Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Kebenaran yang menyedihkan mengenai kebanyakan hubungan cinta adalah bahawa ia dimulakan dengan kebahagiaan tetapi berakhir dengan kesedihan. Ada 10 sebab yang menyebabkan hubungan cinta anda dan pasangan renggang dan putus di tengah jalan.




1. Kritikan berterusan

Selepas melalui saat romantis dalam beberapa bulan pertama hubungan, ramai pasangan biasanya mula menunjukkan warna sebenar mereka. Mereka tidak boleh menyesuaikan diri antara satu sama lain , mula memerlukan ruang mereka sendiri dan tidak suka rakan pasangan masing-masing. Semua ini membawa kepada kritikan berterusan antara satu sama lain , akhirnya membawa kepada perpisahan.

2. Menipu

Satu pembohongan kecil ataupun penipuan yang besar sebenarnya mempunyai kuasa untuk menghancurkan hubungan anda. Anda mungkin tidak pernah bermaksud untuk menipu pasangan anda, tetapi apabila amanah pasangan anda telah didustai, amat sukar untuk mendapat kepercayaan mereka.

3. Curang

Semua orang menafsirkan perkataan curang dengan cara yang berbeza. Bagi sesetengah orang, flirting dengan rakan-rakan boleh dipanggil curang dan bagi sesetengah orang pula, keluar dengan rakan sekerja untuk minum kopi tanpa memaklumkan kepada pasangan mereka juga boleh dianggap curang. Anda harus memahami sensitiviti pasangan anda dan bertindak sewajarnya.

4. Pengintipan

Untuk apa-apa sebab jika anda mempunyai apa-apa keraguan atau syak wasangka pada pasangan anda, jangan mengintip atau mengekori mereka kemana sahaja mereka pergi. Beritahu pasangan anda tentang perasaan anda dan selesaikan masalah dengan baik secara langsung. Walaupun realitinya agak pahit, tetapi ianya lebih baik dari memasang mata-mata gelap untuk mengintip pasangan curang.

5. Cemburu yang keterlaluan

Cemburu dan iri hati terhadap pasangan adakalanya baik untuk setiap hubungan . Tetapi ada satu garis halus antara sifat memiliki yang sihat dan yang keterlaluan . Jika anda mendapati diri anda sentiasa menyoal pasangan anda tentang di mana mereka berada , keluar dengan siapa dan soalan lain setiap masa, anda akan melihat bahawa pasangan anda perlahan-lahan akan lebih jauh dari anda.

6. Perbandingan dengan hubungan masa lalu

Ini adalah satu perkara yang anda harus elakkan apabila anda berada dalam hubungan yang baru. Apabila manusia masuk ke dalam fasa hubungan baru , mereka berharap untuk melupakan kepahitan hubungan mereka sebelum ini. Jika anda selalu membandingkan hubungan baru dan lama anda dengan cara yang sinis, ini hanya akan menyakiti pasangan anda dan boleh membuatkan pasangan anda bosan lalu meninggalkan anda.

7. Halangan komunikasi

Perkara yang paling kritikal dalam hubungan adalah komunikasi. Semua aspek termasuklah amanah, rasa hormat dan ruang peribadi bermula dan berakhir dengan komunikasi yang baik. Jika terdapat satu perkara yang mengganggu fikiran anda , adalah lebih baik untuk berkongsi dengan pasangan anda dan bukannya menyimpan perasaan serta membiarkan ia membarah di dalam hati anda . Kebanyakan hubungan sempurna akhirnya gagal kerana kekurangan komunikasi yang baik.

8. Mengambil mudah semua perkara

Apabila bermulanya saat romantis bersama si dia, pasangan sedaya upaya untuk mengingati saat istimewa dan memberikan kejutan buat pasangan. Tetapi lama kelamaan rasa itu semakin pudar dan ada pasangan yang mengambil mudah perkara yang dianggap remeh untuk memekarkan hubungan.

9. Masuk ke dalam fasa membosankan

Rutin adalah seperti pedang bermata dua. Ia boleh menjadi satu kelebihan kerana ia membawa keselamatan dalam hidup anda dan pasangan. Tetapi, banyak hubungan masuk ke dalam fasa bosan kerana tiada apa yang berbeza dan lain. Lumrah manusia mahukan perbezaan.. contohnya, kalau hari-hari makan ikan, bosan juga kan? Nak juga merasa lauk ayam dan kari. Tambahkan lagi aktiviti bersama yang boleh dilakukan pada hujung minggu. Keluar berbulan madu untuk menyemarakkan lagi hubungan intim bersama pasangan.

10. Rasa tidak puas hati secara fizikal


Apabila hubungan yang dijalinkan lebih dari dua tahun,segala-galanya bermula menjadi bosan jika tidak ada perkara romantik yang dibuat untuk memenangi hati pasangan. Ada pasangan yang tidak menjaga penampilan diri sehingga menyebabkan mereka bosan melihat anda tidak sayangkan badan anda sendiri. Anda perlu berusaha untuk menyayangi pasangan anda luaran dan dalaman. Dia juga manusia, punya perasaan.


Alexander Novikov menjadi mangsa kanibalisme oleh pasangan Oxana Domanskaya (34) dan Edward Shutov (36). Peristiwa sadis ini berlakui di bandar Makeevka Ukraine. Kejadian ini tebongkar ketika beberapa kanak-kanak melintas di satu lorong dan melihat sepasang kaki manusia terkeluar dari celah lubang.
Mereka kemudian melaporkannya ke polis. Dari hasil penyelidakan polis didapati bahawa pasangan Oxana dan Edward menjemput Alexander Novikov untuk satu pesta makan di rumahnya. Kemudian mereka mabuk dan terjadi pertengkaran antara Alexander Novikov dengan Edward Shutov dan berakhir dengan terbunuhnya Novikov.



Pasangan tersebut kemudian berusaha menyingkirkan mayat Novikokv dengan memasak dan memakannya sebahagian lagi dibuang ke dalam sebuah lubang.

Tragisnya lagi pasangan ini menyimpan daging dan organ dalam Alexander Novikov di peti sejuk. Polis menemuinya ketika memeriksa rumah mereka. Daging tersebut dikatakan akan dibuat untuk makan malam berikutnya, daging yang tidak habis di simpan untuk di masak semula..


Makan sememangnya penting untuk tubuh kita tetapi jika kebiasaan ini tidak terkawal, apa yang akan terjadi? Semestinya tumpukan lemak akan menganggu aktiviti harian dan menjadi sumber penyakit. Jadi, bagaimana cara untuk mengurangkan nafsu makan?

Patuhi jam makan

Perhatikan dan patuhi jam makan anda. Makan selepas jam 8 malam hanya akan membuatkan lemak terkumpul dalam badan sahaja. Terlambat makan juga akan merosakkan pencernaan anda. Pada waktu malam, tubuh memproses vitamin dan mineral serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Jika anda makan pada jam lebih pukul 8, kemungkinan proses mtabolisme tubuh akan menurun.

Jangan malas

Jangan sampai anda terjebak pada keadaan ini jika anda sedang berusaha diet. Misal ketika anda sedang sendirian di rumah, anda cenderung memilih makanan segera atau makanan ringan yang hanya mengenyangkan beberapa saat. Akibatnya pada tengah malam anda kembali lapar.

Atur hidangan makanan

Jika anda sering makan di meja makan dengan pelbagai macam hidangan, ubah kebiasaan ini . Anda akan cenderung mengambil makanan bila pinggan anda mulai kosong. Ambil makanan dalam hidangan yang sewajarnya kemudian cari tempat makan di bilik lain. Anda juga boleh menambah makanan pencuci mulut untuk mengakhiri santapan anda.

Menggabungkan makanan


Makanan yang baik terdiri dari berbagai macam hidangan, misalnya anda melengkapi makan tengah hari anda dengan karbohidrat, sayur-sayuran, lemak sihat dan buah – buahan. Ketahui tentang kombinasi makanan yang akan memberikan tenaga dan tidak membuat anda cepat lapar.


Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling comel. jadi tidak hairanlah jika haiwan ini sering menjadi pilihan utama kita sebagai peneman dalam rumah.

Beberapa tahun lalu, seekor anak kucing telah dilahirkan menggemparkan Penduduk Terengganu apabila haiwan itu dilahirkan dan berlidah yang besar seakan-akan lidah manusia!. Bagaimanapun, anak kucing ini mati selepas dua hari dilahirkan.


Di fahamkan kucing tersebut di lahirkan di dalam sebuah kedai "kedai sabasun" di suatu tempat di Terengganu pada tahun 2010.


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  hari ini mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.
 
Menurut aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaeid yang juga merupakan ahli tekstil yang berkecimpung dalam industri ini selama 30 tahun berkata, oleh itu katanya, adalah haram bagi seseorang lelaki itu untuk memakai pakaian batik yang diperbuat daripada sutera.

"Hari ini kita lihat masih ramai masyarakat Melayu Islam (lelaki) memakai pakaian batik yang berasaskan sutera.

 
"Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai hukumnya atau masih samar-samar, tetapi berdasarkan hadis sahih Nabi Muhammad sudah menjelaskan bahawa adalah haram bagi lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen.

"Saya pernah jumpa seorang mufti (tidak boleh dijelaskan namanya, bagi menjaga aib) yang memakai baju batik yang berasaskan sutera ini.

 
"... bila saya tegur dia, saya kata dia pakai batik sutera... dia kata bukan, sebab dia kata harga batik itu murah, sebenarnya batik sutera bukan dinilai dari segi harga, tetapi dari segi jenis kainnya, iaitu ianya diperbuat daripada ulat malberi, saya tahulah saya ahli dalam bidang ini (tekstil)," ujarnya.

 
Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat lelaki Islam di negara ini prihatin akan pakaian yang dipakai terutama ketika majlis rasmi atau hari-hari tertentu yang diwajibkan memakai pakaian dari jenis itu.

"Jadi saya perlu beritahu disini, bahawa batik sutera bukan berasaskan kepada harga.

"Oleh itu, masyarakat perlu berhati-hati, jangan sampai memakai batik yang diperbuat daripada sutera.

Peringatan ini turut disampaikan beliau.

"Ingat dalam satu hadis juga mendedahkan bahawa diakhir zaman, ramai lelaki yang memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera, oleh itu lelaki jangan pakai pakaian yang berasakan sutera, kelak mengundang bala ALLAH S.W.T," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, PPIM menggesa agar kaum lelaki Islam supaya sedaya upaya menggelak daripada memilih pakaian yang diperbuat daripada sutera kerana sudah jelas hukumnya.

"Pengharaman pemakaian  sutera oleh lelaki sudah jelas, jadi tidak perlu kepada fatwa pengharamannya," katanya.
Gambar Hiasan


Ampang: Dia bukan saja mengugut dengan menghayun tukul besi untuk mencederakan ayahnya yang berusia 70-an, malah warga emas itu akhirnya dihalau daripada rumah pusaka yang diduduki sejak sekian lama.

Itu perbuatan zalim seorang lelaki berusia 30-an yang terdesak mendapatkan wang bagi melangsaikan hutangnya dengan ceti haram atau along. 

Sumber polis berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 11 pagi Ahad lalu, suspek turut menghalau kakaknya yang turut tinggal di rumah sama yang terletak di Kampung Pandan, di sini.
Menurutnya, mangsa bersara daripada perkhidmatan kerajaan sejak setahun lalu dan dia yang sudah kematian isteri tinggal di rumah pusaka berkenaan bersama keluarga anak perempuannya.

“Suspek yang belum berkahwin turut tinggal di rumah itu. Pada hari kejadian suspek tiba-tiba naik berang dan menghalau ayah serta kakaknya keluar dari rumah,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa cuba menenangkan anaknya dan meminta mereka berbincang secara baik namun, suspek enggan berbuat demikian sebaliknya mengambil tukul besi dan mengugut untuk mencederakan ayahnya itu.
“Lelaki itu mendesak bapa dan keluarga kakaknya keluar dan mengancam mahu membelasah mereka dengan tukul besi berkenaan jika arahannya tidak diterima.




Baru-baru ini telah berlangsungnya Brit Awards 2014 dan yang pasti tahniah buat semua pemenang yang berjaya pada malam itu. Tapi fokus pada malam itu tentu sekali kepada diva Beyonce yang cukup menyerlah dengan gaun panjang sequin rona emerald oleh Vrettos Vrettakos malah gaun panjang itu turut menampakkan susuk tubuhnya yang mengiurkan. Beyonce juga berjaya pukau penonton dengan persembahan pembukaannya menerusi lagu baru ‘XO’ dengan suara yang mantap dan bertenaga.

“I’d like to dedicate this song to my incredible fans — I love y’all, sing along with me tonight!”





Balik Pulau: Akibat dendam lama, seorang pemilik kedai barangan lusuh terpaksa menanggung azab apabila pergelangan tangan kanannya hampir putus ditetak sekumpulan samseng dalam kejadian berhampiran sebuah kedai makan di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 44 tahun turut cedera pada tangan kiri dan kakinya ketika cuba melawan serta mempertahankan diri daripada terus ditetak kira-kira 10 lelaki.

Menurut sumber, mangsa ketika itu bersama tiga lagi rakannya baru tiba di kedai makan berkenaan dengan menunggang motosikal.

“Ketika itu, mereka berada di tempat parkir motosikal berhampiran kedai makan berkenaan sebelum didatangi kumpulan samseng bersenjatakan parang yang terus menyerang mereka.
“Rakan mangsa melarikan diri dan hanya tinggal mangsa berseorangan.
Dia ditetak kumpulan samseng terbabit hampir lima minit sebelum mereka meninggalkannya dalam keadaan tidak bermaya,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

“Hasil keterangan, mangsa mendakwa kejadian itu mungkin disebabkan dendam kerana dia mempunyai perselisihan faham dengan satu kumpulan kongsi gelap sebulan lalu.


“Polis mengambil keterangan daripada rakan mangsa, namun mereka mendakwa tidak dapat mengecam wajah suspek kerana semua suspek memakai topi keledar berpenutup penuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, susulan itu, polis menahan empat suspek dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan.
“Semua suspek berusia 21 hingga 34 tahun kini ditahan untuk membantu siasatan dan polis merampas sebilah parang yang digunakan untuk menetak mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
 
-Harianmetro-

Tempat pembuangan sampah ada tetapi tempat pembuangan bayi? Hurm musykil. Kes pembuangan bayi banyak berlaku di China dan setiap tahun menjadi semakin parah. Untuk mengurangkan dan membasmi kejadian tersebut, pihak berkuasa di China telah membina tempat untuk meletakkan dan meninggalkan bayi, di mana ibu bapa boleh meninggalkan anak mereka yang masih kecil yang tidak diingininya.

Tempat pembuangan bayi terletak di Bandar Nanjing, sebelah timur China. Di sana ibu bapa boleh meletakkan bayi mereka dengan aman dan tanpa ada orang yang mengetahuinya. Apabila ada bayi ditinggalkan, maka secara automatik sistem penggera akan berbunyi. Staff Rumah Kesejahteraan Nanjing, yang hanya berjarak lima minit dari tempat itu, kemudian akan datang untuk mengumpulkan anak – anak ditinggalkan para ibu bapa mereka.



Tujuan bangunan ini dibina agar tidak ada lagi kes pembuangan bayi oleh anak muda di sembarangan tempat. Di sini, bayi-bayi akan dirawat oleh Rumah Kesejahteraan Nanjing setelah ditinggalkan.

Walaubagaimanapun, bangunan ini dkhuatiri akan membuatkan pasangan khususnya pasangan muda mengambil kesempatan. Malah, menjadikan mereka tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan kerana sudah ada jalan keluar atas kehamilan yang tidak dirancang. 
 
 
Bagi ibubapa yang pernah menaiki kapal terbang bersama bayi dan anak kecil, pasti adakalanya berlaku kejadian yang tidak dijangka dan mungkin menyebabkan penumpang lain turut terkesan. Mungkin beberapa tips daripada ibubapa lain di bawah boleh digunakan semasa menaiki pesawat dan memudahkan anda.



1. Sebelum penerbangan berlepas dan mendarat, ibu bapa disarankan supaya memberikan anak minum susu ( menyusu badan ataupun dari botol ) terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah tekanan terutamanya pada telinga anak. ( Tips dari Syap Pika )

2. Jika masa penerbangan anda lama, anda boleh membawa sekali permainan anak anda supaya anak anda tidak cepat bosan. ( Tips dari Puan Ameera )

3. Jika bayi anda masih menyusu badan, anda boleh memeluk bayi anda semasa dia menyusu kerana itu membolehkan bayi anda tidur dan berasa selesa. ( Tips dari Puan Norhazwani )

4. Cuba daftar masuk penerbangan dengan lebih awal supaya tidak kelam kabut. Kemudian semasa kapal terbang hendak mendarat, beri anak anda hisap pacifier supaya telinga mereka tidak berdengung ( kerana tekanan ) dan sudah tentu pramugari boleh membantu anda jika ada apa-apa masalah. ( Tips dari Sha Shahira Rosli )

5. Bawa selimut lebih untuk anak-anak anda dan gunakan baby carrier ( Ergo, Boba ) untuk memudahkan anda mengangkat barang yang lain dan menyelesaikan hal sebelum berlepas ( pas masuk dan sebagainya ). ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

6. Jika bayi anda boleh makan makanan pepejal/lembut, jangan lupa bawa makanan bayi dari botol yang boleh dibeli di pasaraya. Bawa juga kudapan untuk anak-anak anda atau beli sahaja semasa berada di dalam penerbangan.  ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

7. Bawa pakaian lebih untuk anak-anak anda dan juga baby wipes/tuala kecil. ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

bassinet
                                                 Sumber gambar : www.airliners.net

8. Dapatkan tempat duduk yang mempunyai ruang baby bassinet. ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

9. Penggunaan gajet pada masa kini memudahkan ibu bapa bersama anak semasa di dalam penerbangan. Muat turun aplikasi menarik ataupun video hiburan yang sesuai supaya anak anda tidak bosan. Tetapi anda perlu pastikan ia tidak mengganggu penumpang lain ( elakkan bising ) ( Tips dari Puan Nurul Haizum )

10. Sekali sekala bawa bayi/ anak anda berjalan di dalam penerbangan ( pastikan isyarat duduk dipadamkan terlebih dahulu ) supaya anak anda lebih segar dan tidak penat.

11. Anda juga boleh memilih masa penerbangan sama dengan masa bayi dan anak-anak anda tidur. ( Encik Faiz Azizi ) Penerbangan malam baik untuk perjalanan jarak jauh. Cari penerbangan yang tidak akan mengganggu rutin bayi anda.

12. Jika anda menaiki kapal terbang dengan bayi, pastinya bedung merupakan salah satu tips terbaik untuk memastikan bayi anda selesa di dalam perjalanan ( Puan Nor Zill )

13. Jika ibu terbang bersama bayi tanpa kehadiran suami, anda boleh meminta bantuan pramugari/pramugara untuk membantu anda membawa bagasi, daftar masuk dan menaiki perkhidmatan buggy.

14. Elakkan membawa barang berharga ataupun simpan barang berharga di tempat selamat jika anda terbang bersama anak kecil. Ini supaya anda tidak leka dan tertinggal barang apabila sibuk menguruskan anak di dalam penerbangan.

15. Jika anda mampu, anda boleh membeli atau memilih tempat duduk yang mempunyai ruang kaki tambahan supaya anak-anak anda lebih selesa. Penerbangan masa kini memberikan anda pilihan tempat duduk yang lebih selesa untuk mereka yang sudah berkeluarga. Bagi anda yang tidak tahu, kanak-kanak dibenarkan untuk duduk di atas riba ibubapa sehingga mereka berusia dua tahun. Tetapi anda disarankan untuk menempah tempat duduk buat anak anda jika mereka berusia 2 tahun ke atas jika penerbangan itu mengambil masa yang lama. Dengan cara itu mereka boleh duduk di tempat duduk mereka sendiri, bermain dengan permainan mereka, dan jika anda bernasib baik, mereka boleh tidur sebentar dengan selesa.

16. Selalu periksa lampin bayi dan tukar jika tiba masa di ruang penukaran lampin. Kapal terbang terkini mempunyai ruang khas untuk ibu bapa menguruskan anak-anak. Jangan biarkan anak anda tidak selesa.

17. Jika penerbangan tidak penuh, minta jasa baik pramugari/pramugara menukar tempat duduk anda ke tempat yang lebih luas ataupun yang kosong. Ada penerbangan yang membenarkan penumpang menukar tempat duduk suka sama suka atau dengan kebenaran krew kabin.

18. Bagi yang tidak mempunyai anak pula, cuba untuk memahami situasi yang tidak dijangka ibubapa yang mempunyai anak kecil. ( Puan Ida Haryani )

19. Maaf. Mungkin ada penumpang yang memahami situasi ibubapa yang mengembara bersama anak kecil, tetapi ibu bapa juga harus ringan mulut untuk meminta maaf pada penumpang lain jika itu membuatkan mereka tidak selesa. Kadang-kadang sikap acuh tak acuh dan expect semua orang fahami situasi mereka mungkin menyebabkan ada yang kena ‘jeling’. Pokoknya belajar bertoleransi.

20.Pilih syarikat penerbangan dan lapangan terbang yang mesra kanak-kanak. Anda boleh mempunyai pengalaman yang baik, atau tidak baik, di mana-mana syarikat penerbangan. Ia bergantung kepada bagaimana anak kapal mengendalikan penerbangan ataupun elakkan terbang di waktu puncak.  Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang mempunyai reputasi yang baik secara keseluruhan dan yang paling mesra kanak-kanak dan kebanyakkannya adalah syarikat penerbangan Asia. Banyak lapangan terbang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak dan ruang menukar lampin dan menguruskan anak kecil serta bayi.

 -Wanista-


Seorang remaja yang dibuli dihukum penjara selepas menikam seorang gadis di muka dan menghantukkan kepala seorang lagi pembuli – kerana mereka memanggilnya dengan nama gelaran Harry Potter. Ryan Walker , 19, memakai cermin mata dan mempunyai rambut hitam pendek , seperti pelakon Daniel Radcliffe yang memainkan watak seorang pelajar sekolah sihir di dalam filem Harry Potter.



Dia telah menyerang pembulinya iaitu Emma Keeble dan Leah Pearce masing-masing berumur 15 dan 16 tahun selepas mereka mengusiknya dengan panggilan Harry Potter berkali-kali dan menyentuh beg membeli-belahnya. Dia yang berang selepas dibuli secara lisan bergegas ke rumahnya sebelum kembali dengan botol susu penuh dengan air dan mencampakkannya ke atas gadis-gadis pembuli tersebut dan kemudian mengambil pisau pemotong sayur sebelum menikam salah seorang di bahagian muka dan menumbuk serta menghantukkan kepala seorang lagi pembuli ke pagar.

Walker telah dibuli di sekolahnya dan juga di kawasan perumahan dan kali ini dia hilang sabar dan menyebabkan dia menyerang mereka yang mengganggu hidupnya. Hakim Peter Ralls QC yang menjatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah tahun terhadap Walker, berkata gadis-gadis itu mungkin telah kurang ajar, tetapi baginya tindakan Walker adalah tidak wajar.




Xinhua: Seorang remaja 14 tahun didakwa menikam bapanya di sebuah kafe Internet di Hunan selepas dipujuk supaya pergi ke sekolah. 

Remaja itu didakwa bertengkar dengan bapanya yang datang ke kafe berkenaan untuk memujuknya agar pergi ke sekolah.

Berang dengan tindakan bapanya, dia mengeluarkan pisau dan menikam lelaki itu, menyebabkan bapanya mati di tempat kejadian.

Kafe Internet di China dikaitkan dengan beberapa kes kematian dan pembunuhan sejak dua tahun lalu, termasuk lelaki berusia 24 tahun yang membunuh teman wanitanya dan kemudian menghabiskan masa bermain permainan komputer sepanjang malam.

Ada juga kes remaja di Hunan yang menyamun dan menikam seorang wanita sebelum melarikan diri ke kafe Internet untuk menulis status memberitahu “semuanya berjalan lancar”.