Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi

KOTA BHARU – Pengasas Pusat Perubatan
At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan pelajar yang
mati tergantung di sebuah sekolah di Kok Lanas, Disember lalu berpunca
daripada kerasukan.
Menurutnya, berdasarkan beberapa faktor
dikenal pasti termasuk gangguan yang berlaku ke atas beberapa pelajar
sebelum dan selepas itu, beliau yakin kejadian di luar jangkaan itu
bukan angkara gangguan jin dan syaitan.
“Pelbagai spekulasi tersebar sebelum ini
sehingga ada mengaitkannya dengan buli dan bunuh diri, namun saya
menolak kemungkinan tersebut, sebaliknya berpendapat ia kes kerasukan,”
katanya kepada Sinar Harian ketika hadir memberikan rawatan secara
sukarela di sekolah itu, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan
Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah dan Pengurus Cawangan
Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.
Shamsuri berkata, agak pelik jika
pelajar yang menghafaz al-Quran dan datang dalam kalangan yang terpilih
bertindak sedemikian jika tidak dipengaruhi oleh unsur lain.
Sambil mencadangkan agar satu kaedah
untuk memperkukuh kerohanian dibuat, Shamsuri berkata, ia penting bagi
membantu memulihkan semangat pelajar di sekolah itu yang rata-ratanya
masih trauma dengan keja-dian tersebut.
“Kejadian ini adalah fenomena biasa,
walau apa pun saya mengharapkan agar pelajar di sini akan terus melakar
kejayaan demi kejayaan, sekali gus kembali cemerlang dan mampu
melahirkan ilmuwan di peringkat tertinggi,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Nasir berkata,
KMK sentiasa prihatin terhadap kesulitan dihadapi orang ramai dan dalam
kali ini bergandingan dengan Pusat Rawatan At-Tobibi untuk sama-sama
membantu memulihkan semangat pelajar di sekolah itu.
Dalam pada itu, difahamkan sekolah yang
mempunyai lebih 400 pelajar itu tetap menjadi pilihan pelajar dari dalam
dan luar negeri apabila kemasukan pelajar sesi ini meningkat berbanding
sebelum ini. - Sinar Harian Online
Isu Semasa
DEK kerana kenakalan anak lelakinya, penyanyi Madonna mengambil keputusan untuk menghantar Rocco Ritchie ke sebuah sekolah ketenteraan.
Anak hasil perkongsiannya hidup bersama bekas suaminya, Guy Ritchie itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik gambar memegang botol minuman keras di akaun Instagramnya.
Madonna berharap, tindakannya menghantar Rocco ke sekolah tersebut
dapat membantu dalam membentuk disiplin yang tinggi dalam diri anaknya
itu, memetik Daily News.
Penyanyi itu juga dikatakan telah dinasihati oleh rakannya, Rossie
O’Donnell yang pernah menghantar anaknya ke sekolah yang sama.
Jika difikirkan, usia Rocco baru sahaja mencecah 13 tahun dan mungkin masih berupaya untuk dibentuk.
[Wow] - Selebriti

NEW YORK - Seorang selebriti televisyen terkenal, Paris Hilton, 33,
dan pelakon, Lindsay Lohan, 27, masih enggan untuk saling bertemu
walaupun mereka berada dalam majlis yang sama, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam parti Liquid Cellar di Cîroc Presents Bootsy Bellows di sini pada Khamis lalu.
Menurut satu sumber, Hilton pulang awal daripada menghadiri parti tersebut ekoran kehadiran Lohan.
Kedua-dua selebriti itu bermasam muka apabila Lohan dituduh menjadi
dalang dalam satu serangan ganas terhadap adik Hilton, Barron pada
Disember tahun lalu.
Barron diserang atas arahan Lohan.
Lohan menuduh Barron bercakap tentang perkara yang buruk tentang
dirinya di hadapan kekasihnya Christian Arno Williams dalam satu majlis
di Miami.
Barron kemudian dipukul sehingga kepalanya berdarah.
Dia turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. - Agensi
[Wow] - Selebriti

Tidak sampai empat jam mencuri sebuah PROTON Perdana
di pekan Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah dan kemudian kemalangan,
seorang lelaki diberkas polis ketika menjamu selera di sebuah kedai
makan di Pengkalan Balak, jam 1.30 tengah hari semalam.
Ketua Polis Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham, berkata lelaki awal 30-an itu cedera ringan dipercayai meninggalkan kenderaan terbabit selepas kemalangan di Jalan Paya Mengkuang, tetapi tidak mahu dihantar ke hospital, sebaliknya ke Pengkalan Balak tidak jauh dari situ, kononnya untuk berjumpa rakan.
Ketua Polis Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham, berkata lelaki awal 30-an itu cedera ringan dipercayai meninggalkan kenderaan terbabit selepas kemalangan di Jalan Paya Mengkuang, tetapi tidak mahu dihantar ke hospital, sebaliknya ke Pengkalan Balak tidak jauh dari situ, kononnya untuk berjumpa rakan.
[Wow] - Jenayah
Ketika namanya semakin meniti di bibir peminat ekoran populariti lagu
Rembau Most Wanted dan Botingkek, yang hangat diputarkan di corong radio, tiba-tiba muncul cerita mengatakan kononnya penyanyi ini berlagak dan tidak mesra media.
Pastinya berita itu mengejutkan banyak pihak kerana baru setahun jagung dalam bidang seni, jejaka yang menggelarkan dirinya Waris ini sudah menunjukkan sikap besar kepala.
Pastinya berita itu mengejutkan banyak pihak kerana baru setahun jagung dalam bidang seni, jejaka yang menggelarkan dirinya Waris ini sudah menunjukkan sikap besar kepala.
Bertemu artis hip hop ini pada
malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-28, minggu lalu, HIP tidak
melepaskan peluang bertanyakan perkara itu kepada si empunya diri.
Tidak lekas melatah dengan gosip nakal sedemikian, Waris menjelaskan sikap dan dirinya tidak seperti dinyatakan dalam artikel berkenaan.
“Tiada istilah berlagak atau sombong dalam diri saya, sebaliknya saya seorang yang mudah didekati. Tetapi tidak dinafikan, raut wajah saya menyebabkan ramai menyangkakan saya sombong dan berlagak. Mungkin orang salah sangka hanya dengan melihat wajah saya,” jelas Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias yang turut menolak andaian kononnya beliau mengalami kejutan budaya.
Tambah mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ini, sedikit pun beliau tidak berkecil hati dengan gosip itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai lumrah anak seni.
[Wow] - Kisah Artis

Shanghai: Seorang wanita di daerah Minhang di sini Khamis lalu
memotong kemaluan teman lelakinya kerana mengesyaki dia akan memutuskan
hubungan mereka.
Akhbar Internet xinmin.cn melaporkan, wanita berusia 30 tahun itu
yang dikenali sebagai Tu, lebih tua sembilan tahun daripada teman
lelakinya, Xia.
Kerana keluarga Xia tidak merestui hubungan mereka, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk memutuskannya.
Xia enggan membawa pulang Tu untuk menemui keluarganya sempena Tahun Baru Cina.
Sebaik mengetahui Xia hanya membeli satu tiket untuk pulang bercuti, Tu menyangka kekasihnya akan memutuskan hubungan dengannya.
“Dia mencampurkan dadah dalam minuman Xia menyebabkan lelaki itu tidak sedarkan diri di atas katil. Tu kemudian mengambil pisau dan memotong kemaluan Xia,” lapor akhbar itu. Saksi berkata, lelaki itu tiba di hospital kira-kira jam 3 pagi dengan ambulans bersama-sama seorang anggota polis yang membawa kemaluannya dalam termos berisi air.
Seorang wanita dipercayai Tu yang berlumuran darah dilihat berbual
dengan pegawai perubatan sebelum dibawa menaiki kereta peronda.
Polis dan pihak hospital enggan menyatakan mengenai keadaan Xia. - Agensi
Global

New Delhi:
Seorang ibu muda dibakar hingga mati bersama bayinya oleh suami dan
keluarga lelaki itu kerana gagal membayar hantaran perkahwinan.
Polis di negeri Jharkhand di timur India berkata, Annu Devi, 22, dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya.
Polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya.
“Mereka mahukan anak lelaki tetapi tidak menyedari yang mendapat anak perempuan bukan salah Devi.
“Mereka mula menyeksa anak saya dan saya tidak menyangka mereka sanggup membunuhnya.
‘Mereka ada menuntut motosikal dan televisyen walaupun saya sudah memberikan mereka dua bighas (1.6 ekar) tanah sebagai hantaran perkahwinan,” katanya. Bagi menutupi kematian Devi dan agar kelihatan seolah-olah seperti kemalangan, Gunjan meletakkan tubuhnya berhampiran pendiang api, selain turut meletakkan bekas air berhampiran tempat itu.
Seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya.
Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Abang ipar Devi yang didakwa turut terbabit dalam pembunuhan itu
masih diburu polis. Superintendan polis di daerah itu, Nirmal Kumar
Mishra berkata, semua tertuduh akan ditahan dan didakwa.
Hantaran perkahwinan menjadi alasan utama mengapa bayi lelaki lebih digemari berbanding dengan bayi perempuan dalam budaya India. Ribuan janin digugurkan setiap tahun selepas ujian ultra bunyi menunjukkan jantina janin berkenaan.
Wanita juga dibunuh berikutan isu hantaran perkahwinan setiap jam di India, menurut data dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu. “Seramai 8,233 wanita muda, kebanyakan pengantin baru dibunuh dalam isu ‘kematian hantaran perkahwinan’ pada 2012,” lapor biro itu tahun lalu. - Agensi
Global
![]() |
| Gambar Hiasan |
Bera: Akibat tinggal di rumah kerana tiada sanak-saudara pulang
sempena sambutan Tahun Baru Cina, seorang nenek berusia 65 tahun
bertindak menghiburkan hati dengan menyertai sindiket perjudian di dalam
ladang kelapa sawit di Perkampungan Kerayong Selatan, dekat sini, malam
kelmarin.
Bagaimanapun, hasrat warga emas itu untuk berhibur tidak
kesampaian apabila dia dicekup bersama 13 lagi kaki judi dalam serbuan
polis kira-kira jam 8.30 malam.
Serbuan itu diketuai Inspektor Mohamed Izawan Zakariah bersama sepasukan anggotanya daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hasil maklumat awam.
Pegawai Turus D7 Deputi Superintendan Azlihan Ishak berkata,
sebelum serbuan, polis membuat intipan dan mengepung kawasan ladang
kelapa sawit itu bagi mengelak semua kaki judi melarikan diri.
Menurutnya, sebaik saja serbuan dilakukan, nenek terbabit bersama kaki judi lain cuba memboloskan diri di kawasan ladang kelapa sawit namun gagal kerana sudah dikepung.
Katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, polis merampas wang tunai berjumlah RM5,000 daripada setiap pemain dan beberapa keping cip digunakan untuk berjudi.
“Pada masa sama, polis turut menemui sekeping nota tercatat
‘tidak boleh letak wang, hanya cip saja’ namun percaya itu hanya taktik
untuk mengelirukan polis.
“Siasatan awal mendapati markas perjudian terbabit dipercayai dibuka sejak beberapa hari lalu sebelum sambutan Tahun Baru Cina oleh seorang penduduk,” katanya.
Menurutnya, siasatan juga mendapati, ada antara mereka mengakui
mahu berseronok sempena sambutan Tahun Baru Cina selain memberitahu rasa
bosan tinggal di rumah.
Katanya, semua barang rampasan itu bersama kaki judi berkenaan dibawa ke Balai Polis Bera untuk siasatan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
[Wow] - Berita Tempatan

Kuala Lumpur:
Berhibur sambil berjudi. Itu adalah pakej menarik yang ditawarkan di
sebuah kelab malam di Sunway Mentari yang turut menyajikan pelanggan
wanita yang seksi untuk pelanggannya.
Bagaimanapun, premis hiburan yang beroperasi tanpa lesen itu
diserbu Bahagian Operasi Maksiat, Judi dan Pelacuran Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Selangor dengan bantuan Pasukan Cantas Wanita IPK Selangor
kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, ketika serbuan 13 wanita warga asing iaitu lapan dari Vietnam, dua Thailand, masing-masing seorang dari Indonesia, Kemboja dan China yang leka melayan pelanggan berjaya dicekup.
“Selepas menjalankan pemeriksaan ke atas semua wanita berusia 19
hingga 44 tahun itu, dua daripada mereka didapati tidak memiliki pasport dan semua wanita itu bersama pengurus premis seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya.
“Turut dirampas wang tunai RM702.70 dan sistem audio serta karaoke. Kami turut mengesan sebuah mesin judi berkomputer yang disediakan untuk pelanggan yang ingin berjudi,” katanya.
Beliau berkata, polis turut memeriksa 30 pelanggan lelaki dan seorang pelanggan wanita yang semuanya dibebaskan selepas memeriksa rekod peribadi.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d), Seksyen 6(1)(c), Seksyen 2, Seksyen 55B dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen.
“Disebabkan penemuan mesin judi berkomputer, kami turut menyiasat kes mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.
Isu Semasa
![]() |
| Gambar Hiasa |
Nilai: “Takut memang takut tapi apakan daya saya perlu pertahankan
diri dan menjalankan tanggungjawab dengan baik,” kata Salihin Mugi, 38.
Dia adalah penyelia keselamatan di sebuah hotel di Bandar Baru
Nilai, di sini, yang menceritakan kejadian dirinya bergelut dengan dua
penjenayah yang cuba merompak hotel berkenaan, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa berdepan detik mencemaskan selepas bergelut lebih 10 minit menggunakan kayu mengakibatkan kecederaan di kedua-dua tangannya.
Salihin yang bertugas di hotel itu tiga bulan lalu terkejut
dengan kehadiran dua lelaki tidak bertopeng bersenjatakan parang
menyerbu hotel dan mengugut menyerahkan wang.
“Ketika itu saya di kaunter pertanyaan manakala isteri yang menemani, tidur di bilik berhampiran.
“Dua lelaki lingkungan 20-an masuk ke lobi hotel dan menjerit supaya saya menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan,” katanya.
Menurutnya, dia yang enggan mengikut arahan lelaki terbabit
kemudian ditetak kedua-dua suspek. tetapi mengelak selain menggunakan
kedua-dua tangan bagi mempertahankan diri.
Menurutnya, dia kemudian mengambil sebatang kayu di belakang kaunter bagi mempertahankan diri dan bergelut dengan suspek terbabit.
“Saya bersyukur kerana isteri terjaga daripada tidur dan menghubungi polis menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya.
“Serangan itu menyebabkan saya cedera di tapak tangan kiri selain urat di tapak tangan kanan putus akibat tetakan itu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Mangsa kemudian membuat laporan di Pondok Polis Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sejurus dibawa anggota polis yang tiba lima minit selepas kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.
[Wow] - Jenayah

Kuala Terengganu: Majikan yang menggaji pendatang asing di daerah ini
dikatakan sanggup menyewa rumah mewah untuk mereka bagi tujuan
mengaburi mata pihak berkuasa.
Selain helah itu, majikan juga dikesan sengaja meletakkan kenderaan
mewah dan kenderaan pacuan empat roda di kawasan rumah kononnya
kediaman itu didiami penduduk tempatan.
Bagaimanapun, helah majikan terbabit terbongkar apabila Jabatan Imigresen Terengganu menjalankan risikan mengesan taktik licik itu sebelum menyerbu rumah berkenaan malam kelmarin.
Serbuan kediaman mewah yang terletak di kawasan perumahan elit
Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, itu dilakukan sepasukan anggota
imigresen dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada jam 2 pagi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Terengganu Shahril Khalil berkata, sebaik tiba di kawasan rumah dilengkapi pagar bermangga itu, pihaknya mendapati kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm berada di garaj rumah.
“Kami mengambil masa 20 minit mengetuk pintu rumah berkenaan sebelum dibuka seorang lelaki Nepal berusia 20-an,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan dalam rumah itu mendapati hanya lelaki
terbabit saja mendiami rumah berkenaan walaupun terdapat banyak pakaian
lelaki disidai dalam dan luar rumah itu.
Katanya, soal siasat terhadap lelaki terbabit mendapati dia tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan dan mendakwa rumah disewa majikannya yang tinggal di Kuala Lumpur.
“Lelaki terbabit memberitahu sebelum ini rumah itu didiami ramai
pekerja asing, tetapi ketika serbuan dia mendakwa mereka pulang ke
Kuala Lumpur,” katanya.
Shahril berkata, risikan dilakukan pihaknya mendapati lebih 10 pendatang asing melakukan pelbagai pekerjaan tinggal di rumah berkenaan.
Isu Semasa

Kemunculan Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 25, menerusi drama
Playboy Itu Suami Aku bersama pasangannya Fattah Mohd Amin mendapat
reaksi negatif daripada peminat. Pelbagai komen nakal dilemparkan
antaranya lakonan mereka kayu dan tidak layak bergelar pelakon.
Mengakui sedih dengan situasi itu, pelakon berasal dari Kepala Batas
ini memotivasikan diri dengan menganggapnya sebagai satu dugaan untuk
mencipta nama. Dia bekerja keras memperbaiki lakonannya dan akhirnya
mampu tersenyum apabila siri ini berjaya mencatat rating yang
membanggakan.
“Saya diberi peluang oleh TV3 untuk membawakan watak Afina Alia. Saya
tahu siri ini diangkat daripada novel popular dan cuba buat yang
terbaik. Namun, awalnya memang susah untuk saya cipta keserasian dengan
Fattah dan kekok kerana watak ini sangat besar.
“Sebaik drama ini menemui penonton, apalagi teruk saya terima kritikan daripada penonton. Mula-mula memanglah saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya fikir semula kalau tak terima kritikan, lakonan saya tak ke mana.
“Sebaik drama ini menemui penonton, apalagi teruk saya terima kritikan daripada penonton. Mula-mula memanglah saya rasa sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya fikir semula kalau tak terima kritikan, lakonan saya tak ke mana.
Untungnya ketika drama ini ditayangkan, kami masih terbabit dengan penggambaran.
[Wow] - Kisah Artis
Subscribe to:
Posts (Atom)




Recent Comments