Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
PENYELIDIK mendakwa mereka telah menemui keju tertua di dunia pada sekitar dada mumia yang berusia 3,500 tahun di barat laut China.
Pakar kimia di Institut Biologi Molekul, Sel dan Genetik Max Planck mendapati keju bebas laktosa tersebut berasal dari tahun 1,615 sebelum Masihi.
Sementara itu, penganalisis kimia, Andrej Shevchenko memaklumkan penemuan pelik itu menjadi bukti kepada teknologi pembuatan makanan pada Zaman Gangsa di Asia.
“Kaedah membuat keju mungkin murah ketika itu dan ia mampu dihasilkan semua golongan penduduk,” katanya dipetik DailyMail
Difahamkan, ketika saintis menemui mumia di Gurun Taklamakan itu pada 1930-an, mereka hanya menganalisis protein dan lemak dari sisa makanan itu tanpa menyedari ia sebenarnya adalah keju. – SH
Misteri Sejarah

SEJAK hubungan Hanez Suraya dan jejaka bernama R didedahkan kepada umum baru baru ini, pelbagai spekulasi dan khabar angin yang kedengaran namun kenyataan banyak datang dari mereka yang rapat dengan pasangan ini.
Menerusi Berita Harian hari ini, isteri kepada R telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.
“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu — sedangkan saya masih isteri R yang sah”

“Saya tidak pernah terfikir untuk menganggu Hanez apatah lagi menyerangnya — bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat naik gambar bersama anak anak saya dalam laman Instagram”
Hiburan
SEORANG wanita yang di laporkan hilang oleh keluarga nya di Kelantan baru-baru ini telah di jumpai di Selatan Thai bersama-sama sekempulan lelaki Tabligh.
Kisah wanita yang hilang ini heboh di perkatakan di laman sosial yang menyebabkan ramai bersimpati dengan nasib keluarganya yang berusaha mencari beliau, ramai pihak-pihak di laman sosial mengonsikan artikal wanita ini bagi membantu ibu bapa mangsa.
Namun setelah di hebahkan kehilangan wanita ini, akhir nya wanita ini di jumpai di Selatan Thaliand bersama kempulan lelaki Tabligh namun hancur luluh hati ibubapa nya apabila anak kesayangan nya ini di nikahkan dengan seorang lelaki warga myanmar yang juga ahli tabligh tersebut.
Bagaimanapun belum pasti kebenaran apa yang terjadi, menurut sumber dari blog, sememangnya gadis ini telah berkahwin di Thailand.
Wanita itu dinikahkan secara berwali hakim sedang kan pihak wali sebenar ayah nya masih hidup dan berusaha mencari nya,pihak-pihak lelaki tabligh itu di seru berjumpa bapa wanita terbabit bagi memohom maaf.
Di atas apa yang berlaku mereka meminta orang ramai berhati-hati dengan kempulan seperti ini bagi mengelakan ramai wanita -wanita yang terjebak dengan permasalahan yang serius ini.
Isu Semasa

Rasa cinta mengatasi segala-galanya.
Itulah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya yang menghidap penyakit kronik apabila sanggup menurunkan berat badan demi menyelamatkan nyawa isterinya.
Viknewswaran Mayilvanam, 29, gigih menurunkan berat badannya apabila isterinya, Vikneshwari M. Rastraphathi, 27, telah disahkan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir.
Untuk mendermakan buah pinggangnya, Viknewswaran perlu terlebih dahulu mengurangkan berat badannya sebanyak 30 kilogram (kg) mengikut kata doktor pakar yang merawat isterinya.
Dalam masa hanya lima bulan, Viknewswaran berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 42 kg daripada 107 kg.
Dengan berat terbaru sebanyak 65 kg, akhirnya baru boleh Viknewswaran mendermakan buah pinggangnya buat si jantung hatinya.
Baguslah motivasi sebegini, secara tidak langsung selain kesihatan isterinya bertambah baik, Viknewswaran turut mempunyai berat badan yang ideal dan sihat untuk dirinya sendiri.
Pelbagai

SEORANG pengunjung laman portal Singapura www.singaporeseen.stomp.com.sgberkongsi rasa geram dan tidak puas hatinya apabila mendapati seorang pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi tidak melakukan tugasnya dengan baik.
Pegawai kastam itu dilihat sedang menonton filem di telefom bimbitnya pada masa sama sedang memproses dokumen orang ramai di lapangang terbang itu.
Menurut Jiaqi, pegawai kastam berkenaan tidak langsung mahu memberhentikan seketika video yang ditontonnya sebaliknya menjeling telefon bimbitnya berulang kali ketika sedang dalam tugas.
“Saya melihat seorang pegawai kastam Singapura di kaunter tuntutan pulangan semula Cukai Produk dan Perkhidmatan (GST) sedang menonton video ketika bertugas pada pagi semalam.
“Muzik kedengaran kuat dari telefon bimbitnya, dan dia tidak kisah pun untuk memberhentikan seketika video yang ditontonnya dan menjalankan tugas.
“Dia terus menjeling ke arah telefon bimbitnya berulang kali dan kemudian menyelesaikan urusan berkaitan pasport orang ramai,” katanya.
Biarpun dikenali sebagai negara yang mempunyai sistem perkhidmatan awam antara yang terbaik di dunia, pasti ada kelemahan membabitkan sistem berkenaan yang masih boleh diperbaiki.
Selagi bernama manusia, pasti ada kelemahan dan kali ini ia diluahkan oleh rakyat Singapura sendiri sebagai meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan perkhidmatan yang diberikan oleh anggota Kastam Singapura dalam isu ini.
Biarpun aksinya dirakamkan di dalam telefon bimbit pun tidak disedarinya kerana asyik sangat menonton video.
Isu Panas

Kiev: Model Ukraine Valeria Lukyanova yang mencipta kontroversi sebagai ‘patung Barbie hidup’ mendakwa dia tidak lagi makan atau minum sebaliknya menggelar dirinya ‘Breatharian’ yang hanya memerlukan udara.
Walaupun ada yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik selain menggunakan Photoshop untuk kelihatan seperti anak patung, namun mungkin juga susuk tubuhnya yang terlalu kurus adalah disebabkan tidak makan sehingga berminggu-minggu lamanya.
Model berusia 23 tahun itu mendakwa kini mengamalkan ‘Breatharianism’ apabila melatih dirinya mendapat khasiat daripada cahaya dan udara.
“Malah sejak beberapa minggu ini saya tidak rasa lapar langsung dan berharap ini peringkat terakhir sebelum saya betul-betul mampu hidup hanya berbekalkan cahaya dan udara,” katanya.
Breatharianism adalah fahaman yang mempercayai makanan dan air tidak perlu untuk kehidupan, sebaliknya seseorang didakwa boleh hidup dengan menyerap ‘makanan mikro-kosmik.’
Amalan itu dilihat berbahaya malah ada pengikutnya dilaporkan mati kelaparan.
Ini bukan kali pertama Valeria membuat kenyataan pelik.
Sebelum ini dia pernah mendakwa berasal dari planet lain, mungkin Zuhrah, namun mengakui dia sendiri tidak pasti planet asalnya.
Berikutan itu, Valeria mendakwa mampu bercakap dengan makhluk asing selain mampu mengembara merentasi masa.
Valeria yang menyasarkan untuk menjadi ‘wanita paling sempurna di Internet’ juga mengaku mendapat rawatan pakar psikiatrik kerana sering mendengar suara halus.
Walaupun ada pengguna YouTube, Tumblr dan laman sosial, Valeria mendapat sokongan kuat suaminya yang juga bertindak sebagai pengurusnya.- Agensi
Pelbagai

Shanghai: Kerana asyik bermain dengan telefon bimbitnya sambil bermundar-mandir di platform, seorang penumpang wanita berusia 50 tahun yang menanti kereta api di sebuah stesen di sini terjatuh ke landasan.
Mujur ketika kejadian tidak ada kereta api yang melintas dan wanita itu ditarik naik ke platform tanpa sebarang kecederaan.
Rakaman video menunjukkan penumpang itu tidak duduk diam sambil membelek telefonnya, tanpa melihat keadaan sekeliling sebelum dia terjatuh ke landasan.
Rakaman itu juga menunjukkan, walaupun selepas jatuh, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi, malah masih asyik melihat telefonnya. - Agensi
Global
Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.
Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.
Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.
Isu Semasa

Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.
Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.
“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.
HM
Isu Semasa

Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.
Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-ratanya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap,
Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘China Doll’ kepada pengunjungnya dipercayai sejak beberapa bulan lalu.
Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.
HM
Isu Semasa
Dubai: Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.
Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.
Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.
“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.
Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.
Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.
Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.
Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).
Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal. - AGENSI
Pelbagai

Perghhh ! apa nak jadi dengan budak sekolah zaman sekarang? zaman admin dulu lansung tak pernah jadi sebegini. Siap-siap bercumbu mesra di tempat awam. Tak silap admin, ini adalah tempat perhentian bas ! Alamak ! terdesak sangat kot..
Inilah aksi pasangan remaja bawah umur menjalin kasih tak kenal tempat dan waktu. Mereka bercumbuan dikhalayak ramai tanpa segan dan rasa malu.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)










Recent Comments