Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
MOSCOW – Seorang wanita mati di hadapan anaknya yang berusia dua
tahun dalam satu kemalangan lif di kediaman mereka yang menyebabkan
kepalanya putus.
Olga Tilinina, 20, bersama anaknya hendak menaiki lif di tingkat bawah kediaman mereka apabila pintu lif tiba-tiba tertutup.
Separuh badan Olga tersepit pada pintu lif dan selebihnya terperangkap di dalam.
Olga bagaimanapun sempat menolak anaknya keluar sebelum lif itu bergerak naik.
Lif yang terus bergerak naik itu menyebabkan kepala dan badannya terputus.
Menurut laporan media tempatan, kepala wanita berkenaan ditemui di
tingkat bawah manakala badannya ditemui di tingkat dua selepas lif
berkenaan terhenti di situ.
Rakan keluarga berkenaan, Mikhail berkata: “Mangsa baru pulang
daripada bersiar-siar bersama anaknya dan ingin menaiki lif tetapi pintu
lif tertutup tiba-tiba.”
“Olga berjaya menolak anaknya keluar sebelum separuh badannya
tersepit pada pintu dan bahagian atasnya melanggar lantai konkrit ketika
lif bergerak naik.
“Keadaannya sangat mengerikan dengan badannya terputus dan isi perutnya terburai,” kata rakannya itu.
“Yang paling menyedihkan, kejadian berlaku di depan mata anaknya yang
masih kecil,” kata seorang petugas kecemasan ketika ditemui.
Sebelum itu, suami Olga, Dmitry, 24, menaiki lif yang sama membawa
seorang lagi anak mereka Egor berusia setahun selepas keluarga itu
keluar bersiar-siar.
Dalam keadaan trauma, anak mereka, Maxim hanya boleh berkata
“Mama…kaki” apabila menemui bapanya yang juga terkejut dengan kejadian
berkenaan.
Sebagai tanda ingatan kepada isterinya, Dmitry menulis dalam status
di laman sosialnya: “Saya kehilangan seorang yang sangat saya cintai.”
Dia dalam usaha memfailkan saman ke atas syarikat penyelenggaraan
apartmen itu kerana kecuaian mereka hingga menyebabkan kemalangan ngeri
itu.
Pihak berkuasa Russia sudah mula melancarkan siasatan mengenai kejadian itu.
Seorang penduduk aparmen berkenaan berkata, sudah banyak aduan dibuat
mengenai lif itu yang dibina sejak era Soviet. – Daily Mail
Global
SHAH ALAM- Sebuah kereta Proton Exora dikatakan terbakar secara tiba-tiba di kawasan letak kereta Hospital Selayang, semalam.
Menurut sumber, kebakaran kereta tersebut turut menyebabkan sebuah motosikal Kriss yang berada berhampiran turut terbakar.
Sinar Harian difahamkan, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun
kereta Exora tersebut terbakar keseluruhan manakala motosikal Kriss
tersebut hanya terbakar kira-kira 30 peratus.
Difahamkan ketika insiden berlaku, dua kanak-kanak berada di dalam
kenderaan tersebut namun berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Bantuan daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Selayang tiba di tempat
kejadian kira-kira jam 4.00 petang selepas menerima laporan kejadian
beberapa minit sebelum itu. – Sinar Harian
Isu Semasa

SANDAKAN – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya hilang
kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 9
Jalan Utara dekat sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata dalam kejadian
kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa Muhd Hanif Rahban, 25, sedang memandu
dari Bandar Sandakan.
Katanya mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan
anggota bomba dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Mangsa meninggal dunia di hospital pada pukul 12.45 tengah hari
akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan, katanya di sini hari
ini.
Saksi kejadian diminta membantu siasatan polis dengan menghubungi
Pegawai Penyiasat Inspektor Zabir Aripin di talian 089212222 sambungan
254. – BERNAMA
Isu Semasa

Hulu Selangor – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut
selepas digilis kereta PROTON Exora dipandu datuknya yang sedang
mengundur dalam kejadian di Taman Lembah Damai, Kerling.
Difahamkan, dalam kejadian jam 9.40 malam kelmarin itu, mangsa, M
Sharvina berada di pekarangan rumah datuknya itu bersama ahli keluarga
lain dan tanpa disedari mangsa berlari keluar rumah untuk mengikuti
datuknya yang hendak mengundurkan kereta.
Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Priya, 28, berkata, dia masih
tidak dapat melupakan detik menemui anaknya itu yang juga anak perempuan
tunggal daripada empat beradik terperosok bawah tayar hadapan sebelah
kiri kereta PROTON Exora yang dipandu bapanya.
Beliau berkata, bapanya mengundurkan kereta yang diletakkan di
hadapan rumah untuk menghantar mereka sekeluarga balik ke rumah yang
terletak kira-kira 50 meter dari rumah bapanya itu.
“Ketika itu, saya berada di dalam rumah bersama anak yang
lain, manakala bapa saya pula keluar untuk mengeluarkan kereta dan tanpa
diduga Sharvina turut keluar mengikut datuknya itu tanpa disedari.
“Saya terkejut mendengar jeritan bapa yang menyatakan anak
saya berada di bawah tayar dan saya seperti berada di awangan selepas
menemui anak saya itu dalam keadaan begitu,” katanya.
Beliau berkata, dia bersama kakak yang tinggal di rumah bersebelahan
rumah ibunya membawa mangsa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima
rawatan kecemasan bagaimanapun, anaknya sudah tidak bernyawa lagi.
“Anak saya seorang yang manja, malah sangat rapat dengan semua
keluarga termasuk datuknya. Kami sekeluarga tidak sangka dia
meninggalkan kami dalam keadaan begini,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu
lori tiada di rumah kerana bekerja di Ipoh dan anak-anak mereka diasuh
datuk dan nenek mereka di rumah itu.
“Bapa saya juga masih panik dengan kejadian ini,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Hindu Kerling, Lembah
Beringin dengan menggunakan kereta PROTON Exora yang sama kira-kira jam 2
petang semalam.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. – Harian Metro
Isu Semasa
KUALA LUMPUR – “Kenapa orang kita mudah bangga kalau melihat jodoh
tempatan dengan orang putih, tetapi memandang serong kepada yang
bersuamikan warga Afrika?
“Paling sedih masyarakat kita sentiasa dimomokkan cerita negatif
mengaitkan warga asing ini dengan dadah, penipuan dan aktiviti menjual
jam, sedangkan tidak semuanya begitu,” luah Presiden Pertubuhan
Antarabangsa Malaysia-Afrika (MAYA) Siti Norhazwani Hamzah.
Menurutnya, persepsi rakyat negara ini terhadap warga Afrika
seolah-olah sukar diperbaiki hingga tempiasnya meragut kebebasan anak
yang lahir hasil perkahwinan campur dengan bangsa berkenaan.
“Sedar atau tidak, negara kita sebenarnya tidak pernah
menghalang perkahwinan campur. Ramai orang Malaysia bertemu jodoh dengan
orang putih dan menetap di negara asing.
“Malah di sini, ada yang memilih warga Thailand, Melayu
tempatan bertemu Indonesia, India tempatan bertemu warga India, Cina di
sini berkahwin dengan Cina Singapura dan itu tidak pernah menjadi
masalah.
“Justeru, kami (golongan bersuamikan lelaki Afrika) jadi
hairan. Kenapa perkahwinan kami dinilai secara negatif oleh kebanyakan
pihak,” katanya yang turut bersuamikan lelaki Afrika.
Atas dasar ingin mengubah persepsi itu, Siti Norhazwani nekad
mengumpulkan pasangan Malaysia-Afrika menerusi laman Facebook AfroAsian
dan mewujudkan persatuan.
“Setakat ini kita mempunyai seramai 531 ahli, terdiri daripada lebih
100 pasangan Malaysia-Afrika yang sudah berkahwin serta masih bujang,”
katanya. - Harian Metro
Isu Panas
Lagu Havoc bukan sekadar mencetuskan fenomena di radio. Single yang
mengangkat semula nama Joe Flizzow ini juga menjadi ‘trending’ dan
‘branding’ yang cukup mengganas di pasaran.
Percaya atau tidak, impak daripada kehebatan dan populariti lagu itu,
ada ramai peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai cenderahati
khususnya T-shirt Havoc yang menciplak 100 peratus idea Nadia Jasmin,
pereka bagi setiap barangan Havoc yang dilesenkan di bawah hak cipta
terpelihara syarikat rakaman milik Joe iaitu Kartel Record Sdn Bhd.
Justeru, kesempatan menemui Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35,
baru-baru ini digunakan untuk menanyakan mengenai gejala penjualan
barangan tiruan Havoc yang mendapat sambutan hangat itu.
Joe hadir bersama SonaOne yang muncul sebagai penampilan khas dalam lagu Havoc bersama seorang lagi rapper terkenal, Altimet.
Joe hadir bersama SonaOne yang muncul sebagai penampilan khas dalam lagu Havoc bersama seorang lagi rapper terkenal, Altimet.
“Rekaan ke atas Havoc adalah hak cipta kami, itu rezeki kami. Kalau yang
lain nak mencuri, biarlah mereka jadi pencuri. Saya tiada sebarang
komen pasal benda ini.
[Wow] - Kisah Artis
Taipei: Masalah sakit telinga teruk yang dialami seorang wanita
berjaya diatasi selepas doktor mengeluarkan ulat dari telinganya.
Wanita berusia 48 tahun yang dirahsiakan identitinya itu membuat
pemeriksaan di hospital selepas 24 jam mengalami kesakitan yang teruk.
Doktor di Hospital Tri-Service, Taipei mengeluarkan alat bantuan
pendengaran di telinga kiri wanita berkenaan dan mendapati saluran
telinga wanita itu dipenuhi lapisan darah beku.
Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mereka menemui kepompong ulat di sekitar saluran telinganya dan doktor percaya ia sudah berada di situ sekurang-kurangnya satu hari.
Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mereka menemui kepompong ulat di sekitar saluran telinganya dan doktor percaya ia sudah berada di situ sekurang-kurangnya satu hari.
Dr Cheng-Ping Shih memberitahu media, telinga wanita berkenaan kurang peka setelah lama menggunakan alat bantuan pendengaran.
Katanya, alat itu juga menjadikan saluran telinganya panas dan ia menjadi tempat pembiakan sesuai untuk ulat berkenaan.
Laporan yang diambil daripada New England Journal of Medicine sebagai rujukan kes itu menyatakan ulat itu menghakis kulit pada pangkal saluran telinga berdekatan gegendang.
Doktor berjaya mengeluarkan ulat itu dan mengelakkan ia bergerak lebih dalam.
Kesakitan yang dialami wanita itu hilang serta merta selepas ulat itu dikeluarkan dan dua minggu selepas rawatan, luka di dalam telinganya pulih sepenuhnya.
Doktor percaya ulat itu berpunca daripada lalat di persekitaran rumah wanita berkenaan.
“Kebanyakan kes serangga memasuki saluran telinga datang dari serangga yang terbang dan lipas,” kata Doktor Cheng ketika ditemui.
Kes ini bukanlah yang pertama seumpamanya.
Sebelum ini, seorang wanita warga Britain, Rochelle Harris yang mengalami sakit telinga yang teruk terkejut apabila doktor mengesan lapan ulat besar membiak di dalam telinganya. - Agensi
Pelbagai
Saya SERIOUSLY CURIOS and tidak tahu apa yang anda fikirkan, tetapi pasangan ini seperti mengambil peluang masa yang ada. Ada yang mengatakan wanita itu, sedang melakukan seks oral ke atas pasangannya semasa dia seronok membaca buku yang ...: D
Benar atau tidak, berikut adalah beberapa gambar ...
Benar atau tidak, berikut adalah beberapa gambar ...
Isu Panas
Sakit Mata

Wanita Tempatan Tipu RM1.2 Juta Hanya Guna Facebook | Assalamaualaikum, salam subuh dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Saban hari, bilangan kes penipuan online kian membimbangkan. Banyak laporan telah dibuat berkenaan penipuan online dan tak kurang juga ada yang menjadikan Facebook sebagai medium sindiket penipuan online.
Terbaru, Seorang wanita tempatan menjadikan akaun laman sosial Facebook sebagai medium menipu dalam talian dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit sepanjang tempoh dua tahun beroperasi.Lapor Kes Penipuan Online Dan Kenali Penipu-Penipu Online Di Sini –>Senarai Penipu Online
Bersekongkol dengan lima warga Nigeria melakukan aktiviti African Scam itu terbongkar selepas mangsa, wanita warga negara Singapura membuat laporan polis mendakwa ditipu mereka, baru-baru ini.
Wanita yang menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai kastam itu dilaporkan mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta hasil penipuan berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang juga ahli perniagaan wanita berusia 60 tahun, ditipu hampir RM600,000 selepas terpedaya dengan suspek yang dikenalinya Julai lalu.
Beliau berkata, mereka berkenalan menerusi laman sosial itu, selepas mangsa terpikat dengan suspek yang menyamar sebagai lelaki warga Ireland.
Hadiah melalui kurier
Sebagai tanda persahabatan, katanya, suspek menghantar hadiah melalui kurier yang didakwa mengandungi wang tunai RM750,000 kepada mangsa.
“Mangsa diarah membuat pembayaran ke atas bungkusan termasuk cukai kastam dan insurans. Mangsa membuat transaksi di empat akaun bank tempatan termasuk akaun wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.
Katanya, hasil risikan, suspek berumur antara 25 hingga 40 tahun berjaya diberkas di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, tengah hari kelmarin.
Siasatan awal juga mendapati, kelima-lima suspek warga Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan visa pelajar.
“Mereka memberi faedah 10 peratus kepada pemilik akaun daripada jumlah keuntungan penipuan itu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, tiga lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran cakera padat cetak rompak ditahan polis dalam satu serbuan sempena ‘Op Ostrich’ di Shah Alam Selangor, kelmarin.
Abdul Jalil berkata, tangkapan dilakukan ketika suspek sedang melakukan transaksi memindah bekalan ke dalam sebuah kenderaan.
[Wow] - Jenayah
Kami nak kongsikan dengan para pembaca tentang Asal Usul Nama Kajang yang diceritakan oleh Datuk Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani. Jom kita baca dan hayati.
WALAUPUN memegang gelaran Datuk Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani sangat mudah didekati.
Tidak lokek dengan senyuman, malah tutur bicaranya yang santun membuat penulis berasa senang walaupun baru lima minit bertemu dengan beliau.
Menjadi Orang Besar Daerah Hulu Langat, Abdul Jalil yang lebih mesra dipanggil Tok Ungku berkata, sejak dari kecil beliau menjadi saksi perkembangan di Kajang.
Katanya, dari pekan kecil, Kajang membangun menjadi sebuah bandar besar menempatkan pelbagai kemudahan dengan jumlah penduduk yang semakin padat.
Berkajang di Sungai Langat
Diminta berkongsi cerita mengenai asal usul Kajang, sambil tersenyum, Tok Ungku memberitahu mengikut versi bapanya.
Terdapat ramai pedagang luar yang datang ke Tanah Melayu melalui Sungai Langat sering kali berhenti di satu kawasan diperairan sungai itu. Menurut cerita bapa Tok Ungku, kebanyakan pedagang yang melalui laluan itu adalah orang Bugis.
“Pada zaman itu pada pedagang ini menggunakan sampan besar beratap, yang dipanggil Kajang, dan acap kali pedagang-pedagang ini berkata ‘ini tempat kita berkajang’, maksudnya macam berkhemahlah.
“Apabila sering kali kawasan itu menjadi tempat para pedagang ini berkajang maka lekatlah nama kawasan itu Kajang. Itulah cerita arwah bapa saya, tetapi ada juga versi cerita orang lain, itu saya tidak pasti,” katanya.
Arwah bapanya, Datuk Ungku Abdul Rani Datuk Shamsuddin juga merupakan bekas Orang Besar Daerah Hulu Langat dan baru meninggal dunia pada April lalu di usia 90 tahun.
“Arwah bapa saya, antara Orang Besar Daerah yang paling lama di Selangor, beliau memegang jawatan itu sejak 1955 hinggalah 2013. Banyak pengalaman dan cerita yang dikongsikan kepada saya, sebelum saya mengambil alih tugasnya secara rasmi pada tahun lalu,” katanya.
Bagaimanapun, tugas menjadi Orang Besar Daerah ini sudah dipikul sejak tahun 2010 lagi apabila bapanya mulai uzur.
Tidak pernah keluar dari Selangor
“Sepanjang 64 tahun, di sinilah tempat saya membesar, sejak lahir saya tidak pernah keluar dari Selangor khususnya Kajang. Jika tanya saya bagaimana Kajang yang dulu dan sekarang, memang sangat berbeza,” katanya.
Menurut Tok Ungku, dari segi komposisi kaum, pada awalnya, Melayu paling ramai, diikuti Cina dan India.
Bagaimanapun, hasil pembangunan yang rancak membuatkan Kajang menjadi tumpuan orang ramai.
Katanya, dari hutan belukar menjadi sebuah pekan kecil, kini Kajang mempunyai kawasan pentadbiran seluas 78,761 hektar (787.61 kilometer persegi).
Mengikut rekod terkini, kapasiti penduduk Kajang telah menjangkau 311,785 orang, yang mana majoritinya masih dipegang kaum Melayu.
Katanya, susun atur masyarakat Kajang sama seperti di kawasan lain iaitu kaum Cina memonopoli kawasan bandar.
Bagaimanapun, hasil permodenan semasa, penempatan kawasan tidak lagi mengikut kaum malah semakin seimbang.
Bandar sate
Menurut Tok Ungku, sejak daripada dahulu lagi, Kajang sudah mendapat jolokan sebagai bandar sate.
“Ini antara tarikan utama di Kajang, tidak dinafikan orang sanggup datang dari jauh untuk menikmati sate Kajang,” katanya.
Sekali lagi membuka cerita, menurut Tok Ungku antara orang yang terawal memperkenalkan sate di Kajang adalah Haji Tasmin (Tasmin Sakiban).
“Sejarah sate ini bermula dari beliaulah sekitar 1930-an, beliau yang berasal dari Jawa datang ke sini menjaja sate dengan membawa kandar (kereta roda) dari kampung ke kampung.
“Keenakkan satenya menjadi bualan ramai sehingga jenama sate di Kajang kekal sehingga ke hari ini,” katanya.
Wakil Sultan di Hulu Langat
Gelaran Orang Besar Daerah, sedikit asing khususnya kepada belia hari ini, menurut Tok Ungku, ‘OBD’ masih berperanan dalam masyarakat hari ini sebagai wakil Sultan di sesebuah daerah itu.
“Sultan adalah ketua agama negeri, sebagai wakil kepada Sultan, peranan utama kami lebih kepada mengenai hal-hal agama, seperti memantau pembangunan masjid-masjid dan surau-surau di daerah ini.
“Selain itu, OBD juga mendengar rintihan rakyat setempat mengenai masalah atau keperluan semasa, kemudian perkara itu akan diajukan kepada pihak berwajib, jika masalah itu benar-benar tidak dapat diselesaikan baru dibawa kepengetahuan Sultan,” katanya.
Penulis cuba mencuit peribadi Tok Ungku dengan bertanya, perlukah untuk buat temu janji dahulu untuk bertemu Tok Ungku?
Dalam ketawa kecil, Tok Ungku berkata: “Siapa-siapa sahaja boleh datang jumpa saya, mahu buat temu janji boleh, tiada pun tak apa. Kalau ada perkara penting diluar waktu pejabat, boleh datang terus ke rumah,” katanya.
Menurut Tok Ungku, Sultan sering kali berpesan, istana dengan rakyat mesti rapat sebagai wakil Sultan yang duduk dibawah perlu prihatin dengan rintihan rakyat.
Susulan tiada jurang yang besar diletakkan, rata-rata rakyat setempat amat menyenangi peribadi beliau.
Tidak campur politik
Ditanya dengan soalan mengenai pilihan raya kecil Dun Kajang, Tok Ungku dengan lembut memberitahu yang beliau tidak boleh mencampuri urusan politik di negeri itu.
“Kami orang istana tidak dibenar campur urusan politik, cukup sekadar ambil tahu dan kenali wakil-wakil rakyat di daerah ini. Menyentuh lebih lanjut tidak dibenarkan,” katanya.
Bagaimanapun, sebagai seorang Ahli Majlis, beliau tetap mengikut perkembangan semasa di daerah Hulu Langat terutamanya Kajang.
“Tidak kira siapa yang menang, orang Kajang mahukan perkhidmatannya, beliau perlulah adil kepada semua bangsa. Mereka yang dipilih perlu bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan,” katanya mengakhiri perbualan.
Misteri Sejarah
.jpg)
Assalammualaikum. Madu berharga lebih RM23000? Ok. Kalau Fyna sudah boleh buat duit muka kereta. Malah lebih dari itu. Memang sangat bernilai madu tersebut. Kena tahu juga kenapa harga madu boleh mencapai sehingga ke tahap itu kan.
Madu termahal di dunia? Madu ‘Elvish’ dari Turki adalah madu yang paling mahal di dunia. Madu khas diekstrak dari gua sedalam 1,800 meter di lembah Saricayir di bandar Artvin, timur laut Turki. Madu termahal tersebut berharga 5,000 euro (US $6,800) bagi setiap kilogram. -lebih daripada RM23 000.
Menurut Gunay Gunduz, seorang penjaga lebah tempatan, madu wasiat begitu mahal kerana ia dihasilkan secara semula jadi. Gua yang kaya dengan mineral meningkatkan kualiti madu, menambah nilainya. Gunduz berasal dari keluarga yang melakukan kerja pembiakan lebah selama tiga generasi, mula-mula perasan beberapa lebah memasuki gua kembali pada tahun 2009. Dari situ dia sedar yang ia mungkin mengandungi madu.
“Dengan bantuan pendaki profesional, kami memasuki dalam gua dan menemui 18 kilogram madu ditampal pada dinding sfera,” katanya. Ia kemudian dianalisa di makmal Perancis, mengesahkan madu tersebut telah berusia lebih tujuh tahun, berkualiti tinggi, yang kaya dengan mineral madu.
Menurut Gunduz, pada kilogram yang pertama telah dijual 45,000 euro di bursa saham Perancis pada tahun 2009. Setahun kemudian, ahli farmasi dari China membeli kilogram lain pada harga 28,000 euro. Pada masa ini madu berharga 5,000 euro setiap kilogram, ia dijual dalam botol 170g dan 250g.
Gunduz berkata madu tersebut boleh digunakan sebagai ubat serta makanan. Madu ini dihasilkan secara semula jadi dan tanpa gatal-gatal. Kawasan ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan endemik dan perubatan. Semua ini memberi kesan kepada harga.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)
















Recent Comments