Lihat: 

Pekerjaan yang di gelutinya sebagai seorang foto model, Vitalia Sesha juga seorang yang baik dan tidak sombong akan dirinya. ujar salah satu fotografer yang pernah menjadi fotografer Vita. Selain itu Vitalia Sesha yang sekarang ikut di sebutkan namanya dalam kasus korupsi tersebut, adalah seorang yang mudah bergaul sesama kru di kala break pemotretan.

Fotografer Vitalia Sesha yang hanya sekali memotret ini, dilakukannya sekitar bulan Januari. "Saya potret hanya tiga jam, setelah itu selesai dan tak pernah kontak lagi," ujarnya.











Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi Sidang Media Khas di PWTC mengesahkan pesawat MH370 terhempas di Selatan, Lautan Hindi.




Ini pastinya satu berita paling meruntun jiwa ahli keluarga mangsa yang terlibat.










KUALA LUMPUR: Semalam, seorang wartawan daripada sebuah akhbar ada menulis mengenai seorang produser iaitu Tasha Aziz yang telah melarikan diri daripada membayar hutang pelakon yang menjalani penggambaran di sebuah drama terbitannya.
Wartawan hiburan tersebut memberitahu dia menulis bagi mewakili beberapa pelakon yang telah meluahkan rasa tidak tahan dengan sikap produser itu yang sering kali mengelak apabila diminta bayaran masing-masing.
Antara pelakon yang menjadi mangsa Tasha dan syarikat penerbitannya, Temenggong Picturs Sdn Bhd itu adalah seperti Najua P Ramlee, Zila Bakarin, Aleza Shadan, Khaty Azean, Sharonizam, Aida Jebat dan ramai lagi.
Namun, semalam juga salah seorang daripada pelakon itu iaitu Zila Bakarin telah menaikkan satu post di laman sosial Instagram miliknya mengenai satu gambar screen capture dipercayai perbualan diantara Tasha dengan seseorang.
Zila yang menerima gambar itu bagaimana pun dalam caption di Instagram berkenaan memberitahu kecewa apabila dituduh sering mencari pasal sedangkan dia hanya mahu menuntuk haknya dan juga rakan-rakan yang lain.
Berikut caption yang ditulis Zila:
“Astaghfirullahhalazim…kenapa saya dituduh mcm tu..belum terlintas nak mengaibkan sesiapa…salah ke saya minta hak saya? Saya minta hak kawan2 saya yang sangat2 memerlukan..saya bukan jenis manusia yang suka cari pasal kalau ianya tak bersebab..saya sangat tegas dalam menuntut hak saya dan anak2. Tolong lah…jangan mencari salah orang lain..untuk menutup kesalahan sendiri,”
Zila yang dihubungi Murai bagaimana pun, tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal tersebut dan berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan segera


TELUK INTAN: Seorang lelaki bertindak nekad melarikan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang di Bagan Datoh dan memandu kenderaan itu sejauh lebih 20 kilometer ke Teluk Intan, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek yang membawa kenderaan secara melulu melanggar beberapa kenderaan termasuk mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera ringan akibat terjatuh sambil dikejar kenderaan bomba lain serta kereta peronda polis.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan selepas jentera itu terbabas di lampu isyarat berhampiran kilang Caelygirl di kilometer 3.5 jalan Teluk Intan-Bagan Datoh menghala Teluk Intan kira-kira setengah jam kemudian.
Menurutnya, suspek yang disyaki kurang siuman kini ditahan untuk siasatan lanjut.-HM


Ramai yang macam tak percaya je bila  Amir dedah kan ada wanita yang meminatinya dan ingin menjadi kekasihnya. wah..ingat comot2 comel gini tak de orang nak ke?? budi bahasa tu yang penting tau..heheh

Tapi sekarang ha!percaya tak?? Ini lah bakal isteri Amir Rajalawak.

InsyaAllah..dalam perancangan.. semoga dipermudahkan..




Ramai yang sudah mengetahui bahawa penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya sudah pun hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka dikenali sebagai Miko Abdullah pada 11 Januari lalu.
Terbaharu, kakak Sharifah Amani ini telah melangsungkan majlis persandingan menyambut menantu di kampung halaman Miko di Sabah, semalam.
Apa yang menariknya, pasangan mempelai itu menggayakan pakaian pengantin mengikut tradisi masyarakat pribumi Sabah.
Memang unik dan klasik!
Hasil perkahwinan sebelum ini, Aleya mempunyai sepasang anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena yang kini berusia empat tahun.
Di bawah ini merupakan sebahagian gambar menarik sepanjang majlis persandingan Aleya yang dikutip daripada Instagram adiknya, Sharifah Aryana.