Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KLUANG – “Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.
Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.
“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.
Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.
“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.
“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.
“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini


Misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi kian ‘mendebarkan’ apabila Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan serpihan kecil atau objek yang ditemui setakat ini bukan sahaja palet kayu tetapi juga tali pinggang berlainan warna.
Objek berkenaan ditemui sebuah pesawat awam yang terbabit dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan terpencil di Lautan Hindi, semalam.
Penyelaras Operasi pesawat AMSA, Mike Barton dilaporkan berkata, “Sebahagian daripada objek itu ialah palet kayu dan sejumlah barangan lain serta tali pinggang berlainan warna di keliling dan tali pengikat berlainan ukuran.”
Misi SAR dijalankan di Lautan Hindi selepas Australia mengumumkan penemuan dua objek termasuk sebesar 24 meter pada 16 Mac lalu oleh salah satu satelitnya.
Empat pesawat kemudiannya dikejarkan ke Lautan Hindi untuk mengenalpasti objek berkenaan namun pesawat P-3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dikatakan gagal mengesan serpihan berkenaan sebelum ini kerana hujan dan awan tebal menghadkan jarak penglihatan


KUALA LUMPUR – Kejadian kehilangan pesawat MH370 telah menonjolkan kekurangan dalam satelit. Teknologi ini mampu mengesan nombor plat sebuah kereta di darat tetapi gagal menemui kapal terbang yang hilang secara misteri.
Washington Post melaporkan kemampuan satelit sering kali dihadkan oleh pelbagai keadaan termasuk faktor fizik dan modal yang ada.
Satelit perisikan yang digunakan oleh tentera tidak akan mengawasi kawasan laut yang kosong’. Kawasan `kosong’ yang dimaksudkan sudah tentu termasuk Lautan Hindi di mana pesawat MH370 dilaporkan berkemungkinan hilang.
Satelit juga mempunyai masalah `selektif’ tersendiri. Satelit boleh digunakan untuk melihat kawasan yang luas atau merakam sesuatu secara teliti, tetapi pemilik satelit hanya boleh memilih salah satu daripada dua fungsi ini.
Satelit yang teliti boleh memerhatikan benda sekecil padi di bumi, ia digunakan untuk mengawasi benda-benda kecil dalam satu lokaliti.
Walaupun mempunyai kelemahannya, namun satelit masih memainkan peranan yang penting termasuk dalam soal usaha mencari pesawat MH370.
“Cuba bayangkan anda berada di dalam sebuah kereta dengan kelajuan 110 kilometer sejam dan menggunakan teropong untuk melihat peti surat yang ada pada setiap rumah.
“Anda pasti tidak cukup pantas untuk melihat setiap peti surat yang terdapat di jalan itu, satelit boleh memainkan peranannya dalam keadaan seperti ini,” demikian lapor China Press yang memetik Laman Lianhe Xinwen Taiwan.
Satelit WorldView-2 dari Australia sebelum ini telah merakamkan dua objek di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer dari Perth dan ia mungkin merupakan serpihan daripada pesawat MH370.
Pemilik satelit iti iaitu Syarikat Digital Globe dalam satu kenyataan menjelaskan, lima satelit di bawahnya merakam imej untuk kawasan seluas tiga juta kilometer persegi.
“Imej yang dirakamkan adalah terlalu banyak dan sukar ditapis secara segera.” -MG

USAHA mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 merupakan satu misi yang amat sukar kerana keadaan lautan berkenaan yang selalunya bergelora selain ia merupakan laluan terpencil.
Kawasan lautan itu jarang dilalui oleh kapal dagang kerana keadaan perairan dan cuacanya yang selalu tidak menentu.
Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan pesawat berkenaan diadakan dengan giat di sekitar kawasan itu yang juga berada dalam kawasan mencari di koridor selatan selain operasi SAR di koridor utara.
Jika pesawat jenis Boeing 777-200ER itu berada di Lautan Hindi maka untuk menemui bangkai pesawat jika ia terhempas juga amat mencabar sekali.
Lautan Hindi mempunyai purata kedalaman kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC, kedalamannya merangkumi tujuh kali Menara KLCC.
Bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al-Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pula hanya berketinggian 829.8 meter.
Kedalaman purata lautan itu juga tidak dapat menyaingi ketinggian gunung tertinggi di benua Australia iaitu Gunung Kosciuszko di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales, Australia.
DINDING Wall of Hope yang diconteng individu tidak tahu adab dengan perkataan `royalti milik kelate’..

KUALA LUMPUR – Tidak tahu adab dan tidak sensitif – mungkin itu yang boleh disimpulkan terhadap individu  yang menconteng dinding Wall of Hope dengan ayat “ Royalti Hak Milik Kelate”.
Ini kerana dinding tersebut disediakan untuk menzahirkan doa dan harapan rakyat supaya pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ditemui segera.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Gambar contengan tersebut bersama dua lelaki telah mula tersebar di media-media sosial sejak semalam dan menerima kritikan banyak pihak kerana ia dilihat tidak kena pada tempat.
Misteri kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines Bhd. (MAS) sejak 15 hari lalu dianggap sebagai krisis nasional yang mana semua rakyat bersatu dalam mendoakan supaya pesawat tersebut ditemui dengan segera manakala sebarang tindakan yang mengaitkannya dengan isu politik adalah tidak wajar.
Malah aktivis Datin Paduka Marina Mahathir dalam twitternya menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggung jawab menconteng dinding tersebut sebagai tolol.-MG

Deejay selebriti terkenal, David Guetta, 47, dan isterinya, Cathy Guetta, 47, dilaporkan sudah mengakhiri ikatan perkahwinan yang dibina sejak 24 tahun lalu.
Walau bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan punca perpisahan tersebut kepada pihak media.
Pasangan ini berkahwin pada 1990 selepas bertemu di sebuah kelab di Paris.
Hasil perkahwinan, David dan Cathy mempunyai dua cahaya mata, Tim, 10, dan Angie, 6, yang kini menetap bersama ibu mereka di London.


Penulis terkejut seketika menatap sekeping foto dua pelakon terkenal Qi Razali dan Uqasha Senrose yang seolah-olah sudah berkahwin. Ingatkan betul rupanya sekadar gimik sahaja.

Foto itu dimuatnaik sendiri oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya dua minggu lepas dengan caption menarik berbunyi "Just married... #jikaITUjodohKITA Coming soon..."

Walaupun mungkin hanya berjenaka dan bertujuan untuk mempromosikan drama bersiri Jika Itu Jodoh Kita namun para peminat tetap terkejut dan teruja. -CCK





Sebuah kereta mewah, Lamborghini Gallardo hancur dan remuk selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Gua Musang, Kuala Krai menuju ke Kuala Lumpur.


Kejadian itu dipercayai berpunca daripada cubaan kereta berkenaan memotong sebuah kereta di hadapannya ketika berlumba dengan seorang lagi rakan namun gagal sebelum merempuh sebuah teksi dari arah bertentangan.

Kemalangan itu turut melibatkan dua lagi kereta lain dan sebuah lori treler. Berikut ialah lima lagi keping gambar sekitar kawasan kemalangan itu berlaku.








ALOR SETAR - Seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an didakwa diculik di  depan sebuah pasar raya dekat Kuala Ketil, Baling, enam hari lalu.

Dalam kejadian Selasa lalu, wanita berkenaan dikatakan diculik oleh beberapa lelaki dengan menggunakan dua kereta.

Menurut sumber, keluarga wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tawar pada hari kejadian.

Susulan kejadian itu, seorang pengguna laman Facebook turut menghebohkan kejadian itu berserta nombor pendaftaran kereta yang didakwa digunakan suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang dan bukan penculikan selepas siasatan lanjut dilakukan.

“Siasatan mendapati wanita terbabit melangsungkan perkahwinan pada 21 Mac (kelmarin) sebelum dilaporkan hilang. Dia juga dipercayai mempunyai teman lelaki lain sebelum bertunang.

“Jadi setakat ini kita klasifikasi kes sebagai orang hilang yang berpunca masalah dalaman keluarga dan wanita terbabit,” katanya kepada Sinar Harian semalam. SH

Virginia: Seorang wanita berdepan tuduhan berkelakuan tidak sopan selepas dia melawat suaminya di Penjara Arlington dalam keadaan berbogel.
Maura Fussell, 26, datang melawat suaminya petang semalam selepas lelaki itu ditahan pada sebelah pagi namun pihak polis berkata mereka tidak pasti sama ada dia memang siap berbogel ketika datang melawat atau mula menanggalkan pakaian setibanya di penjara itu.
Namun, apa yang pasti, dia berada dalam keadaan mabuk ketika itu.
Dia bagaimanapun enggan memakai kembali pakaiannya, menyebabkan pihak polis memberi kata dua sama ada mereka menghubungi teksi untuk membawa dia pulang atau dia bermalam dalam lokap.
“Anggota kami memberi peluang kepadanya untuk pulang menaiki teksi yang kami hubungi, tetapi dia enggan berbuat demikian dan memilih untuk bermalam di lokap,” kata jurucakap polis Arlington, Dustin Sternbeck.

- Agensi

Lenggong: “Saya hanya mampu meraung sedih sejurus mendapati sekujur tubuh yang terbaring di tepi jalan raya itu adalah mayat ibu,” kata Muhammad Syukran Mat Rozi, 17.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Siti Asiah Mat Hussin, 49, mati di tempat kejadian manakala anaknya Muhammad Lukmanul Hakim Mat Rozi, 12, parah selepas dilanggar sebuah lori dari arah bertentangan di Kilometer 6, Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Gua Badak, di sini. 
Syukran berkata, dia dalam perjalanan pulang dari sekolah terserempak mayat seorang wanita terbujur tidak jauh dari sebuah motosikal. 

“Hati saya berdebar-debar dan firasat buruk saya menjadi kenyataan apabila melihat mayat ibu ditutup dengan kertas surat khabar.

“Saya menangis tidak henti sehingga terpaksa ditenangkan orang ramai,” katanya.

Kuala Lumpur: Jika benar objek yang dikesan pihak berkuasa China dan Australia di Lautan Hindi adalah pesawat MH370, kos mencari bangkai pesawat dan kotak hitam diyakini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta.
Ini berikutan tiga alat yang boleh digunakan untuk mencari kotak hitam iaitu ‘autonomous underwater vehicle’ (AUV), ‘remotely operated vehicles’ (ROV) dan alat teknologi sonar yang dinamakan pemerum gema berbilang alur (PGBA) boleh mencecah nilai berkenaan. 
Malaysia tidak memiliki PGBA manakala AUV dan ROV lazimnya digunakan untuk operasi cari gali minyak. 

Selain itu, faktor tempoh operasi yang mungkin berlanjutan boleh menambah kos pencarian kotak hitam.

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud (gambar) berkata teknologi terkini diperlukan dalam proses pencarian ini yang kosnya pasti membabitkan berjuta-juta ringgit.