Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEBELUM pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang dari radar pada awal pagi Sabtu, 8 Mac 2014, MAS hanya mencatatkan satu tragedi yang menyayat hati iaitu insiden di ruang udara Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada Isnin 4 Disember 1977.
Ia merupakan tarikh yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dan mengorbankan kesemua 93 penumpangnya termasuk tujuh anak kapal itu.
Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlaku letupan di udara sebelum ia terhempas dan versi satu lagi berlaku pergelutan di dalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor itu.
Rangka pesawat Boeing 737 itu bertaburan sekitar dua kilometer persegi.
Untuk rekod, kawasan itu kini diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
Tragedi yang berlaku 33 tahun lalu itu turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.
Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang itu.
Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang.
Kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib itu berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang.
Pesawat itu sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.
Tetapi kemudian pesawat itu tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh para perampas supaya terus menuju ke Singapura.
Pesawat itu hilang dari radar pada jam 8.15 Ia kemudiannya disahkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.
Kesemua mangsa yang terkorban yang berjaya ditemui kemudiannya disemadikan di dalam satu liang lahad yang besar.


PELAKON terkenal Erma Fatima menegur perbuatan mantan presiden SENIMAN, Zed Zaidi dalam status yang memerli Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) secara sengaja.
Dalam status yang dimuat naik Zed Zaidi seperti merendahkan pengurusan MAS kerana penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang.

Status Zed Zaidi tersebut dibalas Erma dengan menyatakan tidak sesuai untuk memerli dalam keadaan yang genting, masih ada ruang dan masa yang lain untuk memuat naik status sebegitu.
Bagaimanapun Zed telah memuat naik status kepada Tony Eusoff dengan berdoa agar terbaik kepada semua yang terlibat.

Mungkin tindakan Zed yang kurang peka dengan perasaan sesetengah pihak menampakan perbuatan yang kurang bijak pada beliau.
Seharusnya Zed tidak perlu memerli MAS dalam keadaan sekarang, malah akan mengudang pelbagai reaksi yang negatif  orang ramai terhadap dirinya sendiri.



KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu.



Astroawani

Seorang pemilik kedai biskut yang mempunyai minat yang mendalam kepada coklat telah menghasilkan coklat Ferrero Rocher terbesar di dunia.
Pekedai John Clarkson mendapat inspirasi menghasilkan coklat seberat 5kg itu selepas coklat berkenaan yang bersaiz biasa mendapat sambutan menggalakkan pelanggan di kedainya Mister Eaters Chippy di Preston, Lancashire, United Kingdom.
Coklat Ferrero Rocher terbesar itu bersaiz 10 kali lebih daripada coklat sama bersaiz asal dan ia mengandungi kira-kira 25,000 kalori.
“Kami mendapat resipi rahsia coklat Ferrero Rocher dari Amerika Syarikat yang membenarkan kami menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak dan kini kami hasilkan versi yang besar,” kata isterinya Corinne Clarkson kepada akhbar Lancashire Evening Post.


MUNGKIN ramai tidak percaya kejadian aneh enam batu nisan di perkuburan lama di Bertam, Gua Musang, Kelantan, hidup dan semakin tinggi sehingga mencapai ketinggian seorang dewasa.
Perkuburan lama dipercayai berusia lebih 150 tahun di Kampung Lintang itu ditemui penduduk lebih 30 tahun lalu.
Menurut cerita, tiga orang yang meninggal dunia dikebumikan di kubur berkenaan dengan batu nisannya daripada serpihan batu gua.
Bagaimanapun, enam daripada puluhan batu nisan di situ dipercayai hidup dan menjadi semakin ting­gi, sedangkan batu nisan lain dalam keadaan biasa saja.
Kampung Lintang dibuka hampir 200 tahun lalu oleh penduduk yang bekerja sebagai penanam padi dan pekebun buah-buahan.
Selepas itu, kebanyakan mereka berhijrah ke kawasan lain untuk menikmati kemajuan terutama perhubungan jalan raya, tetapi pada tahun 60-an dibuka semula oleh generasi baru sebelum menemui kubur lama itu.

Hanya enam penduduk yang membuka semula penempatan baru di kampung berkenaan dan menemui kubur lama yang mempunyai batu nisan aneh itu.
Namun, sesetengahnya berpindah pula ke Kampung Kuala Sungai di seberang sungai berkenaan kerana dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk sekolah, bekalan air paip dan elektrik.
Kampung lama itu ditinggalkan dan terbiar begitu saja dengan beberapa rumah usang yang menung­gu masa menyembah bumi. Sejarah yang tinggal hanya kubur lama berkenaan sebagai bukti mereka orang terawal tinggal di situ.
Perjalanan ke kubur lama di kampung itu ha­nya menerusi bot sungai dari Pekan Bertam Baru dengan mengambil masa hampir 50 minit menyusuri Sungai Galas.
Di kawasan itu juga ­terdapat sebuah kampung terpencil yang ha­nya ­mempunyai sebuah rumah didiami sepasang suami isteri.
Seorang penduduk, Nik Lah Nik Yaacob, 80, berkata, dia tinggal di kampung itu bersama lima rakannya sejak 1963.
Menurutnya, pada waktu itu dia menaiki bot dari Kuala Krai ke kawasan berkenaan untuk membuka tanah.
“Ketika mula menjejakkan kaki ke kampung berkenaan, pak cik dan yang lain menemui kubur lama itu termasuk batu nisan hidup semakin meninggi serta dikelilingi hutan.
“Melihat keadaan itu, penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan kubur dan sekitarnya, namun ia terbiar semula kerana sudah tidak ada lagi penduduk. Cuma pak cik bersama isteri masih kekal tinggal walaupun keadaan begitu sunyi di sini,” katanya.
Dia belum bercadang untuk berpindah ke kampung lain berhampiran kerana lebih selesa tinggal di situ, malah cintanya kepada kawasan berkenaan sehingga tidak mahu meninggalkan tanaman yang sekian lama diusahakannya.
“Ramai orang luar datang ke sini mahu melihat batu nisan itu akan menemui pak cik kerana pak cik orang yang paling lama tinggal di kampung ini tetapi sejarah sebenar kubur itu tidak diketahui sepenuhnya.
“Jika difikirkan, adalah tidak munasabah sekira­nya orang dulu sanggup memikul sebuah batu sepanjang lebih dua meter dan dijadikan batu nisan untuk orang meninggal dunia. Tentu mereka hanya memacakkan batu bersaiz kecil saja,” katanya.
Nik Lah berkata, bukan sedikit orang meninggal dunia dikebumikan di tanah kubur berkenaan, malah boleh jadi ratusan orang berdasarkan banyak pokok yang sudah di tanam bersama batu nisan itu.
Dia juga tidak mengetahui nama si mati dan tarikh sebenar kematian mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu tetapi penemuan enam batu nisan
bersaiz ganjil dianggap luar biasa berbanding batu nisan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lulut, Kuala Sungai, Yasok Che Kar mengakui pernah tinggal di Kampung Lintang.
Menurutnya, penduduk yang pernah tinggal di situ berasa agak terkejut dengan penemuan batu nesan kubur lama itu, namun keadaannya yang semakin mening­gi tidak dapat dipastikan puncanya.
“Keganjilan itu membuat­kan kampung berkenaan menjadi terkenal dan mula dilawati pihak luar.
“Bagaimanapun, keba­nyakan penduduk kampung berkenaan sudah berpindah ke Kampung Lulut kerana banyak kemudahan disediakan kerajaan berbanding Kampung Lintang yang tidak mempunyai jalan perhubu­ngan,” katanya.-HM


Seorang remaja yang didapati bersalah melakukan seks dengan anjing peliharaan teman wanitanya berjaya mengelak hukuman penjara selepas mahkamah memutuskan kelakuannya itu adalah ‘kegilaan selama 30 saat’.
Wayne Bryson, 19, ditahan selepas teman wanita menemui klip video mengejutkan Wayne melakukan seks pada anjing baka Staffordshire yang berusia 4 tahun dan diberi nama Rudi di telefon bimbitnya.
Dia segera menyerahkan klip video tersebut kepada polis.
Peguambela Gordon Holt dalam hujahnya berkata, tindakan bodoh itu telah memusnahkan seluruh hidup Wayne dan akan membayanginya sampai bila-bila.
Disebabkan kejadian memalukan itu, Wayne dibuang daripada keluarga dan ditinggalkan teman wanita.
Wayne yang mengaku salah dijatuhi hukuman penjara empat bulan, digantung selama dua tahun dan dimasukkan dalam senarai pesalah seks selama tujuh tahun.
Di mahkamah sama, Wayne turut mengaku salah memiliki 315 gram daun ganja.
Ketika perbicaraan berlangsung, seseorang yang tidak dikenali telah menjerit dari ruang awam mahkamah mencerca perbuatannya.


HONG KONG: Wanita berusia 24 tahun menjadi buah mulut orang apabila dinamakan bilionair termuda dunia, menggantikan pengasas Facebook.
Perenna Kei, graduan Universiti London yang tinggal di Hong Kong dinamakan Forbes sebagai hartawan termuda dunia bernilai $1.3 bilion (RM4.2 bilion) dalam senarai orang terkaya tahunannya.
Pengumuman itu mengejutkan berikutan Perenna dikenali sebagai wanita yang lebih suka menyendiri dan berahsia.
Perenna meraih kekayaan selepas penyenaraian syarikat milik bapanya, taikun China Ji Haipeng.
“Kemunculan Perenna dalam senarai tahun ini berikutan penyenaraian Logan Property Holdings di Hong Kong, Disember lalu,” kata Forbes.
Menurutnya, wanita itu yang juga dikenali sebagai Ji Peili mempunyai kepentingan 85 peratus dalam firma hartanah itu melalui pelbagai syarikat dan dana amanah. -AFP

WALAUPUN sebelum ini ramai yang tertanya-tanya mengenai pernikahan dua pasangan sejoli, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, yang dikatakan ditunda kerana kesihatan Syamsul yang tidak berapa baik.
Hari ini, dengan hanya sekali lafaz, Syamsul Yusof kini sah bergelar suami kepada Puteri Sarah
Dengan mas kahwin RM1, 111.00 majlis tersebut berlangsung di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara tepat jam 10.30 pagi tadi.
Semoga pasangan bahagia ini akan kekal dan bahagia hendaknya, Taniah.















SEMAKIN hangat diperkatakan isu antara Hanez Suraya dan Romie dengan isterinya Liyana Manan. Terbaru, gambar-gambar percutian Hanez dan Romie dilihat berpelukan tersebar ke internet.
Berita terbaru, Hanez kini akur apabila Liyana mempertikaikan permohonan maaf darinya. Hanez menjelaskan dia tidak tertekan dengan perkara ini cuma sedih dengan pihak yang menghentamnya kerana tidak tahu situasi sebenar.

Kecoh juga di laman Facebook apabila tertubuhnya fanpage Kami Sokong Liyana Manan yang di saat sudah mencecah 60 ribu like dan bertambah bagi memberi sokongan buat isteri Romie iaitu Liyana Manan.






SHAH ALAM – Hasrat sepasang kekasih mendirikan rumah tangga tidak menjadi kenyataan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 15.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur berhampiran Kilang Carlsberg, kelmarin.
Mangsa, B Suresh, 21, yang memandu kereta jenis Honda Civic dari Shah Alam untuk menghantar teman wanitanya, M Logeswary, 20, ke Kuala Lumpur.
Kereta itu dipercayai dipandu laju, hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum kenderaan itu terhempas.
Difahamkan, pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Mac ini.
Kedua-duanya mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut jurucakap polis, kejadian kira-kira 10.30 malam ketika Suresh mahu menghantar gadis berkenaan pulang ke Kuala Lumpur.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta tersebut dipandu laju melebihi 180 kilometer sejam.
“Kereta dipandu Suresh gagal dikawal lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kanan menyebabkannya terhempas dan kenderaan tersebut musnah sepenuhnya,” katanya.
Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan teruk berlaku kerana orang ramai mahu melihat kejadian itu. – SH

KUANTAN – “Geli tekak selepas sedar ayam goreng yang dimakan ada telur lalat, memang nak termuntah sebab dah banyak tertelan benda kotor tu,” kata seorang Jurulatih Taekwondo selepas menyedari ayam goreng dalam hidangan nasi goreng ayamnya dipenuhi telur lalat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika jurulatih terbabit yang ingin dikenali sebagai Azlan, 31 dan isterinya singgah untuk menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Gambang selepas menghantar anaknya ke klinik kira-kira jam 11 malam, semalam.
“Selepas separuh menikmati nasi goreng yang dihidangkan, isteri saya menyedari ayam goreng dalam pinggannya dipenuhi telur lalat,” katanya.
Terkejut dengan ‘benda’ kotor itu, katanya, beliau turut memeriksa lauknya dan keadaan sama berlaku tetapi mujur belum menghabiskan kesemuanya.
Katanya, mereka berdua mengambil keputusan tidak makan hidangan itu dan meninggalkan meja untuk membuat bayaran.
“Ketika menunggu untuk membuat bayaran isteri saya mengadu perkara itu kepada peniaga berkenaan tetapi mereka seolah-olah tidak bersimpati dengan kami.
“Hanya satu ayam goreng yang dipotong harga sedangkan kedua-dua hidangan ayam dalam pinggan nasi goreng dipenuhi telur lalat,” katanya.
Azlan berkata, beliau tidak bertanya peniaga terbabit mengenai masa ayam goreng itu mula dijual sebaliknya terus membayar dan meninggalkan kaunter kerana tidak mampu menahan loya.
“Kedua-dua ketul ayam itu memang ada masalah dan saya tengok bukan hanya di bahagian belakang tulang saja tapi di celah antara kulit dan isi pun banyak telur lalat,” katanya.
Katanya, harga kesemua makanan itu termasuk dua roti canai kosong dan satu roti canai telur berharga RM19.10.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berhati-hati jika menikmati makanan lewat malam kerana hidangan berkenaan mungkin disediakan untuk sarapan atau makan tengah hari dan tidak bertutup. – SH


SEPANG: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac 2014.
MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Penumpang-penumpang dalam pesawat tersebut terdiri daripada 13 warganegara berbeza.
Sementara itu, ‘Reuters’ melaporkan bahawa pesawat terputus hubungan radar di ruang udara yang dikawal oleh Vietnam, memetik laporan awal pagi agensi berita China, Xinhua.
Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara yang dikawal oleh China dan tidak berhubung dengan pusat kawalannya.
MAS berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan dari masa ke semasa.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.
INFO TAMBAHAN
- Pesawat B777 dianggap sebagai ‘permaisuri di langit’ apabila diperkenalkan pada 1997.
- MAS telah merancang menggantikan 15 pesawat itu yang dianggap telah berusi berusia menjelang 2018.-mStar