Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



MEXICO - Polis Mexico dilaporkan menemui kubur besar di kawasan terpencil di Tinguindin, mengandungi 20 mayat tanpa kepala .
Selain Tinguindin, kubur yang mengandungi empat jasad tanpa kepala juga dijumpai  di daerah Zacan. Kubur tersebut ditemui oleh penduduk setempat .

Diyakini mayat-mayat yang ditemui merupakan korban keganasan dari kartel dadah yang beroperasi di daerah tersebut . Hal tersebut turut diakui oleh jurucakap dari desa Tinguindin .

Kubur tanpa kepala itu adalah mayat korban kekerasan kartel dadah . Hal ini disebabkan penduduk desa Tinguindin melakukan penentangan atas kejahatan kumpulan kartel dadah .

Dilapor dari BBC , Sabtu ( 8/2/2014 ) , penentangan yang dilakukan penduduk kampung disebabkan oleh gagalnya pihak keselamatan Mexico dalam memastikan keselamatan mereka .

Ketika ini pihak berkuasa telah melakukan siasatan atas penemuan kubur besar ini . Mereka menfokuskan siasatan kepada sejak bila mayat-mayat ini dibuang di ke kubur besar tersebut .


Ipoh: Sepasukan anggota polis bertungkus-lumus lebih 15 minit mengumpil pintu besi setebal lebih 20 sentimeter sebelum memberkas sekumpulan wanita warga China dan Vietnam yang disorokkan sindiket pelacuran di dalam bilik rahsia dibina di dalam tandas lelaki sebuah pusat karaoke di Jalan Medan Ipoh, di sini.

Dalam serbuan jam 1.20 pagi semalam, sindiket terbabit yang menyedari kehadiran sepasukan anggota polis melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar premis berkenaan, mengarahkan semua pelacur terbabit bersembunyi di bilik berkenaan.

Jurucakap polis berkata, taktik itu dikesan sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dibantu anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Menurutnya, siasatan mendapati premis yang pernah diserbu polis sebelum ini masih menawarkan khidmat pelacur membabitkan warga China dan Vietnam pada harga serendah RM160.

“Kegiatan maksiat itu ditawarkan dalam bentuk pakej termasuk caj bilik karaoke dan minuman keras disajikan. Kegiatan maksiat di pusat hiburan itu dianggap eksklusif berikutan ia menjadi tumpuan golongan lelaki kaya dan ahli perniagaan.



Hmetro


Pelbagai cara boleh dilakukan pasangan untuk menunjukan kasih sayangnya menjelang perayaan Valentine . Tapi apa yang dilakukan lelaki ini sememangnya bodoh , dia menjual kekasihnya di laman eBay .
eBay sendiri sebenarnya tidak membenarkan penjualan manusia , tapi entah bagaimana  lelaki Inggeris itu boleh terlepas dan menarik puluhan pengunjung eBay .

Lelaki bernama Shaun Coles itu menjual kekasihnya , Debbie Moran , yang sudah memasuki usia lanjut . Padahal keduanya mempunyai hubungan yang romantis dan sudah menjalin kasih sejak 6 tahun.

Tindakan Coles yang menjual kekasinya di eBay berjaya menarik perhatian pengunjung laman web tersebut , bahkan ada 50 pengguna yang ingin membeli dengan tawaran tertinggi mencapai US $ 1,081.

Namun pada akhirnya Coles mengaku bahawa dia hanya main-main mahu menjual kekasihnya . Ini hanya hal bodoh yang dia lakukan sebagai bentuk hadiah menjelang perayaan valentine .

" Saya tidak pernah bersungguh - sungguh ingin menjualnya , " kata Coles , ketika diwawancara ITV, isnin ( 10/2/2014 ) .

" Itu semua hanya permainan , " tambah Moran.


Beijing: Gara-gara hendak dilihat kaya, seorang lelaki meminjam wang 110,000 yuan (RM60,600) sebelum cuba membunuh diri selepas menyedari dia tidak mampu membayarnya semula.

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Yang, meminjam wang berkenaan dengan mengguna kad kreditnya supaya dia dilihat kaya oleh anggota keluarganya pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. 

Yang membelanjakan wang itu dengan berjudi bersama rakan serta membeli hadiah untuk anggota keluarga.
Menurutnya dia tidak menyedari jumlah yang dibelanjakannya sehingga menerima mesej daripada bank.

Kerana tidak layak untuk meminjam lebih banyak dan menyedari dia tidak mampu melangsaikan hutangnya, Yang memilih untuk membunuh diri.

Semalam, lelaki itu terjun di sebuah sungai di Fuzhou tetapi diselamatkan oleh seorang lelaki tua yang berenang di situ ketika kejadian. - AFP



Teheran: Pemain bola wanita Iran semalam diwajibkan menjalani ujian pemeriksaan jantina selepas empat pemain dalam pasukan kebangsaan wanita negara itu disahkan lelaki.

Petugas perubatan akan menjalankan pemeriksaan secara rawak ketika sesi latihan dan pemain yang gagal dalam pemeriksaan itu, selain tidak dapat membuktikan jantina mereka akan diharamkan daripada menyertai perlawanan. 

Pihak berkuasa bola sepak Iran mengumumkan pemeriksaan rawak itu selepas mendapati beberapa pemain, termasuk empat dalam pasukan kebangsaan wanita sebenarnya lelaki yang belum menjalani pembedahan menukar jantina atau mereka yang mengalami masalah kekeliruan jantina.

Pembedahan menukar jantina dibenarkan di negara itu sejak 1979 apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa membenarkan tindakan sedemikian.

Kuala Lumpur: Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).

Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis. 

Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.
“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.

“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.



Kalau dulu sekadar MySpace dan Friendster, kemudian datang pula Facebook. Hari ini, muncul pula fenomena laman sosial jauh lebih menarik dan mudah termasuk Instagram dan Twitter.

Semuanya atas satu objektif, berinteraksi dan memudahkan proses komunikasi antara satu individu kepada individu lain. 

Bagaimanapun, tidak semua pihak menggunakan manfaat yang ada atas tujuan positif dan niat baik, sebaliknya ramai juga orang terutamanya anak muda remaja yang menjadikan ruang ini sebagai satu platform bagi tujuan jahat.
Lebih menakutkan lagi, tujuan jahat itu tidak hanya berfokus pada unsur hasutan membabitkan politik dan perkauman seperti banyak dilaporkan sebelum ini sehingga mengundang ancaman kepada negara tapi ada juga unsur lain yang mengancam kesejahteraan sesebuah hubungan cinta.

Orang bercinta boleh putus dan lebih kronik, pasangan sudah berkahwin pun boleh bercerai kerana salah faham komunikasi di laman sosial.

Contohnya kalau si teman lelaki tiba-tiba meninggalkan ikon ‘love’ atau komen pada gambar gadis lain, terus ia mengundang cemburu sang kekasih. Itu kalau bercinta, macam mana pula kalau pasangan yang sudah berkahwin? Nampaknya lebih parah kalau timbul rasa cemburu.

Sepatutnya kalau betul sekali pun pasangan anda meninggalkan komen dan simbol kepada orang lain, janganlah cepat melatah atau menyerang kerana ia akan merumitkan lagi keadaan.

Apa yang patut kita lakukan kalau ia berlaku kepada kita?

Pertama sekali, kenal pasti punca masalah dan nilaikan sama ada ia berbaloi untuk dicemburukan. Sekiranya ia berkaitan seseorang yang ingin mendampingi pasangan yang dicintai yang membuatkan anda cemburu, berbincang dengan pasangan dan luahkan perasaan kepadanya.

Perasaan cemburu amat penting dalam perhubungan tapi sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan sesuatu hubungan itu terputus.

Kalau dilihat pada perspektif lebih luas, senario laman sosial masih boleh dibendung kalau ia masih di peringkat awal. Bukannya sampai bertukar nombor telefon dan bertemu secara sulit.

Tapi jangan juga ambil mudah atau tidak mempedulikan langsung. Siasatan ringkas masih perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana komen dan simbol mesra itu berlanjutan. Adakah ia serius atau sekadar komen biasa di laman sosial.


Cepat jatuh hukum

Keduanya, pandang dari sudut berbeza iaitu cuba menempatkan diri pada kedudukan pasangan kerana anda tidak boleh hanya melihat sesuatu situasi itu daripada pandangan pihak diri sendiri saja.

Mungkin kekasih itu hanya ingin mencari kawan baru ataupun kenalan daripada lapangan berbeza dan tiada niat lebih daripada itu. Nanti takut pula kekasih anda rimas dan tertekan dengan sikap cemburu buta anda pula.

Kalau anda sendiri pun ternampak gambar cantik di Instagram, sudah tentu anda pun terpanggil untuk meninggalkan komen atau ikon senyum pada pemiliknya tidak kira lelaki ataupun perempuan.

Justeru, jangan lekas menjatuhkan hukum atau cemburu dengan perbuatan itu kerana paling penting, lihat dan selidik dulu tujuan kekasih anda itu sebelum terus menerjah.

Cuba untuk meminta pandangan daripada orang terdekat. Dengan cara ini, anda boleh membuat keputusan dengan sewajarnya. Kadang-kadang kawan rapat kekasih anda lebih mengenali sikap dan perangai mereka.

Mungkin juga tujuannya menegur kawan baru di laman sosial untuk tujuan kerja mereka. Terutamanya lelaki, mereka ada kalanya berfikir tanpa berkongsi niat mereka dengan teman wanita hingga membuatkan kekasih tadi salah sangka.

Ketiganya, anda seharusnya fokus terhadap fakta dan bukan andaian serta mengikut perasaan. Elakkan daripada membuat andaian negatif, sebaliknya buat sedikit kajian mengenai masalah yang timbul kerana fakta dapat membantu anda menyelesaikan masalah itu.

Selidik dulu sejauh mana komunikasi dan interaksi yang anda lihat itu. Adakah ia profesional atau memang ada nada dan gerak gaya untuk tindakan selebihnya. Ambil masa untuk buat pemerhatian dengan serius dan mendalam.

Anda dinasihatkan untuk bertenang dan fikirkan sama ada sesuatu situasi itu benar-benar berlaku atau hanya imaginasi.

Setakat sekeping gambar di Instagram atau status di Twitter, rasanya tak berbaloi untuk kita melatah lebih kerana ia hanya satu medium untuk kita berkongsi pandangan dan ideologi. Bukannya lebih.

Tapi kalau memang rasanya sudah tahap melampau atau ada agenda tersembunyi, lebih baik duduk bersemuka dengan pasangan dan cari jalan penyelesaian. Kelakar juga kalau kita putuskan hubungan hanya kerana cemburu di laman sosial.

Hakikatnya, medium canggih seperti ini seimbang antara kebaikan dan keburukannya.



Shah Alam: Dua penyamun berputih mata apabila kereta yang baru disamun mereka terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 16, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek dikatakan baru saja menyamun sebuah kereta PERODUA Myvi milik seorang lelaki yang baru selesai membeli barangan di sebuah pasar raya berhampiran.

Suspek yang dipercayai berusia 20-an menaiki dua motosikal bersama dua lagi rakannya menghampiri mangsa yang sedang memasukkan barangan ke dalam keretanya.

Difahamkan, sebaik tiba di hadapan pasar raya itu, suspek terus mengacukan parang dan merampas kunci kereta milik mangsa sebelum melarikan kereta berkenaan menghala ke Lebuhraya Persekutuan.

Namun, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta yang dinaiki suspek merempuh sebuah bas kerana gagal mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, susulan kemalangan itu, kereta yang disamun itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, namun semua suspek berjaya melarikan diri.

“Siasatan lanjut ke atas kereta berkenaan, polis menjumpai dua topi keledar serta sebilah parang milik suspek,” katanya ketika dihubungi.

Azisman berkata, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.

 Hmetro


Tokyo: Sekumpulan wanita melancarkan mogok seks terhadap lelaki yang mengundi gabenor baru bandar raya ini yang memenangi pilihan raya kelmarin.

Kumpulan itu bertindak demikian selepas Yoichi Masuzoe mendakwa wanita tidak layak memegang jawatan kerajaan kerana tidak boleh membuat keputusan kritikal ketika haid memandangkan mereka tidak normal ketika itu. 

Kempen di Twitter itu yang menggesa ‘wanita bersatu untuk tidak melakukan seks dengan lelaki yang mengundi untuk Masuzoe’ memperoleh 3,000 pengikut sejak dilancarkan minggu lalu.
Bagaimanapun, bekas menteri kesihatan yang disokong parti pemerintahan berkenaan memenangi pilihan raya gabenor, menewaskan dua calon yang berjanji untuk mengakhiri kuasa nuklear.  
Pengasas kumpulan itu yang tidak dikenali berkata dalam profil mereka: “Kami sudah berusaha untuk menghalang Masuzoe yang mengeluarkan kenyataan menghina wanita, daripada dipilih. Kami tidak akan melakukan seks dengan lelaki yang mengundinya.”

Dalam wawancara 1989, Masuzoe berkata, wanita menjengkelkan apabila datang haid.

“Wanita tidak stabil ketika datang bulan. Kita tidak boleh mengharapkan mereka membuat keputusan kritikal ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Laman web kedua yang turut dilancarkan Rabu lalu oleh sekumpulan wanita yang cuba untuk menghalangnya daripada menjadi Gabenor Tokyo menarik 75,000 pengikut, lapor media.- Agensi
PEROSAK BAHASA !

Dulu bangla tak ada sekarang bangla sudah ada dimana-mana semua kerja sudah dia sapu majikan suka ambil bangla sebab gaji murah dan rajin berbanding rakyat malaysia. Tapi kali ini bangla sudah nak jadi kontraktor sendiri dengan bakat yang ada dia telah buat business card ini.



Dilema Guru Zaman Sekarang.

Kalau dapat pelajar macam ni, Tidak boleh rotan nanti ibu bapa saman, Tidak boleh marah nanti ibu bapa buat laporan polis,
Tidak boleh suruh berdiri atas kerusi nanti ibu bapa jumpa dengan pengetua.

Jadi guru terpaksa tangkap gambar dan upload ke facebook, harap ibu bapa tidak ambil sebarang tindakan. Kalau zaman persekolahan saya budak-budak ni memang dah kena bantai dengan guru disiplin, dan ibu bapa tidak akan bising. Tetapi itu zaman dulu,zaman sekarang lain.
 
Kat malaysia admin rasa mcam nih juga keadaannya cuma diorang tak snap picture ja, so sapa2 yang pernah stay kat hostel mesti diorang tahu keadaan sebenar. Admin sendiri pernah stay kat hostel, memang pelbagai ragam penghuni-penghuni hostel tapi itu yang anda akan ingat sepanjang hidup. Gelagat rakan sebilik yang ada bikin panas, bikin ketawa dan bikin kesian. Well, sebagai penghuni hostel nih, CONFIRM ada kenangan pahit manis. 



So kali ini, admin akan kongsikan anda beberapa gambar gelagat PENGHUNI ASRAMA WANITA yang rata-ratanya seksi, atau saja nak seksi. LAYAN.. zaazzzzzzz..