Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Karpet ini yang kelihatan seperti biasa sebenarnya mengandungi serbuk heroin dan telah disita oleh pihak berkuasa di Jerman. Mereka telah mendapat berat keseluruhan heroin yang dibawa oleh semua karpet adalah 45kg!








Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.


“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Awal penampilan dikenali dengan kumpulan Sepah yang turut dianggotai oleh Shuib dan Mamat

Dia yang ditemui wartawan sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. * you desrve my respect

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep. -Kosmo!

Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.
Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.
Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.
Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.
Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.
“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi

Gombak: Tiga rumah urut menawarkan urutan ala Thai sekitar Rawang di sini, diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.
Dalam serbuan serentak selama enam jam bermula 9 malam diketuai Asisten Superintendan Mohd Shokri Abdullah, menumpukan premis di kawasan pusat bandar Rawang serta sebuah rumah kedai di Taman Bayu Permai.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi itu seramai 16 wanita warga Thailand yang ditahan, dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka.


“Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan yang menggajikan pekerja warga asing ini.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM180, empat kondom, lima botol minyak urut, empat tuala, kunci bilik dan kertas jadual kerja,” katanya.
Rohan Shah berkata, semua wanita warga Thailand yang ditahan itu berusia antara 20-an hingga 30-an.


“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran,” katanya.

Menurutnya, pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit.

“Kegiatan mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana mengurus dan menjalankan premis pelacuran,” katanya.

Kota Bharu: Kemaruk nak berkahwin lain, seorang lelaki berubah sikap menjadi pembengis dan tergamak memukul serta mencucuh isteri sedang hamil dengan bara rokok, selain hampir memijak anak yang baru dilahirkan.
Lebih memilukan, tanpa menghiraukan isterinya yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kelima, suami berusia 43 tahun itu berkahwin satu lagi dengan kekasih baru berusia 40-an.
Isteri malang itu yang mahu dikenali sebagai Aini, 42, berkata di sebalik pelbagai penderitaan dialaminya, dia pasrah dan reda kerana percaya suaminya bertindak sedemikian di luar sedar.


“Ada ‘unsur’ lain yang menyebabkan dia bersikap begitu, maksudnya saya percaya dia menjadi mangsa buatan orang. Ini kerana dia sebenarnya seorang yang amat penyayang dan tidak pernah mengasari saya.

“Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya kenapa suami jadi begitu, tapi bila dia berkahwin lain dengan wanita itu ketika saya masih dalam pantang, saya semakin yakin itulah puncanya” katanya.

KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Ashraf Muslim yang mengejutkan ramai pihak apabila bernikah kali kedua secara rahsia tahun lalu, memuat naik foto mesra bersama kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ashraf yang bakal menunaikan umrah di tanah suci Mekah, memuat naik status dan gambar berkenaan di laman sosial Facebook rasminya pada jam 3 petang semalam. 
"Assalamualaikum semua.. saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. saya sayang kamu berdua.. doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat. 


"Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah," katanya dalam posting berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat Ashraf gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Noor Dayana dan Wan Sakinah serta berharap hubungan mereka sentiasa dalam bahagia.
"Alhamdulillah... semakin org mengata semakin Allah membahagiakan mereka,” komen seorang peminat, Sharifah Anum Nazri.


LOS ANGELES - Bintang filem aksi kereta Fast and Furious, Paul Walker meninggalkan harta kekayaan sebanyak AS$25 juta (RM830 juta) kepada seorang anak perempuannya, Meadow Rain Walker," lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Pelakon berusia 40 tahun itu maut dalam satu kemalangan dengan seorang rakannya, Roger Rodas pada 30 November tahun lalu.
Ketika kejadian, dia menaiki sebuah kereta Porsche di Santa Clarita, California.
Dia turut menamakan ibunya sebagai penjaga yang sah kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu.
Portal hiburan TMZ. com melaporkan, pelakon itu telah melantik bapanya untuk melaksanakan wasiatnya itu. - Agensi



MUMBAI - Seorang pelakon filem Bollywood, Tanisha Singh memakai pakaian yang diperbuat daripada daging kambing di sini semalam.
Dia yang pernah berlakon dalam filem Sarker Raj memakai pakaian itu semasa sesi fotografi untuk kempen menyelamatkan haiwan.

Pada tahun 2010, seorang penyanyi terkenal, Lady Gaga pernah memakai pakaian yang diperbuat daripada daging pada Anugerah Video Muzik di Los Angeles pada tahun 2010. - AFP



KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah dikhuatiri mati lemas selepas bertindak terjun ke Sungai Padas di Beaufort kira-kira 97km dari sini, ketika melarikan diri daripada polis Rabu.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu bertindak demikian apabila bertembung dengan sepasukan enam anggota polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan Hospital Beaufort.
Ketua Polis Daerah BeaufortDSP Mustafa Maarof berkata kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki itu telah meninggalkan beg yang mengandungi syabu seberat tiga gram.
"Apabila lelaki itu ternampak sepasukan anggota polis, dia terus melarikan diri ke belakang tokong Cina sebelum terjun ke dalam sungai itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya setakat ini pihak polis masih belum mengetahui keadaan dan identiti lelaki itu.
"Penduduk kampung yang berdekatan diminta agar memaklumkan kepada pihak polis sekiranya terdapat maklumat mengenai suspek," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K. Ramin berkata Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort menerima maklumat dari polis pada 6.13 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan empat anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.
"Maklumat awal mendapati mangsa pada mulanya kelihatan berada di tengah sungai dan seterusnya hilang. Operasi ditangguhkan 6.45 petang tadi," katanya ketika dihubungi. -BERNAMA


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau Johan (Raja Lawak) mahu menyerahkan trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) sekiranya dia memenangi kategori itu.
Johan berkata, Ebby Yus layak diangkat sebagai juara kerana pelawak itu memiliki bakat serba boleh yang dirasakan wajar untuk diberi pengiktirafan berdasarkan pengalamannya dalam industri hiburan negara.
"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulahgentleman sikit.
"Abang Ebby Yus layak menang pada kali ini kerana dia bukan bermula sebagai pelawak tetapi menempa nama sebagai pelakon dan baru tercalon bagi kategori itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Selain Johan dan Ebby Yus, tiga finalis yang turut dicalonkan bagi kategori itu ialah Zizan Razak, Jep (Sepahtu) dan Rahim (Sepahtu).
Johan pernah membawa pulang trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2011 yang diadakan dua tahun lalu.
ABPBH 2013 akan diadakan pada 6 April depan di Genting Highlands, Pahang.
Menurut Johan, dia tidak akan melatah jika gagal mengungguli kategori tersebut kerana anugerah itu tidak penting baginya, tambahan pula dia pernah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori berkenaan.
"Saya tak kisah jika menang atau tidak. Jika menang itu satu bonus tetapi jika kalah saya tidak akan melatah. Cukuplah sekadar pernah merasa menang trofi itu sebelum ini," katanya kepada mStar Online .
Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati pada 8 hingga 16 Januari lalu, Johan memberitahu segala urusannya di Tanah Suci itu dipermudahkan Allah.
"Pengalaman di sana semuanya indah. Alhamdulillah segala urusan saya dan isteri dipermudahkan Allah. Saya bersyukur kerana dapat mengucup Hajarul Aswad.
"Di sana saya turut berdoa agar hubungan saya, isteri dan keluarga terus utuh sehingga ke akhir hayat," katanya.
Tambah Johan, dia juga berasa teruja kerana dapat menjejakkan kaki dan melihat sendiri dengan jelas tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.


KUALA LUMPUR: Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim Ridza akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia sejak setahun lalu.
Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka.
"Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan 'tradisional' apabila berbicara perkara sebegini," katanya kepada mStar Online.
Aiman ditemui pada sidang media teater Bidasari di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, pada Rabu.
Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
Selain Aiman ia akan membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.

Dalam perkembangan sama, Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati keluarga masing-masing.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam teater Bidasari, Aiman memberitahu ia adalah pengalaman berharga kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang pementasan teater.
Kata Aiman, pada mulanya dia tidak yakin dapat memberikan persembahan terbaik dan sokongan daripada penerbit Erma Fatima dan beberapa pelakon senior lain telah menaikkan semangatnya untuk mencuba.
"Setiap hari kak Erma menghubungi saya supaya saya terima tawaran itu kerana dia yakin saya dapat lakukannya.
"Dan kini saya akan menyesal sekiranya tidak menerima tawaran itu kerana pengalaman yang ditimba sangat berharga," jelasnya.
Tambah Aiman, dia perlu berlatih teknik bersilat dengan betul dan ia perkara paling mencabar buatnya.
"Saya tiada asas dalam silat dan perlu belajar dua kali ganda cepat berbanding orang lain demi pementasan ini.
"Syukur saya semakin selesa dan berharap usaha keras selama ini berbaloi," katanya.

-mStar
Along Kamaludin mengakui Dazrin sering datang lewat ke lokasi penggambaran.

PETALING JAYA: Pengarah drama bersiri Miranda, Along Kamaludin mempertahankan tindakan pelakon Fasha Sandha menegur sikap aktor, Dazrin Kamarudin, 26, yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama berkenaan.
Along berkata, tindakan Fasha itu tidak salah kerana sebagai pelakon senior, dia berhak memberi nasihat bagi melancarkan penggambaran drama tersebut.
"Tuduhan kononnya isu tersebut sengaja diperbesarkan adalah tidak benar. Fasha menegur dia sebagai seorang senior dan juga kakak. Pada saya tindakan itu tidak salah kerana ia dilakukan demi kebaikan bersama.
"Saya juga tidak mahu isu ini terus berpanjangan kerana penggambaran drama ini masih dijalankan.
"Hari ini (Rabu) baru masuk hari ke-46 penggambaran. Tak naklah ia terhenti di tengah jalan disebabkan kemelut ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Along berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Dazrin yang akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan tuduhan dia tidak berdisiplin.
Sikap pemuda itu didedahkan oleh Fasha Sanda dalam sebuah akhbar pada Isnin lalu yang antara lain mendakwa Dazrin sering datang lewat ke lokasi sejam sehingga dua jam mengakibatkan penggambaran drama berkenaan terganggu.
Dalam pada itu, sebagai pengarah drama tersebut, Along turut mengakui masalah disiplin yang dihadapi oleh Dazrin.
"Isu Dazrin tidak berdisiplin adalah benar. Saya akui dia memang datang lambat ke lokasi penggambaran," katanya.
Jelas Along, beliau tidak membantah niat Dazrin untuk memberikan penjelasannya tetapi berharap agar isu itu diselesaikan secara baik.
"Jika dia nak buat sidang media terpulanglah tapi saya harapkan kemelut ini diselesaikan secara baik. Kalau berlarutan takut pula ia akan menyusahkan semua pihak," katanya.
Sebagai seorang pengarah dan orang yang lebih tua, Along berkata, dia turut menasihati Dazrin agar mengubah sikap demi masa depan kariernya.
"Saya ada nasihatkan Dazrin supaya mengubah sikapnya itu. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sudah tentu sebagai seorang pengarah, saya mahukan yang terbaik untuk semua," katanya.
Menurut Along, perubahan dalam diri Dazrin dapat dilihat selepas ditegur.
"Sejak akhir-akhir ini, saya dapat lihat perubahan pada Dazrin. Diharap dia akan terus begini sehingga penggambaran drama itu berakhir," katanya.