Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Seorang remaja yang dibuli dihukum penjara selepas menikam
seorang gadis di muka dan menghantukkan kepala seorang lagi pembuli –
kerana mereka memanggilnya dengan nama gelaran Harry Potter. Ryan
Walker , 19, memakai cermin mata dan mempunyai rambut hitam pendek ,
seperti pelakon Daniel Radcliffe yang memainkan watak seorang pelajar
sekolah sihir di dalam filem Harry Potter.
Dia telah menyerang pembulinya iaitu
Emma Keeble dan Leah Pearce masing-masing berumur 15 dan 16 tahun
selepas mereka mengusiknya dengan panggilan Harry Potter berkali-kali
dan menyentuh beg membeli-belahnya. Dia yang berang selepas dibuli
secara lisan bergegas ke rumahnya sebelum kembali dengan botol susu
penuh dengan air dan mencampakkannya ke atas gadis-gadis pembuli
tersebut dan kemudian mengambil pisau pemotong sayur sebelum menikam
salah seorang di bahagian muka dan menumbuk serta menghantukkan kepala
seorang lagi pembuli ke pagar.
Walker telah dibuli di sekolahnya dan
juga di kawasan perumahan dan kali ini dia hilang sabar dan menyebabkan
dia menyerang mereka yang mengganggu hidupnya. Hakim Peter Ralls QC yang
menjatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah tahun terhadap Walker,
berkata gadis-gadis itu mungkin telah kurang ajar, tetapi baginya
tindakan Walker adalah tidak wajar.
Global
Xinhua: Seorang remaja 14 tahun didakwa menikam bapanya di sebuah kafe Internet di Hunan selepas dipujuk supaya pergi ke sekolah.
Remaja itu didakwa bertengkar dengan bapanya yang datang ke kafe berkenaan untuk memujuknya agar pergi ke sekolah.
Berang dengan tindakan bapanya, dia mengeluarkan pisau dan menikam lelaki itu, menyebabkan bapanya mati di tempat kejadian.
Kafe Internet di China
dikaitkan dengan beberapa kes kematian dan pembunuhan sejak dua tahun
lalu, termasuk lelaki berusia 24 tahun yang membunuh teman wanitanya dan
kemudian menghabiskan masa bermain permainan komputer sepanjang malam.
Ada juga kes remaja di Hunan yang menyamun dan menikam seorang wanita sebelum melarikan diri ke kafe Internet untuk menulis status memberitahu “semuanya berjalan lancar”.
Global

Sungai Petani: Empat warga Myanmar etnik Rohingya dilayan seperti
hamba abdi apabila bukan saja tidak diberi makan selama tiga hari, malah
dirantai umpama binatang sejak tiba di negara ini kira-kira sembilan
hari lalu.
Mereka yang berusia 30-an dikurung di sebuah rumah buruk di belakang
sebuah hotel di Jalan Pasar, di sini, oleh satu sindiket yang didalangi
rakan senegara untuk mendapatkan tebusan daripada keluarga mangsa.
Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit terbongkar apabila sepasukan
anggota polis menyerbu kediaman berkenaan dan menemui semua mangsa dalam
keadaan tidak bermaya dengan tangan mereka dirantai.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin oleh sepasukan 19 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Turus D9 Deputi Superintendan Mohd Naim Asnawi.
Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin oleh sepasukan 19 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Turus D9 Deputi Superintendan Mohd Naim Asnawi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya
berkata, serbuan dibuat berdasarkan maklumat salah seorang daripada
empat lelaki warga Myanmar yang ditahan di bandar itu kira-kira jam 6
petang.
Isu Semasa
Beijing: Seorang
kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilihat minggu lalu bersama-sama
“teman wanitanya” di sebuah kedai dengan membawa duit yang banyak untuk
membeli kereta elektrik.
Dia yang pergi ke kedai berkenaan Khamis lalu meminta pengurus kedai memberinya kereta elektrik yang paling mahal.
Pekerja kedai itu berkata, “Saya nampak dia mengeluarkan satu sampul dan menyatakan yang dia tidak cukup duit. “Dia membawa hampir 10,000 yuan (RM5,430),” menurut pekerja kedai berkenaan.
“Saya tidak boleh menjualnya kepada kanak-kanak, Saya suruh dia
membawa ibu bapanya. Tetapi dia berkata, ayahnya bercuti. Dia mahu
mencuba kenderaan itu,” katanya.
Masih belum dapat dipastikan dari mana kanak-kanak itu mendapat wang berkenaan tetapi melihat pada sampul merah yang dibawanya, duit itu mungkin dikumpulnya hasil pemberian anggota keluarga ketika Tahun Baru China atau diambil daripada ibu bapanya. Orang ramai yang berada di situ merakam gambar kanak-kanak berkenaan mencuba pelbagai jenis motosikal bersama “teman wanitanya” tetapi pekerja kedai berkenaan enggan menjual kenderaan itu. - Agensi
Global
Malaysia merupakan negara yang mempunyai
pulau dan pantai yang tercantik di dunia. Namun mungkin kurang
pendedahan di media massa menyebabkan banyak tempat menarik di Malaysia
kurang mendapat perhatian umum dan hanya beberapa tempat sahaja yang
menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Kami ingin
berkongsi dengan anda 10 lokasi pulau dengan pantai yang tercantik di
Malaysia yang mungkin anda boleh lawati.
Berikut Merupak Senarai 10 Pantai Tercantik di Malaysia
1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang
Kredit Gambar : wikipedia.com
Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari
ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik,
ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang
menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej
percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia
telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling
indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu
daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.
Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung
kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya
Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.
2. Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu
Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN,
pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian
Kecil mempunyai ‘Long Beach‘
di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian
dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di
Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan
bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu
karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika
matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai,
pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian
menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan
sebagainya.
Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau
berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar
pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka
yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut
dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan
destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan
dengan harga yang berpatutan.
3. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah

Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu
persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti
kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai
salah satu pantai tercantik di dunia.
Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di
Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort
serta Four Seasons Resort
bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di
Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan
ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.
4. Pantai Pulau Lankayan, Sabah
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.
Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang
hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai
perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut
negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif,
bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan
tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih,
tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi
pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik. Info Lanjut
5. Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah
Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan
ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama
juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi
pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah,
kawasan ini adalah kawasan persendirian.
Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah
dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana
anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar,
tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di
sini.
Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala
Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta
sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ
anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking (
perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau
melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.
6. Pantai Pulau Manukan , Sabah
Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah,
pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10
minit perjalanan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur
pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang
yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah
parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar
permandangan bagi peminat fotografi. Bagi yang ingin menginap di sini,
anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort.
7. Pantai Pulau Sapi, Sabah
Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan
merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt
Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan
kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.
Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah
salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai
meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi,
pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan
pantainya sesuai untuk aktviti renang. Info Lanjut
8. Pantai Pulau Mabul, Sabah
Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda
lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di
fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.
Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan
menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah,
ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana
berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang
tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai
yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.
Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan
penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari
Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna,
sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna,
anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju. Info Lanjut
9. Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor
Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti
yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai
yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu
di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama
Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah
sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar.
Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di
mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda
boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan
oleh resort.
Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir
dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan
perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat
fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang
kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan. Info Lanjut
10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang , Terengganu
Terdapat dua pantai Teluk Dalam iaitu di Pulau Pangkor dan juga Pulau
Redang. Pilihan penulis adalah Pantai Teluk Dalam di Pulau Redang .
Pantai Teluk Dalam tidak boleh diakses dari pantai Pasir Panjang. Anda
boleh menyewa bot ataupun menggunakan laluan trek hutan yang
menghubungkan kedua pantai (dianggarkan kira-kira satu jam jika berjalan
kaki). Anda juga boleh menggunakan akses yang paling biasa iaitu dari
jeti Shahbandar di Kuala Terengganu, di mana anda akan mengambil bot
Berjaya Resort ke jeti kampung nelayan di Redang. Dari jeti, anda boleh
menggunakan pengangkutan minivan sejauh kira-kira 3 km di jalan
pedalaman ke pantai ini.
Pantai ini adalah sangat sesuai untuk aktiviti renang, tetapi tidak
begitu sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak banyak karang.
Pelancongan

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah...nak jumpa kawan-kawan,” kata
seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di
seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat
tahun lalu.
Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.
Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.
Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.
Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia yang mendapat perhatian selepas kisahnya tersiar di dokumentari ‘My Shocking Story’ di saluran Discovery Channel, pada November 2007.
Bagaimanapun Dede menderita ketumbuhan ketuat seperti kulit kayu pada sebahagian besar tubuhnya, tetapi Nurirmayanti yang turut menghidap sindrom Down merintih kesakitan setiap hari apabila keadaan fizikalnya semakin teruk akibat kulitnya menggelupas dan ditumbuhi keruping, malah kakinya seperti ‘berakar’.
Dia yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas, Tendong terpaksa menangguhkan persekolahan dan kini dijaga ibunya, Rohimah Salleh, 51, setiap masa.
Apa yang merunsingkan ialah bapanya, Semaun Ismail, 59, hanya bekerja sebagai tukang kebun dengan berpendapatan tetap RM500 dan sebanyak RM200 digunakan untuk membeli ubat-ubatan anak bongsunya itu.
[Wow] - Kisah Hidup
MENINGGAL dunia sewaktu sedang solat adalah antara cara kematian yang mungkin diimpikan oleh ramai orang.
Itulah yang terjadi di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
apabila seorang guru pondok yang dikenali sebagai Mahama Jehma
menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sedang menunaikan solat berjemaah.
Berusia 50 tahun, beliau yang mengajar di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand ketika itu dikatakan dalam keadaan Qiam (berdiri betul) pada rakaat pertama.
Keadaannya yang dijemput Ilahi sewaktu sedang beribadah itu ternyata menimbulkan rasa terharu di hati orang ramai.
Apa pun, takziah kami ucapkan dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…
Dunia maya , rangkaian sosial dan rakan-rakan dalam talian atau telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan manusia. Membina persahabatan di internet kini menjadi satu fenomena biasa tetapi persahabatan ini adalah berdasarkan imej yang anda tunjukkan kepada dunia melalui rangkaian sosial , yang tidak selalu benar. Ini bermakna, terdapat segelintir manusia di internet mencipta persona diri yang berbeza dari kehidupannya secara realiti dan terdapat 5 fakta tentang realiti persahabatan dalam talian yang perlu anda tahu.
1. Anda akan mendapati sukar untuk mempercayai seseorang
Membina persahabatan secara online adalah perkara biasa, tetapi persahabatan yang sebenar berkait rapat dengan kepercayaan terhadap seseorang. Amanah adalah faktor yang paling penting dalam mana-mana hubungan. Agak sukar untuk mempercayai rakan yang anda kenal di dalam talian. Tetapi terdapat manusia yang baik di dalam dunia maya, cuma peratusannya amat sedikit. Sentiasa selidik dahulu latar belakang seseorang jika anda benar-benar ingin menjadikan dia teman baik anda.
2. Anda tidak boleh mengharapkan sokongan
Anda tidak pasti sama ada rakan-rakan dalam talian boleh dipercayai atau tidak. Apabila anda berada dalam kesusahan , kawan-kawan biasanya akan membantu anda dan menyokong anda. Tetapi apabila ia datang kepada rakan-rakan dalam talian, anda tidak tahu jika mereka ada dengan anda jika anda benar-benar memerlukannya sokongan dari segi mental dan fizikal.
3. Niat yang boleh diragui
Anda tidak benar-benar pasti tentang niat di sebalik persona manusia di dalam talian. Mungkin dia seorang kawan yang baik, tetapi anda tidak boleh terlalu yakin dan terus mempercayainya. Mungkin dia ada niat yang salah, tambah lagi jika anda tidak pernah berjumpa dengannya. Kini terdapat banyak kisah penipuan di internet terutamanya penipuan wang. Terdapat warga asing yang menyamar untuk menipu wang anda, jadi anda harus berjaga-jaga.
Sehingga kini, warga asing ada yang mendalangi jenayah siber bukan sahaja licik menjerat wanita dan lelaki kesunyian dengan cinta, tetapi mereka juga bijak mempengaruhi golongan hartawan sehingga sanggup menyerahkan wang yang banyak kepada mereka apabila dipelawa menjadi rakan kongsi dalam perniagaan. Walaupun hanya berbual melalui laman sosial di Internet dan tidak pernah bersua muka, mangsa terdiri daripada ahli perniagaan atau golongan korporat dengan mudah diperdayakan sindiket ‘Awang Hitam’ itu yang bijak bermain kata-kata dan memalsukan dokumen-dokumen penting.
4. Anda boleh kehilangan kawan sebenar
Terdapat risiko apabila anda begitu asyik dalam rakan-rakan dalam talian, anda mungkin berakhir memutuskan hubungan dengan rakan realiti anda. Anda harus sentiasa mempunyai kawan baik dalam dunia sebenar dan bukan hanya terperangkap dalam dunia rakan-rakan maya.
5. Anda mungkin berada dalam keadaan yang berbahaya
Mempunyai rakan-rakan dalam talian mungkin meletakkan anda dalam keadaan yang berbahaya. Anda boleh berakhir menjadi mangsa gangguan atau kehendak seksual. Oleh itu, anda perlu sedar dan berhati-hati tentang semua kebaikan dan keburukan mempunyai rakan-rakan dalam talian. Jika kamu sudah bertemu dia secara langsung, bukan bererti kamu terlepas dari bahaya rakan dalam talian. Kamu boleh saja bertemu dengan orang yang berniat jahat, mungkin dengan niat ingin merompak, membunuh, memperkosa, atau bahkan bertemu dengan psikopat. Berhati-hati terutama jika kamu adalah seorang wanita, jangan pernah bertemu sendirian dengan orang yang hanya kamu kenal melalui internet.
Informasi
SICHUAN – Penduduk di China mempunyai pelbagai cara mengajar anak yang disifatkan degil. Antaranya ialah dengan menanggalkan baju anaknya itu dan mengheretnya sejauh 100 meter di jalan.
Namun ia tidak dianggap sebagai kes dera oleh polis dan polis juga enggan campur tangan.’
Keadaan ini nyata mengejutkan penduduk di negara itu tentang bagaimana layanan kasar yang diterima oleh budak perempuan itu daripada bapanya.
Imej yang tidak menyenangkan itu telah dirakamkan oleh pejalan kaki di situ dan kemudiannya mereka memuat naik di internet.
Apalagi, ia menyebabkan media sosial kecoh dengan kejadian ini.
Menurut Shanghaiist, lelaki itu dikatakan hilang sabar dengan perangai kanak-kanak berkenaan yang enggan memakai jaket selama beberapa jam.
Kerana marah, dia menanggalkan baju kanak-kanak itu secara kasar dan mengheret budak itu tanpa mengetahui aksinya dirakamkan.
Bagaimanapun jirannya memberitahu, gambar tersebut berbeza dengan perangai sebenar lelaki itu yang dikatakan terlalu memanjakan anaknya dan tidak pernah langsung memukulnya.
Dia dilaporkan memberi apa sahaja yang diinginkan oleh anaknya, termasuk jaket yang enggan dipakai budak
Pelbagai

CALIFORNIA – Seorang wanita yang menghabiskan seluruh hidupnya untuk menjadi Barbie, telah mengambil keputusan untuk menjalani hypnotherapy agar `otaknya kosong’, sama seperti anak patung itu.
Blondie Bennett, 38, menjalani sesi hypnotherapy sekali dalam seminggu supaya dia senang menjadi keliru dan bengap.
Bekas model itu yang menukar nama kepada Blondie kira-kira setahun lalu, juga menghabiskan wang sebanyak £25,000 untuk menjalani pembedahan membesarkan payu dara.
Dia kini tidak bekerja lagi dan memperoleh pendapatan melalui `sugar daddy’ dalam talian yang memberikan sokongan kepadanya dengan menyaksikan dia memakai baju seksi seperti Barbie.
Blondie juga kerap kali menyembur spray, menyuntik botox dan bibir untuk membolehkan dia kelihatan seperti anak patung, namun dia memang bodoh kerana mahu menukar diri menjadi patung plastik.
“Apabila orang bertanya kenapa saya ingin menjadi Barbie, saya memberitahu mereka bahawa dia mempunyai kehidupan yang menarik dan cantik selain tidak perlu memikirkan mengenai perkara lain.
“Saya sudah menjalani rawatan hypnotherapy sebanyak 20 kali dan saya sudah berasa keliru serta kosong sepanjang masa.
“Baru-baru ini saya telah menjemput seorang rakan di lapangan terbang dan saya tidak ingat sama ada saya perlu menunggu di balai ketibaan atau balai berlepas.
Saya juga mengambil masa selama tiga jam untuk memandu ke rumah ibu saya, iaitu tempat di mana saya membesar kerana terlupa jalan,’’ katanya.
Dia mula menjadi obses dengan Barbie ketika kanak-kanak dan sentiasa berpakaian seperti anak patung itu.
“Saya mahu orang melihat saya sama seperti anak patung seks yang tidak berotak. Orang boleh mengutuk saya, tapi saya mahu melakukan perubahan ini,’’ katanya.
Pelbagai
DUNGUN – Kegiatan lima pelajar sebuah politeknik menjadikan bilik hostel sebagai port melepaskan gian mereka terbongkar selepas diserbu anggota keselamatan pusat pengajian terbabit.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi, lima pelajar berkenaan difahamkan sedang ‘lalok’ dan hasil ujian saringan air kencing mendapati, kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 21 tahun, positif ganja.
Kesemua suspek yang merupakan pelajar jurusan diploma berasal dari Dungun, Selangor dan Kelantan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut, namun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan kimia bagi tindakan selanjutnya.
Sementara itu, dalam operasi sepasukan polis narkotik Dungun di Ketengah Jaya, sembilan penagih berjaya dicekup dalam beberapa serbuan berasingan yang dijalankan bermula jam 6 pagi hingga 11 pagi, kelmarin.
Hasil ujian saringan air kencing, kesemua mereka yang terdiri daripada anak peneroka Felda didapati positif dadah jenis morfin.
Kesemua suspek yang turut mempunyai rekod lampau kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan & Pemulihan 1983).
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. – Sinar Harian Online
Isu Semasa
BARU-BARU ini timbul cerita yang kurang enak mengenai pelakon Izzue Islam dan Anzalna Nasir yang dikatakan bermasam muka gara-gara Izzue yang mahu menjaga hati isterinya.
Kononnya, Izzue kurang selesa dengan Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak.
Bagaimanapun, menerusi portal hiburan GUA, isteri merangkap pengurus Izzue, Awin Nurin memberikan kenyataan menafikan perkara tersebut.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul dan tidak wujud sebarang masalah daripada pihak mereka.
“Ini bukan pertama kali Izzue berlakon adegan pegang, peluk, dukung dan tidur sekatil. Awin malas nak memanjangkan cerita. Lagipun ini bukan kali pertama Awin turun ke lokasi penggambaran. Malah ketika Izzue berlakon drama bersiri ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ juga Awin turut berada di set,”jelasnya.
Jika difikirkan, benar juga apa yang dikatakan Awin itu.
Kalau dia memang jenis yang kuat cemburu, rasanya Izzue mungkin tak akan bergelar pelakon pada hari ini.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)




















Recent Comments