Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Biarpun berita kehamilan seharusnya disambut penuh keceriaan, keadaan mabuk hamil yang sukar ditangani menyebabkan segelintir wanita berasa terganggu dalam tempoh kandungan mereka.
Hampir 90 peratus wanita hamil mengalami rasa loya dan muntah. Mengikut pandangan ahli biologi evolusi, mabuk hamil adalah suatu bentuk mekanisme perlindungan semula jadi tubuh.
Profesor Neurologi dan Tingkah Laku Universiti Cornell Dr Paul Sherman berkata, loya dan muntah ketika hamil penting untuk menyingkirkan makanan tercemar yang berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan wanita hamil dan bayi yang dikandungnya. Ini terutama pada fasa di mana organ janin sedang berkembang dan sensitif terhadap kesan negatif bahan kimia.
Fakta berkenaan disokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan wanita yang mengalami loya dan muntah berisiko lebih rendah untuk keguguran dan kematian bayi sebelum atau semasa lahir.
Biarpun kebanyakan rasa loya akan berlalu dengan spontan apabila berakhirnya trimester pertama, sejenis mabuk hamil yang serius iaitu hyperemesis gravidarum (HG), boleh berlaku sehingga berpotensi me-ngancam nyawa. Dalam perkembangan terbaru, HG didapati berpunca akibat serangan bakteria usus yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H pylori).
Apabila loya dan muntah berlaku secara berterusan atau teruk dan membabitkan penurunan berat badan melebihi lima peratus berbanding berat wanita sebelum hamil, situasi itu dikenali sebagai HG.
Dalam sesetengah kes, HG berpotensi me-ngancam nyawa ibu namun punca HG masih diselubungi tanda tanya sehingga kini. Walaupun ia sering dikaitkan dengan interaksi kompleks pelbagai faktor biologi, psikologi dan sosio-budaya, jangkitan kronik H pylori juga dianggap sebagai salah satu kemungkinan punca HG.
H pylori ialah spesies bakteria berpilin yang dikenal pasti pada 1982 sebagai penyebab gastritis dan ulser perut. Dengan jumlah pesakit yang dijangkiti melebihi 50 peratus penduduk dunia iaitu lebih tiga bilion orang, ancaman serius bakteria itu terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan.
Kaedah penyebaran
Negara di mana seseorang itu bermastautin menentukan kebarangkalian dirinya dijangkiti H pylori. Secara amnya, negara yang lebih mundur dengan tahap kebersihan tidak sempurna dan pemakanan kurang berkhasiat menunjukkan kadar tertinggi jangkitan H pylori.
Walaupun terdapat lebih 40,000 laporan saintifik mengenai H pylori, tiada satu pun yang benar-benar mengetahui cara penyebaran utama penyakit itu. Ia dipercayai berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan melalui pe-nyebaran titisan air liur.
Namun, jangkitan H pylori lebih cenderung berlaku pada wanita yang bergelar ibu iaitu individu yang paling banyak berhubung dengan ahli sesebuah keluarga.
Suami isteri boleh menjangkiti antara satu sama lain dan jika salah seorang didapati positif, pasangannya juga perlu diperiksa kerana dalam 70 peratus kes, jangkitan itu didapati membabitkan pasangan yang sudah dijangkiti.
Kanak-kanak juga tidak terkecuali di mana kajian menunjukkan bahawa jangkitan H pylori kerap bermula apabila kanak-kanak mencecah usia 10 tahun akibat pe-nyebaran daripada ahli keluarga.
Di negara yang sedang membangun, seramai 90 peratus penduduknya disahkan masih dijangkiti bakteria itu walaupun pada usia 40 tahun. Hakikatnya, seseorang individu akan terus dijangkiti sepanjang hayat sehinggalah mereka menerima rawatan yang berkesan untuk menghapuskan bakteria terbabit.
Dalam kes mabuk hamil yang teruk, penyelidik mengesyorkan dalam fasa awal kehamilan, perubahan kepekatan bendalir tubuh wanita bertindak mempengaruhi keasidan (pH) perut, seterusnya mengaktifkan bakteria H pylori yang terpendam dalam lapisan perut.
Jangkitan H pylori juga membebaskan enzim dan toksin yang menyebabkan mabuk hamil berlaku secara berterusan, atau HG, apabila tubuh mencuba sedaya-upaya untuk me-nyingkirkan bakteria itu tetapi tidak berjaya.
Dalam kajian yang dijalankan di Universiti Ain Shams di Kaherah, 71 daripada 80 kes HG dalam kalangan wanita hamil didapati berlaku seiri-ngan dengan jangkitan H pylori. Apabila lapan daripada wanita yang dijangkiti itu diberikan rawatan tanpa bahan yang boleh menjejaskan janin untuk menghapuskan H pylori, kekerapan muntah yang teruk mula berkurangan dan kehamilan berjaya diteruskan sehingga kelahiran bayi yang sihat.
Malangnya, jangkitan H pylori tidak boleh didefinisikan dengan jelas sebagai penyebab HG melainkan seseorang wanita hamil menjalani pemeriksaan. Ujian H pylori boleh dilakukan dalam beberapa cara dan paling lazim melalui ujian nafas di mana anda perlu meniup beg seperti belon atau ujian antibodi darah untuk menentukan sama ada tubuh sudah menghasilkan antibodi terhadap bakteria terbabit.
Pakar gastroenterologi dan pengamal perubatan semula jadi, Dr Vagif Soultanov berkata, jika mabuk hamil yang teruk berterusan selepas bulan keempat atau kelima dan pelbagai kaedah yang dicuba menemui kegagalan, ujian saringan untuk H pylori perlu dilakukan.
Sebaiknya, wanita perlu mengetahui sama ada mereka positif H pylori sebelum mereka mula hamil kerana tidak banyak pilihan ubat tersedia semasa kehamilan dan sesetengahnya pula boleh memudaratkan bayi.
“Wanita yang mengalami simptom gastritis, pedih hulu hati, refluks asid, gas atau kembung perut yang berlarutan melebihi dua bulan digalakkan untuk menjalani ujian H pylori.
“Namun begitu, simptom berkaitan perut bagi mereka yang dijangkiti H pylori hanya muncul dalam 20 peratus pesakit. Sebahagian besarnya tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali.
“Apa pun, simptom lain seperti migrain, keguguran rambut, masalah gusi ataupun nafas berbau mungkin berlaku disebab-kan jangkitan H pylori,” katanya yang menerajui penyelidikan berkenaan, pada sesi soal jawab baru-baru ini mengenai NuvaPine A yang dirumus daripada Bioeffective A berpaten, produk pemakanan dengan keberkesanan biologi yang tinggi.
Pengamal perubatan bersetuju rawatan H pylori perlu bagi mengelakkan timbulnya masalah lain yang lebih teruk. H pylori sebenarnya bukanlah bakteria yang mudah dihapuskan.
Disebabkan jangkitan H pylori mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain, persoalannya, bagaimana merawat jangkitan yang begitu lazim berlaku tanpa menghasilkan rantaian bakteria yang berupaya melumpuhkan keberkesanan rawatan dan seterusnya lebih sukar untuk dibunuh?
Regim penjagaan standard dengan penggunaan antibiotik berdepan masalah kerintangan yang serius serta menghasilkan kesan sampingan seperti sakit perut yang lebih teruk, loya, sakit kepala dan rasa payau dalam mulut.
Bagi wanita hamil, rawatan antibiotik semasa kehamilan tidak di-syorkan kerana ia boleh membahayakan janin.
Atasi jangkitan
Pendidikan sememangnya kunci bagi mengatasi jangkitan bakteria H pylori. Amalan kebersihan yang baik seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, memberus gigi, tidak berkongsi pinggan, gelas dan sudu atau garpu sesuatu yang wajib dilakukan.
Bagi menghalang jangkitan daripada terus merebak, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan terhadap kaum ibu. Ahli perubatan tradisional sudah lama menerokai kaedah rawatan alternatif seperti penggunaan teh hitam atau hijau dan bawang putih, walaupun tidak banyak kajian yang dapat mengesahkan dakwaan keberkesanannya.
Probiotik juga sering dimanfaatkan untuk menguatkan sistem imun terhadap serangan H pylori. Namun begitu, probiotik hanya bertindak di dalam usus dan bukan di dalam perut dan kebanyakannya tidak dapat menandingi kelicikan bakteria H pylori ini.
Di peringkat global, penemuan yang memberangsangkan diperoleh hasil penyelidikan Pasteur Institute di St Petersburg, Russia, terhadap ekstrak jejarum konifer pain yang dikenali sebagai Bioeffective(R) A.
Bahan itu bukan saja didapati aktif terhadap H pylori, malah ia juga dilengkapi ciri penyembuhan yang tinggi bagi membantu perut dan usus kembali berfungsi dengan normal.
Dalam kajian yang dijalankan, Bioeffective(R) A diberikan kepada pesakit yang mengidap luka perut dan keputusannya dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Hampir separuh daripada pesakit dalam setiap kumpulan juga dijangkiti H pylori.
Selepas tempoh rawatan, 92 peratus pesakit yang mengambil Bioeffective(R) A menunjukkan kelegaan simptom yang ketara termasuk gastritis, refluks asid, gas dan gangguan usus.
Ia dipercayai berlaku kerana Bioeffective(R) A bertindak dengan me-nyekat kerengsaan kronik dalam lapisan perut dan seterusnya mengurangkan masalah gastritis yang teruk. Bagi pesakit yang sebelumnya dijangkiti H pylori, 57 peratus didapati bebas sepenuhnya daripada jangkitan terbabit.
Menurut Dr Soultanov, H pylori ialah sejenis karsinogen yang paling berbahaya dan akibatnya terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan. Mabuk hamil hanyalah satu daripada beberapa kesan buruk yang boleh melemahkan tubuh.
“Selain berpotensi tinggi sebagai ejen penyembuhan untuk seluruh tubuh, Bioeffective(R) A menunjukkan profil sebagai bahan terapeutik tambahan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah standard yang digunakan dalam penghapusan H pylori,” katanya.
Informasi
Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media semalam.
Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani.
Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum.
Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa.
Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman.
Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.
Kedua-duanya mereka juga memaki hamun penumpang lain ketika menaiki bas itu, termasuk seorang ibu yang membawa anaknya.
Bercakap kepada media, Buttigieg berkata, dua perempuan terbabit memaki hamun orang ketika menaiki bas dari pintu belakang.
“Saya berkata dengan baik supaya jangan menyeranah kami, namun tiba-tiba mereka memukul saya,” katanya.
Kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menandatangani petisyen selain mewujudkan kumpulan di Facebook mendesak mereka ditangkap.
Sementara itu, peguam bela dua wanita terbabit berkata anak guamnya turut menerima ancaman bunuh.
Kes 2 London: Seorang wanita yang menjadi buruan kumpulan gengster menyaman polis yang menyelamatkannya kerana pihak berkuasa didakwa melanggar hak asasi.
Wanita dikenali sebagai Julie, 47, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London bagi menuntut ganti rugi £100,000 (RM549,000) daripada Polis Metropolitan.
Berdasarkan dokumen difail, Julie mendakwa dia kini papa kedana selepas hampir sedekad dimasukkan ke skim perlindungan saksi.
Tuntutannya bakal didengar lewat tahun ini dan dia akan mewakili dirinya sendiri berikutan tidak mampu melantik peguam.
Jurumekap profesional itu tinggal di beberapa lokasi rahsia bersama anak perempuan remajanya di selatan England sejak dia dan bekas teman lelakinya - pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan keluarga gengster Adams - menjadi buruan penjenayah.
Kata Julie, polis melarangnya bekerja ketika berada dalam skim perlindungan saksi mengakibatkan rumahnya di London, serta beberapa harta lain, dirampas bank disebabkan gagal membayar hutangnya.
“Saya hilang segala-galanya.
Saya rasa seperti polis mengabaikan saya.
“Mereka berjanji akan menebus balik sebarang kerugian dialami sepanjang berada dalam program perlindungan saksi itu, tetapi kini saya tiada duit langsung dan masih takut setiap kali terdengar pintu rumah diketuk,” katanya.
Menurut Julie, masalahnya bermula selepas polis merampas sejumlah besar dadah di dalam van dipandu bekas teman lelakinya.
Dorling merempuh van itu supaya ditangkap kerana bimbang diburu anggota geng yang mungkin melihatnya sebagai tali barut akibat kejadian itu.
Polis kemudian menghubungi Julie dengan amaran dia menjadi sasaran pembunuh upahan.
Julie berkata dia dimaklumkan program itu hanya untuk enam bulan sehingga perlu memberi keterangan terhadap Dorling.
“Namun kini sudah bertahun-tahun saya hidup bagai pelarian.
“Saya, ibu dan anak perempuan tinggal di sembilan rumah antara 2003 dan 2011,” katanya.
- Agensi Kes 3 Florida: Seorang wanita yang terkenal selepas gambarnya di balai polis dimuat naik ke Internet kini menyaman sebuah syarikat yang didakwa menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan.
Meagan Simmons, 28, menuduh InstantCheckmate.com meraih keuntungan daripada imej itu yang diambil ketika dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2010.
Gambar itu banyak kali digunakan dalam Internet berikutan keayuan wajahnya.
Namun peguam Meagan, Matthew Cristmenyifatkan perbuatan syarikat terbabit sebagai melampau.
Ini berikutan syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang untuk pelanggannya menggunakan gambar itu dalam iklan berserta slogan “Kadangkala yang comel tidak semestinya tidak bersalah.” “Ini isu membabitkan harta intelek.
Jika mereka mahu menggunakan imej itu mereka perlu membayarnya,” katanya.
- Agensi
Global
Behrang: Seorang wanita warga emas berusia 86 tahun hidup daif, termasuk berkongsi sepinggan nasi dengan kucing, tinggal seorang diri di rumah yang sudah usang di Kampung Padang, Behrang Stesen, di sini, sejak tiga tahun lalu.

Wanita itu, Salbiah Mat Perang yang tiada anak, uzur dan tidak mampu mengurus diri sendiri, mengharap ihsan adik-beradik yang tinggal di kampung itu dan tidak menerima sebarang bantuan.
Bagaimanapun, nasib wanita malang itu kini sedikit terbela apabila kerajaan negeri memberi sumbangan dan bantuan melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Intergrasi Nasional Rusnah Kasim berkata, selepas melihat kedaifan hidup Salbiah, pihaknya bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama penduduk menganjurkan program khas Gotong-Royong Kasih untuk wanita berkenaan.
“Pertama kali saya berkunjung ke rumah Salbiah untuk menyampaikan bantuan daripada YBUDR, saya dapati bekas polis zaman darurat itu sedang makan berkongsi sepinggan nasi dengan kucing.
Isu Semasa
Teruja bakal memperoleh wang wasiat berjumlah RM10 juta mengakibatkan seorang jururawat kini menanggung hutang hampir RM1 juta selepas diperdaya dengan kisah ‘barah payudara’ dihantar sindiket penipuan Internet.

Kes jururawat itu satu daripada 91 kes penipuan Internet dikesan polis Perak.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina, 38, ketika ditemui wartawan berkata, dia kelabu mata apabila ‘digula-gulakan’ dengan wasiat itu dan sanggup meminjam wang daripada bank dan ceti haram (along) hanya kerana yakin bakal ‘dihujani duit’ seperti dijanjikan.
Azrina yang bertugas di sebuah klinik di sini, mendakwa mula berkenalan dengan wanita bernama Siti Zaleha di laman sosial Facebook sekitar penghujung 2012.
Menurutnya, wanita itu mendakwa seorang ahli perniagaan di United Kingdom mulanya hanya mahu berkenalan sambil saling bertukar gambar dan kisah hidup dilalui.
“Mulanya saya langsung tidak berasa syak berikutan persahabatan kami berlangsung dalam tempoh masa agak lama.
Pada masa sama wanita itu mendakwa menderita penyakit barah payudara dan berkemungkinan menemui ajal dalam masa terdekat.
“Saya percaya sepenuhnya dengan kisah itu apatah lagi tugas harian saya berhadapan dengan pelbagai pesakit di hospital.
Isu Semasa
Beredar di situs jejaring sosial twitter, sebuah foto artis yang suka memamerkan payudaranya beredar, Julia Perez
Dalam foto tersebut tampak Jupe-sebutan Julia Perez menggunakan kacamata hitam dan menggunakan tank top terlihat bagain menonjol buah dadanya seperti buah pepaya.
Jupe juga tampak asyik sambil makan dan menikmati indahnya pantai di Kabupaten Kema Sulut.
Peredaran foto tersebut dibenarkan oleh Julia Perez" Iya waktu di pantai firdaus manado RT @aryaaa: @juliaperrez Ini bner fotona Kk? http://yfrog.com/gyy17xtgj http://myloc.me/lbXj9," jawab Jupe menanggapi foto tersebut, Jum'at dini hari.(dom)
Sakit Mata
JIKA ada pepatah bijak mengatakan bahawa cinta harus dijaga sebaik – baiknya , mungkin pepatah ini memang sangat diterapkan di Moscow , Russia . Pasalnya , walaupun tidak sepopular Paris sebagai kota cinta , Moscow juga punya tradisi unik berkaitan dengan mitos kekalnya sebuah hubungan .
Di Rusia , pasangan pengantin baru biasanya pergi menuju ke sebuah jambatan untuk melakukan wedding kiss di hari perkahwinan mereka . Jambatan ini diberi nama The Bridge of Kisses . The Bridge of Kisses terletak di berhampiran Katedral Kristus Juru Selamat , di atas Sungai Moskva . Jadi , selepas melakukan pemberkatan pernikahan , para pasangan pengantin baru ini beramai-ramai menuju ke jambatan cinta ini .
Sebagai sebahagian dari tradisi , pasangan harus mengabadikan sebuah mangga kunci yang ditulisi nama mereka berdua dengan sumpah pernikahan mereka . Kemudian, mangga ini berpasangan di pokok yang diperbuat daripada logam di sepanjang jambatan kemudian membuang kunci ke sungai . Khabarnya , ini adalah lambang kesetiaan dan cinta abadi . Wow , romantiknya.
Pelbagai
Mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki?
Bukankah itu menampakkan seperti mempunyai hubungan songsang atau gay, bagi masyarakat Bangla itu adalah perkara biasa.
“Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay”.
Mungkin ada kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru.
Jika dulu “Gay” bermaksud “Sangat Gembira” hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik.
Informasi
PENDUDUK di kampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang Kedah digemparkan dengan penemuan jelmaan wajah mirip seorang wanita yang muncul pada sebatang pokok akasia di taman itu.
Menurut seorang penduduk disitu, 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan seorang perempuan dari pokok akasia ini. Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku pada batang pokok ini.
Seorang kanak kanak melihat bentuk manusia dari paras kepala hingga kepinggang dengan mirip wajah seorang wanita berambut panjang mengurai.
Penemuan misteri ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat wajah manusia tersebut. Namun ada pula didakwa melakukan pemujaan di perdu pokok untuk niat tertentu.
Misteri Sejarah
SEPASANG kekasih melakukan kerja gila apabila berasmara dalam sebuah kolam awam tanpa menghiraukan orang ramai yang berada di situ.
Aksi mereka telah dirakam oleh salah seorang pengunjung di kolam tersebut dan kemudian memuatnaik videonya ke internet.
Rata-rata penonton yang menonton video ini berasa amat terkejut dengan kelakuan pasangan tersebut kerana pada ketika itu, terdapat juga kanak-kanak yang mandi di situ.
Ramai yang mengutuk perbuatan pasangan ini dan ada yang tidak sanggup dan berfikir dua kali untuk mandi di kolam yang sama.
Pelbagai
SEGAMAT : Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.
Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya.
“Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.
Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya.
Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.
“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel.
“Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian di bawa ke balai polis.
Isu Semasa
Siapa pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini yang dianggap gila oleh sesetengah pihak?
Lelaki yang sering berjubah ini dikatakan mempunyai ilmu luar terutama dalam bidang matematik dan fizik.
Kehadirannya di kawasan pasar-pasar mengundang persoalan, siapakah sebenarnya lelaki ini.
Bagaimanakah dirinya mempunyai kelebihan yang sangat unik?
Sumber artikel yang ditulis oleh Norul Ridzuan dari Institut Kajian Aero Angkasa akan berkongsi dengan anda tentang kehebatan lelaki ini dalam menyatakan pendapatnya tentang pesawat angkasa.
Saya hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap ‘tak betul’ yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.
Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa – dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.
Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.
Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.
Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya – mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.
Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai ‘tidak betul’ oleh masyarakat.
Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.
Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari ‘orang tak betul’ tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa ‘orang tak betul’ itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.
Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, ‘orang tak betul itu’ percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!
Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep ‘orang tak betul’ inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane). Jadi saya merumuskan, ‘orang tak betul’ itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.
Pada hari ini, ‘orang tak betul’ itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.
STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit ‘penghargaan’ bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.
NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa (STS-MC )
Pelbagai

PASTINYA perkhabaran ini menggembirakan hati peminat setia kumpulan wanita popular era 90-an, Spice Girls.
Spice Girls yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu dianggotai Mel B atau Scary Spice, Victoria Beckham (Posh), Mel C (Sporty), Emma Bunton (Baby) dan Geri Halliwell (Ginger).
Menurut salah seorang bekas ahli kumpulan tersebut, Melanie C atau Mel C, Spice Girls mungkin akan bersatu kembali pada 2016 sempena ulang tahun ke 20 sejak penghasilan single pertama mereka, Wannabe.
Walau bagaimanapun kalau mereka bersatu kembali pun, menurut Mel C mungkin mereka akan bergabung dalam persembahan pentas, bukannya dalam album terbaru kerana mereka tidak berniat untuk kembali aktif seperti zaman kegemilangan dahulu.
“Kami mungkin akan bersatu di atas pentas, tapi tengok dahulu apa yang boleh kami lakukan untuk peminat setia kami,” katanya yang mengakui mereka masih belum mempunyai sebarangan perancangan untuk perkara itu.
Pada 2012, mereka berempat bergabung semula dalam sebuah pertunjukkan pentas tanpa kehadiran Victoria yang kini tidak mahu kembali aktif kerana ingin menumpukan perhatian terhadap bidang rekaan fesyen serta keluarganya.
[Wow] - Selebriti
Subscribe to:
Posts (Atom)



















Recent Comments