Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Machang: Satu pasangan bersama cucu mereka berusia empat tahun maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori ikan di Kampung Banggol Judah, sini, 4 petang tadi.
Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah Tok Bali menghala ke Kampung Sungai Hala, di sini.
Manakala seorang lagi cucu mangsa berusia tujuh tahun dilaporkan parah dan sedang dirawat di Hospital Machang.
Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan badan.




Bagaimanapun katanya, pemandu lori berusia 48 tahun itu selamat dan ditahan polis untuk siasatan lanjut.


PRACHIN BURI - THAILAND. Seramai 15 pelajar perempuan dan gurunya terbunuh sementara 40 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka untuk lawatan ke Jomtien Beach merempuh trak 18 tayar di Prachin Buri, awal pagi tadi lapor Bangkok Post.

Menurut pihak berkuasa, bas dua tingkat itu berlanggar dengan belakang trak ketika kedua-duanya menuruni bukit di lebuhraya nombor 34 (Nakhon Ratchasima-Nadee Road) kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan.

Selepas melanggar trak, bas tersebut berubah arah dan melanggar pokok.

Ramai penumpang yang telah meninggal ketika dikeluarkan daripada bas tersebut.

11 mangsa mati ditempat kejadian dan empat lagi mati di hospital.

Pegawai di Balai Polis Wang Khon Daeng, Pol Lt Kittikarn Klomree berkata, kejadian itu mungkin berlaku disebabkan kegagalan sistem brek.

Bagaimanapun, pemandu bas itu, Sompong Saebae, 30 selamat dari nahas itu.

Sompong hanya memiliki lesen memandu biasa bukannya lesen memandu kenderaan awam.

IPOH - Dua anggota polis masing-masing berpangkat penolong penguasa dan inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah dua tahun lepas.

Shuib Abdl Samad @ Zainul, 51, yang bertugas sebagai penolong penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menghadapi tiga pertuduhan melibatkan rasuah berjumlah RM1,100.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Madihah Hairullah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM500 secara bulanan daripada Tan Tiong An untuk mengelak daripada gangguan terhadap kerja nombor ekor haram yang dijalankan oleh Tan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Dila Tomyam, No 5, Gerai MPKK Medan Selera, Stesen Keretapi, Jalan Raja Idris, Kuala Kangsar pada  kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 5 Julai 2012.

Bagi pertuduhan kedua Shuib didakwa bersetuju untuk menerima RM300 secara bulanan daripada Tan untuk tujuan yang sama pada tempat dan tarikh yang sama.

Shuib juga menghadapi tuduhan menerima suapan RM300 daripada Tan dengan tiada balasan berikutan Tan telah ditahan pada 12 Jun 2012 kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Dia didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi dua pertuduhan dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaaan.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Hilmi Suaib, 44, yang turut bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Kangsar, menghadapi dua pertuduhan rasuah melibatkan RM2,500.

Dia didakwa meminta RM1,500 daripada Tan untuk tidak memasukkan Tan dalam lokap kerana disyaki sebagai penagih dadah.

Hilmi didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik KPL Detektif Narkotik, Pejabat Detektif, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Kangsar pada pukul 12.30 tengah hari, 12 Jun 2012 dan dituduh di bawah) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh turut didakwa bersetuju menerima RM1,000 daripada Tan untuk tujuan yang sama pada tempat dan waktu yang sama.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya A. Hafiizh Abu Bakar dan sebutan semula bagi semua kes ditetapkan pada 27 Mac. - Bernama


BEBERAPA hari lepas, ramai peminat Nelydia Senrose kecoh dengan ketiadaan sekeping pun gambar kekasihnya, Qi Razali, di akaun Instagram aktres jelita itu.
Menurut sumber dari sebuah blog, perkara tersebut menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat sehingga timbul komen-komen negatif yang menyalahkan Sharnaaz Ahmad sebagai punca Nelydia sanggup memadam kesemua gambar Qi Razali.
Di Instagram Qi pula, segelintir peminat tidak terlepas untuk mengajukan pertanyaan itu dan meminta Qi memberikan penjelasan berhubung tindakan buah hatinya.

Mari baca apa jawapan pengacara rancangan Destinasi Bajet Asia itu. Diharap dengan penjelasan ini, kesemua peminat Qi dan Nelydia berpuas hati dan tidak lagi berfikir perkara yang tidak masuk akal dan bukan-bukan.
KUANTAN – Lewat malam semalam, sekeping gambar yang memaparkan aksi seorang wanita memakai tudung seperti kebanyakkan orang Melayu di Malaysia mula tersebar dilaman media sosial.

Gambar tersebut juga turut dikirimkan melalui khidmat pesanan whatsapp yang mendapat perhatian rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam.


Namun, dari tinjauan yang dibuat, tidak dapat dipastikan dimana gambar tersebut diambil. Cuma persoalan yang dibangkitkan dalam ruangan komentar mempertikaikan mengenai tindakan wanita tersebut.

P/S Memang nyata orang yang cuba ubahsuai gambar ini dan sebarkan melalui aplikasi WHATSapp sengaja ingin menimbulkan pergaduhan kaum dan agama ! 
Kita diam sebab kita hormat sesama sendiri walaupun berlainan fahaman agama.. orang yang SAKAI suka timbulkan masalah... Sengaja memecah belahkan keharmonian negara. 

DIMANA SUDAH KEBEBASAN BERAGAMA DI NEGARA INI??






KUALA LUMPUR: Pelakon Fauzi Nawawi akui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati yang mula berangkat ke tanah suci pada hari ini.

“Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran,” katanya menerusi pesanan ringkas SMS kepada murai.com.my

Pasangan ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah
Sengekata antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.
Bagaimana pun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.
“Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami,” luahnya ringkas.
Lisdawati terdahulu mendakwa telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.
Selain diserang, suaminya, Fauzi Nawawi turut mendakwa menerima SMS ugutan daripada aktor itu.
Berikutan insiden berkenaan, Lisdawati dan suaminya, telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.-Murai
KISAH perceraian bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira mendapat perhatian umum dari segenap lapisan masyarakat. Maklum sajalah, Erra merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air.
Terkini, bekas suaminya, Engku Emran telah memuatnaik foto anak mereka, Engku Aleesya bersama Erra ketika mereka  menunaikan Umrah satu ketika dulu.

Foto tersebut telah mendapat pelbagai respon dari peminat yang menginginkan pasangan itu kembali bersama demi anak mereka.

Foto yang dimuat naik Engku Emran

Status foto tersebut yang menggelar Erra sebagai syurga kepada anak mereka betul-betul menyentuh hati peminat hingga ada yang meminta mereka rujuk semula.
Selain itu, ada juga peminat yang meminta mereka menunaikan umrah bersama-sama sekali lagi dan berdoa di Jabbal Rahmah untuk menyatukan mereka kembali.
Makin comel,
Engku Aleesya mewarisi kecantikan ibunya
Apa-apa pun, jika apa yang didoakan peminat ini menjadi kenyataan, kami pasti Engku Aleesya lah yang paling gembira kerana tidak perlu lagi tinggal berasingan bersama ibu bapa tercinta.
Untuk pengetahuan anda, Erra dan Engku Emran disahkan bercerai beberapa minggu lalu dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sementara itu, hak penjagaan anak mereka diberikan kepada Engku Emran dan Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.-OB

KANGAR: Seorang pegawai Imigresen yang juga penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR 1000RR, Mohd Anis Amran,34, maut selepas mangsa merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kembara di Jalan Kangar-Arau dekat Repoh, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa dalam perjalanan ke Kangar dari Arau sebelum merempuh bahagian hadapan kereta tersebut yang membuat pusingan 'U' di simpang masuk ke Taman Repoh di sini. 
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kederaan parah di kepala akibat terhumban ke atas jalan. 


Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk dibedah siasat.

Arwah yang tinggal di Sungai Batu Pahat, Jalan Abi di sini mempunyai seorang cahaya mata perempuan Aisyah Humairah, 7, dan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menyertai rakan-rakan motosikalnya di Dataran Datuk Syeikh Ahmad di sini.

KUALA LUMPUR – Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman memberitahu secara tiba-tiba dia teringat kisah ketika berusia 19 tahun semasa mengerjakan umrah bagaimana dia mencuri dan menjual barang kemas neneknya.
Raja Azmi, 55, berkata, sebelum berangkat ke kota suci itu, dia sudah menyenaraikan perkara-perkara buruk yang diingatinya untuk meminta ampun di depan Kaabah tetapi tidak pernah mengingati peristiwa berkenaan kerana ia telah lama berlaku.
“Saya langsung tidak ingat peristiwa itu sehinggalah saya berdoa meminta ampun di hadapan Kaabah saya tiba-tiba teringat peristiwa mencuri barang kemas nenek. Saya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.
“Satu keajaiban kerana saya langsung tidak mengingati kejadian itu dan ia satu kebesaran Allah bagaimana kita boleh mengingati peristiwa besar yang kita tidak sangka,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, pemergiannya ke tanah suci selama 12 hari sejak 11 Februari lalu tidak ditemani suami sebaliknya dia ditemani rakan baiknya.
Jelas Raja Azmi, dia tidak dapat menggambarkan perasaan apabila menjejakkan kaki di Mekah kerana ia terlalu istimewa untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Tiada kata yang sesuai untuk menggambarkan perasaan berada di Mekah kerana ia mengatasi semua kata-kata yang ada dan saya yakin perasaan setiap orang yang pernah ke sana pasti berbeza-beza,” katanya.
Tambah Raja Azmi, hatinya sentiasa berasa tenang dan solat yang dilakukan begitu khusyuk sehingga terlupa perkara-perkara lain di sekeliling.
“Pelbagai kebesaran yang dapat saya alami di sana yang antaranya ketika bersembahyang di Masjidil Haram, keadaan sangat sesak sehingga tidak mempunyai ruang untuk bersolat.
“Tetapi apabila azan berkumandang keadaan seperti dipermudahkan dan keadaan sempit itu tadi bertukar menjadi seperti luas dan dapat solat dengan selesa,” katanya.
Raja Azmi berkata, selain mendoakan pelbagai perkara baik untuk diri sendiri keluarga dan rakan-rakannya, dia juga memberitahu turut mendoakan kebahagiaan bekas suaminya iaitu Jalani Mohamad Sidek dan isteri.
Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia tidak berhasrat untuk mengerjakan umrah buat kali kedua sebaliknya ingin mengerjakan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 45, pada tahun hadapan.
“Memandangkan umrah yang saya lakukan suami tidak ikut, jadi harap-harap ibadah haji nanti kami dapat pergi bersama-sama. Insya-Allah saya merancang untuk pergi pada tahun hadapan,” ujarnya. – mStar Online

Chukai: “Mujurlah air panas yang tumpah tidak terkena muka anak saya, Allah masih selamatkan dia,” kata Siti Fauziah Amir, 34, ibu kepada Siti Noraina Ahmad Nesfu, 3, yang melecur di belakang badan selepas jag elektrik berisi air panas terjatuh di atas badannya.
Akibat kejadian itu, badan kanak-kanak itu melecur 10 peratus dan terpaksa menjalani pembedahan menampal kulit paha pada bahagian belakang badan yang melecur teruk. 
Siti Fauziah dari Kampung Gong Pauh, di sini, berkata, air panas itu tumpah di atas badan anak bongsunya pada Sabtu lalu, ketika dia bersama tiga anaknya berada di sebuah rumah tumpangan di Kuala Terengganu kerana menemani suami yang terbabit dalam pertandingan silat di Stadium Tertutup Gong Badak, dekat sini. 

“Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Siti Fauziah tiba-tiba menangis ketika bermain di rumah tumpangan selepas terlanggar jag di atas meja menyebabkan air panas tertumpah ke atasnya.

“Terkejut dengan insiden itu, saya terus menghubungi suami yang berada di stadium sebelum menghantar anak mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan ditahan dalam wad kerana kecederaan yang dialaminya agak teruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Bagi mereka yang tinggal atau biasa lalu di bandar Klang, melihat merpati yang banyak dan jinak di satu kawasan rumah kedai adalah pemandangan biasa.
Merpati ini sudah biasa diberi makan oleh pekedai sekitar atau individu yang sayangkan haiwan hingga ia kelihatan jinak dan tidak pergi jauh.
Bagaimanapun semalam, Facebook Islam Agamaku berkongsi satu gambar yang menyedihkan di mana banyak merpati terdampar mati dipercayai diracun individu tidak bertanggung jawab.
Merpati-merpati ini dikatakan diberi makanan mengandungi racun.
Akibatnya, bangkai merpati memenuhi jalan di mana burung ini biasanya turun untuk mematuk makanan.
Tindakan ini dikutuk oleh banyak pihak kerana terlalu kejam. Walau apa pun alasannya, membunuh binatang dengan meracun makanan adalah tindakan yang tidak dapat diterima akal.


Semoga pelakunya diberikan kesedaran sebelum azab menimpa dirinya kerana terlalu zalim terhadap makhluk Allah yang lain.

Kuala Lumpur – Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.
Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa.
“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam). “Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya. – HARIAN METRO