Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

MACAM tak percaya pula dengan khabar terbaru yang kami dengar mengenai penyanyi Adira.
Kononnya, dia dan ‘teman tapi mesra’nya iaitu Presiden Gerakan Belia
Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 28, sudah tidak
lagi mempunyai hubungan istimewa.
Ia berikutan ketiadaan gambar jejaka tersebut di dalam akaun
Instagram Adira yang khabarnya telah dipadamkan oleh penyanyi itu
sendiri, memetik laporan GUA.
Biar pun kedua-duanya tidak pernah berterus-terang mengenai hubungan
mereka, semua orang sudah dapat mengagak yang mereka sememangnya
berpacaran sebelum ini.
Persoalannya, jika benar mereka sudah berpisah, adakah ia disebabkan
gosip yang hangat diperkatakan sebelum ini, kononnya Shahrul cuba
mendekati seorang pelakon wanita kontroversi yang kini hangat
diperkatakan selepas kisah putus cintanya?
Sama ada benar atau tidak, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Adira sendiri.
Hiburan

Walaupun kandungannya mencecah 7 bulan, wanita ini terus berlatih sukan kickbosing tanpa menghiraukan keadaan bakal bayinya. Dia adalah Crystal Green iaitu juara dunia karate serta kickboxing. Apa-apa pun dia tidak patut lakukan semua ini.
Pelbagai
Baru sahaja rasanya habis khabar angin yang mengatakan Zizan Razak & Emma Maembong sakan bercumbuan dalam penerbangan ke Amerika Syarikat beberapa minggu lalu, timbul pula khabar angin baru yang kurang enak.
Murai awal hari ini menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian & percaya pasangan terbabit adalah Zizan Razak & Emma Maembong.
Zizan Razak yang dihubungi portal GUA pula melahirkan rasa hairan bagaimana khabar angin ini boleh dikaitkan dengan dirinya serta tidak tahu komen bagaimana harus diberikan.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.
CP: Rotikaya.com
Hiburan
KOTA KINABALU: Umpama dirasuk syaitan, seorang lelaki tempatan
tergamak menikam dan memukul anak perempuan tirinya sehingga parah dalam
satu insiden di Taman Prince Philip, Tanjung Aru, di sini, pagi
kelmarin.
Dalam insiden jam 8.30 pagi terbabit, mangsa yang
berusia 33 tahun dan berasal dari Kampung Laut Papar itu mengalami
kecederaan parah selepas tusukan sedalam satu inci di bahagian perutnya
selain luka-luka di bahagian badan akibat dipukul menggunakan kayu oleh
suspek.
Dikatakan sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Papar
diajak ke Tanjung Aru pada pagi terbabit kononnya untuk bertemu dengan
seorang rakan suspek.
Bagaimanapun sebaik tiba di Tanjung Aru,
tiada sebarang kelibat rakan suspek di situ dan akhirnya suspek mengaku
tujuan membawa mangsa adalah untuk berbincang sesuatu.
Suspek
dipercayai cuba memujuk mangsa untuk menggugurkan tuduhan mahkamah
terhadapnya atas kesalahan penderaan fizikal namun berlaku pertengkaran
antara mereka berdua sejurus itu.
Pujukan berkenaan kemudiannya
difahamkan gagal sehingga mengakibatkan suspek berang lalu bertindak di
luar kawalan dengan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau serta
memukulnya dengan kayu sehingga rebah sebelum lari dari tempat kejadian.
Pemangku
Ketua Polis Kota Kinabalu Superitenden M Chandra berkata, mangsa yang
dalam keadaan parah sempat meminta pertolongan orang awam sebelum
ketibaan sepasukan anggota peronda di lokasi itu.
“Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan kecemasan dan kini dilaporkan stabil.
“Suspek yang dipercayai bapa tiri kepada mangsa bagaimanapun melarikan diri selepas kejadian itu.
“Polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian berkenaan,” katanya.
Chandra berkata, siasatan awal kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.
UtusanBorneo
[Wow] - Jenayah

Sydney: Mayat seorang wanita tua terbujur di kediamannya selama
hampir lapan tahun sebelum rangkanya ditemui, satu inkues dimaklumkan
semalam.
Kes itu digelar oleh media tempatan sebagai ‘wanita yang dilupakan Sydney.’
Mayat Natalie Wood yang meninggal pada awal 2004 hanya ditemui polis pada Julai 2011.
Dia dipercayai jatuh di bilik tidurnya dan gagal untuk bangun. Pegawai kanan polis Andrew Wills memberitahu mahkamah Natalie tinggal bersendirian.
Dia dipercayai jatuh di bilik tidurnya dan gagal untuk bangun. Pegawai kanan polis Andrew Wills memberitahu mahkamah Natalie tinggal bersendirian.
“Dia mengutamakan privasi dan akan membuka pintu hanya bila mengenali ketukan seseorang,” katanya.
Jiran tetangga memberitahu polis, mereka menyangka Natalie sudah berpindah dan kediaman itu kosong. Natalie tidak menulis wasiat dan kakak iparnya Enid Davies serta empat lagi sepupunya kini membuat tuntutan harta peninggalannya. - Agensi
Global

SIBU: Taktik seorang anak gadis berusia 15 tahun 9 bulan yang sering
keluar awal pagi untuk berjumpa dengan teman lelakinya akhirnya
terbongkar kelmarin.
Dalam kejadian sekitar jam 1 hingga 2 pagi
Ahad lalu, gadis tersebut telah menyelinap keluar dari rumahnya di Jalan
Empawah di sini.
Difahamkan gadis tersebut keluar bersama teman lelakinya menaiki sebuah motosikal ke sebuah rumah di Sungai Bidut, di sini.
Ketika berada di rumah teman lelakinya, lelaki terbabit mengajak gadis itu menonton televisyen di sebuah bilik.
Menurut
laporan, lelaki tersebut dikatakan meraba-raba dan bercumbu-cumbuan
dengan gadis tersebut sebelum mereka melakukan persetubuhan.
Setelah pasangan tersebut memuaskan nafsu, teman lelaki gadis tersebut menghantarnya balik ke rumah sekitar jam 3 pagi.
Pada masa sama, ibu bapa gadis tersebut menyedari anak gadisnya keluar rumah dan mereka keluar mencarinya.
Setiba di rumahnya, gadis tersebut terus masuk ke bilik tidur semasa ibu dan bapanya sedang mencarinya ketika itu.
Apabila ibu bapanya pulang ke rumah jam 3.30 pagi, mereka terus bertanya kepada anak gadisnya ke mana dia pergi.
Pada awalnya, anak gadisnya enggan memberitahu mereka sehingga bapa mangsa memaksanya menceritakan segalanya.
Kesal dengan apa yang berlaku, bapa mangsa membawa anak gadisnya ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis.
Gadis
tesebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan
perubatan dan disahkan terdapat kesan koyakan lama dan baharu pada
kemaluannya.
Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan
siasatan dan mengenal pasti seorang lelaki berusia 20-an dan bekerja
sebagai mekanik bertanggungjawab melakukan kesalahan ke atas gadis
tersebut.
Suspek berkenaan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat dan kes ini kini dalam siasatan polis.
Isu Semasa
KUCHING: Seorang remaja perempuan dipercayai dirogol bergilir-gilir
garagara takut setelah digertak oleh dua lelaki yang menyamar sebagai
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Isnin lepas.
Difahamkan,
insiden tersebut berlaku apabila gadis berusia 16 tahun itu ditahan dua
lelaki tidak dikenali ketika sedang belajar menunggang motosikal
bersama teman lelakinya di kawasan Pending di sini.
Dua lelaki
tersebut kemudian dipercayai memperkenalkan diri mereka sebagai anggota
penguat kuasa JAIS dan mahu menahan mangsa untuk dokumentasi seterusnya
meminta mangsa untuk mengikuti mereka.
“Mangsa pada mulanya enggan
patuh, namun terpaksa menuruti arahan mereka kerana takut setelah
digertak akan diambil tindakan lebih tegas lagi.
“Mangsa kemudian
dibawa menaiki sebuah kereta dipercayai menuju ke arah kawasan Bako di
mana dia telah dirogol bergilir-gilir di situ oleh kedua-dua lelaki
berkenaan sebelum dihantar ke kawasan rumah mangsa,” kata sumber.
Manakala,
teman lelaki mangsa yang mengesyaki perkara buruk menimpa kekasihnya
segera ke rumah mangsa untuk melaporkan perkara tersebut kepada
keluarganya.
“Mereka mencari mangsa, namun menemui jalan buntu
sehingga mangsa pulang sendiri ke rumah mereka kirakira sejam kemudian,”
kata sumber.
Mangsa kemudian menceritakan segala yang berlaku
kepada keluarganya dan seterusnya dibawa ke balai polis untuk melaporkan
mengenai insiden malang tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi semalam mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.
“Mangsa telah dihantar untuk pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada kemaluan mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol),” katanya.
Dalam
kes berasingan, berang selepas mendapati dirinya ditipu, seorang wanita
yang hamil empat bulan tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya
dirogol oleh seorang anggota tentera, kelmarin.
Mangsa yang
berusia 17 tahun nekad berbuat sedemikian setelah mendapati anggota
tentera berkenaan yang juga teman lelakinya menipu masih bujang
sedangkan sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
“Mangsa tampil
membuat laporan polis kerana rasa tertipu serta berang selepas mendapati
suspek yang memberitahu bahawa dirinya masih bujang sudah berkahwin dan
mempunyai dua orang anak.
“Tambah menyedihkan lagi apabila mangsa
yang sudah menjalin hubungan dengan suspek sejak Ogos 2012 ketika dia
baharu berusia 15 tahun kini hamil empat bulan,” kata sumber.
Selain
itu, difahamkan suspek sebelum ini juga telah dibawa oleh mangsa untuk
berjumpa dengan keluarganya bagi berbincang mengenai perkahwinan mereka,
namun sehingga kini masih belum memberi jawapan.
Roslan semasa dihubungi semalam turut mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Mangsa
yang mengandung empat bulan telah dihantar ke hospital untuk
pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
(rogol),” kata Roslan.
Isu Semasa

Abang nampak adik bongsu tergantung
Gua Musang: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi (SMKSW) maut terjerut tali buaian di rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, kelmarin.
Gua Musang: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi (SMKSW) maut terjerut tali buaian di rumahnya di Kampung Tanah Puteh, di sini, kelmarin.
Remaja berkenaan, Nor Aiman Nor Azmi, 14, dikatakan melompat-lompak dari
atas kerusi sambil mengacukan tali buaian ke lehernya apabila kerusi
itu terbalik menyebabkan dia terjerut.
Abang mangsa, Mohd Noyusairul, 19, yang menemui adiknya tergantung pada tali buaian itu kira-kira jam 2.30 petang, terus membawa Nor Aiman ke Hospital Gua Musang (HGM).
Bagaimanapun, Nor Aiman yang juga anak bongsu daripada empat beradik disahkan meninggal dunia oleh doktor ketika sampai di HGM.
Main dalam bilik
Ketika ditemui rumahnya, Mohd Noyusairul berkata, sebelum kejadian mangsa bersama anak saudaranya, Mohd Firdaus Sambal, 8, bermain-main dalam bilik tidur itu sambil mendengar radio.
“Mohd Firdaus tidak memberitahu mengenai kejadian itu sebelum saya sendiri yang ternampak mangsa tergantung di tali buaian ketika berjalan untuk mengambil makanan di dapur dan cepat-cepat memotong tali itu.
“Saya ingat dia masih bernyawa ketika itu dan sedih sekali apabila doktor yang merawatnya mengesahkan adik saya sudah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, pada hari kejadian arwah sudah dua hari tidak ke sekolah kerana tidak sihat dan sentiasa mendengar muzik yang dipasang dengan kuat dalam bilik tidur.
Ibu mangsa, Wan Asnah Wan Ab Rahman, 53, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja membersihkan kawasan di Kem Etnobotani dan diberitahu mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 petang sebelum bergegas pulang.
Isu Semasa
New Delhi: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana memenggal kepala seorang bayi sebelum meminum darahnya.
Kejadian berlaku dua tahun lalu di perkampungan Kalakuri di Bankura,
Bengal Barat, lapor media. Lakshmi Kanta Sarkar ditemui di tempat
pemujaan dekat kawasan kubur sedang meminum darah dari kepala bayi yang
terputus yang digantung di dahan pokok oleh sekumpulan penduduk
kampung.
Penduduk kemudian membelasahnya hingga parah dan polis terpaksa campur tangan sebelum dia ditangkap, lapor The Times of India. Sarkar dijatuhkan hukuman mati selepas 17 saksi memberi keterangan terhadapnya di mahkamah daerah Sulagna Dastidar di Bankura.
Walaupun kanibalisme dan pengorbanan darah atas nama ilmu hitam jarang
berlaku di India, tetapi terdapat kes sama yang dikesan sejak beberapa
tahun lalu. - AFP
Global
Los Angeles: Juruterbang Justin Bieber terpaksa memakai topeng
oksigen ketika penerbangan dari Kanada ke New Jersey kerana bintang
remaja itu dan rombongannya menghisap ganja.
Menurut laporan NBC News dan media Amerika Syarikat lain, jet peribadi penyanyi berkenaan dipenuhi dengan asap ganja.
Bieber, bapanya dan 10 lagi ahli rombongannya juga dikatakan bertindak di luar kawalan apabila mengganggu kru dan tidak menghiraukan teguran juruterbang hingga anak kapal terpaksa berlindung di kokpit. Juruterbang berkenaan kemudian mengenakan topeng oksigen untuk mengelak daripada asap ganja kerana bimbang gagal melepasi ujian dadah.
Menurut laporan berkenaan, pihak berkuasa kastam dan pentadbiran
penguatkuasaan dadah AS memeriksa pesawat itu di Teterboro, New Jersey
ketika kabinnya masih dipenuhi asap ganja.
Bagaimanapun, tiada ganja ditemui dalam pesawat itu atau dalam bagasi Bieber.
Ketika disoal pihak berkuasa, Bieber mengaku menghisap ganja di dalam pesawat tetapi dia, bapa dan beberapa rakannya dibebaskan kerana kru pesawat enggan membuat laporan untuk mendakwa mereka.
Insiden itu berlaku Jumaat lalu apabila bintang remaja itu dan
rakannya dalam penerbangan ke New York untuk menyaksikan perlawanan
akhir bola sepak Amerika Super Bowl. - Agensi
[Wow] - Selebriti
Putrajaya: Mesyuarat Majlis Sosial
kali ketiga yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin semalam membentangkan dua kertas kerja masing-masing
bertajuk ‘Kehamilan dan Kematian Di Kalangan Remaja’ oleh Kementerian
Kesihatan dan Agenda Sosial Negara 2014 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dalam kenyataan dikeluarkan Unit
Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri semalam, Kementerian
Kesihatan menyatakan senario kehamilan dan kematian dalam kalangan
remaja kini semakin serius dan perlu pendekatan holistik untuk mencegah dan membendungnya.
Justeru, kerjasama berterusan amat diperlukan terutama dari ibu
bapa, guru, badan bukan kerajaan (NGO), ahli agama dan ketua masyarakat
bagi memberikan kesedaran menyeluruh kepada remaja.
Sementara itu, perbentangan kertas kerja kedua oleh KPWKM pula menerangkan lebih lanjut senarai program Agenda Sosial Negara 2014 yang akan dilaksanakan tahun ini.
Sementara itu, perbentangan kertas kerja kedua oleh KPWKM pula menerangkan lebih lanjut senarai program Agenda Sosial Negara 2014 yang akan dilaksanakan tahun ini.
Antara program yang akan difokuskan termasuk memberi tumpuan kepada kumpulan sasar kementerian dan isu sosial yang spesifik untuk ditangani dan dibendung oleh kementerian.
Pada masa sama, kempen kesedaran dan pencegahan akan dilaksanakan bagi menangani masalah sosial yang sudah dikenal pasti.
Pada mesyuarat sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyediakan kertas makluman bertajuk ‘Kadar Jenayah Di Malaysia - Program Pencegahan oleh PDRM’ sebagai makluman awal kepada ahli mesyuarat.
Mesyuarat Majlis Sosial yang berlangsung di Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya itu turut dihadiri sembilan menteri; dua wakil NGO dan dua pegawai awam yang juga ahli tetap majlis.
[Wow] - Berita Tempatan

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak
ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di
sini, malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang
belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan
melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.
Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.
Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.
Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.
Siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.
[Wow] - Jenayah
Subscribe to:
Posts (Atom)
















Recent Comments