Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

SATU laporan yang tidak sahih kebenarnya ialah mengenai “top-secret” kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico.
Satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3 tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.
Kejadian itu disaksikan oleh puak Indian Navajo yang kemudiannya menghubungi pihak tentera dengan segera.
Pihak berkuasa itu pula tidak memberikan komen sama ada mahu mengesahkan atau menafikan kejadian dan adanya bayi makhluk asing mangsa kapal angkasa yang terhempas itu.
Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4 mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas itu.
Laporan sulit ‘eyes only’ itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing itu.
“Mereka mahu menyelidik dan membedah bayi makhluk asing yang malang itu sama seperti mereka lakukan ke atas tikus-tikus di makmal”, terang doktor itu dengan marah.
“Bayi itu adalah makhluk yang masih hidup dan bernafas serta mempunyai daya pemikiran yang tinggi daripada apa yang dapat kita gambarkan”, katanya lagi.
Doktor itu yang tidak dapat dikenalpasti menggambarkan bayi makhluk asing itu tidak banyak berbeza dengan bayi manusia dari segi saiz, bentuk dan berat tetapi mengatakan persamaan itu hanya setakat itu sahaja.
“Wajahnya seakan-akan yang terdapat di dalam buku-buku komik cereka sains. Dia mempunyai mata yang besar dan bersinar. Oh Tuhan! Bila dia memandang ke arah saya, saya dapat merasakan dia seakan melihat terus ke dalam jiwa saya. Kulitnya bewarna biru cair dan jarinya sungguh panjang dan kurus. Hujung jari-jarinya leper dan seperti mangkuk penyedut yang kecil. Hidungnya mempunyai persamaan dengan manusia tetapi mulutnya tidak mempunyai bibir dan bagi saya lebih kurang menyerupai bibir beruk. Itulah satu cara yang dapat saya gambarkan mengenai bayi itu.” kata
Doktor itu berkata begitu kerana bayi makhluk asing itu adalah mamalia, mungkin dia memerlukan susu ibu.
“Sedih sekali salah satu daripada mayat rentung yang ditemui itu adalah ibunya”, tambahnya lagi. Menjumpai bayi itu adalah meerupakan satu nasib yang amat baik sekali…peluang dalam sejuta untuk kita mengembangkan pengetahuan dalam kehidupan yang terdapat di universe, jauh daripada apa yang dapat kita mimpikan,” katanya lagi.
“Dengan membawa kehadirannya secara terbuka seperti yang saya lakukan ini akan menghalang mereka daripada terus menjalankan kajian yang boleh membahayakan nyawa bayi makhluk asing itu.
Bayi itu dalam perhatian sekarang dan berjuta-juta orang di merata dunia akan memastikan si kecil itu mendapat peluangnya untuk hidup, sama seperti kita semua.
Bagaimanapun kita harus tahu bahawa Allah Maha pencipta dan banyak misteri yang belum terungkap.
Misteri Sejarah
KEJADIAN ini dipercayai berlaku di China, apabila gadis ini hanya memakai baju jarang sehingga menampakkan pakaian bahagian dalamnya ketika di ATM.
Sengaja atau tidak, Bra dan G-Stringnya yang berwarna merah gadis ini menarik perhatian orang sekelilingnya.
Entah apa yang sedang dipikirkannya.
Sakit Mata
Seperti diberitakan Orange, Rabu (26/2/2014), kemalangan itu berlaku selepas Lok Wan, dan kekasihnya Yin Min Tai, memutuskan untuk memusing arah keretanya kerana terjebak kesesakan di jalan Fuzhou, China.
Tiba-tiba sebuah lori pengangkut simen yang tepat berada di belakang kereta mereka tidak boleh mengawal kenderaannya, sehingga melanggar kereta Lok Wan dan Yin Min Tai.
Selepas melanggar, seluruh muatan lori simen keluar dan menghancurkan kereta sepasang kekasih ini. Lok Wan berjaya menyelamatkan diri, tetapi kekasihnya Yin Min Tai terjebak di dalam timbunan simen.
Selepas 40 minit, pasukan penyelamat mula membersihkan kenderaan tersebut dari simen yang menyelimuti seluruh bahagian kereta, terdengar suara erangan dari Min Tai dan ternyata wanita malang ini masih hidup. Hebatnya, Min Tai hanya mengalami beberapa luka dan lebam akibat kemalangan itu.
Global
Kuala Lumpur: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun layak digelar ‘setan’ apabila bukan saja memaksa adiknya berusia 12 tahun menghidu gam sebaliknya turut merogol kanak-kanak itu.
Ketika kejadian di rumah mereka di Ampang kira-kira jam 11 pagi kelmarin, hanya dua beradik berkenaan berada di rumah kerana ibu bapa mereka berusia lewat 40-an keluar bekerja. Menurut sumber, mangsa yang sedang bersendirian di ruang tamu menonton televisyen mendakwa didatangi abangnya itu.
“Abang mangsa kemudian menunjukkan kemaluannya menyebabkan adiknya itu ketakutan dan cuba melarikan diri namun berjaya dihalang abangnya itu.
“Mangsa dipaksa menghidu gam sebelum dirogol,” katanya.
Sumber itu berkata, selesai dirogol, mangsa diarah mandi sebelum bersiap untuk ke sekolah.
“Abang mangsa dilapor meninggalkan rumah sejurus kejadian manakala kesempatan itu digunakan mangsa untuk menghubungi ibunya mengadu mengenai kejadian yang menimpanya,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Mangsa turut dirujuk di hospital berhampiran sebelum pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa.
Katanya, abang mangsa yang menyedari keluarganya membuat laporan polis dikatakan sudah menghilangkan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan pihak berkuasa.
Sumber: Harian Metro
Isu Semasa
KUALA TERENGGANU – Sebelum ini, dia pernah digelar ‘Spiderwoman’ selepas tindakan nekadnya memanjat tingkat tiga sebuah asrama sekolah menengah di bandar raya ini semata-mata ingin mencuri kabel besi tembaga.
Susulan perbuatan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM1,500, namun ibu beranak satu itu seolah-olah tidak pernah serik apabila memecah masuk pula rumah milik seorang warga emas di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Ibai, di sini, jam 11 malam, 17 Februari lalu.
Wook@ Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Berikutan pengakuan salah itu, dia dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.
Wook mengaku salah melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik seorang warga emas, Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri pelbagai jenis barangan seperti sebuah televisyen Samsung 42 inci, gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam keping permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas, mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Wook tidak diwakili peguam.
Terdahulu dalam rayuannya, Wook merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana memerlukan wang untuk menyara anak dan ibu yang sudah uzur.
Berdasarkan fakta kes, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan baik jam 11 pagi pada 1 Disember tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan mangsa yang tiba di rumahnya pada keesokan harinya mendapati pelbagai jenis barangan hilang sebelum membuat laporan polis. - Sinar Harian Online
[Wow] - Jenayah
KAHERAH – MESIR. Pertubuhan bagi Hak Asasi Manusia bagi Arab Saudi (AOHR) mendedahkan, seramai 48 tahanan meninggal dunia akibat diseksa di penjara Mesir sejak rampasan kuasa tentera.
Menurut Al-Arabiya, AOHR dalam satu kenyataan mendesak Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan pemimpin dunia untuk mengambil pendirian tegas sejajar dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa terhadap pelanggaran kuasa di negara itu.
“Kami mengutuk tindakan penahanan ratusan aktivis politik tanpa usul periksa. Jenayah dilakukan pihak berkuasa selepas rampasan kuasa 3 Julai lalu, kini mencapai skala tertinggi termasuk semua pegawai yang mempunyai kuasa eksekutif, presiden sementara, perdana menteri dan menteri pertahanan,” menurut laporan itu.
Laporan juga memetik, rekod kematian 48 kes dicatatkan adalah disebabkan penyeksaan, pengabaian kesihatan secara sengaja, tiada rawatan kesihatan berkala terutama bagi tahanan yang mempunyai rekod kesihatan penyakit kronik serta keadaan sekitar penjara yang penuh sesak.
“Pihak penjara melakukan pelanggaran hak asasi manusia secara terang-terangan selepas kami menerima banyak aduan daripada keluarga mangsa,” menurut laporan itu lagi. – SH
Global
SEBELUM meriam dan segala jenis senjata berasaskan letupan termasuk pistol juga senapang, pedang adalah senjata yang digunakan sejak zaman berzaman oleh pahlawan terdahulu. Pada ketika itu, memiliki pedang diibaratkan seperti memiliki maruah bagi seorang lelaki.
Nyawa seorang satria zaman silam lebih banyak bergantung pada mata pedang. Justeru, senjata ini telah menjadi sesuatu yang sangat bernilai pada zaman itu. Dengan kata lain, pedang yang kuat dan tajam akan sentiasa menjadi rebutan kerana ia adalah penentu hidup mati seorang pahlawan perang.
Berikut adalah diantara pedang yang dianggap sebagai lagenda dalam sejarah peradaban manusia dan ia diakui oleh pada metalurgi dunia.
1. Zulfiqar
Zulfiqar adalah pedang terkenal dalam sejarah islam yang dimiliki oleh Syaidina Ali , dari banyak catatan sejarah, Nabi Muhammad saw mempersembahkan Zulfiqar ini kepada Syaidina Ali di pertempuran uhud. Selama pertempuran, Syaidina Ali banyak menghapuskan musuh dengan pedang ini. Dari kebanyakan catatan sejarah yang ada, dikatakan bahwa pedang Syaidina Ali digunakan pada Perang Parit, yang ketika itu lawannya adalah Amr Bin Abdawud, yang kekuatannya satu dibandingkan seribu orang. Dengan pedang ini Syaidina Ali membunuhnya dengan satu pukulan yang kuat meskipun Amr memakai baju besi yang kuat dan membawa senjata ampuh. Pedang ini adalah salah satu simbol tertua dan paling terkenal dalam sejarah Islam. Pedang ini juga pernah digunakan dalam pertempuran Karbala oleh Imam Husain.
2. Damascus
Pedang Damascus adalah pedang yang sangat tajam melebihi pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Pedang tersebut mampu membelah baju zirah, membelah perisai, memotong pedang lawan dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya. Antara ilmuan moden yang turut mengiktiraf kehebatan pedang ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari Jabatan Kejuruteraan dan Sains Bahan, Iowa States University, Amerika Syarikat, Profesor John D.Verhoeven. Beliau telah menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan pedang Damascus dalam majalah Scientific American yang telah diterbitkan pada edisi Januari 2001.
Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus ini merupakan senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika Perang Salib Ke-3 sekitar penghujung kurun ke-12. Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jerusalem daripada cengkaman puak salib selama hampir seratus tahun lamanya. Salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan sekali libasan iaitu Pedang Damascus.
Pedang Damascus merupakan pedang canggih berteknologi nano sehingga dapat memotong ikatan atom suatu benda sehingga hasil potongannya sangat halus.dengan kata lain, pedang ini super tajam.pedang ini dibuat sebelum dunia mengenal teknologi nano (1991), iaitu pada abad ke-17. Tiub karbon nano inilah yeng telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam ini sangat istimewa dengan kehebatan sangat tajam tetapi mudah lentur.
Misteri Sejarah
SEBAGAI kakak kepada pelakon sensasi, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar atau popular disapa Shiera tetap memerhatikan perkembangan karier adiknya, Sharifah Sakinah.
Shiera mengakui adakalanya dia risau apabila pelbagai tohmahan negatif dilemparkan kepada Sakinah yang sering terbabit dengan pelbagai isu sensasi itu.
Hal yang maksudkan melibatkan keterbukaan personaliti dan luahan pandangan Sakinah menerusi media sosial terutamanya Instagram miliknya sendiri.
Shiera yang ditemui pada majlis tayangan filem Pompeii bersama pendengar stesen radio Ultra FM di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini turut mengulas mengenai naik turun kerjayanya.
Ikuti temu bual Shiera bersama Kosmo! selanjutnya.
Kosmo!: Sharifah Sakinah sebelum ini pernah memuat naik foto bahagian abdomen badannya menerusi Instagram yang mengundang reaksi negatif para pelayar laman sosial itu. Sebagai kakak Sakinah, apakah pandangan Shiera tentang perkara itu?
SHARIFAH SHAHIRAH: Itu cuma luaran. Saya tahu personaliti sebenar adik saya. Di rumah, dia anak kesayangan dan dia paling baik antara adik-beradik kami. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu dan kita tidak layak untuk mengadili perbuatan seseorang. Cuma, kalau ada orang menghentam, saya pun ada menasihatkan Sakinah. Kadang-kadang tertekan menjadi seorang artis. Selagi orang bercakap, selagi itu kita akan sakit hati. Cuma kalau berdiam diri, dia pun akan baik-baik sahaja.
Sakinah juga kini menganjurkan program kesihatan Fitness Sakinah pada setiap petang. Apakah bentuk sokongan Shiera terhadap program Sakinah itu?
Saya pernah beberapa kali menyertai aktiviti riadah tersebut tapi dia selalu marahkan saya sebab saya banyak main-main. Biasanya Fitness Sakinah akan berlangsung pada pukul 5 petang dan pada waktu itu, saya perlu ke udara di radio. Saya sokong apa yang dia lakukan memandangkan saya pun suka bersenam.
Bercerita mengenai kerjaya Shiera sendiri, adakah kini fokus anda tertumpu semata-mata untuk menjadi penyampai radio sahaja?
Bulan Mac ini, genap setahun saya menjadi penyampai radio Ultra FM. Buat masa sekarang, saya teringin menerima tawaran lain tetapi saya rasa tidak perlu tamak. Mungkin saya akan kembali berlakon walaupun di luar sana ramai pesaing yang lebih handal daripada saya. Cuma, jadual saya sekarang tidak mengizinkan. Ultra FM pun hanya dapat didengari di Kuala Lumpur sahaja, tetapi saya tidak mengejar populariti. Saya buat selagi orang menghargai dan mahukan khidmat saya.
Pernahkah Shiera menolak tawaran berlakon sepanjang menjadi penyampai radio di Ultra FM?
Ada beberapa kali termasuk tawaran daripada pengarah tersohor, Datuk Paduka Shuhaimi Baba. Namun, kerja sampingan contohnya, menjadi pengacara pada hari Sabtu dan Ahad serta acara korporat saya masih buat. Saya buat selagi saya mampu buat.
Perbezaan menjadi penyampai radio di Ultra FM dan Sinar FM sebelum ini?
Di radio Ultra FM saya perlu mengendalikan semua peralatan yang belum pernah saya sentuh sebelum ini. Secara tidak langsung, kerjaya ini mendidik saya untuk berdikari dan bermula daripada bawah balik.
Kalau di Suria FM dulu, saya cuma melawak. Perkara penting saya belajar, susah sebenarnya untuk hiburkan orang dan risau kadang-kadang pendengar tidak puas hati. Saya pula bukan seorang pandai berbahasa, selalu pakai bahasa pasar saja. Sekarang ini, saya perlu mantapkan pengetahuan bahasa, berita dan pengetahuan am saya.
Selepas populariti jatuh baru terima tawaran menjadi penyampai radio. Apakah komen Shiera?
Sekurang-kurangnya apabila jatuh saya tidak hilang arah, ada juga tawaran untuk menjadi penyampai radio. Memang setiap kerjaya ada peringkat tertentu dan mungkin menjadi penyampai radio pun tidak kekal lama tapi sekurang-kurangnya ada pengalaman.
Kosmo
Hiburan

Hunan: Sepasang suami isteri ditahan kerana menjual tiga daripada anak mereka sejak 2008.
Wang, 27, ditahan pada September 2013 dan kini berada di penjara manakala isterinya, Zhang, 24, ditahan awal minggu ini di sebuah kafe Internet ketika mengandung anaknya yang keenam.
Pasangan yang menetap di bandar Hengyang, Hunan itu bertemu pada 2006 mendapat anak pertama setahun kemudian sebelum melahirkan anak kedua pada November 2008.
Akibat kesempitan hidup, pasangan itu menjual anak kedua mereka kepada satu pasangan dari bandar Chansha dengan harga 6,000 yuan (RM3,211) ketika bayi itu berusia enam bulan.
Pada Oktober 2009 mereka mendapat anak ketiga dan menjualnya dengan harga RM 10,706 kepada pasangan tempatan dan pada September 2012 mereka menjual seorang lagi anak dengan harga RM5,353. Bapa Zhang membuat laporan dan menyerahkannya kepada polis kerana kecewa dengan tindakan anaknya itu.
Pasangan itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.
Dua anak mereka berjaya diselamatkan polis manakala seorang lagi masih belum ditemui.
Global

Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.
Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.
Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.
Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.
Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.
Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.
“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi
Pelbagai
Michigan: Seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun menarik perhatian dengan kebolehannya bermain dengan ular.
Krista Guarino, tinggal bersama 30 ekor reptilia itu termasuk anaconda dan ular sama sepanjang empat meter di rumahnya di Michigan, Amerika Syarikat.
Dia makan, tidur dan bermain dengan ular yang ada di antaranya dua kali ganda saiznya.
Krista mula tinggal bersama dengan ular sejak berusia dua tahun.
Kanak-kanak yang berani ini pernah beberapa kali dipatuk ular, tetapi semua ular berkenaan tidak berbisa dan Krista berkata dia tidak sakit.
“Saya tak pernah takut dengan ular. Ia minat dan kegilaan saya,” katanya.
Anak sulung tiga beradik itu mula diperkenalkan dengan reptilia itu oleh bapanya Jamie, 33, pakar ular.
“Ular adalah antara perkataan pertama yang disebutnya. Sejak itu saya merasakan reptilia itu akan menjadi minatnya.
Sejak kecil lagi, dia berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia langsung tidak takut dengan ular. Dia mahu menjadikan haiwan itu peliharaannya,” kata Jamie.
Sewaktu cuti musim panas, Krista membantu Jamie di taman ular tempatan miliknya dan tidak menunjukkan sebarang ketakutan ketika mengendalikan haiwan berkenaan.
Dia juga membantu memberi makan buaya.
Pasukan ayah dan anak itu menikmati hujung minggu mereka dengan mencari ular orok-orok, satu daripada spesies ular paling berbahaya di dunia.
Mereka turut memuat naik video pengembaraan mereka yang ‘mengerikan’ di saluran SnakeHuntersTV milik mereka di YouTube.
Krista bercita-cita membuka zoo reptilia sendiri apabila dewasa dan mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai ular.- AFP
Global
Alor Setar: “Engkau tak faham perasaan dan masalah aku. Duit aku dah banyak hilang.”
Itu antara kata-kata seorang lelaki yang mengamuk dengan menetak tiang elektrik menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Tongkang Yard, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Che Mat, 50-an, bertindak di luar kawalan kerana mengalami tekanan perasaan dipercayai akibat masalah keluarga selain turut memaki hamun penduduk kampung dengan perkataan kesat.
Malah, lelaki itu turut menimbulkan ketakutan apabila dikatakan berjalan mengelilingi kampung sambil mengacukan parang sepanjang 15 sentimeter kepada orang ramai.
Bimbang mendatangkan kecederaan, penduduk kampung membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 petang.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)













Recent Comments