Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
EMPAT remaja terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki didakwa
menyeksa dua remaja dengan memukul, menembak dan menoreh dahi
menggunakan pisau pemotong kotak.
Mangsa terselamat, Dustin Murrain, 16, memberitahu polis, dia diajak Jenna Jean Montgomery, 15, seorang pelajar di Sekolah Tinggi David Douglas ke sebuah rumah di tenggara Portland, Oregon selepas beberapa bulan mereka berkenalan.
Ketika tiba di situ, suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di belakang rumah tersebut.
Menurut laporan nydaily,dia kemudiannya ditahan tiga remaja lelaki sebelum dipukul dengan besi di kepala sebaik sahaja masuk ke dalam bangsal.
Selepas itu mangsa diarahkan membuka baju dan salah seorang suspek Christian Kalmbach, 15, menembak mangsa di dada, pangkal paha dan jari telunjuk.
Tidak cukup dengan itu, Kalmbach juga menoreh dahi mangsa dengan pisau pemotong kotak dan membuat bentuk swastika.
Ketika ditanya apa yang diinginkan penyerang daripadanya, mereka menuntut Murrain memulangkan papan luncur dan duit. Kemudian poketnya diselongkar dan mereka merampas iPodnya .
Bagaimanapun, Murrain dapat melarikan diri dan sempat meminta bantuan dari sebuah bengkel kereta berdekatan sebelum dihantar ke Hospital OHSU.
Montgomery, Kalmbach, Jess Taylor, 17 dan Shane Connell, 14, didakwa melakukan serangan kelas kedua, penculikan kelas pertama, konspirasi jenayah untuk melakukan penculikan kelas pertama dan rompakan kelas pertama.
Sumber: Sinar Harian
Mangsa terselamat, Dustin Murrain, 16, memberitahu polis, dia diajak Jenna Jean Montgomery, 15, seorang pelajar di Sekolah Tinggi David Douglas ke sebuah rumah di tenggara Portland, Oregon selepas beberapa bulan mereka berkenalan.
Ketika tiba di situ, suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di belakang rumah tersebut.
Menurut laporan nydaily,dia kemudiannya ditahan tiga remaja lelaki sebelum dipukul dengan besi di kepala sebaik sahaja masuk ke dalam bangsal.
Selepas itu mangsa diarahkan membuka baju dan salah seorang suspek Christian Kalmbach, 15, menembak mangsa di dada, pangkal paha dan jari telunjuk.
Tidak cukup dengan itu, Kalmbach juga menoreh dahi mangsa dengan pisau pemotong kotak dan membuat bentuk swastika.
Ketika ditanya apa yang diinginkan penyerang daripadanya, mereka menuntut Murrain memulangkan papan luncur dan duit. Kemudian poketnya diselongkar dan mereka merampas iPodnya .
Bagaimanapun, Murrain dapat melarikan diri dan sempat meminta bantuan dari sebuah bengkel kereta berdekatan sebelum dihantar ke Hospital OHSU.
Montgomery, Kalmbach, Jess Taylor, 17 dan Shane Connell, 14, didakwa melakukan serangan kelas kedua, penculikan kelas pertama, konspirasi jenayah untuk melakukan penculikan kelas pertama dan rompakan kelas pertama.
Sumber: Sinar Harian
Global

Sudah menjadi lumrah apabila seseorang yang cantik dikejar ramai dan tidak terkecuali juga dengan Norish Karman yang menjadi salah seorang yang sentiasa dikejar oleh ramai lelaki yang mahu menjadikan dirinya teman hidup.
“Ada yang datang mengurat dan ada itu yang membawa ibubapa mereka
untuk meminang saya dan macam-macam lagi. Buat masa sekarang saya masih
tidak mahu memikirkan soal jodoh dan perkahwinan kerana saya perlu fokus
dengan perniagaan dan juga karier saya ini”
“Sekiranya saya hendak berkahwin atau apa sahaja saya mahu berdikari
terlebih dahulu saya perlu untuk mencari rezeki dan harta supaya bakal
suami saya tidak perlu untuk menanggung mereka dengan erti kata lain
tidak perlu untuk dia dibebani dengan anak-anak saya”
“Biarlah anak-anak menjadi keutamaan saya dahulu. Kadang-kadang kalau saya di rumah anak-anak saya akan bertanyakan seperti tak keluar dating ke mama? Mereka sangat sporting dan tidak kisah untuk saya berkawan dengan sesiapa pun,” ujarnya sambil berseloroh.
Dia turut memberitahu bahawa hubungannya bersama bekas suaminya yang
kedua tidak begitu baik kerana sehingga sekarang dia masih tidak
membenarkan anak bongsunya bersama bekas suaminya yang kedua itu
berjumpa.
“Saya tidak membenarkan mereka berjumpa kerana datuknya pernah
berpesan supaya anak itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya itu,”
ujar Norish Karman.
Rotikaya.com
[Wow] - Kisah Artis

Berita yang menjadi perhatian ramai dalam tempoh 24 jam yang lepas
pastinya penceraian Erra Fazira & suaminya, Engku Emran yang sebelum
ini sering di’landa spekulasi berkaitan situasi rumahtangga mereka yang
dikatakan bermasalah.
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku
Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak,
Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta
lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak
bersetuju mengenainya.
“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk
tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim
Syarie, Mohammad Adib Husin.
Sinar Harian juga melaporkan yang pasangan ini mengaku sudah tidak
tinggal sebumbung sejak setahun enam bulan yang lalu dan Erra Fazira
yang ditemui media berharap tiada lagi persoalan tentang mereka selepas
ini.
“Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Ia
(kerjaya) menjadi fokus utama saya kini,” ujar Erra Fazira selepas
prosiding selesai.
[Wow] - Kisah Artis

Jangan mudah
tergoda dengan kemolekkan tubuh dan paras cantiknya , sebab lima model
wanita ini sebenarnya adalah lelaki . Namun , kerana satu dua perkara
mereka memilih bertukar menjadi seorang wanita yang tak kalah memikat !
Transjender , merupakan sebutan bagi mereka yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi apabila dewasa berpenampilan seperti layaknya wanita . Sekararang ini blantika mode dunia semakin semarak dengan kehadiran para model transjender , terkadang sukar membezakan antara model wanita sebenar dan yang bukan . Sebab mereka sama ramping , berkadar dan sensual seperti para supermodel wanita umumnya .
Kalau anda masih tidak percaya , simak lima model transjender yang berjaya mencapai kejayaan sebagai model catwalk berikut ini . Cuba perhatikan dengan teliti , secara kasat mata boleh kah anda mengenal pasti bahawa mereka bukan seorang wanita ?
Transjender , merupakan sebutan bagi mereka yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi apabila dewasa berpenampilan seperti layaknya wanita . Sekararang ini blantika mode dunia semakin semarak dengan kehadiran para model transjender , terkadang sukar membezakan antara model wanita sebenar dan yang bukan . Sebab mereka sama ramping , berkadar dan sensual seperti para supermodel wanita umumnya .
Kalau anda masih tidak percaya , simak lima model transjender yang berjaya mencapai kejayaan sebagai model catwalk berikut ini . Cuba perhatikan dengan teliti , secara kasat mata boleh kah anda mengenal pasti bahawa mereka bukan seorang wanita ?
![]() |
| Andrej |
Berasal dari
Australia , Andrej dikenali sebagai model androgini ( seorang lelaki
berpenampilan bak wanita ) dan popular kerana talentanya berpose untuk
koleksi busana dua jantina , yakni wanita dan lelaki . Pada Januari
tahun 2011 silam , Andrej diamanahkan oleh Jean - Paul Gaultier dan Marc
Jacobs untuk memeragakan fesyen pada lini wanita dan lelaki , di Paris
Fashion Week . Hal lain yang menarik , dalam laman models.com , pada
tangga top 50 model lelaki , dirinya berada pada urutan ke - 18 . Namun ,
menurut hasil undian majalah FHM , Andrej ada pada urutan ke - 98
sebagai 100 model wanita paling seksi di dunia .
![]() |
| Lea C |
Dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981 , model kelahiran Brazil ini sudah malang melintang menekuni kerjaya di dunia
fashion , yang menurut beberapa orang merupakan industri yang kejam dan
dangkal . Bukan perkara yang mudah bagi Lea untuk berjaya meraih
pengiktirafan sebagai model transjender . Tetapi , melalui usahanya yang
memakan masa hingga menahun , sekarang Lea dikenali sebagai salah satu
model yang diambil kira dan menjadi muse untuk seorang perancang fashion
kelas atas , Givenchy .
![]() |
| Isis King |
Awam Amerika
dan pelbagai negara di dunia , mengenal Isis melalui acara televisyen
pencarian model berbakat , America 's Next Top Model , di pusingan 11 .
Walaupun sebelumnya telah berkarier sebagai model selama tujuh tahun ,
tetapi program TV besutan bekas supermodel Tyra Banks ini , merupakan
batu loncatan yang indah bagi Isis . Kerana , walaupun tidak keluar
sebagai pemenang , namun kehadirannya sebagai model transjender pertama
pada acara tersebut , telah membuat pemerhati dan pelaku industri mode
mengenalinya .
Model kelahiran Maryland dengan nama Darren Walls di tahun 1985 silam , atas sokongan dan permulaan dari Tyra , serta melalui kepakaran perubatan Dr Marci Bowers , telah berjaya melakukan pembedahan organ pembiakan pada tahun 2007 lalu .
Model kelahiran Maryland dengan nama Darren Walls di tahun 1985 silam , atas sokongan dan permulaan dari Tyra , serta melalui kepakaran perubatan Dr Marci Bowers , telah berjaya melakukan pembedahan organ pembiakan pada tahun 2007 lalu .
![]() |
| Sammy |
Lebih dikenali
dengan nama pentas , Sammy , berjaya terpilih sebagai Miss International
Queen di tahun 2011 silam . Model asal Thailand yang menurut para juri
pertandingan tersebut mempunyai peribadi yang menarik , supel dan
berwawasan luas ini , kerap terlihat melenggang pada pentas peraga
pereka ternama di Bangkok .
![]() |
| Chamila |
Kelahiran Sri
Lanka yang juga merupakan salah satu finalis pada pertandingan
kecantikan , Miss International Queen Pageant , sekarang ini masih
berjuang merintis karier sebagai seorang model pendatang baru
Sakit Mata
Persediaan majlis perkahwinan cukup memeningkan. Malah, jika tidak diuruskan dengan betul boleh jadi pelbagai masalah yang tiba. Jadi, kepada para pengantin, anda perlu tahu perkara yang boleh dan tidak dilakukan ketika majlis perkahwinan yang bakal tiba.
THE DO’S
Jika anda berkemampuan, upah perancang perkahwinan untuk pastikan hari bahagia anda berjalan lancar.
Kekal tenang dalam setiap keadaan.
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan dan kedua-dua belah ibu bapa mengenai urusan perkahwinan untuk mengelakkan salah faham.
Pakai kasut setiap hari sebelum hari majlis untuk elakkan kaki melecet.
Bersenam dan jaga permakanan sebelum perkahwinan.
Jangan tersasar daripada bajet untuk elak kekesalan selepas majlis.
Cuba pelbagai solekan dan dandanan sebelum majlis untuk dapatkan gaya yang terbaik.
Tidur secukupnya untuk mengelakkan mata bengkak.
THE DON’TS
Jangan lambat ke majlis perkahwinan anda sendiri!
Jangan membuat keputusan besar tanpa berbincang dengan pasangan anda.
Jangan terlalu taasub dengan sesetengah idea perkahwinan, dengar pendapat orang lain untuk perspektif baharu.
Solekan tebal tidak digalakkan. Cuba solekan yang dapat serlahkan kecantikan anda, bukan menyembunyikan.
Usah terlalu taasub dengan jenama untuk hantaran, ini bukan masa untuk menunjuk-nunjuk.
Jangan berlapar sebelum majlis, sekurang-kurangnya alas perut supaya tidak masuk angin.
Jangan picit jerawat! Cuba krim yang dapat membantu mengurangkan bengkak.
Jika akad nikah anda dilangsungkan di masjid atau surau, pastikan busana anda sopan dan mengenakan tudung dengan gaya sempurna.
Sumber: Jurnal Kahwin, Majalah EH
Informasi

KOTA BHARU – Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila
dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam,
akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun
lalu.
Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh,
Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.
Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan
kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan
mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang
di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.
Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera
ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan
menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember.
Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan.
Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa
dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.
“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa
yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik
(lucah) kepada ibu sendiri.
“Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan
hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu
dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.
Tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin yang memohon hukuman
penjara minimum dikenakan berikutan tertuduh sudah menunjukkan rasa
insaf dan kesal terhadap kesalahan itu dengan mengaku bersalah.
Mohammed Nor Alief Abdul Maleq ditahan pada 21 Disember 2013 dan kali
pertama dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember serta berada dalam
tahanan sepanjang tempoh tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa
Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
Sinar Harian sebelum ini, melaporkan seorang guru menempuh detik
hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual
oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha,
lengan dan belakang badan. – Sinar Harian
Isu Semasa
London: Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.
Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh
faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih
empat tahun.
Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.
Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan
bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan
kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.
Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah.
Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.” Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan.
Global
Balik dari luar negara
atau selepas menaiki penerbangan jauh, masalah gangguan ritma harian
biasa berlaku. Gangguan itu bukan sehari, sebaliknya ada yang berlarutan
sehingga seminggu lamanya. Bagaimana pula untuk menyelesaikannya?
MURSHID EUNOS ada jalannya.
Apabila bercuti ke luar negara, terutama yang berbeza zon waktu,
ramai mengalami masalah menyesuaikan masa tidur dengan waktu tempatan
(negara dikunjungi). Seseorang itu boleh berjaga sepanjang malam dan
mengantuk pada waktu siang sehingga mengganggu rancangan percutian.
‘Jet lag’ atau bahasa
tempatannya, ‘gangguan ritma harian’ boleh berlaku pada bila-bila masa
apabila kita merentasi dua atau lebih zon masa. Lebih banyak zon masa
direntasi, lebih tinggi kemungkinan kita mengalami masalah ini.
Ia juga adalah gangguan tidur bersifat sementara. Namun bagi kebanyakan orang, ia mengambil masa lama (ada kalanya sehingga seminggu) untuk reda. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan kekuatan diri seseorang individu itu.
Ia juga adalah gangguan tidur bersifat sementara. Namun bagi kebanyakan orang, ia mengambil masa lama (ada kalanya sehingga seminggu) untuk reda. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan kekuatan diri seseorang individu itu.
Apa punca ‘jet lag’? Ia berlaku kerana ritma sirkadian iaitu jam biologi yang membantu kawalan bangun dan tidur kita terganggu akibat pertukaran lokasi dalam masa yang sangat singkat. Tanda seperti terdedah kepada cahaya, waktu makan, temu janji dan aktiviti sosial juga membantu memantau ritma sirkadian kita.
Apabila kita merentasi zon waktu, jam biologi (dalam badan) tidak lagi seirama dengan waktu sebenar di satu-satu lokasi. Badan kita perlu melakukan perubahan agar jam biologi selaras dengan waktu sebenar lokasi berkenaan. Dalam proses penyesuaian ini, kita mengalami sedikit gangguan yang dipanggil ‘jet lag’.
Ini kerana badan kita mengambil masa sehingga sehari untuk melakukan penyesuaian dengan waktu tempatan bagi setiap zon masa direntasi. Antara masalah ‘jet lag’ yang kerap dialami ialah sukar tidur pada waktu malam, rasa lesu dan mengantuk sepanjang siang, sukar menumpukan perhatian dan berfikir serta perut meragam.
Biasanya masalah ‘jet lag’ lebih teruk jika kita ‘kehilangan masa’ iaitu apabila beralih lokasi dari barat ke timur. Ia tiada kaitan dengan tempoh penerbangan tapi jarak perjalanan merentasi garisan meridian (garisan longitud dari Kutub Utara ke Kutub Selatan).
Jika anda pergi ke negara di utara atau selatan walaupun tempoh penerbangan hampir 10 jam, ia tidak akan menyebabkan ‘jet lag’. Namun penerbangan lima jam dari barat ke timur boleh mengakibatkan gangguan ini.
KURANG OKSIGEN
Selain itu ada aspek lain yang boleh menyebabkan masalah ‘jet lag’ lebih ketara. Kajian diterbitkan dalam Jurnal Perubatan England 2007 mendapati tekanan udara dalam kabin pada ketinggian 2,439 meter dari aras laut merendahkan kandungan oksigen dalam darah yang menyebabkan penumpang berasa tidak selesa dan mengalami masalah kurang air (dehidrasi).
Malah, duduk terlalu lama dan kurang bergerak dalam kapal terbang juga didapati boleh menyebabkan masalah ‘jet lag’ bertambah buruk dan mengganggu proses penyesuaian ritma sirkadian selaras dengan waktu tempatan (lokasi dikunjungi).
Masalah ‘jet lag’ sering dialami sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang dituju.
Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan itu. Tubuh terasa lemah, kepala terasa berat dan pening, hilang nafsu makan, mengantuk pada siang hari dan berjaga pada waktu malam.
Ramai eksekutif muda atau mereka yang bekerja dalam lapangan yang memerlukan banyak tugasan luar negara kebiasaannya mengalami masalah ini. Malah ada kebanyakannya hingga terpaksa meminta cuti pada keesokan harinya kerana gangguan ini masih belum berakhir.
Mana tidaknya, mata masih bulat terbuka walaupun sudah jam lima pagi. Tapi belum pun lagi masuk waktu rehat tengah hari, badan sudah lesu dan mata mula rasa mengantuk. Ia sememangnya mengganggu fokus untuk bekerja.
Apa penyelesaian terhadap masalah ini?
Gen Y mencadangkan agar anda melakukan latihan penyesuaian masa sebelum terbang. Fahami perbezaan waktu negara yang akan dikunjungi dan cuba ubah suai waktu tidur anda mengikut waktu di negara itu selama beberapa hari. Anda juga boleh mengubah waktu makan mengikut negara berkenaan.
Atur jam mengikut destinasi
Apabila anda menaiki pesawat, atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, apabila jam anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk.
Jika anda tidak mengubah jam anda mengikut zon waktu destinasi yang dituju, aktiviti anda akan terganggu. Waktu siang yang sepatutnya anda keluar berjalan tapi anda tidur pula. Apabila anda terjaga pada waktu malam dan ingin keluar berjalan, kebanyakan bangunan sudah tutup.
Cuba tidur ketika dalam penerbangan waktu malam dan berjaga jika terbang pada waktu siang. Jika sukar, cuba berehat sebanyak mungkin. Pilih penerbangan satu atau dua hari lebih awal agar anda boleh membiasakan diri dengan waktu tempatan, terutama jika anda mempunyai urusan rasmi.
Banyakkan cecair dalam tubuh
Banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya dua liter setiap jam walaupun anda tidak berasa haus. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuat tubuh kekurangan cecair.
Adalah penting untuk menggantikan cecair dalam tubuh yang semakin berkurangan. Jangan lupa bawa botol kosong untuk diisi semula daripada dispenser yang disediakan di dalam pesawat.
Lebih baik kalau anda minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas penerbangan untuk mengelakkan dehidrasi. Elak minuman beralkohol atau mengandungi kafein beberapa jam sebelum anda tidur kerana ia boleh mengganggu tidur serta mempunyai kesan diuretik yang akan membuat anda kerap buang air kecil yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Jika anda dihidangkan makanan, pilih menu tinggi protein kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.
Kemudian, apa kata bangun dan berjalan dari semasa ke semasa atau lakukan senaman statik bagi menggerakkan otot (caranya ada pada kad panduan senaman dalam kapal terbang). Ini penting bagi mengurangkan risiko trombosis (pembentukan darah beku). Usah malu kerana semua orang maklum kepentingannya.
Makan secukupnya. Namun, jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh mengganggu tidur.
Mandi air suam sebelum tidur boleh membantu merehatkan otot dan memudahkan anda tidur. Pengurangan suhu badan selepas anda mandi juga akan membuat anda mengantuk.
Minimumkan gangguan tidur termasuk matikan radio, TV dan malapkan lampu.
Ambil udara dan bersiar-siar
Selepas melakukan segala usaha untuk mengurangkan gangguan ini sebelum dan ketika di dalam pesawat, anda masih ada lagi alternatif yang perlu dilakukan sebaik tiba di destinasi yang anda tuju.
Setelah sampai ke destinasi dituju, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.
Ramai juga yang beranggapan untuk memilih tiket penerbangan pada waktu malam agar anda boleh tidur saja di dalam penerbangan berbanding penerbangan waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda.
Apa yang pasti, anda tidak sepatutnya terlepas saat indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugari boleh mengatasi masalah ‘jet lag’, anda juga boleh melakukannya jika mengikut setiap langkah yang kami kongsikan.
Informasi

Seorang wanita bogel dilaporkan
menghabiskan satu setengah jam duduk di atas tebing rumah pangsa HDB
pada tingkat enam di Toa Payoh Ahad lepas, manakala lebih
daripada 100 penduduk berkumpul menonton.
Wanita
45 tahun itu akhirnya ditarik oleh pihak polis dan pegawai-pegawai SCDF
dan dihantar ke Hospital Tan Tock Seng untuk pemeriksaan.
Polis itu turut menahan wanita itu untuk siasatan.
Seorang jiran memberitahu wartawan yang wanita itu kelihatan tidak stabil, dan sering memekik pada orang lain tanpa sebab.
Pelbagai

Ampang: Seorang wanita bukan saja dimaki hamun dan dibelasah, malah seorang kenalan lelakinya turut merakam gambar separuh bogelnya sebelum memuat naik di dalam Facebook (FB) hanya kerana mangsa enggan menjadi kekasihnya.
Itu azab terpaksa ditanggung seorang wanita berusia 35 tahun selepas bertindak menolak cinta lelaki itu yang tidak berpuas hati selepas usahanya memikat mangsa gagal.
Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang, di sini, Sabtu lalu.
Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an itu beberapa kali memujuk mangsa supaya menerimanya sebagai teman lelaki, namun mangsa enggan dan menolak secara baik kerana lebih selesa sebagai kawan.
Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an itu beberapa kali memujuk mangsa supaya menerimanya sebagai teman lelaki, namun mangsa enggan dan menolak secara baik kerana lebih selesa sebagai kawan.
“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati lelaki terbabit.
“Pada hari kejadian, lelaki itu sekali lagi datang ke rumah mangsa di Bandar Baru Ampang dan memujuk mangsa menjadi kekasihnya,” katanya.
“Usahanya itu tetap tidak berhasil menyebabkan lelaki itu naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa,” katanya.
Isu Semasa

Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.
James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.
Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.
Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan.
Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan.
Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya.
Pihak berkuasa Tampa berkata James ditahan atas tuduhan membunuh selepas memukul rakannya sehingga mati baru-baru ini.
Jugo ditahan di penjara selepas gagal membayar ikat jamin. Rekod
menunjukkan dia masih belum mengambil peguam untuk membelanya di
mahkamah.
Dia pernah ditahan sebanyak 19 kali sebelum ini. - AFP
Global

Subang: : “Kepala anak saya berdarah dan ada kesan lekuk dengan saiz sebesar
syiling 10 sen di dahi manakala bibirnya pula terkoyak dan lebam.”
Itu kata seorang wanita yang kematian anak perempuannya dipercayai akibat dipukul di sebuah apartmen di Bandar Sunway, di sini, malam kelmarin.
Maimunah Abdullah, 49, berkata anaknya Pakizah Raja Khan, 27, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, lima jam selepas menerima rawatan.
Menceritakan semula kejadian, Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan.
Menceritakan semula kejadian, Maimunah berkata, sebelum itu anaknya yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah bank pergi ke rumah teman lelakinya di apartmen berkenaan.
“Dia menjalin hubungan dengan teman lelakinya setahun lalu dan saya juga
mengenali lelaki itu. Anak saya juga selalu ke rumah lelaki itu,”
katanya, semalam.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)











Recent Comments