Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

It’s amazing how para peminat dan orang ramai boleh meramal kehidupan seseorang dengan hanya melihat status atau kemaskini laman sosial mereka. Umie Aida antara contoh terkini yang menjadi mangsa spekulasi ramai.

Ada khabar angin mengatakan yang rumah tangga Umie Aida dan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dilanda masalah ekoran beberapa status di Instagram pelakon itu yang seolah olah meluahkan keluh kesah di hati.
Laporan Berita Harian hujung minggu lalu juga melaporkan yang wujudnya dakwaan mengatakan ada orang ketiga dalam rumah tangga pasangan ini di kalangan artis juga yang menyebabkan pergolakan ini terjadi.
Apa kata Umie Aida?
“Mana mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, kita kan manusia? Masing masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi, tidaklah sampai ke arah itu (bercerai),” jelas duta produk Phytoscience Stemcell ini.
“Rumahtangga kami OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian jalan terakhir yang baik atau sebaliknya — saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami,” tambahnya.

Rotikaya.com
Keterujaan Rozita Che Wan untuk hamil dengan perkahwinan bersama Zain Saidin bukan rahsia lagi selepas pelakon itu sendiri mengakui yang beliau ingin menimang cahaya mata secepat mungkin selepas berkahwin hujung tahun lalu.


Suaminya, Zain Saidin menerusi mStar Online berkata yang Rozita Che Wan berkemungkinan besar sudah mengandung namun pasangan romantis ini masih menunggu keputusan daripada pihak doktor.
“Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak. Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri”
Zain Saidin memberikan kenyataan itu selepas diminta mengulas tentang apakah hadiah istimewa yang diberikan Rozita Chea Wan buat dirinya bersempena dengan ulangtahun kelahiran yang disambut pada 23 Februari lalu.
Pastinya Zain Saidin gembira dan teruja untuk bergelar ayah jika positif Rozita Che Wan hamil. Doakan yang terbaik buat pasangan ini! 
BERGELAR anak seni di Malaysia memang amat sukar kerana perlu berdepan dengan sikap masyarakat di sekeliling yang terlalu sensitif dan mudah memandang serong.

Tidak seperti di industri Hollywood dan Bollywood, kebanyakkan peminat di Malaysia mudah melemparkan kritikan dan tomahan terhadap seseorang artis itu jika tampil dengan pakaian menjolok mata dan seksi, atau bersikap sombong kepada media.
Situasi sama kini sedang dilalui seorang pelakon comel, Sara Ali. Beliau dikatakan peminat tampil semakin kencang dan seksi malah mula bersikap sombong dengan peminat dan wartawan.
Kata salah seorang wartawan di Harian Metro dikenali Sha, dia memberitahu ada terdengar keluhan beberapa kenalannya berkenaan sikap Sara yang tidak mesra media dan sering bersikap sinikal ketika menjawab pertanyaan media.
Menurut Sha, pencapaian Sara Ali belum ada yang boleh dibanggakan setakat ini namun berasa pelik bagaimana pelakon itu tidak belajar untuk membina hubungan baik dengan pihak media.
“Sikap itu secara tidak langsung mewujudkan jurang antaranya dengan media. Walhal dalam industri hiburan, artis dan wartawan saling membantu dan memerlukan. Kata mereka, Sara patut belajar daripada mereka yang terlebih dulu menempa nama.”



“Bakat saja tidak cukup, perlu ada hubungan baik sesama rakan artis, media dan peminat. Itu antara rahsia kejayaan mereka. Lihat Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi artis gred A, mereka pandai bawa diri dan ada hubungan baik dengan orang sekeliling. Banyak kebaikan jika kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.”
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditinggalkan kekasihnya selepas terjatuh dari motosikal ketika cuba meragut pembantu Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) di Jalan Sri Gombak, di sini, semalam. 




Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, remaja terbabit yang membonceng motosikal ditunggang kekasihnya, cuba meragut beg tangan wanita berusia 51 tahun yang baharu keluar bank. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata wanita berkenaan sempat menarik beg tangannya yang menyebabkan remaja perempuan itu terjatuh dari motosikal. 



Remaja itu cuba melarikan diri tetapi gagal kerana ditahan anak wanita berkenaan sebaik menyedari kejadian itu. 

Cuba melanggar mangsa ragut 

“Kekasih suspek yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC, membuat pusingan dan cuba melanggar wanita itu tetapi dia sempat mengelak sebelum orang ramai membantu. 

“Lelaki itu terus memecut motosikal dengan meninggalkan teman wanitanya,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Abd Rahim berkata, remaja itu yang tidak bersekolah, dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak oleh orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

BH
Tumpat: Seorang wanita berusia 85 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher dan mulutnya disumbat tuala di rumahnya di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Bharu, di sini, semalam. 





Mayat Wan Mariam Wan Mahmud ditemui cucunya, Mohd Faizal Abd Samad, 30, kira-kira jam 3.30 pagi.


Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk dibedah siasat. Mohd Faizal berkata, ketika berada di kedai makan berhampiran rumah neneknya kira-kira jam 3.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada nombor telefon neneknya. 

Dia bergegas ke rumah neneknya kerana berasa pelik apabila tidak mendengar suara wanita itu. 


Pintu dapur dikopak 

Beliau kemudiannya mendapati pintu dapur dan bilik tidur rumah neneknya yang tinggal seorang diri, dikopak. 

Sebaik nampak pintu dapur terbuka, dia terus masuk dan mendapati rumah berselerak sebelum ke bilik neneknya untuk mengejutkannya yang tidur di atas katil. 

“Saya yang belum tahu nenek sudah meninggal dunia, kemudian memaklumkan kepada jiran mengenai ada orang memecah masuk rumah nenek. Selepas membuat pemeriksaan bersama jiran, baru kami tahu nenek sudah meninggal dunia dengan mulutnya disumbat tuala,” katanya.

BH



Segamat: Seorang penoreh ditemui mati dengan kesan terbakar di kepala, dipercayai selepas lemas kerana asap kebakaran di sebuah kebun getah di FELDA Medoi, dekat sini, petang kelmarin. 


Mayat Ng Chong Chia, 63, yang masih memakai but getah ditemui terbaring berhampiran sebuah pondok di kebun berkenaan oleh orang awam, kira-kira jam 5 petang. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, berkata mangsa yang tinggal di Paya Pulai, dipercayai ke kebunnya untuk menoreh getah, namun berlaku kebakaran di situ dipercayai akibat cuaca panas. 




Api menyambar motosikal 

“Ketika mangsa tiba, kebun itu sedang terbakar bersama sebuah pondok kayu di situ. Api kemudian dipercayai menyambar motosikal penoreh terbabit yang turut menyebabkan letupan. 

“Polis percaya mangsa sesak nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian. Selain itu, polis turut menemui kesan terbakar di kepala dan baju lelaki terbabit,” katanya. 

Mohd Kamil tidak menolak kemungkinan mangsa cuba memadam kebakaran kebun dan pondok berkenaan sebelum api menyambar motosikalnya sehingga berlaku letupan sebelum api menyambar lelaki berkenaan. 
Katanya, setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai, khususnya pekebun warga tua berhati-hati jika ke kawasan terpencil, terutama ketika musim kemarau yang boleh menyebabkan kebakaran secara tiba-tiba.


Mahu menghalalkan hubungan yang sudah tiga tahun terjalin, vokalis kumpulan OAG ini mahu dinikahkan dengan kekasih hatinya, Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, bulan depan. 

Walaupun ibu Ayu agak keberatan kerana mahu mereka bertunang demi mengikut adat, namun bakal mentua Radhi itu akur demi kebahagiaan mereka. 
Mengaku berdebar biarpun pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif selama lima tahun, Radhi akan mengikuti kursus perkahwinan bulan depan. Ini kerana beliau mahu mempertajamkan ilmu mengenai asas keharmonian rumah tangga demi membetulkan kesilapan lalu. 



Tidak mahu majlis yang gah dan membazir, Radhi membayangkan acara sederhana serta majlis resepsi yang diadakan selepas Aidilfitri secara kecil-kecilan. 

“Walaupun pernah berkahwin, saya akan mengambil kursus perkahwinan pada 15 Februari depan. Ini kerana saya mahu fokus demi tak tersilap langkah. Kalau mengikut kehendak keluarga Ayu, banyak modal yang perlu dikeluarkan. Saya rasa mungkin lambat lagi kami akan berkahwin sebab saya baru hendak membina karier semula. 

“Alhamdulillah, walaupun saya ada kisah silam, tetapi, keluarga Ayu menerima saya seadanya dengan perubahan pada diri saya. Pada mulanya, majlis persandingan mahu diadakan pada Ogos depan. Tetapi, Insya-Allah mungkin akhir tahun ini. Biar apapun, kita selesaikan perkara wajib dulu,” katanya.

BH 

SEORANG pemandu di negara jiran menyebarkan di rangkaian sosial miliknya, Path dan Twitter tentang insiden keretanya dirosakkan oleh Tentera Indonesia, 22 Januari lalu
Menurutnya, kira-kira 10 tentera telah merosakkan kereta Toyota Avanza miliknya dengan sengaja kerana didakwa menghalang laluan ketika mereka dalam perjalanan mahu membantu mangsa banjir.


Selain memecahkan kereta tentera terbabit turut dilaporkan berkata;

 ” Dasar Cina menumpang di negara orang “.
Dakwaan pemandu ini diperkukuhkan oleh saksi di tempat kejadian yang melihat insiden ini.

Pengusaha kedai berdekatan lebuhraya keluar Tomang menyatakan, kejadian jam 9.30 pagi itu bermula apabila pemandu Avanza enggan memberi laluan kepada empat trak tentera yang sedang berkonvoi melalui lebuh raya tersebut walaupun sudah dihon berkali-kali.
Tidak lama kemudian, salah sebuah trak tentera terus meluru lalu merempuh belakang Avanza yang kemudiannya berhenti di tepi jalan.
Trak tentera yang melanggar ikut sama berhenti tetapi apa yang berlaku, sekumpulan tentera kemudiannya turun lalu mula merosakkan kereta tersebut.
Orang ramai yang menuju ke tempat kejadian diminta tentera Indonesia supaya beredar namun mereka sempat melihat Avanza tersebut dinaiki oleh pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita yang kelihatan menangis ketakutan.

Rata-rata pengunjung yang membaca kisah ini di laman web indoboom.com menyalahkan pemandu terbabit atas apa yang berlaku tapi pada masa sama, menyelar tentera Indonesia kerana bertindak ganas terhadap rakyat sendiri.-MNH
Biarpun berita kehamilan seharusnya disambut penuh keceriaan, keadaan mabuk hamil yang sukar ditangani menyebabkan segelintir wanita berasa terganggu dalam tempoh kandungan mereka.


Hampir 90 peratus wanita hamil mengalami rasa loya dan muntah. Mengikut pandangan ahli biologi evolusi, mabuk hamil adalah suatu bentuk mekanisme perlindungan semula jadi tubuh. 
Profesor Neurologi dan Tingkah Laku Universiti Cornell Dr Paul Sherman berkata, loya dan muntah ketika hamil penting untuk menyingkirkan makanan tercemar yang berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan wanita hamil dan bayi yang dikandungnya. Ini terutama pada fasa di mana organ janin sedang berkembang dan sensitif terhadap kesan negatif bahan kimia. 


Fakta berkenaan disokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang mengalami loya dan muntah berisiko lebih rendah untuk keguguran dan kematian bayi sebelum atau semasa lahir.



Biarpun kebanyakan rasa loya akan berlalu dengan spontan apabila berakhirnya trimester pertama, sejenis mabuk hamil yang serius iaitu hyperemesis gravidarum (HG), boleh berlaku sehingga berpotensi me-ngancam nyawa. Dalam perkembangan terbaru, HG didapati berpunca akibat serangan bakteria usus yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori).



Apabila loya dan muntah berlaku secara berterusan atau teruk dan membabitkan penurunan berat badan melebihi lima peratus berbanding berat wanita sebelum hamil, situasi itu dikenali sebagai HG. 

Dalam sesetengah kes, HG berpotensi me-ngancam nyawa ibu namun punca HG masih diselubungi tanda tanya sehingga kini. Walaupun ia sering dikaitkan dengan interaksi kompleks pelbagai faktor biologi, psikologi dan sosio-budaya, jangkitan kronik H pylori juga dianggap sebagai salah satu kemungkinan punca HG. 

H pylori ialah spesies bakteria berpilin yang dikenal pasti pada 1982 sebagai penyebab gastritis dan ulser perut. Dengan jumlah pesakit yang dijangkiti melebihi 50 peratus penduduk dunia iaitu lebih tiga bilion orang, ancaman serius bakteria itu terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan. 

Kaedah penyebaran 

Negara di mana seseorang itu bermastautin menentukan kebarangkalian dirinya dijangkiti H pylori. Secara amnya, negara yang lebih mundur dengan tahap kebersihan tidak sempurna dan pemakanan kurang berkhasiat menunjukkan kadar tertinggi jangkitan H pylori. 

Walaupun terdapat lebih 40,000 laporan saintifik mengenai H pylori, tiada satu pun yang benar-benar mengetahui cara penyebaran utama penyakit itu. Ia dipercayai berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan melalui pe-nyebaran titisan air liur. 

Namun, jangkitan H pylori lebih cenderung berlaku pada wanita yang bergelar ibu iaitu individu yang paling banyak berhubung dengan ahli sesebuah keluarga.

Suami isteri boleh menjangkiti antara satu sama lain dan jika salah seorang didapati positif, pasangannya juga perlu diperiksa kerana dalam 70 peratus kes, jangkitan itu didapati membabitkan pasangan yang sudah dijangkiti. 
Kanak-kanak juga tidak terkecuali di mana kajian menunjukkan bahawa jangkitan H pylori kerap bermula apabila kanak-kanak mencecah usia 10 tahun akibat pe-nyebaran daripada ahli keluarga. 

Di negara yang sedang membangun, seramai 90 peratus penduduknya disahkan masih dijangkiti bakteria itu walaupun pada usia 40 tahun. Hakikatnya, seseorang individu akan terus dijangkiti sepanjang hayat sehinggalah mereka menerima rawatan yang berkesan untuk menghapuskan bakteria terbabit. 

Dalam kes mabuk hamil yang teruk, penyelidik mengesyorkan dalam fasa awal kehamilan, perubahan kepekatan bendalir tubuh wanita bertindak mempengaruhi keasidan (pH) perut, seterusnya mengaktifkan bakteria H pylori yang terpendam dalam lapisan perut.

Jangkitan H pylori juga membebaskan enzim dan toksin yang menyebabkan mabuk hamil berlaku secara berterusan, atau HG, apabila tubuh mencuba sedaya-upaya untuk me-nyingkirkan bakteria itu tetapi tidak berjaya. 

Dalam kajian yang dijalankan di Universiti Ain Shams di Kaherah, 71 daripada 80 kes HG dalam kalangan wanita hamil didapati berlaku seiri-ngan dengan jangkitan H pylori. Apabila lapan daripada wanita yang dijangkiti itu diberikan rawatan tanpa bahan yang boleh menjejaskan janin untuk menghapuskan H pylori, kekerapan muntah yang teruk mula berkurangan dan kehamilan berjaya diteruskan sehingga kelahiran bayi yang sihat. 

Malangnya, jangkitan H pylori tidak boleh didefinisikan dengan jelas sebagai penyebab HG melainkan seseorang wanita hamil menjalani pemeriksaan. Ujian H pylori boleh dilakukan dalam beberapa cara dan paling lazim melalui ujian nafas di mana anda perlu meniup beg seperti belon atau ujian antibodi darah untuk menentukan sama ada tubuh sudah menghasilkan antibodi terhadap bakteria terbabit.

Pakar gastroenterologi dan pengamal perubatan semula jadi, Dr Vagif Soultanov berkata, jika mabuk hamil yang teruk berterusan selepas bulan keempat atau kelima dan pelbagai kaedah yang dicuba menemui kegagalan, ujian saringan untuk H pylori perlu dilakukan. 

Sebaiknya, wanita perlu mengetahui sama ada mereka positif H pylori sebelum mereka mula hamil kerana tidak banyak pilihan ubat tersedia semasa kehamilan dan sesetengahnya pula boleh memudaratkan bayi.
“Wanita yang mengalami simptom gastritis, pedih hulu hati, refluks asid, gas atau kembung perut yang berlarutan melebihi dua bulan digalakkan untuk menjalani ujian H pylori.

“Namun begitu, simptom berkaitan perut bagi mereka yang dijangkiti H pylori hanya muncul dalam 20 peratus pesakit. Sebahagian besarnya tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali.

“Apa pun, simptom lain seperti migrain, keguguran rambut, masalah gusi ataupun nafas berbau mungkin berlaku disebab-kan jangkitan H pylori,” katanya yang menerajui penyelidikan berkenaan, pada sesi soal jawab baru-baru ini mengenai NuvaPine A yang dirumus daripada Bioeffective A berpaten, produk pemakanan dengan keberkesanan biologi yang tinggi. 

Pengamal perubatan bersetuju rawatan H pylori perlu bagi mengelakkan timbulnya masalah lain yang lebih teruk. H pylori sebenarnya bukanlah bakteria yang mudah dihapuskan. 
Disebabkan jangkitan H pylori mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain, persoalannya, bagaimana merawat jangkitan yang begitu lazim berlaku tanpa menghasilkan rantaian bakteria yang berupaya melumpuhkan keberkesanan rawatan dan seterusnya lebih sukar untuk dibunuh?

Regim penjagaan standard dengan penggunaan antibiotik berdepan masalah kerintangan yang serius serta menghasilkan kesan sampingan seperti sakit perut yang lebih teruk, loya, sakit kepala dan rasa payau dalam mulut. 
Bagi wanita hamil, rawatan antibiotik semasa kehamilan tidak di-syorkan kerana ia boleh membahayakan janin. 

Atasi jangkitan 

Pendidikan sememangnya kunci bagi mengatasi jangkitan bakteria H pylori. Amalan kebersihan yang baik seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, memberus gigi, tidak berkongsi pinggan, gelas dan sudu atau garpu sesuatu yang wajib dilakukan. 

Bagi menghalang jangkitan daripada terus merebak, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terhadap kaum ibu. Ahli perubatan tradisional sudah lama menerokai kaedah rawatan alternatif seperti penggunaan teh hitam atau hijau dan bawang putih, walaupun tidak banyak kajian yang dapat mengesahkan dakwaan keberkesanannya. 

Probiotik juga sering dimanfaatkan untuk menguatkan sistem imun terhadap serangan H pylori. Namun begitu, probiotik hanya bertindak di dalam usus dan bukan di dalam perut dan kebanyakannya tidak dapat menandingi kelicikan bakteria H pylori ini. 

Di peringkat global, penemuan yang memberangsangkan diperoleh hasil penyelidikan Pasteur Institute di St Petersburg, Russia, terhadap ekstrak jejarum konifer pain yang dikenali sebagai Bioeffective(R) A. 
Bahan itu bukan saja didapati aktif terhadap H pylori, malah ia juga dilengkapi ciri penyembuhan yang tinggi bagi membantu perut dan usus kembali berfungsi dengan normal.

Dalam kajian yang dijalankan, Bioeffective(R) A diberikan kepada pesakit yang mengidap luka perut dan keputusannya dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Hampir separuh daripada pesakit dalam setiap kumpulan juga dijangkiti H pylori. 
Selepas tempoh rawatan, 92 peratus pesakit yang mengambil Bioeffective(R) A menunjukkan kelegaan simptom yang ketara termasuk gastritis, refluks asid, gas dan gangguan usus. 

Ia dipercayai berlaku kerana Bioeffective(R) A bertindak dengan me-nyekat kerengsaan kronik dalam lapisan perut dan seterusnya mengurangkan masalah gastritis yang teruk. Bagi pesakit yang sebelumnya dijangkiti H pylori, 57 peratus didapati bebas sepenuhnya daripada jangkitan terbabit.

Menurut Dr Soultanov, H pylori ialah sejenis karsinogen yang paling berbahaya dan akibatnya terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan. Mabuk hamil hanyalah satu daripada beberapa kesan buruk yang boleh melemahkan tubuh. 
“Selain berpotensi tinggi sebagai ejen penyembuhan untuk seluruh tubuh, Bioeffective(R) A menunjukkan profil sebagai bahan terapeutik tambahan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah standard yang digunakan dalam penghapusan H pylori,” katanya.
Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media semalam.


Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani.
Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum.
Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa.


Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman.

Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.
Kedua-duanya mereka juga memaki hamun penumpang lain ketika menaiki bas itu, termasuk seorang ibu yang membawa anaknya.
Bercakap kepada media, Buttigieg berkata, dua perempuan terbabit memaki hamun orang ketika menaiki bas dari pintu belakang.
“Saya berkata dengan baik supaya jangan menyeranah kami, namun tiba-tiba mereka memukul saya,” katanya.
Kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menandatangani petisyen selain mewujudkan kumpulan di Facebook mendesak mereka ditangkap.
Sementara itu, peguam bela dua wanita terbabit berkata anak guamnya turut menerima ancaman bunuh.
Kes 2 London: Seorang wanita yang menjadi buruan kumpulan gengster menyaman polis yang menyelamatkannya kerana pihak berkuasa didakwa melanggar hak asasi.
Wanita dikenali sebagai Julie, 47, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London bagi menuntut ganti rugi £100,000 (RM549,000) daripada Polis Metropolitan.
Berdasarkan dokumen difail, Julie mendakwa dia kini papa kedana selepas hampir sedekad dimasukkan ke skim perlindungan saksi.
Tuntutannya bakal didengar lewat tahun ini dan dia akan mewakili dirinya sendiri berikutan tidak mampu melantik peguam.
Jurumekap profesional itu tinggal di beberapa lokasi rahsia bersama anak perempuan remajanya di selatan England sejak dia dan bekas teman lelakinya - pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan keluarga gengster Adams - menjadi buruan penjenayah.
Kata Julie, polis melarangnya bekerja ketika berada dalam skim perlindungan saksi mengakibatkan rumahnya di London, serta beberapa harta lain, dirampas bank disebabkan gagal membayar hutangnya.
“Saya hilang segala-galanya.
Saya rasa seperti polis mengabaikan saya.

“Mereka berjanji akan menebus balik sebarang kerugian dialami sepanjang berada dalam program perlindungan saksi itu, tetapi kini saya tiada duit langsung dan masih takut setiap kali terdengar pintu rumah diketuk,” katanya.
Menurut Julie, masalahnya bermula selepas polis merampas sejumlah besar dadah di dalam van dipandu bekas teman lelakinya.
Dorling merempuh van itu supaya ditangkap kerana bimbang diburu anggota geng yang mungkin melihatnya sebagai tali barut akibat kejadian itu.

Polis kemudian menghubungi Julie dengan amaran dia menjadi sasaran pembunuh upahan.
Julie berkata dia dimaklumkan program itu hanya untuk enam bulan sehingga perlu memberi keterangan terhadap Dorling.
“Namun kini sudah bertahun-tahun saya hidup bagai pelarian.
“Saya, ibu dan anak perempuan tinggal di sembilan rumah antara 2003 dan 2011,” katanya.


- Agensi Kes 3 Florida: Seorang wanita yang terkenal selepas gambarnya di balai polis dimuat naik ke Internet kini menyaman sebuah syarikat yang didakwa menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan.

Meagan Simmons, 28, menuduh InstantCheckmate.com meraih keuntungan daripada imej itu yang diambil ketika dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2010.
Gambar itu banyak kali digunakan dalam Internet berikutan keayuan wajahnya.
Namun peguam Meagan, Matthew Cristmenyifatkan perbuatan syarikat terbabit sebagai melampau.


Ini berikutan syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang untuk pelanggannya menggunakan gambar itu dalam iklan berserta slogan “Kadangkala yang comel tidak semestinya tidak bersalah.” “Ini isu membabitkan harta intelek.

Jika mereka mahu menggunakan imej itu mereka perlu membayarnya,” katanya.

- Agensi



Behrang: Seorang wanita warga emas berusia 86 tahun hidup daif, termasuk berkongsi sepinggan nasi dengan kucing, tinggal seorang diri di rumah yang sudah usang di Kampung Padang, Behrang Stesen, di sini, sejak tiga tahun lalu.

Wanita itu, Salbiah Mat Perang yang tiada anak, uzur dan tidak mampu mengurus diri sendiri, mengharap ihsan adik-beradik yang tinggal di kampung itu dan tidak menerima sebarang bantuan.
Bagaimanapun, nasib wanita malang itu kini sedikit terbela apabila kerajaan negeri memberi sumbangan dan bantuan melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Intergrasi Nasional Rusnah Kasim berkata, selepas melihat kedaifan hidup Salbiah, pihaknya bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama penduduk menganjurkan program khas Gotong-Royong Kasih untuk wanita berkenaan.
“Pertama kali saya berkunjung ke rumah Salbiah untuk menyampaikan bantuan daripada YBUDR, saya dapati bekas polis zaman darurat itu sedang makan berkongsi sepinggan nasi dengan kucing.
Teruja bakal memperoleh wang wasiat berjumlah RM10 juta mengakibatkan seorang jururawat kini menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya dengan kisah ‘barah payudara’ dihantar sindiket penipuan Internet.

Kes jururawat itu satu daripada 91 kes penipuan Internet dikesan polis Perak.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina, 38, ketika ditemui wartawan berkata, dia kelabu mata apabila ‘digula-gulakan’ dengan wasiat itu dan sanggup meminjam wang daripada bank dan ceti haram (along) hanya kerana yakin bakal ‘dihujani duit’ seperti dijanjikan.
Azrina yang bertugas di sebuah klinik di sini, mendakwa mula berkenalan dengan wanita bernama Siti Zaleha di laman sosial Facebook sekitar penghujung 2012.
Menurutnya, wanita itu mendakwa seorang ahli perniagaan di United Kingdom mulanya hanya mahu berkenalan sambil saling bertukar gambar dan kisah hidup dilalui.
“Mulanya saya langsung tidak berasa syak berikutan persahabatan kami berlangsung dalam tempoh masa agak lama.
Pada masa sama wanita itu mendakwa menderita penyakit barah payudara dan berkemungkinan menemui ajal dalam masa terdekat.
“Saya percaya sepenuhnya dengan kisah itu apatah lagi tugas harian saya berhadapan dengan pelbagai pesakit di hospital.