Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUALA LUMPUR : Dua individu disyaki sepasang kekasih, ditemui mati dalam sebuah kereta di taman rekreasi Taman Metropolitan dekat Batu di sini, petang semalam.
Kejadian disedari seorang pengunjung yang baru selesai berjoging di taman terbabit jam 5 petang, sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pengawal keselamatan di situ.
Pengawal keselamatan terbabit, Fariz Izham Kamaruddin, 21, bergegas mendapatkan kereta itu yang terletak berhampiran tasik, 50 meter dari pintu masuk taman rekreasi berkenaan.
“Ketika itu, saya nampak kedua-duanya sudah tidak sedarkan diri seperti sedang tidur. Saya cuba buka pintu kereta tetapi berkunci dari dalam. Saya ketuk cermin dan goyangkan kereta, namun mereka tidak sedar ataupun bergerak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa dipercayai membunuh diri dengan menyalurkan asap enjin melalui hos yang dipasang ke dalam kereta.-BH

Perbuatan khianat yang berlaku di Masjid Limbungan Kampung Raja Besut malam tadi menggemparkan dan pastinya membuat ramai pihak marah.

Namun, yang sangat mengecewakan apabila terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar lelaki yang kononnya pelaku kepada kes terbabit.

Namun, gambar lelaki yang tidak berdosa itu merupakan seorang mangsa kemalangan.

Semoga si pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.




Kuala Lumpur: Seramai 51 wanita 'GRO' warga asing dan tiga geng kongsi gelap '08' serta seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, semalam.
Dalam operasi Ops Cantas Khas pada jam 11.45 malam itu, sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu bekas dewan gelanggang badminton yang diubahsuai menjadi kelab malam berkenaan. 
Ketika diserbu, kebanyakkan pelanggan tidak menyedari kehadiran polis selepas khayal melihat puluhan wanita yang diperagakan dengan ala 'cat walk' dipentas yang disediakan. 


Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wanita ini dipercayai akan diperagakan diatas pentas sebelum dipilih oleh pelanggan dengan memberikan kalungan bunga dengan harga sebanyak RM50.

Katanya, wanita berkenaan akan turun melayani pelanggan mereka disamping pelanggan juga perlu membelikan minuman dengan harga RM50 setiap satu.


MACHANG - Penemuan dawai berus periuk dalam telur goreng yang dipesan mengejutkan seorang pelanggan, di sini, baru-baru ini.

Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.

Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

“Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati.

“Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya,” katanya.

Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya  dan  dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.



SH


Sepasang suami isteri di California bahagian utara menemui tin mengandungi duit syiling emas. Tin ini dijumpai secara tidak sengaja apabila mereka berjalan-jalan bersama dengan anjing peliharaan mereka. Pada masa itu mereka melihat sesuatu yang berkilauan di tanah. Pasangan yang sangat beruntung itu kemudian mula menggali dan menemui 8 tin penuh berisi syiling-syiling emas.


Syiling-syiling emas ini berjumlah 1,400 keping dan nilainya jika dijumlahkan sekitar $ 27.000 , tetapi para pakar berpendapat syiling-kion itu mungkin bernilai lebih $ 10 juta atau bahkan lebih. Keadaan syiling-syiling yang dibuat pada tahun 1800-an tersebut masih elok. Syiling ini terdiri dari berbagai macam jenis yang pastinya akan menarik minat pengumpul.

Pasangan suami isteri yang enggan disebutkan namanya ini berniat menjual sebahagian besar syiling-syiling tersebut. Mereka bersedia meminjamkannya untuk dipamerkan sebelum mereka jual. Mereka juga berniat menyumbangkan sebahagian hasilnya untuk amal pada orang-orang yang memerlukan. 

Tidak ada yang tahu siapa sebenarnya pemilik syiling-syiling tersebut sebelum ditemui dan bagaimana boleh terkubur di laman rumah. Khabarnya, kawasan rumah yang pasangan ini sedang tinggal dulunya merupakan daerah emas.












SEBELUM ini Kate Moss pernah berbogel untuk majalah Playboy, kini dia meneruskan aksi panasnya di majalah yang lain pula. Lihat saja penampilannya di majalah yang dikenali sebagai Lui ini.
Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, supermodel ini memuat naik fotonya ketika sedang bergaya untuk muka depan majalah Perancis tersebut. Foto itu telah terpampang di sana sejak Rabu lalu.
Menurut sumber itu, Kate kelihatan sama sekali tidak mengenakan seurat benang pun. Dia duduk di sebuah kerusi sutradara dan pada bahagian belakangnya tertulis nama Kate Moss. Foto itu sendiri diambil oleh jurugambar terkenal, Terry Richardson.
“Wajah Kate sendiri sama sekali tidak nampak kerana dia bergaya membelakangi kamera. Meskipun demikian, pada bahagian belakang tubuhnya ternampak dua tatu pada bahagian punggungnya,” kata sumber itu.
Menjelang akhir tahun lalu, Kate sendiri telah bergaya seksi untuk meraikan perayaan ulang tahun kelahirannya yang ke-40. Harus diakui bahwa dia memang tetap kelihatan anggun walaupun sudah berusia.-Utusan


RANTAU PANJANG – Seorang peniaga makanan di Zon Bebas Cukai masih mengekalkan harga rendah, meskipun banyak pihak lain berlumba-lumba menaikkan harga jualan.

Peniaga, Sharifah Rohnisa Syed Mahamchara, 52, berkata, memikirkan taraf hidup semakin tinggi, dia tidak sanggup membebankan pelanggannya dengan harga yang mahal.

Menurutnya, dia mula menjual Nasi Air 'Student’ sejak tiga tahun lalu, berdekatan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi kerana pelanggannya ketika itu kebanyakannya murid sekolah.

“Ketika itu, memandangkan harganya yang rendah iaitu RM1 sebungkus, saya mampu menjual hampir 100 bungkus dalam masa sejam.

“Biarpun masa berlalu lebih tiga tahun, namun saya tidak berhajat mahu menaikkan harga Nasi Air ‘Student’ kerana kebanyakan pembeli adalah pelanggan tetap,” katanya.

Melihat kepada sambutan luar biasa, Sharifah membuka satu lagi gerai dekat Kedai Syed Ali Qubra agar pengunjung di sini, dapat merasa juadah yang juga popular di Thailand.

Menurutnya, di Thailand bubur nasi dikenali sebagai ‘Joke’ dan hanya boleh didapati ketika bersarapan.

Berbeza dengan suasana di negara ini, Sharifah berkata, sajian ini banyak diambil ketika makan tengah hari sehingga lewat petang.


SH

Los Angeles: Justin Bieber menggelar bekas kekasihnya Selena Gomez ‘puteri paling anggun di dunia.’
Bintang berusia 20 tahun itu memuat naik gambar Selena di laman Instagram miliknya menunjukkan bekas teman wanitanya itu memakai gaun Emilio Pucci ketika menghadiri majlis Vanity Fair selepas anugerah Oscar. 
Tindakannya itu menimbulkan spekulasi dia mungkin cuba memikat semula Selena untuk kali ketiga. Pasangan itu pertama kali menjalinkan hubungan pada 2010 namun berpisah pada Januari 2013 sebelum kembali bersama awal tahun ini.

Selena sebelum ini mendakwa kerjaya seninya lebih berjaya selepas berpisah dengan Bieber.

“Saya menyambut ulang tahun ke-20 namun putus cinta dan ketika itu saya menyedari perlu menguatkan semangat dan fokus pada apa yang perlu,” katanya. 

Bieber pula dilihat intim dengan model Chantel Jeffries malah bercuti bersama di Panama dan Miami. 

Bieber banyak mengundang masalah perundangan sejak kebelakangan ini di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. 

Bapa saudaranya Brad Bieber berkata, penyanyi itu berkelakukan pelik kerana teramat rindukan Selena. - Agensi

Riyadh: Seorang bapa memberi anak lelakinya SR10,000 (RM8,730) kerana berkelakuan baik di sekolah namun budak itu terus mengagihkannya kepada rakan sekelas di sebuah sekolah di Dammam pada keesokannya.
Akhbar Sabq melaporkan murid kelas itu berebut mendapatkan wang itu sehingga seorang guru datang merampasnya.
“Guru itu sangsi melihat kejadian lalu menghubungi bapa kanak-kanak terbabit yang mengakui memberi anaknya wang berkenaan pada malam sebelumnya.

“Bapa murid itu meminta guru berkenaan menyimpan wang itu dan dia akan datang mengambilnya.
“Dia sendiri terkejut kerana tidak menyangka anaknya membawa wang berkenaan ke sekolah,” kata laporan itu. - Agensi

Niagara: Buat kali kedua pada musim sejuk ini, air terjun Niagara di bahagian timur Amerika Syarikat ‘terhenti’ apabila enam juta kaki padu air menjadi beku.
Aliran air di lokasi itu selalunya mampu menahan suhu sejuk ekstrem yang melanda kawasan berkenaan. Bagaimanapun, semalam, air terjun itu beku selepas suhu sejuk mencecah -24 selsius. Keindahan pemandangan itu berjaya dirakamkan jurugambar yang berada di situ.
Cuaca dijangka terus kekal sejuk untuk beberapa hari lagi. Ini bererti air terjun berkenaan mungkin terus beku buat sementara waktu.

Januari lalu, cuaca sejuk ekstrem turut mengakibatkan pusaran kutub menyebabkan air terjun berkenaan beku. - Agensi

Ipoh: Seorang lelaki yang khayal akibat menghidu gam bertindak membakar lima kereta hingga rentung dalam kejadian di sebuah bengkel kenderaan di Buntong, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, suspek yang berusia 35 tahun membakar semua kenderaan itu menggunakan kertas dan pemetik api. 
Perbuatan khianat itu menyebabkan pemilik bengkel baik pulih kenderaan terbabit terpaksa menanggung kos ganti rugi lebih RM130,000 berikutan semua kenderaan milik pelanggannya musnah. 


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihak polis mendapat maklumat kejadian itu daripada orang awam yang menyaksikan kebakaran berkenaan.

Menurutnya, pihak polis dan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada mulanya menyangka kebakaran itu berpunca akibat litar pintas.


CHUKAI: Seorang guru Tadika KEMAS di Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, meninggal dunia pada hari pertama persekolahan kira-kira jam 9 pagi tadi.
Mangsa, Nor Aina Sulong, 43, sebelum itu memujuk seorang kanak-kanak yang menangis di dalam kelas pada jam 8.45 pagi.
Beberapa minit kemudian, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak mengalami kekejangan otot dan terus rebah di situ.


Rakan mangsa, Che Wan Ajariah Arifin, 30, cuba memberi bantuan namun mangsa gagal memberi respon dan dia terus menghubungi suami mangsa, Kamarudin Salim, 41.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9 pagi, suami mangsa terus menghantar isterinya ke Klinik Kesihatan Kijal namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.

HM