Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
WANITA yang dimaksudkan merupakan seorang pegawai bank di sebuah bank yang terkenal di Singapura. Di sebalik pekerjaannya itu, beliau juga melakukan freelance modelling secara suka-suka.
Dikatakan, pada suatu hari, beliau telah menghantar laptopnya untuk diservis di sebuah kedai komputer di US.
Malangnya, pengusaha kedai komputer tersebut tidak bersikap jujur dan telah menceroboh ke dalam fail-fail sulit beliau yang telah dipadamkan.
Sebagai habuannya, tersebarlah foto-foto bogel beliau ke merata-rata dunia melalui internet. Di dunia modelling beliau dikenali sebagai “BusxxSingaporean” kerana saiz “asset”nya yang besar.
Sakit Mata

Manjung: Tiga penjenayah dipercayai warga asing dengan seorang daripada mereka memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson Magnum 357, ditembak mati anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Buruk Bakul, Beruas, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi, pasukan Cantas Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengesan kenderaan PROTON Waja dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekori dan memintas kenderaan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, secara tiba-tiba seorang suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis sehingga terkena cermin sisi di tempat duduk belakang kenderaan.
“Ketika itu, kenderaan pasukan Cantas Khas menghimpit kenderaan suspek menyebabkannya terbabas ke tepi jalan. Suspek terus melepaskan beberapa das tembakan sebelum tiba-tiba dua suspek bersenjata parang keluar dari kenderaan itu dan cuba menyerang pasukan Cantas Khas.
“Dalam usaha mempertahankan diri, pasukan Cantas Khas melepaskan tembakan ke arah suspek menyebabkan ketiga-tiganya maut di tempat kejadian,” katanya.
[Wow] - Jenayah

Seperti yang dilaporkan oleh Metro, Sabtu (22/2/2014), koc berbentuk hotdog ini dibuat untuk mempromosikan minuman tersebut dangan menapilkan bentuk yang luar biasa. hal ini diyakini boleh mewakili orang-orang yang sedang lapar sambil menunggu kereta api dan selepas itu boleh membeli minuman.
Kereta api dengan koc berbentuk makanan segera ini melintasi stesen kereta api bawah tanah di Jepun.
Meski kelihatan unik, kereta api hotdog ini masih dikhuatiri sangat berbahaya jika dijalankan dengan kelajuan yang tinggi.
Global
Pemilik Page Murtad Juli Sumardiati Koma & Di Azab di Dunia | Gambar yang dipercayai Juli Sumardiati, pemilik page ‘Murtad in Pantai Timur’ kini dilaporkan koma serta menerima pembalasan didunia selepas terus menerus menghina, mencaci dan memperlekah agama Islam.
Wanita biadap ini dikatakan jatuh koma dan melolong seperti orang yang perit menahan kesakitan. Namun sejauh mana kebenaran berita ini masih tidak dapat dipastikan.
Apakah benar dia (Juli) yang menghina Islam atau ada insan lain yang ambil kesempatan di atas kelemahan beliau atau ada yang menggunakan identiti beliau….
Isu Panas
Sydney: Lelaki warga Lubnan yang menetap di Australia membunuh isterinya selepas wanita itu melakukan pembedahan plastik.
Suspek, George Tannous menikam kepala isterinya dengan gunting sebaik saja isterinya pulang daripada melakukan pembedahan plastik.
George kemudian menyerah diri kepada polis.
Stesen Televisyen Lubnan, MTV, melaporkan Margaret baru pulang ke rumah ketika itu dan melihat suaminya menunggu dengan gunting.
“Dia menikam muka dan kepala isterinya dan berkata, ‘saya akan jadikan awak cantik,’” lapornya.
Keluarga mangsa memberitahu, George sering memukul Margaret sebelum kejadian kelmarin.
MTV yang memaparkan kejadian bunuh yang berlaku itu berkata, laporannya menimbulkan kemarahan keluarga mangsa di Lubnan. - Agensi
Global

ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon Nur Fathia Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar.
Khabarnya, teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.
Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali.
Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.
Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.
Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.
Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.
Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.
Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:
“Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!
“Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…”
Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.
Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya.
Kami sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri ini.
Sedangkan pelakon yang sudah bergelar ‘otai’ pun masih ada sikap rendah diri, inikan pula anda yang baru beberapa tahun bertapak…
Hiburan

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.
“Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.
“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.
Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS.
“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.
“Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.
Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM.
“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan.
“Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya. – Berita Harian
[Wow] - Berita Tempatan

SUNGAI PETANI – Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu.
Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.
Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.
Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942.
Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan. – Harian Metro
Isu Semasa
Demi sayangkan cucu, seorang datuk dikenali dengan nama Guo di daerah Henan, China membina sebuah kereta elektrik khas untuk menghantar cucunya ke sekolah.
Kereta yang kelihatan ala ‘Lamborghini’ dan dihasilkan dengan modal 500 Yuan (RM2700) itu nyata menarik perhatian ramai orang setiap kali dipandu di jalanraya
Berukuran kira-kira 2 meter panjang dan 1 meter lebar, kereta ini dilengkapi hampir kesemua aksesori kereta normal termasuk cermin belakang dan sisi serta stereo.
Untuk menonjolkan karakter ‘sport’ pintu kereta ini dibina untuk dibuka secara menegak manakala badannya diperbuat daripada besi yang diperkemaskan berwarna kelabu.
Tiga butang yang terdapat pada stereng digunakan untuk membunyikan hon serta mengawal kereta sama ada bergerak ke depan mahu pun belakang.
Kereta menggunakan lima bateri ini dikatakan lasak tak padan dengan saiznya dan mampu digunakan untuk perjalanan sehingga 60 kilometer tanpa masalah.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang di China kereta ini hanya dibenarkan untuk dipandu pada kelajuan rendah sebagai kereta mainan.
Ini kerana kereta ‘Lamborghini’ ini tidak mempunyai sokongan parameter selain tidak menjalani pemeriksaan keselamatan mengikut prosedur ditetapkan bagi kereta komersial lain.
Cool

London: Dua penjenayah yang memuat naik gambar mereka bersama-sama barang yang mereka curi di Facebook boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di Britain.
Kerana tindakan mereka itu menyebabkan mereka tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara, kelmarin.
Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, melarikan motosikal, kereta berprestasi tinggi dan sebotol champagne dari rumah mangsa sepanjang enam bulan.
Jonathan dan Matthew yang kedua-duanya masih dalam parol kemudiannya bergaya dengan barangan yang mereka curi serta memuat naik hampir 50 gambar ke akaun Facebook mereka.
Polis berjaya menangkap kedua-duanya hasil laporan seorang mangsa yang melihat keretanya di dalam akaun Facebook seorang daripada lelaki itu.
Mereka yang berasal dari Salford itu dipenjara sembilan tahun empat bulan setiap orang
“Kedua-dua mereka kibni mempunyai banyak masa untuk mengenang kembali kebodohan mereka.
“Selama berbulan-bulan mereka menjalankan jenayah pecah rumah secara sistematik dan dapat melarikan motosikal serta kereta mewah.
“Namun akhirnya, mereka tersilap langkah dan kami berharap mereka sedar dan berubah selepas keluar dari penjara nanti,” kata sumber polis. - Agensi
Global
![]() |
| Gambar Hiasan |
Seremban: Seorang anak tidak menyangka apa-apa apabila bapanya terdiam ketika dia secara berseloroh meminta sedikit wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pagi kelmarin.
Muhamad Azri Aris, 21, berkata perwatakan bapanya, Aris Sulaiman, 64, yang mati ditikam dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini malam kelmarin, lazimnya suka bergurau.
Bagaimanapun, katanya, arwah berubah menjadi pendiam sejak beberapa hari lalu, termasuk ketika beliau bergurau meminta RM100 daripada RM650 wang BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bapanya, kelmarin.
Anak bongsu empat beradik yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Bangi, Selangor itu berkata, ibunya, Rusinah Hasim, 54, dihubungi pemilik stesen minyak jam 9 malam dan memaklumkan berlaku krisis serta meminta mereka datang segera.
Kebetulan saya berada di rumah keluarga di Taman Seri Kasih kerana bercuti dan segera membawa ibu ke stesen minyak.
Sebaik tiba, saya lihat anggota polis dan orang ramai berkerumun.
Saya tidak sedap hati lalu bertanya seorang anggota polis di situ dan sangkaan saya ada sesuatu yang tidak baik berlaku tepat apabila majikan ayah menceritakan kejadian itu, katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.
Tikaman kena jantung
Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, mangsa yang berada seorang diri di stesen minyak ditemui mati di kaunter bayaran dengan tiga kesan tikaman di dada, termasuk satu mengenai jantung.
Penjenayah yang dipercayai memakai topi keledar penutup penuh dan jaket, memasuki kedai serbaneka stesen minyak itu dan berpura-pura mahu membayar air kotak diambilnya.
Bagaimanapun, suspek mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan wang tunai RM1,500 dari mesin juruwang.
Anak sulung mangsa, Rohaizat, 33, nekad tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah yang membunuh bapanya.
Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan berbuat demikian, katanya yang mengetahui kejadian itu jam 10 malam.
[Wow] - Jenayah
SELAIN menukar gaya fesyen, para selebriti juga gemar tampil beza dengan fesyen rambut. Dari banyaknya pemuzik, Miley Cyrus adalah artis yang paling senang tampil dengan gaya rambut yang berbeza.
Dia senang tampil dengan gaya rambut atau warna rambut yang berbeza. Dalam setiap penampilan dia selalu mengejutkan dengan gambaran rambut terbarunya. Berikut evolusi rambut Miley Cyrus dari masa ke masa.
1. Era Disney
Karir Miley Cyrus berawal dari Disney di mana dia terlihat cute. Dengan rambut berwarna kecoklatan, Miley menjadi gadis yang manis dan ramah.
Foto ini diambil saat dia menghadiri acara People Choice Awards di Los Angeles pada tahun 2007. Hanya membutuhkan waktu sebentar gadis ini mejelma menjadi orang yang berbeda.
2. Era Hannah Montana
Karakter Hannah Montana sangat pas sekali dengan sosok dirinya. Miley memiliki rambut blonde panjang yang indah tergerai yang menjadi ciri khasnya.
Para remaja pun terinspirasi dengan karakter Hannah, bahkan banyak yang mengira jika karakter ini adalah Miley yang sesungguhnya.

3. Era Remaja
Miley Cyrus terlihat dewasa dengan rambutnya yang diluruskan dan sedikit keemasan. Model rambut ini sangat serasi dengan gaun merahnya yang membuat dia nampak anggun.
Penampilan ini diambil saat dia hadir di acara American Music Awards di Los Angeles pada tahun 2007
4. Selamat Tinggal Masa Remaja
Transformasi besar dilakukan oleh Miley Cyrus. Dia pun mengubah semua penampilannya mulai dari rambut hingga fashionnya.
Dia memotong pendek rambutnya seperti perempuan dan terkadang tampil klimis ala rockabilly. Miley menegaskan bahawa dia ingin meninggalkan imej Hannah Montana yang selama ini melekat pada dirinya.
[Wow] - Selebriti
Subscribe to:
Posts (Atom)










.jpg)



Recent Comments