Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Aksi tak senonoh pelajar perempuan di Singapura mendapat kecaman di laman maya. Pelajar tersebut ber’pose’ di tempat kencing dalam tandas lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Kejadian dikatakan berlaku sewaktu kem sekolah.

Ini bukanlah kali pertama kes yang sama terjadi, sebelum ini terdapat sekumpulan lelaki dan perempuan bergambar di dalam tandas perempuan.
Mungkin kerana ingin sangat menjadi negara moden, hingga segalanya hampir tiada batas anatara lelaki dan perempuan. Perasaan malau adalah soal remeh temeh yang tak harus diperbesarkan.


SEPANGGAR : Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui seorang pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di dalam pondok pembuangan sampah di institusi pengajian tinggi awam Jalan Sepanggar, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.
 
Ketika ditemui, mayat bayi cukup sifat ditinggalkan di atas tong sampah kecil disimpan di dalam kotak kasut dibaluti dengan plastik hitam.

Pekerja DBKK bersama rakannya sedang menjalankan kerja mengangkut sampah di kawasan pondok pembungan sampah di dalam institusi berkenaan sebelum membuat penemuan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.-HM
 GAMBAR di atas dirakamkan oleh wartawan TV9 di Johor, Zulhazri Abu Bakar sewaktu menyertai operasi bersama kakitangan Jabatan Imigresen Johor. Majoriti wartawan serta jurugambar terbabit membuat liputan kes jenayah selalunya sudah amat lali melihat keadaan seperti gambar di atas.

 
Tatkala pusat urut diserbu oleh pihak berkuasa, sebilangan tukang urut wanita kelam-kabut mencari seluar dalam dan coli sendiri. Tidak hairan jika seluar dalam itu tersepit.

Jika benar mereka hanya mengurut pelanggan, mengapakah perlu berbogel? Jawabannya mudah. Ramai tukang urut wanita warga asing menawarkan kaedah urutan badan ke badan atau ‘body to body massage‘ Maksudnya, mereka ‘mengurut’ pelanggan lelaki menggunakan tubuh termasuk buah dada dan celah kelangkang. Bayaran dikenakan mungkin sedikit tinggi tetapi telah dipersetujui sejak dari awal oleh kedua belah pihak. Bayaran untuk mengurut tubuh pelanggan lelaki barangkali tidak seberapa tetapi menjadi lebih lumayan andai pekhidmatan seks turut ditawarkan.

Sebelum ini, premis menawarkan perkhidmatan mengurut dibanjiri oleh gadis Indonesia namun kebelakangan ini, senario itu berubah. Gadis China dan Vietnam mengambil alih tempat mereka.

Dibandingkan dengan gadis Indonesia, lazimnya, tukang urut berasal dari China dan Vietnam tidak memahami bahasa Melayu dan majoriti mereka tidak memiliki kemahiran mengurut. Apapun kemahiran berkomunikasi dalam bahasa tempatan, bukan satu tuntutan dalam kerjaya mereka. Asalkan kehendak pelanggan dipenuhi, tugas selesai dan mereka menerima imbuhan. Hemat saya, mereka tidak berhasrat untuk menetap di Malaysia buat selamanya, sebaik simpanan mencukupi, mereka kembali ke negara asal sambil tersenyum.-MZ


KUALA LUMPUR – “Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.
 
Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai RM300 sebelum melarikan diri.

Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.
“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.

Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.

“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.
Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.

Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.
Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.
“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.

“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.

“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) bersenjata,” katanya.

Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya kepada Allah.
“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.

Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya.

“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.
Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).-HM

BEKAS suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan kekasihnya Zarema Zainal bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac ini.
Walaupun belum diumumkan tarikh sebenar majlis  tersebut, sudah pasti debaran bergelar raja sehari semakin dirasai oleh pasangan sejoli ini.
Terkini, menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish, Zarema telah mengadakan satu majlis bridal shower yang bertemakan Masquerade Party.

Foto yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish
Dalam majlis yang diraikan bersama sahabat-sahabat baiknya itu, Zarema nampak anggun mengenakan busana merah dengan memegang papan tanda berbentuk hati yang tertulis #AZ4ever.
Sementara itu, kesemua jemputannya pula memakai busana berwarna putih dan turut menggunakan topeng yang menutup separuh muka mereka.

 Majlis Bridal Shower bertemakan Masquarade Party
Kalau anda nak tahu, sebelum ini juga Zarema pernah mengadakan beberapa buah keraian bagi menyambut tarikh keramatnya itu.
Apapun, diharapkan semoga majlis perkahwinan mereka kelak akan berlangsung dengan lancar dan kekal hingga ke akhir hayat. Mari kita lihat beberapa keping lagi foto sekitar majlis tersebut.-OB
TUARAN: Tiga blok bangunan papan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu dekat sini, musnah sama sekali dalam kebakaran, sebentar tadi. 


Kejadian kira-kira jam 2 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa apabila semua murid sudah pulang selepas tamat sesi persekolahan.

BH





PONTIAN - Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di kilometer 13 Jalan Pontian-Kukup, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, anggota terbabit, Konstabel Mohd Sazatul Nazril Salim, 23, dalam tugasan mengiringi Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar dalam perjalanan pulang dari Pulau Kukup selepas merasmikan Hari Sambutan Tanah Lembap Sedunia.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian.

“Sebuah kenderaan jenis MPV Grand Livina yang datang dari arah bertentangan cuba memotong di garisan berkembar bertembung dengan anggota polis trafik terbabit.

“Difahamkan, anggota polis trafik terbabit sudah membunyikan siren mengarahkan semua kenderaan memberi laluan dan bergerak ke tepi,” katanya.

Katanya, sebaik menyedari kejadian itu, Tunku Jalil turut membantu mangsa dan mengiringi ke Hospital Pontian.

"Anggota terbabit dilaporkan patah paha kanan selain cedera di bahagian siku kanan. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

“Polis telah menahan pemandu MPV yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 keramemandu secara merbahaya.

“Keluarga anggota terbabit yang kini berada di Terengganu sudah dimaklumkan tentang kejadian tersebut,” katanya.
LOS ANGELES – Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton mencipta kontroversi sekali lagi dengan wanita. Kali ini beliau bergambar dengan dua pelacur di Nevada pada satu majlis amal.
Pelacur berkenaan dikenali sebagai Ava Adora dan Barbie Girl. Kedua-duanya bekerja di Bunny Ranch berhampiran Carson City.
Mereka menghadiri majlis itu bersama pemilik rumah pelacuran Bunny Ranch, Dennis Hof dan pelakon filem lucah, Ron Jeremy.
Clinton yang terkenal kerana menjalin hubungan sulit dengan pelatih White House, Monica Lewinsky, dilihat tersenyum lebar, hingga ke telinga ketika bergambar dengan pelacur berkenaan.
Ava berusia 23 tahun dan berasal dari San Diego.
Gambar itu diambil pada majlis  Unite4:Humanity yang diadakan di sini, menjelang Anugerah Oscar.
Pada majlis itu, Clinton telah menyampaikan ucap tama dan menyampaikan anugerah Unity Award kepada Forest Whitaker.

Wajah seorang seorang pelatih pendandan rambut dari Hoveton, Norwich, United Kingdom dipenuhi gelembung nanah sebesar bola tenis apabila tersilap mengambil ubat untuk melegakan kesakitan ulu hati.
Kulit sekitar wajah Leanne Howes, 17, menggelupas manakala bahagian dalam mulut dan tekaknya dikatakan turut bengkak hingga menyukarkan gadis ini untuk bernafas sehari selepas dia mengambil tablet Zantac yang dibeli di farmasi.
Menurut Leanne, pada mulanya dia berasa amat gatal sebelum kulitnya mula membengkak dan bernanah.
Dia dikejarkan ke hospital selepas ibunya menemui Howes terbaring di lantai bilik air tidak sedarkan diri.
Sebaik tiba di Hospital Universiti Norfolk, doktor menyapu krim perubatan lalu kulitnya mulai luruh dan mencair.
Howes disahkan mengalami sindrom Stevens-Johnson yang jarang berlaku. Secara nisbah, keadaan ini hanya menimpa dua orang daripada sejuta.
Keadaan Howes kini sudah pulih namun peristiwa yang menimpa dirinya pada September tahun lepas ini tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.








SEBELUM ini, panas seketika kisah pelakon Nur Fathia yang dikatakan berbalah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab semasa penggambaran Ariana Rose di London.
Ia disaksikan sendiri oleh seorang wartawan B*Pop yang berada di sana dan melaporkan ia berpunca daripada sikap Fathia yang tidak mahu melakukan promo episod akhir drama tersebut.
Kami sangkakan kisah itu sudah reda, namun semalam, pelakon Nabila Huda telah memuatnaik gambar sebuah artikel berkenaan kontroversi itu menerusi Instagramnya dengan ‘caption’ berbunyi:

“Manusia kadang-kadang tak reti nak bersyukur.Bila diberi peluang,selalu lupa diri.Bila kite salah,tak perlu untuk menegakkan diri untuk menutup kesalahan dan menunding jari pada pihak lain atau memberi alasan yang bodoh.Kalau salah,mintak maaf dan berubah.Simple!People would love to work with you if u take it seriously about how important is discipline to be a good actor.Everyone from the team knows the truth,girl.Boo!”
Ia secara tidak langsung menunjukkan Nabila tidak senang dengan tindakan membela diri yang dilakukan oleh Fathia.
Baginya, adalah lebih baik pelakon itu mengakui sahaja kesalahannya kerana krew produksi tahu akan kebenaran kejadian itu.
Hmm, tak tahulah hendak komen apa. Kalau benar apa yang dikata, tak salah rasanya jika Fathia mohon maaf sahaja daripada terus memanjangkan cerita…



Selfie adalah perkataan paling popular bagi 2013.
Kegemaran untuk selfie kini bukan sahaja terbatas kepada kaum perempuan tetapi semua orang termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama turut melakukannya.
Ketika berlangsungnya majlis Academy Awards malam tadi, satu rekod baru iaitu gambar selfie paling banyak dikongsikan (retweet) di laman Twitter telah tercipta. Gambar tersebut adalah gambar selfie yang dirancang oleh hos Oscar, Ellen DeGeneres dan diambil Bradley Cooper.
Sebelum melakukannya, DeGeneres memberitahu penonton bahawa dia mahu mengambil gambar selfie yang akan dikongsi paling banyak dalam sejarah.
Selepas menuturkan kata-kata itu, dia mengajak pelakon legenda Meryl Streep bergambar dengannya, diikuti selebriti ternama lain yang duduk berhampiran iaitu Brad Pitt, Angelina Jolie, Jared Leto, Julia Roberts, Kevin Spacey, Jennifer Lawrence, Channing Tathum dan Lupita Nyong’o.

‘Kalaulah tangan Bradley lagi panjang…’ – itu kapsyen DeGeneres pada gambar selfie yang dimuatnaik di Twitter sejurus kemudian.
Sebaik gambar itu dimuatnaik, ia ligat dikongsi pengguna Twitter hingga rangkaian laman sosial itu mengalami masalah buat seketika kerana trafik yang terlalu menderu.
Hasilnya, dalam masa setengah jam sahaja gambar tersebut dikongsi lebih setengah juta kali dan mencecah lebih satu juta selepas sejam sekaligus memecahkan rekod gambar ‘Four More Years’ Barack Obama yang sebelum ini memegang rekod gambar paling banyak mendapat ‘retweet’.
Begitu pun, rata-rata menganggap jaguh dalam gambar selfie malam tadi adalah adik Lupita Nong’o, Junior yang melakukan ‘photobombed’ (tiba-tiba mencelah) ketika gambar itu diambil.
Junior yang kurang dikenali berbanding nama besar lain dalam gambar tersebut tiba-tiba sahaja menyelit dengan penuh yakin di depan Angelina Jolie.

Nilai: Sebuah lori kontena yang membawa muatan getah dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terbakar sebaik tiba di Kilometer 284 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori kontena berkenaan dari arah selatan membawa muatan getah itu untuk dieksport. 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.07 pagi dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian untuk memadamkam kebakaran. 


Beliau berkata, operasi membabitkan lima jentera termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Nilai dan Bangi serta sebuah kenderaan membawa 12 tong buih dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran masih dijalankan dan siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.