Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Tahniah buat pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, yang sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, pagi tadi.




Pernikahan ini merupakan kali kedua bagi Syanie dan ianya disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi tadi manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail, dipetik dari Harian Metro.



Tahniah buat pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, yang sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, pagi tadi.


Pernikahan ini merupakan kali kedua bagi Syanie dan ianya disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi tadi manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail, dipetik dari Harian Metro.
Mengangkut barang di China baik menggunakan kenderaan besar mahupun kecil memerlukan kemampuan keseimbangan di atas rara-rata kerana mereka seringkali membawa muatan yang berlebihan.
Perkara ini dilakukan memandangkan kadar jalan tol mahal sehingga syarikat perlu melakukan pengangkutan yang berkesan.
Laman berita China, Foto Press baru-baru ini menerbitkan satu siri gambar-gambar yang menunjukkan betapa bahayanya kenderaan pengangkut logistik, dari mula sebuah lori dengan barangan terkumpul tinggi sampai dengan motosikal yang penuh sesak dengan kotak.
Ajaibnya, kenderaan ini benar-benar boleh bergerak.








New York: Supermodel Claudia Schiffer mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan habuan £1 juta (RM5.46 juta) untuk menghabiskan malam bersama seorang putera Arab.
Namun, jelitawan dari Jerman itu berkata, wang gagal mengaburi matanya dan tawaran lumayan itu ditolak. 
Kata Claudia, menjadi ratu catwalk dan seorang daripada wanita paling banyak mendapat tumpuan lensa kamera mendorong kepada pelbagai situasi luar biasa. 

“Saya pernah melalui pelbagai pengalaman yang pelik dan satu daripadanya ialah tawaran yang diterima daripada seorang putera Arab.

“Dia bertanya sama ada dia boleh menyewa saya untuk makan malam dengan bayaran lumayan.“Saya menolaknya, tetapi seorang supermodel lain menerima tawaran berkenaan,” katanya. Claudia, 43, bukan bintang berprofil tinggi pertama yang menolak pelawaan sedemikian. 

Pada 2010 Myleene Klass mendedahkan dia menerima tawaran makan tengah hari bersama pelakon senarai A Hollywood. 

Claudia juga mengakui dia terpaksa menyembunyikan sifat pemalunya di sebalik dunia peragaan. “Namun, sifat itu dapat diatasi ketika saya bermekap dan mengenakan pelbagai pakaian untuk peragaan,” katanya. - Agensi

Mersing: “Saya terkejut melihat Sarida berlari sambil mendukung Adam manakala tiga lagi adiknya mengekori sambil menangis minta tolong.
“Sebaik memangku Adam, saya mendapati dia sudah tidak bergerak lalu bergegas ke hospital. Doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” kata Mahbu Man, 44, pengasuh Mohd Adam Kamaludin, 15 bulan yang ditemui lemas dalam tong menyimpan air di rumahnya di Kampung Jemari Baru, Pengkalan Batu di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, jarak antara rumahnya dengan rumah keluarga mangsa kira-kira 500 meter dan kanak-kanak itu sering dihantar kepadanya untuk mengasuh kerana ibu bapanya bekerja. “Saya sangat terkilan tidak menjenguk Adam kerana sekitar jam 2 petang, Sarida sepatutnya menghantar dia ke rumah saya,” katanya yang juga sepupu ibu mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Mohd Adam ditinggalkan bersama dua kakak dan dua abangnya yang berusia antara lima dan 12 tahun.

Mohd Adam dikatakan diambil ibunya, Sahida Hamzah, 35, dari rumah pengasuhnya kira-kira jam 12 tengah hari dan dibawa bersama menjemput abang serta kakaknya di sekolah. Lima beradik berkenaan kemudian ditinggalkan di rumah selepas ibu mereka kembali bekerja sebagai tukang sapu dengan sebuah syarikat pembersihan.

Menurut Mahbu, selepas diberi makan tengah hari, Adam sepatutnya dihantar ke rumahnya untuk dijaga, tetapi kakak kanak-anak itu dikatakan mahu menyiapkan kerja sekolahnya dahulu.

“Ketika kakaknya menyiapkan kerja sekolah di anjung rumah, mangsa dikatakan ke dapur.
“Menyedari adik bongsu mereka tiada, abang dan kakak mangsa mencarinya sebelum menemuinya terlungkup dalam tong menyimpan air,” katanya. Difahamkan, tujuh sekeluarga itu mendiami rumah terbabit tanpa kemudahan asas dan bergantung kepada air sungai dan perigi.

Menurut Mahbu, dia masih terbayang wajah kakak mangsa yang keadaan cemas mengerah tenaga mendukung Adam ke rumahnya. “Sayu saya melihat kerana Sarida menangis tidak berhenti-henti meminta adiknya diselamatkan,” katanya. Sementara itu, Nor Sarida, 12, berkata adiknya tidak kelihatan selama antara lima hingga tujuh minit sebelum dia menyedarinya. Menurutnya, selepas mencari, dia menemui adiknya terlungkup dalam tong yang berisi hanya sedikit air.

“Sebaik melihat Adam terlungkup, saya menjerit sekuat hati lalu mendukungnya sambil berlari bersama tiga lagi adik ke rumah mak cik Mahbu untuk minta bantuan,” katanya.
Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai akibat didera pengasuhnya di Jalan Buku Lima, Datuk Keramat di sini, pagi tadi.
Difahamkan, bayi berkenaan dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu mangsa kira-kira jam 7.45 pagi dalam keadaan sihat. 
Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, selepas menghantar mangsa ke rumah pengasuh, ibu mangsa pergi ke kerja seperti biasa. 


Bagaimanapun, katanya, kira-kira 9.15 pagi ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang menyatakan bayi itu dalam keadaan tenat.

"Ibu mangsa yang bergegas semula ke rumah pengasuh menerima kejutan apabila mendapati muka mangsa kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan. Bagaimanapun, pada 10.30 pagi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita. 


Beliau berkata, mangsa dihantar ke rumah pengasuh itu sejak tiga bulan lalu dan mangsa seorang saja yang dijaga oleh pengasuh berkenaan. 

Katanya, laporan bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah dalam punca kematian bayi berkenaan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. 

"Setakat ini pihak polis belum membuat sebarang tangkapan. 

"Mayat bayi berkenaan sudah dibawa ke Kuala Terengganu untuk urusan pengebumian," katanya.

Beijing: Sarat hamil tidak menghalang Xu Yunyun mengambil bahagian dalam pertandingan larian di Beijing, baru-baru ini.
Xu, pelari amatur berusia 28 tahun itu kini hamil lapan bulan dan percaya aktiviti itu mampu memudahkannya bersalin nanti.
“Saya pelari yang bersemangat dan tiada sebab untuk saya tidak boleh meneruskan aktiviti ini hanya kerana saya hamil.


“Saya berlari mengikut kesesuaian dan tidak memaksa diri,” katanya.

Menurut Xu, dia diberitahu bahawa senaman ialah cara terbaik bagi memastikan bayi yang dikandung sihat.


Bakal ibu itu menjadikan Paula Radcliffe yang berlari dua kali sehari pada lima bulan pertama kehamilannya pada 2006 sebagai inspirasi utamanya. 


Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS pula berkata, wanita yang aktif berlari boleh mengambil bahagian dalam sukan lumba lari ketika hamil. - Agensi

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan menerima pembalasan apabila dipenjara 16 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol adik perempuannya, bulan lalu.
Hakim Manira Mohd Nor memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia mengaku melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu, dalam dua kejadian berasingan yang mana ia tidak dibenarkan di bawah hukum agama. Manira memerintahkan tertuduh dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang mana ia berjalan secara berturut-turut mulai semalam. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adiknya di rumah mereka jam 8 pagi, pada 14 dan 16 Februari lalu. 
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T dan seluar hitam tidak diwakili peguam, merayu mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan menanggung ibu dan adik yang tidak bekerja sejak bapanya meninggal dunia. Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi memohon tertuduh dikenakan hukuman berat atas alasan tertuduh abang kandung dan sepatutnya melindungi adiknya.


“Perbuatan tertuduh ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ kerana merogol adik kandung dua kali. Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan hukuman berat supaya tertuduh sedar kesalahan yang dilakukan kerana ia bukan saja membabitkan masa depannya, malah adiknya,” katanya. Mengikut fakta kes yang diakui benar, tertuduh dalam kejadian pertama, dikatakan menarik mangsa yang ketika itu baru selesai mandi dan keluar dari bilik air, ke dalam biliknya sebelum memaksa mangsa menanggalkan tuala.

Watak Sandra amat dekat dengan dirinya kerana karektor itu mengusik semula ingatan peminat terhadap kontroversi yang pernah dilalui wanita jelita ini lebih 10 tahun lalu.
Tidak bermaksud untuk mengungkit semula kisah lama, namun menerusi telefilem yang di ‘format’ ke filem iaitu Permata Hati, Wulan Guritno, 34, memegang watak Sandra, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan suami orang.
Seawal kemunculannya di persada seni hiburan Indonesia ketika berusia belasan tahun, Wulan pernah menggegarkan industri hiburan dengan berita kehamilannya sebelum dia menikahi kekasihnya, Attila Syach.


Bagaimanapun, mereka akhirnya bercerai selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak mahu mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi, tambahan pula kedua-duanya tiada kaitan antara satu sama lain. Jika ada sesiapa yang kehidupannya sama seperti Sandra, saya berharap watak itu mampu menjadi inspirasi positif kepada mereka yang melaluinya.

Miri: Survival, ritual dan status antara faktor utama mendorong berlakunya amalan pemburuan kepala manusia di Sarawak, bahkan di Kepulauan Borneo pada zaman dahulu kepala musuh akan disalai sehingga menjadi tengkorak dipanggil ‘antu palak’ dan diwarisi kepada generasi seterusnya.
Meskipun, amalan memburu kepala tidak lagi diamalkan dalam kehidupan masyarakat Dayak pada hari ini, namun kepercayaan menjaga tengkorak diteruskan bagi mengelak kesulitan atau musibah yang menimpa keluarga pemburu kepala.
Tengkorak manusia itu biasanya digantung di ruai atau beranda rumah panjang dan ada ketikanya diletakkan piring berisi beras, rokok, pinang, sirih, darah ayam, tuak dan sebagainya bagi hidangan untuk roh pemilik tengkorak berkenaan.


Harian Metro baru-baru ini bertemu beberapa penduduk rumah panjang di sekitar Sibuti, dekat sini, bagi mendapatkan maklumat mengenai amalan penjagaan tengkorak mangsa pemburu kepala dipercayai mempunyai roh atau semangat yang perlu dijaga.

Unggam Ligat, 60, dari Sungai Pakut, Sibuti, berkata, tengkorak yang diperoleh hasil daripada amalan memburu atau memenggal kepala manusia dalam masyarakat Iban suatu ketika dulu perlu dijaga dengan baik dan mempunyai pantang larang tersendiri.

TIDAK pasti dari mana gambar-gambar ini diambil, bagaimanapun ia nampak pelik dan unik.Gambar-gambar tersebut dipecayai berjaya diambil oleh juru gambar pada zaman dahulu.
Mereka mempunyai sedikit kecacatan pada bahagian fizikal tubuh badan.
Walaupun zaman dahulu tidak mempunyai kamera yang canggih, ia tidak menjadi masalah untuk kita melihat keadaan mereka pada masa itu.












SEORANG guru yang mengajar di South Street Elementary School di Fithcbung, Massachussets, Amerika Serikat, di pecat kerena telah beraksi telanjang di salah sebuah majalah di sana.
Wanita yang bernama Kaity Pearson ini, selain menjadi guru, ia juga menjadi model majalah.
Namun, ia terpaksa harus kehilangan pekerjaan sebagai pengajar kerana mengambil gambar telanjang di sampul majalah dewasa.
Dalam sampul itu terlihat Kaity telanjang sambil memegang payudaranya.
Perkara ini tidak baik, jika dilihat murid-muridnya, oleh itu pengurus sekolah terpaksa memecat wanita yang berusia 23 tahun ini dari sekolah tempat ia mengajar.
Awalnya pihak sekolah tak mengetahui akan hal ini, namun ada seorang yang tak di kenal mengirim surat yang berisikan foto Kaity  berbogel kepada pengurus sekolah tersebut.
Meskipun foto itu tidak jelas siapa pengirimnya, namun foto Kaity itu telah tersebar di Facebook dan halaman situs Model Mayhem.