Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Kalau anda ke akaun Instagram milik Hanez Suraya, dari *setiap 10 komen boleh dikatakan lapan berbaur negatif dan cacian terhadap pelakon yang sedang dilanda kontroversi hebat ini.

Bukan sahaja melalui Instagram, malah komen dari para peminat dunia hiburan yang mengikuti perkembangan terbaru turut membanjiri laman gosip seperti yang anda baca ketika ini.
Bercakap kepada portal GUA hari ini, Hanez Suraya berkata yang beliau tidak boleh memberikan kenyataan balas ketika ini dan meminta semua menunggu sidang media yang bakal diadakan selewat lewatnya Rabu ini.
“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah”
“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka”
“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya,” jelas Hanez Suraya.
“Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki,” tambah pelakon ini lagi. 
*sumber: Rotikaya Research Institute (RRI)


Paris: Kerana terlalu cintakan kekasih yang sudah meninggal dunia, seorang wanita Perancis tetap berazam mahu mengahwini lelaki itu.
Wanita dikenali sebagai Pascale itu bakal mengahwini kekasihnya Michael dalam satu majlis di St Omer selepas mendapat izin daripada Presiden Francois Hollande. 
Tindakannya dibuat berdasarkan perundangan Perancis yang jarang diketahui bagi membolehkannya dan Michael ‘bersatu’ berikutan lelaki itu meninggal dunia pada 2012, beberapa minggu sebelum mereka dijadualkan berkahwin. 



“Walaupun dia sudah tiada, dia tetap di hati saya,” katanya.
Menurutnya, mereka bercinta selama enam tahun dan sepatutnya berkahwin pada Jun 2012 namun Michael mati akibat serangan jantung.

Pascale yang tidak dapat menerima kehilangan itu tetap berazam mahu mengahwini Michael dan menulis surat kepada pejabat Presiden memohon dibenarkan menggunakan undang-undang khas membolehkan perkahwinan dengan orang mati dalam keadaan tertentu. 


The Local melaporkan, undang-undang itu diperkenalkan pada 1959 selepas kejadian empangan pecah di selatan Perancis mengakibatkan 420 maut. 


Presiden ketika itu, Charles de Gaulle mencadangnkan perundangan itu selepas dihubungi seorang wanita mengandung yang tunangnya maut dalam tragedi berkenaan. 

Menurut Pascale, dia menulis surat sebanyak empat kali kepada pejabat Presiden dan akhirnya menerima jawapan 20 bulan kemudian yang meluluskan permohonannya itu. - Agensi
BATU MAUNG - Sebanyak 487,416 buah kenderaan telah melalui jambatan kedua Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari pertama ia dibuka kelmarin.


Jumlah itu mengalahkan bilangan kenderaan yang menggunakan jambatan pertama iaitu Jambatan Pulau Pinang pada hari yang sama selepas hanya merekodkan sebanyak 132,000 buah kenderaan.
Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Azizi Azizan memberitahu, antara faktor penyumbang kepada angka yang begitu tinggi itu ialah kerana orang ramai begitu teruja untuk melalui jambatan tersebut pada hari pertama ia dibuka.
"Kita mencatatkan purata sebanyak 20,309 buah kenderaan yang telah melalui jambatan tersebut pada setiap jam pada hari pertama ia dibuka.
"Pengguna begitu teruja untuk menjadi orang terawal melalui jambatan bersejarah itu sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac lalu yang mencatatkan rekod sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara.
Mengulas lanjut tentang kesesakan teruk yang berlaku di atas jambatan tersebut, Azizi menjelaskan, situasi itu berlaku akibat pengguna yang memberhentikan kenderaan di tengah jambatan.

Kosmo



STATUS hubungan cinta dua pelakon popular, Nelydia Senrose dan Qi Razali menimbulkan tanda tanya apabila Nelydia memadamkan gambar-gambar kekasihnya itu di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Padahal gambar pelakon gandingannya dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Sharnaaz Ahmad lebih banyak kelihatan. Sebelum ini juga pernah timbul gosip yang kononnya Nelydia dan Sharnaaz menyimpan perasaan selepas empat bulan bekerjasama untuk drama tersebut.

Menurut kenyataan Nelydia dalam sebuah akhbar sebelum ini, hubungan mereka tidak ada sebarang masalah dan masih baik seperti biasa. Bahkan dia memberitahu, masih terdapat gambar Qi dalam akaun Instagramnya.
Nelydia bagaimanapun enggan memberi komen yang lebih lanjut berkenaan tindakannya memadamkan gambar mesranya bersama Qi kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.
Bercakap tentang Sharnaaz, jelasnya, dia hanya menganggap lelaki itu seperti abangnya sahaja dan bersyukur kerana kekasihnya, Qi cukup memahami kerjayanya sebagai pelakon.
Apabila diajukan soalan tentang tindakan kekasihnya memadamkan gambarnya di Instagram, Qi Razali, 37, yang ditemui ketika pelancaran program Kokolog di Sri Pentas, Damansara, Selangor itu tidak melatah, sebaliknya menjawab soalan demi soalan tentang hubungan mereka dengan hati yang terbuka.
Akui Qi, hubungan mereka pernah dilanda badai sebelum ini semuanya gara-gara cemburu kekasihnya itu digandingkan dengan Sharnaaz.
Bagaimanapun, semuanya kembali pulih dan hubungan cinta mereka semakin utuh.
Ikuti temu bual Qi bersama Kosmo!.
Kosmo!: Apakah status sebenar hubungan cinta Qi dan Nelydia sekarang ini?
Qi: Status masih sama, tidak berubah. Dia masih kekasih saya.
Adakah kalian bergaduh, menyebabkan Nelydia memadam gambar-gambar Qi daripada akaun Instagram Nelydia?
Dia ada sebab tersendiri. Memadamkan gambar dalam akaun laman sosial tidak bermakna hubungan kami bermasalah. Dia mengambil tindakan itu kerana ada peminatnya yang mengutuk saya dalam gambar yang dimuat naik itu, jadi untuk menjaga hati saya, dia padamkan terus gambar itu.
Bagaimanakah boleh Qi tafsirkan tentang hubungan kalian sekarang ini?
Alhamdulillah, semuanya baik. Sebelum ini saya mengaku pernah meluahkan emosi dan rasa cemburu secara membuta tuli. Ia berlaku kerana saya menghadapi kemalangan jalan raya dan emosi saya tidak stabil waktu itu. Saya hormati Nelydia kerana dia cukup kuat hadapi dugaan dalam hubungan kami.
Selepas apa yang berlaku, adakah Qi meletakkan sebarang syarat buat Nelydia untuk berlakon?
Saya tidak pernah mengongkong dia terutama perkara yang berkaitan dengan kerjayanya. Sebagai kekasih saya akui kadangkala memang timbul rasa cemburu tetapi bila saya fikir balik, buat apa saya halang bakat dan impiannya.
Dia masih muda, baru 20 tahun, banyak lagi impian dan pengalaman yang harus dilaluinya sendiri. Selepas fikir begitu, senang untuk saya bunuh perasaan cemburu itu.
Apakah yang ingin Qi lihat pada kerjaya Nelydia?
Secara jujur saya ingin melihat dia genggam anugerah kerana bagi saya dia seorang pelakon yang cukup hebat. Setiap kali dia bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki dalam drama, pasti peminat mahu lihat mereka bersama di luar set penggambaran. Keserasian yang diciptakan oleh Nelydia kelihatan benar.
Adakah Qi membenarkan andai selepas ini, Nelydia ditawarkan berlakon bersama Sharnaaz sekali lagi?
Jika itu sudah rezekinya, saya tidak kisah. Saya dan Sharnaaz juga tidak ada sebarang masalah walaupun kami tidak pernah berlakon bersama. Bagi saya, apabila tiba soal kerjaya, harus profesional tidak kira dengan siapa kita bergandingan.
Sudahkah Qi terfikir untuk berkahwin dengannya?
Ya, fikir dan berbincang (kahwin) itu memang ada. Setiap hubungan hala tujunya pasti ke arah perkahwinan. Bagaimanapun, dia masih muda dan sibuk dengan kerjaya. Mungkin lagi setahun baru kami akan berkahwin. Kalau boleh selepas risik, saya tidak mahu bertunang lama, kalau boleh terus kahwin lagi bagus.


Kosmo

Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.
Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.
“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.
“Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya.

Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.

“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya. - AFP



KUALA LUMPUR: "Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan," ulas primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.
Peminat dikejutkan dengan berita hubungan Erra dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disiarkan menerusi sebuah akhbar, hari ini. 
Erra berkata, berita yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, itu memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain yang bermula hari ini. 


"Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun.
"Masa untuk anak saya pula, Engku Aleesya, 5, hanya diperuntukkan dua kali seminggu. Jadi, mana saya ada masa untuk bercinta atau dating," katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini.

Kota Bharu: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak kejam menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum membakar wanita itu di rumah mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, malam kelmarin.
Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai jurujual sebuah pasar raya, dituduh suaminya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur 40 peratus pada muka serta kedua-dua tangan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.



Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Idris Abd Rafar berkata, adik mangsa dihubungi kakaknya memberitahu dia dipukul, disiram dengan petrol dan dibakar oleh suaminya.
Menurutnya, adik serta tiga abangnya bergegas ke rumah mangsa dan apabila sampai, mereka sempat melihat suspek menampar muka mangsa di luar rumah.

Batu Gajah: Seorang lelaki dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya hingga mati di kawasan Pusing, di sini.
Mangsa berusia lewat 30-an itu ditemui dalam keadaan tubuhnya mempunyai banyak kesan gilis oleh seorang penternak lembu jam 7.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, seorang penternak lembu tenusu berusia 41 tahun dikatakan terserempak mayat mangsa berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang, di sini.

Menurutnya, saksi kejadian yang terkejut dengan penemuan mayat hampir busuk itu menghubungi pihak polis di Balai Polis Pusing di sini, untuk memaklumkan kejadian itu.

“Susulan itu, polis IPD Batu Gajah dan Unit Polis Forensik bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa terbaring di atas pelepah kering daun pokok kelapa sawit.

HM

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 40-an kini bertarung dengan maut akibat kecederaan parah di leher selepas disembelih adik iparnya hanya kerana gagal menjelaskan hutang tidak sampai RM1,000.

Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di rumah mangsa di Ampang di sini, ketika dia nyenyak tidur di ruang tamu. 
Sumber polis berkata, suspek dipercayai membuat kunci pendua rumah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian untuk memudahkannya masuk melalui pintu utama.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai penjual roti canai dikatakan berhutang tak sampai RM1,000 dengan adik iparnya itu sejak beberapa bulan lalu.

“Suspek dilaporkan tinggal berasingan dengan mangsa, tetapi dikatakan sering datang ke rumah abang iparnya itu,” katanya.

HM

KOTA KINABALU: Dua buah Sekolah Kebangsaan (SK) di Beaufort dan Tuaran terbakar petang Isnin.
Ia melibatkan tiga blok bangunan kayu SK Pekan Kiuli, Tuaran yang musnah sama sekali dalam kejadian 1.50 petang dan dua blok yang menempatkan perpustakaan dan stor sukan SK Gadong, Beaufort yang berlaku kira-kira 3.15 petang.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata, kejadian berlaku selepas tamat sesi persekolahan.
Punca kebakaran belum dikenal pasti, katanya.
Beliau berkata, 16 anggota dikejarkan untuk mengawal kebakaran di SK Pekan Kiuli sementara tujuh anggota ke SK Gadong.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin), Newmond Tibin berharap Jabatan Pendidikan dapat menempatkan murid SK Kiulu sama ada dengan menumpang sementara bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kiulu atau bangunan lain seperti Dewan Masyarakat.
"Kami juga berharap Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Sabah dapat mempercepatkan pembinaan SK Kiulu yang baharu daripada konkrit bagi menggantikan bangunan lama daripada kayu itu," katanya.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata kebakaran di SK Pekan Kiulu melibatkan blok bangunan papan yang dibina pada 1957 yang menempatkan 187 murid Tahun 1 hingga 6 dan sembilan murid prasekolah beserta 22 orang guru.
Ia juga menempatkan pusat sumber.
"JPN Sabah telah menurunkan peruntukan sedia ada sebanyak RM30,000 untuk membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran, bahan dan peralatan lain," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, murid-murid akan menggunakan makmal komputer dan khemah sebagai kelas sementara mereka.
Jame berkata, pihaknya akan menunggu laporan dan cadangan daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan bagi memohon peruntukan kecemasan.
"​JPN Sabah akan mencadangkan perancangan jangka masa panjang bagi membina gantian penuh bangunan sekolah ini," katanya. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip menjelaskan, sikapnya yang mudah mempercayai orang antara penyebab dia senang menjadi mangsa penipuan.
Enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara yang berlaku itu, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, keadaan itu membuatkan dia terpaksa lebih berhati-hati pada masa depan.

"Dari dulu lagi saya seorang yang tidak berkira, jujur dan mudah mempercayai orang. Apabila terjumpa dengan individu yang salah, saya pula ditipu ketika menjalani sebuah urusan yang melibatkan jual beli.
"Dan ini merupakan kejadian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," katanya kepada mStar Online.
Hafiz ditemui pada majlis sidang media Minggu Setiausaha, A Golden Moment With Hafizdi restoran Serai, Life Centre di sini pada Isnin.
Sebelum ini Hafiz mendedahkan dia pernah tiga kali menjadi mangsa penipuan kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pengubahsuaian rumah ibu bapanya di Kuching, Sarawak.
Tambah Hafiz, sehingga kini dia masih risau akan jika ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadapnya.
Sementara itu, A Golden Moment With Hafiz anjuran COOP Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama AMI Global Sdn Bhd, bakal diadakan di dewan megah Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Jalan Duta di sini pada 22 April depan.
Hafiz berkata, ia merupakan penglibatan pertamanya dalam Minggu Setiausaha dan berasa berdebar untuk menjayakan persembahan tersebut.
"Apabila bercakap mengenai Minggu Setiausaha, biasanya ia hanya melibatkan artis-artis gred A dan bertaraf penghibur, sedangkan saya masih baru dalam arena seni suara.
"Harus saya akui, gementar untuk menjayakan acara ini namun kepercayaan yang diberikan penganjur memberi keyakinan untuk saya mencuba. Saya akan belajar skil berkomunikasi dengan penonton di YouTube sebagai persediaan tambahan," ujarnya.
Pada persembahan itu nanti, Hafiz turut bersama rakan seangkatan iaitu Adira.
Selain itu, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki pula akan bertindak sebagai pengacara majlis berkenaan.
Tiket berharga RM780 (Platinum), RM680 (Emas) dan RM580 (Perak) boleh ditempah dengan menghubungi talian 03-29005526, Azizah (012-2013501, Yusri (019-2513575) dan Ariff (016-4458748).


PETALING JAYA: Pelakon Azwan Kombos, 29, mengesahkan telah menghadiri kursus asas perkahwinan bersama kekasihnya aktres Nad Zainal, 24, pada Sabtu dan Ahad lalu.
Bagaimanapun, Azwan menafikan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
"Ya, kami ada menghadiri kursus kahwin pada minggu lalu di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Namun tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
"Bagi saya ambil kursus perkahwinan ini macam ambil lesen, kita boleh ambil bila-bila walaupun belum ada tarikh atau perancangan sekalipun, " katanya kepada mStar Online,di sini, Isnin.
Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar-gambarnya bersama Nad Zainal ketika menghadiri kursus kahwin yang tersebar di Internet.
Sementara itu, Azwan berkata, mereka merancang untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua tahun lagi.
"Buat masa ini kami ingin fokus dalam kerjaya dan kumpul duit terlebih dahulu.
"Insya-Allah kalau tak ada halangan dalam masa dua tahun lagi (akan kahwin). Jodoh Allah yang tentukan, kalau boleh saya pun ingin perkara ini berlaku lebih awal," katanya.